ROYALTI MINYAK KB SATU PERJUANGAN: DATO RAHMAN?

Tuesday, January 12, 2010




"Saya bersetuju dengan idea menubuhkan industri petroleum dan gas di Kota Belud. Baru-baru ini Petrosab sebuah syarikat milik penuh Yayasan sabah Group, telah mengambil alih pelabuhan itu di Kuala Abai daripada Mamut Copper Mining yang perlu kita majukan dan kita akan wujudkan industri petroleum.”

Kenyataan tersebut merupakan intipati ucapan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman ketika meresmikan majlis pecah tanah bangunan baharu SJK (C) Chung Hwa di Kota Belud baru-baru ini.

Siapa sebenarnya pencetus idea menubuhkan industri peteroleum dan gas ini? Beliau adalah seorang berkelulusan Dagree In Economics And Management, Sonoma State University, California. Dengan kelulusan tersebut dan ditokok tambah dengan pengalaman pengurusan dalam bidang lain, kita menaruh keyakinan bahawa beliau boleh memacu kemajuan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di daerah ini. Dengan bersumberkan bahan asli yang sedia ada seperti hasil galian minyak ,gas dan alam semulajadi yang menarik dan berpotensi besar dimajukan menjadi daya tarikan pelancong di masa akan datang.

Beliau yang dimasudkan ialah Dato Abdul Rahman Datuk Haji Dahlan, yang lahir pada 24 November 1965 .dan merupakan seorang pemimpin siasah oder baru yang berwawasan , berkaliber dan berkarisma. Semasa menuntut di diluar negara beliau telah mengasaskan Kelab UMNO Calofornia Utara 1986 dan telah dilantik sebagai sebagai pengerusi Kelab UMNO di negara tersebut

Sebagai pemimpin muda, sudah tentu memahami aspirasi genarasi muda di Kota Belud ini. Dengan kesedaran inilah maka beliau memandang jauh kehadapan tentang keperluan dan permasalahan golongan muda itu sepuluh tahun kehadapan.Justeru itu gagasan idea untuk mengwujudkan industri petroleum, gas dan pelancongan perlu dirancang dengan teliti mulai dari sekarang. Perancangan seperti ini amat penting diatur dan disusun supaya golongan muda dapat menilai sediri kemana arah tuju pembanguanan oleh pemimpin mereka. Rakyat sentiasa berdoa dan berharap segala perancangan itu akan menjadi kenyataan nanti.

Ketokohan yang ditunjukakanya dalam kepimpinan kesatuan pelajar semasa menuntut di luar negara dan menjadi nadi pegerak pemuda UMNO Malaysia satu ketika dahulu, telah memberi kelebihan kepada beliau terpilih menjadi calon Parlimen Kota Belud dalam pilihan raya ke 12 tahun 2008. Dalam Pilihan Raya tersebut Dato Abdul Rahman telah menang dengan jumalah undi 7,964, majoriti 3,020 dengan menewaskan calon PKR ketika itu Saidil Simoi yang mendapat undi 3,941.

Bagi Dato Rahman, kemenangan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang amat mencabar . Dalam mengalas amanah rakyat Kota Belud perlu kesungguhan berkerja demi menunai segala janji-janji semasa kempen pilihan raya 2008.

Justeri kerana itulah beliau telah berkerja keras merancang dan melaksanakan pelbagai projek-projek di seluruh kawasan Palimen 169 Kota Belud sebelum tiba pilihan raya ke 13.

Rakyat Kota Belud hingga ke hari ini masih menunggu penuh debaran bila agaknya Dato Rahman mengetengahkan usul kepada kerajaan negeri supaya royalti minyak diserahkan kepada Kota Belud dan bukannya di daerah Papar. Seluruh dunia kini tahu pelantar cari gali minyak di Kota Belud ini merupakan yang terbesar di Asia. Maka itu amat wajar sekali desakan rakyat mahu melihat hasil jualan perut bumi bertuah itu disalurkan sepenuhnya di daerah ini. Rakyat Kota Belud mahu menuntut royalti minyak itu demi membiayai pelbagai projek pembangunan dan kemajuan rakyat masa akan datang.

Apakah Dato Rahman berjaya dalam misinya berjuang memacu pelbagai pembangunan termasuklah mengwujud industri petroleum dan gas ?Munasabahkan tuntutan royaliti minyak oleh rakyat Kota Belud diperjuangkan oleh Dato Rahman? Sama-sama kita lihat dan tunggu apa kesudahanya.

8 comments:

abd naddin January 12, 2010 at 5:06 AM  

idea yang bagus dan pasti mendatangkan manfaat jika dapat direalisasikan nanti.

Kuda Berhias January 12, 2010 at 5:09 AM  

Salam Ziarah Sdr Amini,

Mewujudkan Industri Petroleum adalah satu idea yang besar. Oleh itu ianya memerlukan tindakan yang besar untuk direalisasikan. Pelaburan dalam industri ini juga besar. Begitu juga risikonya.

Shell pernah melakukan pre-beroperasinya di KB dan banyak pelaburan yang mereka telah curahkan. Kini operasi Shell sudah menyepi di KB. Petronas masih memiliki pelantarnya di Mantanani.

Barangkali join venture atau join operation dapat merealisasikan impian ini bersama syarikat gergasi seperti Peronas atau Shell atau syarikat gergasi minyak yang lain yang berpengalaman.

Tentu sekali impaknya, kesan limpahan dalam ekonomi KB amat besar amat besar.

Mohd Amini January 12, 2010 at 2:58 PM  

Salam Sdr Nadin,Rakyat Kota Belud hauskan pembangunan dan kemajuan.Semoga usaha para pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat akan mendapat kejayaan.Terima Kasih atas kesudian melayari blog ini dan memberi komen.

Mohd Amini January 12, 2010 at 3:16 PM  

Salam Sdr Kuda Berhias, Sebagai seorang bloger pinggiran,bloger baru belajar dan sedang diajar sentiasa akur dengan pandangan dari bloger yang lebih berpengalaman.Saya tabik dengan pandangan bernas dan pendapat yang mempunyai sandaran fakta.

Saya sebenarnya terlalu kecil dalam dunia illmu berbanding dengan para blogger cukup berillmu dan berpelajaran dalam dan luar negara.Saya amat menghormati kelian dan tabik sekali lagi.Terima kasih sekali lagi kerana sudi memberi komen cukup bernas.

watasikadi January 12, 2010 at 9:03 PM  

salam pak amini,
actually petrosab is one of my ex-company client during doing audit. idea ini bukanlah seikhlas yang digambarkan..banyak kepentingan politik yang dijaga. ipar duai CM punya idea walaupun pada asalnya ketika DO idris yahya ia tidak dibenarkan kerana tentangan orang kampung, namun dengan kuasa CM semua berubah..banyak perkara yang tersirat disebalik tersurat ini.penuh konspirasi dan korupsi.namun it's all my audit finding can't publish due to professional audit ethic.saya tahu apa terjadi....hahahaha

Mohd Amini January 13, 2010 at 8:34 AM  

Salam Watasikadi,saudara memang hebat dan serba tahu apa yang telah berlaku sebelum dan selepas.cukup baik, cukup bagus. Apa yang tersiarat amat menarik dibongkar dan diselungkar lagi supaya rakyat Kota Belud lebih tahu.

Thank for yau comment.See you again next articel.

watasikadi January 13, 2010 at 11:00 PM  

salam kakanda amini,
sorry all the confidential article can't publish. walaupun saya seorang penyokong tegar pembangkang namun saya tetap professional dalam kerjaya sekarang mahupun kerjaya yang lepas. etika professional harus patuhi.biar berpolitik cara professional dan saya tidak mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan..apapun tulisan saudara ini amat menarik dan mudah difahami. semoga saudara sukses selalu..

Mohd Amini January 14, 2010 at 6:58 AM  

Salam Sdr Watasikadi,Cara saudara berpolitik memang gentelman.Saya suka dengan pembawaan saudara.Berpolitik biarlah berhimah dan berakalbudi.Terima Kasih.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP