PETANI MENGELUH AKIBAT BENCANA BANJIR

Friday, January 29, 2010








KOTA BELUD ; Para petani di Zon 1, jadual penanaman padi di daerah ini, dalam kawasan Tempasuk masih mengeluh apabila batas-batas parit utama di kawasan persawahan itu masih belum diperbaiki semula selepas banjir dua minggu lepas.
Jurucakap petani kawasan Taun Gusi Peninting dan Linau Tajul Sawi berkata Blok satu hingga blok tiga sangat memerlukan air buat masa in kerana mengikut jadual penanaman padi pada bulan ini adalah masa untuk menabur baja dan pengairan air bagi sawah-sawah yang sudah dihambur benih padi sebulan lepas.

“ Padi kami sudah kelihatan kering disebabkan air dalam parit utama tidak dapat dialirkan oleh pihak berkenaan kerana disebabkan banyak batas-batas parit itu rosak jika air itu dialirkan akan melimpah ke semua kawasan-kawasan tanah sawah yang rendah juga mengakibatkan masalah sampingan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau yang bagi pihak petani yang terlibat mohon jasa baik kepada pihak-pihak yang berkenaan agar sudi meluangkan masa bagi meninjau dan turun padang menangani masalah petani.

Seorang lagi petani Awang Wahab berkata, yang mempunyai seluas enam ekar sawah yang boleh mengeluarkan hasil tidak kurang daripada RM 10,000 dalam satu musim penuaian, rasa kecewa diatas pihak-pihak berkenaan yang dikatakan tidak peka kepada kepentingan petani yang terelibat dalam bencana banjir baru-baru ini.

“ Saya tidak yakin dapat hasil lumayan seperti setiap musim kalau air itu tidak dapat dialirkan segera ke sawah saya, kerana sekarang padi saya sudah kering dan belum tentu dapat dua jambo (karung besar) sekiranya pihak berkenaan tidak bertindak segera memperbaiki batas-batas parit utama yang rosak akibat banjir,” katanya.

Menurut Awang beliau difahamkan masalah petani di kawasan itu sudah lebih difahami oleh pihak-pihak berkenaan tetapi sehingga sekarang belum ada tindakan diambil.

Semantara itu Ketua Blok bagi kawasan pembajakan sawah Mohd Zinin Nuar berkata, beliau yang diberi kepercayaan oleh sebuah syarikat untuk mengarah semua jentera pembajak sawah di sawah-sawah berkenaan tidak dapat melaksanakan tugas itu apabila tanah-tanah sawah itu gersang disebabkan ketiadaan air daripada parit utama.

Menurutnya terdapat lima ratus ekar dan beberapa kawasan sawah yang terlibat tidak dapat di bajak bagi kedua kalinya walaupun ada permintaan daripada petani individu untuk mengulangi pembajakan bagi kedua kalinya.

Difahamkan pihak Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS)) akan bertindak segera setelah diberi tahu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industeri Makanan Sabah.

2 comments:

kelapa mawar January 29, 2010 at 5:03 AM  

salam sdr Amin..

tahniah dengan paparan ini. Ia begitu menyentuh hati para petani di KB...pendedahan sebegini sewajarnya di pandang oleh pihak berkenaan terutama agensi kerajaan yang berkaitan supaya nilai kerugian dapat diminimumkan dan keperitan para petani dapat dikurangkan..

buat pengetahuan sdr..saya melalui kawasan yg sdr katakan ini, dan saya melihat sendiri bagaimana keadaan sawah padi mereka..bukan di Tuan Gusi saja ,bahkan banyak lagi kawasan di Kotabungan, pintasan, Tawadakan yang turut musnah ekoran bencana alam tempoh hari..

saya mengikuti sepenuhnya penulisan sdr..teruskan.

Mohd Amini January 30, 2010 at 6:58 PM  

salam KM,Pendapat dan pandangan saudara dalam perkara ini merupakan satu sokongan moral cukup baik. Kita berharap kepada para petani di KB ini banyak-banyak bersabar berdepan dengan masalah besar seperti ini.Terima kasih sekali lagi atas kesudian melayari bolg ini.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP