KB BAKAL DIBINA HOTEL TARAF LIMA BINTANG

Sunday, January 31, 2010



KOTA BELUD : Daerah ini adalah berpotensi untuk menarik pelancong dalam dan luar negeri berdasarkan keadaan lokasi geografinya yang unik dan masyarakatnya yang kaya dengan pelbagai kebudayaan tradisinya, masih asli dan keraf dipraktikkan oleh suku-suku kaum yang terdapat di daerah ini.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Haji Dahlan berkata, beliau bercadang akan mendapatkan satu pengusaha atau pemaju hotel bertaraf lima bintang, bagi memenuhi permintaan para pelancong dan golongan peniaga profesional yang perlukan hotel taraf antarabangsa, di Kota Belud pada masa akan datang.

“Saya telah berbincang dengan Pegawai Daerah Najib Muntok dan Adun Usukan Datuk Japlin Akim untuk kita cuba mendapatkan satu pengusaha pembinaan pemaju hotel bertaraf lima bintang untuk turun ke Kota Belud,

“Walaupun perbincangan diperingkat awal, tetapi apabila cadangan itu dipersetujui oleh orang-orang kampong, pemimpin-pemimpin tempatan, saya berpendapat, kewujudan hotel itu akan menjadi pemangkin pada sektor pelancongan di daerah ini, selain daripada Pulau Usukan yang akan dibangun oleh para pemimpin,

“ Oleh itu, saya berharap kepada Persatuan Sama Sabah (PSS) akan menjadi asas kepada agenda pembangunan di daerah ini, katanya semasa berucap merasmikan Majlis ‘Songom Setemu-temu’ di Dewan Tun Said di sini, pada malam Ahad.

Antara yang hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Japlin Akim dan Pegawai Daerah Kota Belud Najip Muntok.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, benar apa yang katakan oleh Presiden PSS Haji Abdullah Sibil bahawa Presiden itu tidak dapat mengangkat aktiviti persatuan itu hanya seorang diri tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua ahli.

Sebab itu katanya Persatuan PSS harus kembali kepada asas, iaitu ahli-ahlinya harus mengetahui apa yang persatuan kehendaki sebenarnya dan apa yang hendak diperlu diperingkat atas.

Rahman berkata, mungkinkan persatuan SAMA itu lebih mementingkan penjanaan ekonomi daripada kebudayaan dan sebagainya.

“ Kalau ekonomi menjadi permintaan ahli diperingkat bawah, maka kita banyakkan aktiviti bercorak ekonomi daripada bercorak lain, bagaimana kita maju kehadapan kalau kita tidak mampu memenuhi kehendak ahli-ahli mahupun akan umbi,” katanya.

Terdahulu dari itu dalam ucapannya Abdullah berkata, majlis berkenaan merupakan titik permulaan bagi persatuan itu untuk mengeratkan perpaduan dan silaturahim dan menambah maju mundurnya sesebuah persatuan itu adalah bergantung kepada adanya kesatuan kental dan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua ahli-ahli berkenaan.

“ Mengubah sikap kaum adalah satu tanggungjawap yang berterusan dan memerlukan pengorbanan seperti masa, kudrat dan sebagainya. Semuanya itu menuntut penghayatan pengertian daripada semua pihak demi untuk memudahkan saya, meneruskan asas-asas perjuangan Sama.” Katanya.

Pelbagai persembahan pentas diadakan termasuklah mempersembahkan kebudayaan Sama yang dipanggil ‘Berunsai’, ‘Mengalang’, ‘Tinggayun Ramai-ramai’ dan nyanyaian karaokie oleh jemputan vip termasuklah Presiden SAMA Abdullah Sibil.

Pada akhir majlis itu para hadirin telah dihiburkan oleh pemenang tempat ketiga Bintang Irama Satu Malaysia Nurul Fazilah Noordin yang juga berasal dari Kota Belud telah mempersembahkan dua buah lagu dalam bahasa Sama.

Caption : Abdul Rahman (lima kanan) Japlin (tujuh kanan) Abdullah (lima kiri) Najip (tiga kiri) merakam gambar bersama ahli Jawatankuasa PSS.

2 comments:

kelapa mawar January 31, 2010 at 4:52 AM  

salam sdr Amin..

Satu lagi perancangan yang begitu baik dan mampu melonjak ekonomi di Pekan KB ini..

Saya masih ingat pada tahun 90-an ketika seorang rakan saya yang kebetulan kemalaman utk ke Kudat, terpaksa bermalam di Pekan KB..dan kerana ketiadaan hotel yg selesa, dia mengambil keputusan utk tidur di Masjid sahaja..

mungkin situasi itu tidak akan timbul lagi dengan adanya hotel bertaraf lima bintang...

KM

Mohd Amini January 31, 2010 at 9:11 AM  

Salam KM,Semoga perancangan Datuk Rahman memacu pembangunan dengan mendirikan sebuah hotel bertaraf bintang mendapat respon baik daripada rakyat Kota Belud.Perancangan ini tak mutahil direalitikan melihat kepada kometment Ahli Parlimen itu begitu bersungguh-sungguh dalam setiap tindakan yang dilakukan.Terima Kasih atas pandangan itu semoga para blogger KB terus teruja melontarkan idea demi pembangunan daerah ini.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP