Cerita Dalam Cerita

Saturday, December 26, 2009



Tidak dirancang. Tiba-tiba sahaja saya dan Roslan Mansur seorang blogger di Kota Belud begitu prolifik bertemu dalam kereta Land Cruser milik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud saudara Awardnir Matanggal.
Dalam perjalan menghadiri satu majlis perkhwinan di Kampong Bangkahak, saya telah diajukan oleh Roslan dengan satu soalan iaitu ,’Siapakah blogger Senyum Kambing itu? Lalu saya menjawap," tak tahu". Saya sendiripun tertanya-tanya siapa sebenarnya Senyum Kambing itu?
Saya kemudiannya bergurau dengan berkata, ‘Mungkin juga blogger Senyum Kambing itu nama samaran Kuim Harun?”.Kuim yang duduk disebelah saya tersenyum hairan kerana namanya disebut. Kuim berkata,” saya belum lagi daftar jadi blogger macam mana pula saya terbabit”, katanya Saudara Kuim adalah Pengerusi Tetap Bahagian UMNO Kota Belud.

Tiba di Kampong Batong, Awadnir memandu keretanya memasuki satu lorong menuju ke tapak pembinaan Kompleks Sukan. Kompleks yang baru dibina menelan kos lebih sejuta ringgit dan telah hampir siap.
Saya dan saudara Roslan mengambil beberapa gambar bangunan baru Kompleks Sukan Kota Belud . Saya berkata kepada Awadnir,” Bos, kalaulah kompleks sukan yang begitu cantik ini tidak digunakan sebaik mungkin , rugilah rakyat dan kerajaan Sabah.
Awadnir menjawab dengan berkata,”Inilah yang saya cadangkan kepada kerajaan supaya semua aktiviti seperti mesyuarat Bahagian UMNO diadakan selalu di sini.Demikian juga aktiviti lain perlu diadakan lebih kerap di tempat ini selain acara-acara sukan.
Kami kemudiannya meneruskan perjalan ke rumah penggantin di Kampong Bangkahak.Oleh kerana halaman rumah pengantin tempat letak keritanya terhad maka saudara Awardnir mengajak kami berjalan kaki menuju ke rumah bapa pengantin iaitu saudara Mungkis.
Dalam perjalanan kami ke rumah pengantin itu, muncul kerita Land Cruser Limetd berwarna gelap.Awardnir berkata Datuk Musbah Hj Jamli baru sampai.Kami berhenti dan menunggu ketibaan Datuk Musbah,Pembantu Menteri Pertanian dan Industeri Makanan Sabah merangkap ADUN Tempasok.
Terlintas dalam fikiran saya inilah kekuatan dan kelebihan Datuk Musabah.Sentiasa turun padang dan tidak mahu mengecewakan hati penyokong akar umbinya apabila dijemput.
Datuk Musbah disambut oleh tuan rumah saudara Mungkis dan orang-orang kampong dengan persembahan ‘Menuntung” iaitu satu adat tradisional suku Dusun.Kami juga turut diberi sambutan dengan penuh keramahan dan kemesraan.
Datuk Musbah dan rombongan ditempatkan satu meja yang dikhaskan berhampiran dengan pelamin yang dihias indah.Pada ketika inilah saudara Ruslan membangkitkan isu Azrone mengenai pampasan tanah orang kampong terlibat dalam projek Jalan Raya yang belum selasai.Datuk Musbah memberi respon bahawa Azrone itu berani juga orangnya.
Kira-kira jam 3.00 petang Datuk Musbah dan rombongan memohon diri setelah sesi bergambar dengan kedua mempelai Raja sehari. Walaupun pertemuan ini berlaku begitu singkat tetapi ada perkara penting di kampong ini yang perlu bangakan iaitu jalan raya telah disimen dan diturap. Secara senyap Datuk Musbah telah membangunkan kemudahan infrastruktur luar Bandar dengan begitu baik di kawasanTempasok.

9 comments:

Unknown December 27, 2009 at 1:22 AM  

beginilah bentuk tulisan yg sesuai dengan tuan amin..melakar peristiwa yg dialami.. Pembetulan: Datuk Musbah bukan timbalan menteri tetapi pembantu menteri. Fakta jgn silap!

Anonymous,  December 27, 2009 at 2:54 AM  

Terima kasih saudara... kerana mencoretkan isu Kudat Bypass...

Tulisan ini bagus dan bersahaja tapi fakta sampai kepada pembaca berbanding beberapa coretan terdahulu...

Mohd Amini December 27, 2009 at 9:12 AM  

Salam untuk Saudara Musli dan Azrone.Saya amat hargai kunjungan kelian dan mencoret sepatah dua dalam blog ini.Teguran dan pandangan kelian amatlah saya hargai dan sanjungi.

Roslan M. December 28, 2009 at 1:53 PM  

salam sdr Amin..

coretan yg ikhlas dan bermesej..teruskan penulisan sdr

kelapa mawar December 28, 2009 at 2:14 PM  

salam buat sdr Amin..

saya sukatulisan sdr ini..mempunyai maklumat akar umbi dan peribadi pemimpin yg suka turun padang..
seorang pemimpin yg berjiwa rakyat tidak sahaja menghadiri majlis keramaian tetapi juga majlis kematian, serta melakukan lawatan kejutan utk meninjau sendiri perkembangan pembangunan dikawasan yg diwakilinya..

semoga tulisan sdr ini memberikan manfaat yg besar kepada ummah.wassalam.

rojokobog December 28, 2009 at 10:16 PM  

Salam Sdra,
Datuk Hj Musbah telah menjadi pemimpin Dun Tempasuk dan Kota Belud sudah berapa kurun???...beliau baru saja sedar akan perkataan "TURUN PADANG" kalau dulu beliau kerap dan sering " TURUN KK " saja, ini adalah fakta bukan auta..

Unknown December 29, 2009 at 11:47 PM  

Rojo Kobog, kita menilai fakta terkini bukan fakta lama...
Salleh dari dulu sampai sekarang tidak turun padang kalau tiada media...
Orang kampung saya ketua cawangan Umno labuan padang, datu selan yang menghidap sakit jantung dibiarnya tanpa ziarah... sedang musbah bukan ketua bahagian lagi melawat pula...

rojokobog December 31, 2009 at 4:40 AM  

Hello JKKK Kg Labuan
Hj Musbah ini sudah terantuk baru terngadah...kalau dia menang Ketua Bhg tempohari, sampai kucing betanduk dia tak akan kenal Datu Selan, Ketua Cawangan Labuan Padang....secara kebetulan saja dia dengar ada ketua cawangan sakit jantung maka dia datang lah ziarah...dia baru sedar bahawa langit ini terlalu tinggi, kalau sekadar ziarah org sakit jantung jadi ukuran Hj Musbah turun padang...baik lagi dia susun semula cawamgan Taun Gusi Padang yg mungkin adik beradik dgn labuan padang....

Unknown December 31, 2009 at 5:23 PM  

Assalamualaikum Rojokobog... ternyata anda dikuasai sifat fitnah, dengki, dendam kesumat dan kecewa.

Penyokong Usno yang sakit iaitu Haji Ahmad Rail di Kampung Labuan pun dilawati YB Musbah....

Haji ahmad bukan ketua cawangan Umno bah...

Dalam blog saudara gawis pun ada coretan turun padang musbah, begitu juga bloggers lain.

anda tidak nampak sebab dikuasai sifat fitnah, dengki, dendam kesumat dan kecewa.... rojokobog busuk hatilah!

musbah sudah berubah berbanding dulu... rojokobog busuk hati macam dulu lagilah... tunggu matikah!

pasal taun gusi padang dan labuan padang... kami saudara seagama dan sebangsa dan saling ziarah

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP