Benarkah Politik Herbert Timbon Lagadan Sukar Digugat?

Monday, January 4, 2010




Benarkah Herbert Timbon Lagadan pengaruh politiknya di kawasan N7 Kadamaian Kota Belud sukar digugat? Benarkah persoalan ini tidak ada sesiapa yang berani menjawab? Benarkah persoalan ini tidak ada sesiapa mahu tampil kehadapan memberi pandangan dan pendapat?.

Kemana perginya suara rakyat Kadamaian berjumalah 2,909 mengundi calon PKR Lukia Bte Indan dalam Pilihan Raya ke 12 pada tahun 2008 ? Dimanakah kelantangan laungan suara rakyat Kadamaian penyokong setia calon BEBAS Peter Marajin seramai 1,729 itu? Kenapa penyokong kedua calon ini tidak berani mengatakan bahawa calon parti PBS itu tidalah sekebal mana kekuatan dan pengaruh politiknya?

Kejayaan memperolehi undi sebanyak 5,382 dalam Pilihan Raya ke 12 lalu amat manis bagi Datuk Herbert dan merupakan satu hadiah termahal untuk penyokong penatiknya
Kemenangan ini lebih mengembirakan beliau dan pengundinya apabila memperolehi majoriti yang memberangsangkan iaitu 2,473.

Para penganalisis politik melihat peluang Datuk Herbert pada Pilihan Raya ke 13 untuk menang agak tipis. Ini adalah kerana genarasi muda kini ramai berpelajaran. Sudah tentu pendekatan mereka menilai seseorang pemimpin itu agak berbeza dan sudah tentu golongan ini inginkan satu perubahan dan pembaharuan kearah memantapkan lagi pembangunan secara menyeluruh di kawasan ini.

Menurut bekas Ketua Cawangan PBS selama 22 tahun, Sungkia Mesuling berkata bahawa kepimpinan Datuk Harbert melakukan banyak kesilapan dimana pelantikan Ketua Anak Negeri bagi kawasan Kadamaian tidak adil kerana orang dilantik dalam jawatan tersebut tidak asli lahir di Kadamaian. Justeru itu Sungkia meminta perkara ini dikaji semula dan seterusnya memberi keutamaan kepada penduduk asal dan benar-benar bermastautin di kawasan Kadamaian.
Sungkia Mesuling juga Ketua Bahagian Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (PBRSB) N 7 Kedamaian iaitu sebuah parti baru di Sabah, mempertikaikan pelantikan Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di Kedamaian itu tidak adil kerana ada segelintir orang yang dilantik tidak komited dengan perjuangan parti PBS dan ada yang menyebelahi pembangkang semasa Pilihan Raya lalu.

Samada benar atau tidak dakwaan ini, kita serahkan kepada kebijaksanan Datuk Herbert untuk memberi respon.Apa yang jelas dari kenyataan saudara Sungkia ialah ada riak kecil dalam politik Kadamaian menjelang PRU ke 13.Barangkali tidak keterlaluan parti baru PBRSB memperjudikan nasip untuk meletakan Sungkia Mesuling sebagai calon Pilihan Raya menentang calon BN-PBS.Kita sama-sama lihat dan tunggu apa kesudahan percaturan politik di kawasan Kadamaian ini?

5 comments:

SABAHKITA January 9, 2010 at 4:02 AM  

Salam,
Ini menunjukkan bahawa penduduk Kadamaian masih sayangkan YB ini. Dia amat sederhana dan tidak banyak karena dan isu terhadapnya.

Pembangunan juga bukan isu yg membelenggu kepimpinan politik. Lihat Selangor dan Pulau Pinang. pembangunan Pesat tapi pemimpin saling silih berganti.

Mohd Amini January 9, 2010 at 7:01 AM  

Salam Sabahkita,Semoga pandangan saudara memberi kesedaran kepada rakyat Kadamaian supaya bijak memilih dan menilai pepimpin.Terima kasih.

Maruf Ismail January 10, 2010 at 5:43 AM  

Salam Saudara ku,
Wah,boleh tahan kau bro.. Datuk Rahman Dahlan lagi yang bagi komen..

Pada saya tidak sukar kerana dalam politik tiada yang mustahil!

Mohd Amini January 10, 2010 at 8:21 AM  

Salam Dato,Komen yang pendek tapi punya makna mendalam.Barangkali rakyat Kadamaian faham pegertian disebalik pujian itu.Terima kasih Dato atas kesudian melayari blog ini.

Salam Marof,Dalam dunia politik umpama roda yang berputar.Terima kasih atas komen itu.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP