INDEKS JENAYAH KOTA BELUD MENURUN: DSP MOHAN

Thursday, January 21, 2010



KOTA BELUD:23.01.2010 : Jumlah Indeks Jenayah bagi daerah Kota Belud tahun 2009 sebayak 111 kes berbanding dengan 123 kes pada tahun 2008, ini menunjukkan penurunan sebanyak 12 kes.

“Jenayah kekerasan sebanyak 47 kes pada tahun 2009 berbanding dengan 21 kes pada tahun 2008, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 26 kes”, kata DSP Mohan Nadasen, Ketua Polis Daerah Kota Belud, semasa berucap dalam satu majlis perbarisan sempena Perhimpunan Bulanan di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kota Belud di sini,hari Rabu.

Mohan berkata, dalam kes-kes mencederakan iaitu seksyen 324-326 Kanun Keseksaan meningkat kepada 23 kes.Kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah disebabkan oleh suspek dan mangsa yang dalam keadaan mabuk ,berlaku petengkaran dan juga masalah keluarga.

DSP Mohan juga berkata, dalam kes jenayah harta benda menunjukan penurunan iaitu 64 kes bagi tahun 2009 berbanding dengan 102 kes tahun 2008, ini menunjukkan penurunan 38 kes.

Semantara kes curi dan pecah rumah menunjukkan penurunan yang amat ketara dimana 32 kes curi telah dilaporkan bagi tahun 2009 berbanding dengan 53 kes bagi tahun 2008, ini menjukkan penurunan sebanyak 21 kes dan bagi kes pecah rumah sebanyak 23 kes bagi tahun 2009 berbanding dengan 36 kes bagi tahun 2008, ini menunjukkan penurunan sebanyak 13 kes.

Mohan juga berkata bagi kes-kes kemalangan jalan raya sebanyak 489 kes bagi tahun 2009 berbanding dengan 406 kes bagi tahun 2008 dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 83 kes dimana sebanyak 11 kes kemalangan maut, 12 kes membabitkan cedera para, 15 kes kecederaan ringan dan 451 kes membabitkan kerosakan kenderaan.

Semantara jumlah saman yang dikeluarkan bagi tahun 2009 sebanyak 6,193 keping berbanding 3,507 saman bagi tahun 2008.

DSP Mohan Nadasen juga berkata bahawa 15 program Community Policing yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009 telah berjaya mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak polis dan masyarakat Kota Belud.

Program Komuniti ini telah mengadakan berbagai aktiviti seperti ceramah, pameran dan pengedaran risalah.Satu jawatankuasa Community Policing yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, ketua-ketua kampong dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah ditubuhkan.

Sepanjang tahun 2009, Jawatankuasa ini telah mengadakan 3 mesyuarat bagi membincangkan masalah-masalah keselamatan dan masalah lain yang berkaitan dengan polis. Program Community Policing ini juga bertujuan untuk mengeretkan hubungan antara agensi kerajaan yang telibat dan berharap program ini akan dipertingkatkan lagi tahun 2010.

Ketua Polis I daerah ini juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi maklumat dan kerjasama kepada pihak polis sehingga berjaya menurunkan kadar jenayah di daerah Kota Belud disepanjang tahun 2009 dan mengharapkan kerjasama ini diteruskan pada tahun 2010 ini.

Beliau juga tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada pasukan RELA Kota Belud yang telah membantu pihak Polis Kota Belud dalam operasi pengcegahan jenayah dan mengharapkan kerjasama ini akan dipertingkatkan pada tahun ini.

2 comments:

Unknown January 21, 2010 at 10:26 PM  

tahniah amin..info yg berguna kepada masyarakat..

salam MO

Mohd Amini January 23, 2010 at 2:05 AM  

Salam Sdr.Musli.Info seperti ini mustahak juga diketahui oleh masyarakat.Terima kasih kerana memberi komen.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP