BUAYA SUNGAI MARABAU BERJAYA DITANGKAP

Monday, February 1, 2010








KOTA BELUD : Jangan sangka air tenang tidak berbuaya dan jangan sangka Kota Belud tenang selepas banjir, tiada buaya, tetapi sebaliknya masyarakat di sini, telah dikejutkan berita penduduk kampung Marabau berjaya menangkap sekor buaya berukuran kira-kira 2.5 meter di Sungai Marabau di sini, pada pagi Isnin.

Menurut Mohd Karim Jibal, 49 tahun buaya yang dikatakan betina itu telah mengejutkan orang kampung khususnya mereka yang selalu mandi,menagkap ikan dan mengambil karang air tawar di sungai itu setelah mendapati beberapa bekas tapak tangan, kaki dan ekor buaya disepanjang tebing sungai berkenaan.

“ Apabila kami tidak syak lagi bahawa sungai itu ada buaya lalu kami menghubung Jabatan Hidupan Liar Kota Kinabalu mengenai kehadiran reptillia bahaya itu.
Katanya, buaya itu Berjaya diperangkap dalam jerat besi milik Jabatan Hidupan Liar yang pasangkan oleh kakitangan berkenaan pada sabtu lepas dengan kerjasama penduduk kampung.

Menurut Karim, beliau menyedari kehadiran reptillia berbahaya itu sewaktu melawat ke kebun Pisang dan Tebunya selepas banjir pada 19 Januari selepas banjir surut yang juga terletak dibelakang rumah berhampiran sungai itu.


“ Ketika saya menghampiri tebing sungai itu, saya mendapati satu tapak menyerupai tapak kaki buaya lalu memaklumkan kepada penduduk kampung, penduduk kampung juga memberitahu itu adalah tapak kaki buaya berdasarkan kesan berbentuk titik,” katanya.
Seorang lagi penduduk hampir nyaris menjadi mangsa buaya berkenaan, Hajah Saidah Haji Saman, 66, berkata, seminggu sebelum banjir, ketika itu, beliau sedang mencari karang air tawar (kebili) di sungai itu, menyadari kehadiran buaya itu yang disangkanya biawak hanya beberapa jarak daripada tempatnya berdiri.

“Saya memukul buaya berkenaan menggunakan besen dan apa yang menghairankan saya buaya itu tidak berganjak, lalu saya teringat petua orang dulu-dulu, lalu saya sebut ‘kunyit-kunyit’ sebanyak tiga kali dengan perlahan-lahan bergerak melangkah kebelakang dan tiba-tiba buaya itupun lenyap dalam pengelihatan saya,

“Setiba di rumah, saya memberitahu suami saya mengenai kejadian tersebut, tetapi malangnya beliau menyangkal tanggapan itu dengan menyatakan apa yang saya nampak itu adalah hanya seekor biawak,”jelasnya.

Katanya lagi, dia tidak syak lagi, bahawa reptillia bahaya itulah yang dia pukul dengan besen ketika merenung buaya itu dalam jerat besi sebelum diambil oleh Jabatan Hidupan Liar.

Semantara itu Ketua Cawangan UMNO Kampung Marabau Bening Haji Adan, 55, berkata kewujudan buaya terbabit sudah lama diperkatakan malah, dipertikaikan oleh penduduk kampung sekitar tidak mempercayai jika ada haiwan lain menghuni Sungai Marabau yang dijadikan penduduk sebagai tempat untuk mencari rezeki selain digunakan untuk mendapatkan sumber seharian.

Katanya, kehadiran reptillia itu dikatakan telah menjadi sejarah Kota Belud yang selama ini belum ada selepas Merdeka dan menambah rupa-rupanya kini, sungai-sungai di daerah berkenaan tidak selamat dijadikan sumber kehidupan seharian oleh penduduk setempat.

Sehubungan itu beliau bercadang agar pihak-pihak berkenaan bertindak segera menghapuskan jenis reptillia yang membahayakan kepada masyarakat Kota Belud dan menambah, menyarankan orang kampung yang duduk berhampiran sungai-sungai tersebut agar berhati-hati dan segera bertindak melaporkan hal-hal seumpama itu kepada pihak-pihak berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Sain Badat,41, berkata ternampak seekor lagi buaya timbul yang lehirnya kelihatan berwarna merah, dan beranggapan sungai itu masih ada buaya jantan yang masih berkeliaran, sebelum betina itu ditangkap.

Anggota polis dan Bomba dan Penyelamat turut hadir ditempat buaya itu ditertengkap, tepi Sungai Marabau, sementara menunggu Jabatan Hidupan Liar membawanya ke Zoo Lok Kawi, di Kota Kinabalu.

Caption, buaya betina berukuran kira-kira 8’-10’ panjang dalam besi perangkap
-orang ramai ketika menyaksikan buaya itu
1-Mohd Karim Jibal
2-Hajah Saida
3-Bening Haji Adan
4-Sain Badat

2 comments:

kurma February 2, 2010 at 11:52 PM  

Apa kah penduduk kg di sekitar kota belud sudah melihat buaya itu,kalau belum adakah cadangan jabatan hidupan liar yang menangkapnya dan membawanya ke zoo lok kawi tiada niat untuk mempamerkannya di pekan kota belud untuk tontonan penduduk kota belud khasnya,kerana alangkah jauh nya mereka yang mahu melihat buaya yang di tangkap di sungai merabau itu terpaksa ke zoo lok kawi...bagus kalau orang tu berkenderaan,kalau tiada maka dia mendengar beritanya saja dari mulut ke mulut...

Mohd Amini February 3, 2010 at 8:12 AM  

Salam Sdr Kurma, Salam perkenalan dalam bolg ini.Saya bersetuju dengan pendapat sdr kenapa buaya yang ditangkap itu terlalu cepat dibawa ke Zoo Lok Kawi tanpa memberi peluang kepada masyarakat kampung Kota Belud untuk melihatnya.Terima kasih kerana memberi komen.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP