BAHANG PRU KE 13

Tuesday, February 9, 2010

Bahang ketibaan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU) mulai terasa oleh rakyat Malayasia terutama sekali kepada parti-parti politik samada parti pembangkang dan juga parti yang menyokong kerajaan di negeri ini.Desas-desus kedatangan pilihan raya umum di negeri ini akan diadakan serentak dengan pilihan raya umum di negeri Sarawak begitu hangat diperkatakan oleh rakyat Sabah. Apakah benar khabar angin ini?

Khabar angin ini, walaupun cuma satu permainan isu politik oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri, namun sekecil manapun isu itu, jika sekiranya tidak ditangani dan dibiarkan bermain dibibir rakyat tanpa disusuli apa-apa tindakan untuk memperbetulkannya, ini sudah tentulah akan mendatangkan kesan yang kurang baik dan dikhuatiri mendatangkan kekeliruan kepada rakyat dan akhirnya akan melahirkan suasana tegang yang tidak dapat dikawal kelak.

Menyedari akan hakikat inilah maka Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah menyakal dakwaan ini dengan berkata;

“ Khabar angin itu tidak benar kerana kita telah mengadakan pilihan raya negeri bersama-sama dengan semanjung sejak Pilihanraya Umum 2004 dan 2008.

“Setakat ini, adalah sesuai bagi Sabah untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Kerajaan Pusat dan tidak akan ada perubahan.”

Pandangan Datuk Musa Aman ini dibuat setelah mengambil kira banyak perkara terutamanya dari sudut kekukuhan parti teras iaitu UMNO dan juga persiapan kukuh daripada parti-parti komponen BN. Ini bukanlah bererti parti BN Sabah takut dan gentar menghadapi pilihan raya lebih awal seperti mana yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang selama ini. Dalam soal ini, parti pembangkang janganlah terlalu mendabik dada dan begitu berbanga dengan dengan kekuatan parti mereka. Para pemimpin PR seperti kita lihat dalam kenyataan-kenyataan didada akhbar dan siri-siri ceramah yang diadakan begitu gahirah dan bersemangat sekali bahawa pilihan raya ke 13, pakatan parti pambangkang akan dapat menewaskan calon-calon BN bukan sahaja di Semanjung Malaysia tetapi juga di Sabah dan Sarawak.Impian PR umpama tingginya langit iaitu ingin mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan BN sekarang ini. Apakah impian PR ini akan tercapai selepas pilihan raya umum ke 13 nanti?

Harus diingatkan juga bahawa sejarah plihan raya umum di Sabah dalam tanun 2004 dan 2008 masih boleh dijadikan ukuran sejauh mana kekuatan parti pembangkang. Pakatan pembangkang khasnya di Sabah tidak semudah yang diangankan untuk mendapatkan kerusi kemenangan di DUN dan kawasan Parlimen. Sebagai bukti kekukuhan parti BN ialah fakta disandarkan kepada keputusan pilihan raya umum 2008 dimana Barisan Nasional Sabah dan wilayah Persekutuan Labuan yang bertanding 26 kerusi Parlimen telah Berjaya memenangi 25 kerusi. Demikian juga di Sarawak daripada 31 kerusi Parliemen dipertandingkan itu sebanyak 31 kerusi telah dapat dimenangi.Ini menunjukkan pembangkang di sabah dan Sarawak Cuma mampu memenangi satu kerusi parlimen sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Dalam soal kepimpinan pula, semenjak akhir-akhir ini parti-parti gabungan pembangkang ini atau PR telah dilanda berbagai krisis kepimpinan di peringkat negeri dan pusat. Sebagai buktinya ialah apa yang terjadi kepada kepimpinan PKR negeri Selangor baru-baru ini di mana 11 anggota jawatankuasa serta Ketua Pemuda dan wanita PKR cabang Kuala Selangor telah meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor itu.

Dalam soal ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas dengan berkata bahawa, trend hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus berlaku kerana ramai anggotanya telah menyedari pemimpin mereka berjuang atas landasan sia-sia. Berdasarkan pelbagai maklumat yang diterimanya, ramai anggota parti itu kecewa dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kelahiran beberapa buah organisasi politik yang baru di negeri ini, merupakan satu pertanda jelas bahang pilihan raya umum ke 13 semangkin hampir. Berdasarkan kepada rekod Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bagi tahun 2008, parti politik turut bertanding semasa pilihan raya tersebut ialah UMNO, PBS ,PKR, PASOK, BERSEKUTU, DAP, UPKO, PBRS, SAPP, MCA, SETIA, dan LDP. Parti baru yang bakal mewarnai suasana pilihan raya umum ke 13 yang telah diluluskan pendaftarannya ialah dikenali Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (PBRSB) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Nampaknya kehadiran parti baru PPRS ini kurang disenangi olehparti Pakatan Rakyat kerana awal-awal lagi Kertua Majlis Negeri PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini dengan berkata bahawa parti baru ini tidak akan mampu mampu membuat sebarang perubahan yang dikehendaki rakyat kerana parti ini bersifat kenegerian dan tidak mampu memberikan impak kepada senario politik nasional. Tamparan ke atas parti PPRS ini juga diterima daripada Pengerusi DAP Sepanggar, Jefferi Kumin dengan berkata walaupun nama parti itu Parti Perpaduan Rakyat Sabah tetapi ia tak mampu menyatukkan rakyat melalui satu parti.

Pilihan Raya Umum ke 13 dinanti penuh harapan,semoga negara Malaysia ini terus aman damai dengan kedudukan politik terus stabil dipimpin oleh para pemimpin BN yang berkarisma dan berintergriti.

Read more...

PBS DAN DEMOKRASI TERCALAR : SATU TINJAUWAN

Thursday, February 4, 2010

Rentetan peristiwa politik Sabah tidak mungkin dapat ditetapi umum sekiranya tidak lahir kesedaran mendalam dari seorang penulis tentang peranan dan tanggungjawab mengumpul makumat sebagai bahan penting dalam karyanya

Seorang penulis tidak semudah disangkakan mengolah idea berdasarkan maklumat yang dikutip dari sumber yang sahih dan benar fakta sandarannya . Dalam soal ini, kemahiran berbahasa , kemantapan penguasaan tata bahasa dan gaya pengunaan bahasa amat penting dalam penulisan .

Meminjam kata-kata Othman Putih dalam bukunya Proses Penciptaan beliau mengatakan bahawa antara seorang penulis dengan penulis lain membutirkan hal-hal yang sangat berbeza dalam pengalaman berkarya dan mereka ini juga mempunyai idealism dan visi tersindiri dalam karyanya.

Demikianlah juga dalam buku Salleh Saripin Alattas yang bertajuk Delima Politik Sabah : PBS dan Demokrasi , mempaparkan rentetan peristiwa dan catatan sejarah politik Sabah yang banyak berkisar tentang gagasan perjuangan Parti Bersatu Sabah dari awal penubuhannya 1985 hingga kejatuhan parti itu pada tahun 1994.

Beberapa topic utama, telah diolah dan dikupas dengan baik oleh penulis berdasarkan urutan peristiwa serta fakta-kakta sejarah. Sebagai contohnya ialah, PBS ;Kemana Selepas ini ?, Kebangkitan semula Semangat Tambunan, !985 Yang Penuh Keramat, Motif Disebalik Komplot Guling Sakaran, Kuasa : UMNO Jangan Tamak dan lain-lain lagi.

Penulis buku ini mempersoalkan apakah sistem demokrasi di Sabah masih ujud ? Bagai mana nasib masa depan PBS di tengah-tengah politik Malaysia ?

Dalam mukadimah buku tersebut, penulis telah mencetus pemikiran yang cukup kritis dan sinis sekali kerana melihat apa yang berlaku dalam keputusan Pilihan Raya 1994. Dalam Pilihan Raya Negeri pada 18 dan 19 Februari 1994, PBS telah diberi mandat oleh rakyat sekali lagi dengan kemenangan yang amat tipis iaitu 24 kerusi manakala BN 23 kerusi. Situasi ini telah menimbulkan ketegangan politik Sabah dan merupakan titik hitam dalam sejarah negeri ini seperti yang digambarkan oleh Salleh Saripin seperti berikut;

“ Belum pernah terjadi dalam sejarah pengamalan demokrasi di Negara kita, di mana parti yang menang terpaksa menunggu sehingga 36 jam sebelum dapat membentuk sebuah kerajaan negeri. Apakah ada suatu cerita disebalik semua ini ? Apakah mahu dinafikan kemenangan PBS melalui pengundian secara demokrasi ini ? Peristiwa 36 jam ini merupakan permulaan detik yang penuh ‘misteri’ sesetengah pihak untuk mengenepikan semangat demokrasi itu sendiri. Apatah lagi dengan perbezaan hanya satu kerusi sahaja . kegagalan BN menanti 36 jam untuk mengharapkan agar ada wakil rakyat PBS menyertainya, tidak berakhir begitu sahaja. Misi seterusnya dirangka agar PBS dapat diturunkan kuasanya.”

Dalam bab yang bertajuk PBS : Kemana selepas ini?, pengarang mendedahkan pengorbanan perjuangan parti itu melahirkan ramai pemimpin berpotensi dan berkaliber.

“ Begitulah tulusnya PBS berjuang di bumi Sabah ini. Berapa ramai tokoh yang naik dan mendapat kedudukan kini, hasil perjuangan PBS. Hanya mereka sahaja yang lupa akan pengorbanan PBS selama ini. Cuba kita lihat barisan pemimpin negeri sekarang . Datuk Lajim, Datuk Salleh, Datuk Yong, Datuk Kurup, Datuk Pandikar, Datuk Tham, Datuk Micheal Lim, Marcus Majihi, Datuk Wencess dan ramai lagi. Bukankah mereka ini anak didik PBS? Bolehkah mereka menafikan yang PBS lah menjadikan mereka di puncak kuasa sekarang?”

Dengan ini jelas, perjuangan PBS selama 9 tahun mentadbir negeri Sabah mencatat pelbagai peristiwa suka duka kepada para pemimpin dan juga rakyat.Ketika itu politik Sabah diwarni berbagai corak pemikiran yang tercetus dari idea para pemimpin dengan satu tujuan mahu membela rakyat keluar dari masalah kemiskinan.Tempoh pemerintahan yang begitu lama ini telah melahirkan pemimpin siasah yang berkeliber dan berkarisma di negeri Sabah sehinggalah pada mutakhir ini.

Read more...

BUAYA SUNGAI MARABAU BERJAYA DITANGKAP

Monday, February 1, 2010








KOTA BELUD : Jangan sangka air tenang tidak berbuaya dan jangan sangka Kota Belud tenang selepas banjir, tiada buaya, tetapi sebaliknya masyarakat di sini, telah dikejutkan berita penduduk kampung Marabau berjaya menangkap sekor buaya berukuran kira-kira 2.5 meter di Sungai Marabau di sini, pada pagi Isnin.

Menurut Mohd Karim Jibal, 49 tahun buaya yang dikatakan betina itu telah mengejutkan orang kampung khususnya mereka yang selalu mandi,menagkap ikan dan mengambil karang air tawar di sungai itu setelah mendapati beberapa bekas tapak tangan, kaki dan ekor buaya disepanjang tebing sungai berkenaan.

“ Apabila kami tidak syak lagi bahawa sungai itu ada buaya lalu kami menghubung Jabatan Hidupan Liar Kota Kinabalu mengenai kehadiran reptillia bahaya itu.
Katanya, buaya itu Berjaya diperangkap dalam jerat besi milik Jabatan Hidupan Liar yang pasangkan oleh kakitangan berkenaan pada sabtu lepas dengan kerjasama penduduk kampung.

Menurut Karim, beliau menyedari kehadiran reptillia berbahaya itu sewaktu melawat ke kebun Pisang dan Tebunya selepas banjir pada 19 Januari selepas banjir surut yang juga terletak dibelakang rumah berhampiran sungai itu.


“ Ketika saya menghampiri tebing sungai itu, saya mendapati satu tapak menyerupai tapak kaki buaya lalu memaklumkan kepada penduduk kampung, penduduk kampung juga memberitahu itu adalah tapak kaki buaya berdasarkan kesan berbentuk titik,” katanya.
Seorang lagi penduduk hampir nyaris menjadi mangsa buaya berkenaan, Hajah Saidah Haji Saman, 66, berkata, seminggu sebelum banjir, ketika itu, beliau sedang mencari karang air tawar (kebili) di sungai itu, menyadari kehadiran buaya itu yang disangkanya biawak hanya beberapa jarak daripada tempatnya berdiri.

“Saya memukul buaya berkenaan menggunakan besen dan apa yang menghairankan saya buaya itu tidak berganjak, lalu saya teringat petua orang dulu-dulu, lalu saya sebut ‘kunyit-kunyit’ sebanyak tiga kali dengan perlahan-lahan bergerak melangkah kebelakang dan tiba-tiba buaya itupun lenyap dalam pengelihatan saya,

“Setiba di rumah, saya memberitahu suami saya mengenai kejadian tersebut, tetapi malangnya beliau menyangkal tanggapan itu dengan menyatakan apa yang saya nampak itu adalah hanya seekor biawak,”jelasnya.

Katanya lagi, dia tidak syak lagi, bahawa reptillia bahaya itulah yang dia pukul dengan besen ketika merenung buaya itu dalam jerat besi sebelum diambil oleh Jabatan Hidupan Liar.

Semantara itu Ketua Cawangan UMNO Kampung Marabau Bening Haji Adan, 55, berkata kewujudan buaya terbabit sudah lama diperkatakan malah, dipertikaikan oleh penduduk kampung sekitar tidak mempercayai jika ada haiwan lain menghuni Sungai Marabau yang dijadikan penduduk sebagai tempat untuk mencari rezeki selain digunakan untuk mendapatkan sumber seharian.

Katanya, kehadiran reptillia itu dikatakan telah menjadi sejarah Kota Belud yang selama ini belum ada selepas Merdeka dan menambah rupa-rupanya kini, sungai-sungai di daerah berkenaan tidak selamat dijadikan sumber kehidupan seharian oleh penduduk setempat.

Sehubungan itu beliau bercadang agar pihak-pihak berkenaan bertindak segera menghapuskan jenis reptillia yang membahayakan kepada masyarakat Kota Belud dan menambah, menyarankan orang kampung yang duduk berhampiran sungai-sungai tersebut agar berhati-hati dan segera bertindak melaporkan hal-hal seumpama itu kepada pihak-pihak berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Sain Badat,41, berkata ternampak seekor lagi buaya timbul yang lehirnya kelihatan berwarna merah, dan beranggapan sungai itu masih ada buaya jantan yang masih berkeliaran, sebelum betina itu ditangkap.

Anggota polis dan Bomba dan Penyelamat turut hadir ditempat buaya itu ditertengkap, tepi Sungai Marabau, sementara menunggu Jabatan Hidupan Liar membawanya ke Zoo Lok Kawi, di Kota Kinabalu.

Caption, buaya betina berukuran kira-kira 8’-10’ panjang dalam besi perangkap
-orang ramai ketika menyaksikan buaya itu
1-Mohd Karim Jibal
2-Hajah Saida
3-Bening Haji Adan
4-Sain Badat

Read more...

KB BAKAL DIBINA HOTEL TARAF LIMA BINTANG

Sunday, January 31, 2010



KOTA BELUD : Daerah ini adalah berpotensi untuk menarik pelancong dalam dan luar negeri berdasarkan keadaan lokasi geografinya yang unik dan masyarakatnya yang kaya dengan pelbagai kebudayaan tradisinya, masih asli dan keraf dipraktikkan oleh suku-suku kaum yang terdapat di daerah ini.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Haji Dahlan berkata, beliau bercadang akan mendapatkan satu pengusaha atau pemaju hotel bertaraf lima bintang, bagi memenuhi permintaan para pelancong dan golongan peniaga profesional yang perlukan hotel taraf antarabangsa, di Kota Belud pada masa akan datang.

“Saya telah berbincang dengan Pegawai Daerah Najib Muntok dan Adun Usukan Datuk Japlin Akim untuk kita cuba mendapatkan satu pengusaha pembinaan pemaju hotel bertaraf lima bintang untuk turun ke Kota Belud,

“Walaupun perbincangan diperingkat awal, tetapi apabila cadangan itu dipersetujui oleh orang-orang kampong, pemimpin-pemimpin tempatan, saya berpendapat, kewujudan hotel itu akan menjadi pemangkin pada sektor pelancongan di daerah ini, selain daripada Pulau Usukan yang akan dibangun oleh para pemimpin,

“ Oleh itu, saya berharap kepada Persatuan Sama Sabah (PSS) akan menjadi asas kepada agenda pembangunan di daerah ini, katanya semasa berucap merasmikan Majlis ‘Songom Setemu-temu’ di Dewan Tun Said di sini, pada malam Ahad.

Antara yang hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Japlin Akim dan Pegawai Daerah Kota Belud Najip Muntok.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, benar apa yang katakan oleh Presiden PSS Haji Abdullah Sibil bahawa Presiden itu tidak dapat mengangkat aktiviti persatuan itu hanya seorang diri tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua ahli.

Sebab itu katanya Persatuan PSS harus kembali kepada asas, iaitu ahli-ahlinya harus mengetahui apa yang persatuan kehendaki sebenarnya dan apa yang hendak diperlu diperingkat atas.

Rahman berkata, mungkinkan persatuan SAMA itu lebih mementingkan penjanaan ekonomi daripada kebudayaan dan sebagainya.

“ Kalau ekonomi menjadi permintaan ahli diperingkat bawah, maka kita banyakkan aktiviti bercorak ekonomi daripada bercorak lain, bagaimana kita maju kehadapan kalau kita tidak mampu memenuhi kehendak ahli-ahli mahupun akan umbi,” katanya.

Terdahulu dari itu dalam ucapannya Abdullah berkata, majlis berkenaan merupakan titik permulaan bagi persatuan itu untuk mengeratkan perpaduan dan silaturahim dan menambah maju mundurnya sesebuah persatuan itu adalah bergantung kepada adanya kesatuan kental dan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua ahli-ahli berkenaan.

“ Mengubah sikap kaum adalah satu tanggungjawap yang berterusan dan memerlukan pengorbanan seperti masa, kudrat dan sebagainya. Semuanya itu menuntut penghayatan pengertian daripada semua pihak demi untuk memudahkan saya, meneruskan asas-asas perjuangan Sama.” Katanya.

Pelbagai persembahan pentas diadakan termasuklah mempersembahkan kebudayaan Sama yang dipanggil ‘Berunsai’, ‘Mengalang’, ‘Tinggayun Ramai-ramai’ dan nyanyaian karaokie oleh jemputan vip termasuklah Presiden SAMA Abdullah Sibil.

Pada akhir majlis itu para hadirin telah dihiburkan oleh pemenang tempat ketiga Bintang Irama Satu Malaysia Nurul Fazilah Noordin yang juga berasal dari Kota Belud telah mempersembahkan dua buah lagu dalam bahasa Sama.

Caption : Abdul Rahman (lima kanan) Japlin (tujuh kanan) Abdullah (lima kiri) Najip (tiga kiri) merakam gambar bersama ahli Jawatankuasa PSS.

Read more...

PETANI MENGELUH AKIBAT BENCANA BANJIR

Friday, January 29, 2010








KOTA BELUD ; Para petani di Zon 1, jadual penanaman padi di daerah ini, dalam kawasan Tempasuk masih mengeluh apabila batas-batas parit utama di kawasan persawahan itu masih belum diperbaiki semula selepas banjir dua minggu lepas.
Jurucakap petani kawasan Taun Gusi Peninting dan Linau Tajul Sawi berkata Blok satu hingga blok tiga sangat memerlukan air buat masa in kerana mengikut jadual penanaman padi pada bulan ini adalah masa untuk menabur baja dan pengairan air bagi sawah-sawah yang sudah dihambur benih padi sebulan lepas.

“ Padi kami sudah kelihatan kering disebabkan air dalam parit utama tidak dapat dialirkan oleh pihak berkenaan kerana disebabkan banyak batas-batas parit itu rosak jika air itu dialirkan akan melimpah ke semua kawasan-kawasan tanah sawah yang rendah juga mengakibatkan masalah sampingan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau yang bagi pihak petani yang terlibat mohon jasa baik kepada pihak-pihak yang berkenaan agar sudi meluangkan masa bagi meninjau dan turun padang menangani masalah petani.

Seorang lagi petani Awang Wahab berkata, yang mempunyai seluas enam ekar sawah yang boleh mengeluarkan hasil tidak kurang daripada RM 10,000 dalam satu musim penuaian, rasa kecewa diatas pihak-pihak berkenaan yang dikatakan tidak peka kepada kepentingan petani yang terelibat dalam bencana banjir baru-baru ini.

“ Saya tidak yakin dapat hasil lumayan seperti setiap musim kalau air itu tidak dapat dialirkan segera ke sawah saya, kerana sekarang padi saya sudah kering dan belum tentu dapat dua jambo (karung besar) sekiranya pihak berkenaan tidak bertindak segera memperbaiki batas-batas parit utama yang rosak akibat banjir,” katanya.

Menurut Awang beliau difahamkan masalah petani di kawasan itu sudah lebih difahami oleh pihak-pihak berkenaan tetapi sehingga sekarang belum ada tindakan diambil.

Semantara itu Ketua Blok bagi kawasan pembajakan sawah Mohd Zinin Nuar berkata, beliau yang diberi kepercayaan oleh sebuah syarikat untuk mengarah semua jentera pembajak sawah di sawah-sawah berkenaan tidak dapat melaksanakan tugas itu apabila tanah-tanah sawah itu gersang disebabkan ketiadaan air daripada parit utama.

Menurutnya terdapat lima ratus ekar dan beberapa kawasan sawah yang terlibat tidak dapat di bajak bagi kedua kalinya walaupun ada permintaan daripada petani individu untuk mengulangi pembajakan bagi kedua kalinya.

Difahamkan pihak Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS)) akan bertindak segera setelah diberi tahu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industeri Makanan Sabah.

Read more...

ROTARY INTERNATIONAL MENOLONG SELURUH SEJAGAT

Thursday, January 28, 2010




KOTA BELUD: Pertubuhan Rotary International bukan pertubuhan keugamaan, bukan juga perkauman dan tidak memihak kemana-mana penganut fahaman politik.

Malah Pertubuhan itu khususnya, memberi tenaga untuk menolong menusia seluruh sejagat umpamanya di Haiti , Pakistan, Afghanistan, Negeria dan Noth South India , kata Rotary International District Governor ,Brunei, Malaysia danl Singapore Datuk Haji Mohd Latip Bin Sarrugi.

“Sekarang ini kita memerangi polio yang tinggal satu persent sahaja, bersama dengan United Nation dan UNISCO,kerana ahli-ahli Rotary berada dimana-mana, kami tidak memerlukan bayaran apabila melakukan sesuatu,”

“ Oleh kerana itu kita memahami keadaan ini dan sentiasa berusaha untuk persefahaman dan kedamaian dunia sejagat,” beliau berkata demikian selepas bersama rombongannya meninjau beberapa perkembangan projek yang dibayai oleh Rotary International di kampong Ambong di sini pada Kahmis.

Rombongan yang ditemani oleh Presiden Persatuan SAMA Sabah (PSS). Haji Abdullah Sibil turut meninjau bekalan Paip Griviti yang berharga RM 40,000 dan sumbangan Perpustakaan Desa di kampong berkenaan.

Latip berkata sumber yang dipanggi ‘maxing’ dapat menyatupadukan usaha tenaga dan wang ringgit daripada negeri-negeri lain yang memberi kita dana dan mereka yang sentiasa mengeluarkan wang yang dipungut daripada ahli-ahli. Manakala Rotary Internatioal akan menambah sebanyak separuh apa yang diperolehi termasuk Malaysia.

Menyentuh megenai budaya Latip berkata Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama di mana daerahnya juga termasuk Singpore terdapat bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai persefahaman bersama dan saling menghormati perbezaan yang ada.

Rombongan itu dijamu dengan hidangan tradisi kaum Sama di kampong Kumpang Linau dan seterusnya diberi peluang menuggang kuda Kota Belud dengan percuma.

“ Difahamkan Rotary International akan menyalurkan bantuan bencana banjir di daerah Kota Marudu sebanyak RM 18,000 dan majlis penyerahan wang itu akan diserahkan oleh Presiden Rotary Club Of Luyang Chong Vun Then pada Ahad ini

Read more...

Benarkah UPKO Parti Sandaran KDM?

Tuesday, January 26, 2010




Pagi Selasa, 26 Januari 2010, kira-kira jam 10.00 pagi, saya pergi ke Perpustakaan Kota Belud. Di dalam Perpustakaan saya fokaskan perhatian kepada satu rak buku yang menyimpan berbagai tajuk buku-buku mengenai politik Dunia, Asia Tenggara dan juga politik Malaysia yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Lalu saya memilih buku mengikut tajuk yang menarik dan mengeluarkan buku-buku tersebut dari rak untuk dibaca dalam perpustakaan . Sebanyak empat buah buku saya pilih dan meletakkan diatas meja. Tajuk-tajuk buku tersebut ialah Kerajaan Campuran PBS-USNO : UMNO Lemas Dalam Politik Sabah, Wadah Wawasan PDS, Delima Politik Sabah : PBS Dan Demokrasi dan Jatuh Bangunnya PBS : Parlimen Satu Penentuan .

Dalam buku Wadah Wawasan yang ditulis oleh Bernard G. Dompok ada beberapa perkara menarik iaitu berhubung dengan detik-detik peristiwa penubuhan Parti Demokratik Sabah (PDS) atau kini dikenali sebagai United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation (UPKO).

Peristewa “Resolusi Seri Gaya 14 Mac 1994”, merupakan tarikh berlakunya satu mesyuarat yang dikatakan berakhirnya dengan menandatangani satu resolusi penubuhan satu parti baru iaitu PDS yang dipengerusikan oleh Presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan.

“ Malangnya menjelangnya malam 15 Mac 1994, para ADUN yang masih berada di Kota Kinabalu, bersama-sama dengan Ahli Majlis Tertinggi yang lain telah dipanggil untuk bermesyuarat sekali lagi di kediaman Datuk Pairin, di Jalan Bersatu”.

“ Dalam perbincangan yang dipengerusi oleh Datuk Pairin, resolusi berkenaan diungkit kembali beberapa Ahli Majlis Tertinggi dan ADUN yang menentang resolusi tersebut. Datuk Pairin menukar fkiran dan pendiriannya. Dia berubah fikiran lalu tidak lagi mahu melaksanankan resolusi tersebut, sedangkan dia sendiri yang mempengerusikan perbincangan yang melahirkan resolusi berkenaan”.

Hujahan ini telah dipetik dari ucapan Presiden PDS Datuk Panglima Bernard Dompok sempena Kongres PDS Ketiga pada 27 Julai 1997 di Sabandar bay Resort, Tuaran.

Secara keseluruhanya buku ini merupakan himpunan ucapan-ucapan dasar Presiden Parti Demokratik Sabah , membentang dengan panjang lebar mengenai idea, visi dan impian kepimpinan PDS. Peristewa 1974 memberi pengajaran kepada mesyarakat KDM di Sabah tidak bergantung kepada satu parti yang rapuh dan menentang arus pembangunan kerajaan.Dengan ini berpaut kepada kapal besar BN adalah satu tindakan positif supaya tidak ketinggalan dalam arus perdana pembanguana Malaysia menuju wawasan 2020.Benarkah UPKO adalah parti sandaran utama masyarakat Kadazandusun Murut(KDM) mejelang pilihan raya ke 13?

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP