Duka Rakyat Rampayan Ulu

Saturday, January 2, 2010




“Beginilah lumrah kehidupan seorang wakil rakyat bukan sahaja berpernan sebagai perancang pembangunan,tetapi juga bertanggunjawab menjaga kebajikan rakyat ,” kata Datuk Musbah ketika bersembang-sembang di pejabatnya di Kg. Taun Gusi,Kota Belud.

Jam 10.30 pagi, Datuk Musbah mengajak kami bertolak dari pejabatnya menuju ke Kampung Rampaiaan Ulu menaiki kereta Saudara Bagdad Turugan UPKR Tempasok untuk menghadiri majlis pengkebumian jenazah ibu Ketua Cawangan UMNO kampong tersebut.

“Min, kita ziarah ini dengan niat yang iklas. Tetapi ada setengah orang menganggap ziarah seorang wakil rakyat selalunya disalah tafsir”, kata Datuk Musbah tiba-tiba.Saya dan rakan-rakan yang duduk dibelakang cuma diam mendengarnya.

“ Orang yang tidak sehaluan dan tidak senang hati dengan keperihatinan Datuk menjaga hati rakyat yang beranggapan begitu”, saya menjawab secara selamba.

Jalan raya yang menuju ke Kg Rampaian Ulu begitu baik dan cantik.Jalan raya baru diperbaiki dan diaspal.Saya amat kagum sekali kerana dua tahun lepas jalan raya ini masih berbongkol-bongkol , berlubang dan berabuk. Saya berpendapat inilah kekuatan kerajaan Barisan Nasional diterajuai oleh ADUN Tempasok yang berjiwa rakyat dan perihatin dengan kesusahan rakyat.

" Di kampung ini masih banyak rumah-rumah usang dan buruk. Tengok di sana , rumahnya masih beratap rumbia dan berdinding bambu”, kata Bagdad Turugan, seolah-olah meminta perhatian Datuk Musabah yang duduk disebelahnya.

“ Inilah cabaran kita sebagai pemimpin.Saya betekad dan berazam selagi diberi mandat oleh rakyat sebagai ADUN Tempasok masalah kemiskinan di Rampaian Ulu ini akan diatasi berperingkat-peringkat”, kata Datuk Musbah penuh semangat.

Sampai dihalaman rumah Ketua Cawangan UMNO Kg Rampaian Ulu, Datuk Musbah dan rakan-rakannya disambut mesra oleh penduduk kampong termasuklah Pengerusi JKKK dan Ketua Kampong. Saya melihat suasana pada ketika itu diselubungi kepiluan dan kesedihan terutama sekali diwajah ahli-ahli keluarga ..Lalu sayapun membaca surah Al Fatihah dengan niat sebagai sedekah kepada roh allahyarahamah.

Saya diminta oleh Datuk Musbah mengambil gambar-gambarnya sepanjang lawatan ziarah di kampung Rampaian Ulu . Dalam kesibukan mengambil gambar tidak semena-mena saya terserempak saudara Dr.Kibin Hj. Samad dan Ir. Musram Rakuman kedua-duanya merupakan blogger Sabah yang begitu aktif dan disegani.

“ Kau Min, dicari oleh Datuk salleh kerana kau menghentamnya dalam blog dengan nama samaran ‘Watababai.’”, kata Musram separuh bergurau. Saya merasa pelik dan hairan kenapa pula saya dikaitkan dengan tulisan blogger yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri ?
“Tidak. Saya menafikan semua sangkaan tidak berasas ini. Saya tidak suka berselindungan dalam tulisan. Saya menulis dengan fakta dan kebenaran”, jawab saya kepada Musram sambil tersenyum.

Jam 12.30 ,Datuk Musbah memint izin dari tuan rumah untuk berangkat pulang. Saya pulang dengan banyak tanda tanya. Kenapa pemimpin ADUN Tempasuk sebelum ini tidak memberi keutamaan untuk menyalurkan pembangunan kepada rakyat kampong Rampaian Ulu yang masih mundur dan miskin?

5 comments:

Unknown January 2, 2010 at 8:08 AM  

salam amin,

memuji ADUN sekarang itu bagus tetapi meninggalkan persoalan, kenapa ADUN Tempasuk sebelum ini tidak memberi bantuan, bukannya komen yg baik. Barangkali ada niat yg tidak ikhlas terhadap TSP..adakah sdra pasti ADUN sebelum ini tidak memberi bantuan atau membangun kawasan tersebut?

Penulisan mestilah adil dan buat siasatan terlebih dahulu..seperti bertanya dengan rakyat di kawasan itu.

salam MO

Kuda Berhias January 3, 2010 at 12:56 AM  

Salam Ziarah Amin,
Masih banyak persoalan yang perlu dirungkai di Rampayan Ulu. Sehari di Rampayan Ulu tidak cukup. Baguslah buat permulaan.

Asasnya masyarakat Rampayan Ulu tidak selalu mengomel seperti orang lain. "Kesakitan" mereka perlu dirasai dengan hati yang ikhlas. Pandangan mata yang terang dan 2020 tidak memadahi..macam "executive survey" yg tak mahu pijak tanah takut kasut terkena lumpur...

Selamat kembali lagi ke Rampayan Ulu..

Mohd Amini January 3, 2010 at 7:59 AM  

Saudara Musli,saya selalu merasa risau bila saudara memberi komen kerana selalunya soal bahasa dan ayat berbelit-belit mesti menjadi fokas.Tetapi kali ini, saudara komen kerana saya berat sebelah dalam menilai ADUN Tempasok yang dahulu dan sekarang.Walau bagaimanapun saya harus berterimakasih atas komen membina.

Kepada Saudara Kuda Berhias,saya ini sekadar bloger terpinggir dan itu sahaja terdaya yang boleh buat, tapi harapan kepada Yb. Datuk Musbah akan memberi perioriti tentang masalah rakyat di Rampayan Ulu.

Unknown January 4, 2010 at 4:25 AM  

sdra jgn risau,

mulai sekarang saya tidak akan komen lagi dan tidak mau terbabit dengan penulisan berat sebelah.

salam MO

Mohd Amini January 4, 2010 at 5:29 PM  

Saudara Musli, saya memohon maaf sekali lagi kerana mengoriskan hati saudara.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP