LDP BERMAIN API RASISME?

Tuesday, April 26, 2011






Sentimen komuniti Cina dalam pilihan raya di Sarawak kepada parti pembangkang seperti menjadi pencetus isu kepada beberapa pemimpin kaum itu di negeri Sabah. Budaya Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang meniup api perkauman ketika berkempen di Sarawak itu berkemungkinan besar akan menular ke negeri di Bawah Bayu dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Ini jelas dapat kita lihat daripada tindak tanduk Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin. Beliau telah membuat kenyataan secara keras dan terbuka di media massa dengan megaitkan kehilangan sokongan kaum Cina terhadap BN dalam pilihan raya di Sarawak baru-aru ini akan berlaku di Sabah. Situasi ini menuntut kesadaran daripada para pemimpin BN untuk lebih peka dan perihatin terhadap keperluan rakyat terutama sekali masyarakat Cina.

Pandangan Datuk Chin Su Phin dalam perkara ini dilihat oleh penganalisi politik sebagai ada asasnya kerana salah satu faktor yang mendorongkan kaum cina menyokong pembangkang dalam pilihan raya di Sarawak itu adalah berkait rapat dengan rasa kecewa dengan sikap para pemimpin BN yang kurang perihatin dan memahami aspirasi mereka. Isu ini perlu perhatian dan kajian lebih mendalam oleh para pemimpin BN jika ingin mendapat sokongan kuat dan padu daripada masyarakat Cina. Tetapi kenyataan beliau berhubung dengan isu kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman yang menyarankan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najip Razak untuk bertindak lebih berani mengubah kepimpinan di dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak sebelum pilihan raya ke 13 nanti dilihat keterlaluan dan tidak menghormati semangat 1 Malaysia dan semangat persafahaman dalam parti komponan BN.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah mengapakah Datuk Chin Su Phin begitu lantang dalam meyuarakan isu yang dilihat menyentuh sensiviti para pemimpin Sabah terutama dikalangan para pemimpin parti UMNO? Ramai pihak yang terkilan dengan kenyataan dan sikap keterlaluan yang ditujukkan oleh pemimpin tertinggi parti LDP ini. Datuk Chin barangkali ingin memberitahu semua masyarakat Cina di Sabah ini bahawa beliaulah tokoh pemimpin komuniti itu yang palang berani dan tidak takut menyuarakan aspirasi kaumnya. Dalam soal ini, Datuk Chin perlu berfikiran rasional dan menyatakan sesuatu masalah rakyat melalui saluran perbincangan yang sedia ada bagi meyelasaikan kemelut yang berlaku. Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman menyatakan secara terbuka dalam media massa tempatan beberapa bulan yang lalu bahawa beliau bersedia dan terbuka untuk berbincang dengan para pemimpin parti LDP untuk membincangkan isu-isu semasa yang menimbulkan ketidak puasaan hati mereka kepada kepada kepimpinannya.

Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berpandangan jauh dalam menangani isu ini dengan menyatakan bahawa kepimpnan BN negeri tidak perlu perubahan drastik. Ini adalah kerana kepimpinan BN Sabah di bawah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman selaku pengerusi BN negeri ternyata telah melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan cemerlang.

Semantara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun menyelar keyataan Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin dengan berkata;

“ Kamu jelas mempermainkan isu kaum apabila kamu katakan selain Cina, masyarakat lain juga tidak bersetuju dengan kepimpinan negeri yang kita semua tahu juga merupakan pemimpin UMNO di Sabah. Ini tidak wajar dan bukan budaya BN.

“ Chin berselindung mengenai idintiti orang yang diserangnya itu tetapi kita tahu siapa yang beliau maksudkan Dan perlu saya tekankan bahawa ini adalah isu peribadi beliau dan individu tertentu yang mempunyai agenda peribadi,”

Sebagai seorang pemimpin UMNO, beliau merasakan dirinya harus membela maruah parti keramat ini daripada tanggapan negatif dan tomahan melulu daripada parti lain. Oleh sebab serangan Datuk Chin itu bersifat peribadi maka masyarakat Cina tidak seharusnya tertipu dengan dakwaannya bahawa kepimpinan Datuk Musa Aman kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti masyarakat Cina di Sabah.Ini merupakan satu tindakan angkuh dan merupakan satu penghinaan terhadap daya pemikiran orang Cina. Datuk Chin juga cuba mengeksplotasikan isu dengan andaian kononnya komuniti ini tidak lagi meyokong kepimpinan Ketua Menteri kerana kegagalan kerajaan BN di bawah kepimpinannya gagal menghayati aspirasi kaum itu

Datuk Masidi membidas kenyataan Datuk Chin yang mendesak Perdana Menteri supaya jawatan Ketua Menteri Sabah sekarang ini diganti oleh pemimpin lain yang lebih berwibawa sebelum menjelang pilihanraya ke 13.

“ Saya pasti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu siapa yang harus menerajui kepimpinan UMNO di Sabah. Kritikan Chin terhadap kepimpinan Umno di negeri ini samalah seperti mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri.”

Beliau mengesa Datuk Chin harus bertanggujawap ke atas kesan daripada kenyataannya itu terhadap rakyat berbilang kaum di Sabah. Kita hidup dalam masyarakat pelbagai etnik dalam Barisan Nasional maka amat mustahak semangat perkongsian ini perlu dijaga dan dipelihara. Setiap keputusan yang dibuat mestilah berdasar kepada semangat harmoni dan consensus demi kepentingan semua lapisan masyarakat dan bukannya berbaur dengan agenda bersifat peribadi.

Isu yang bangkitkan oleh Timbalan Presiden LDP mendapat perhatian ramai dikalangan para pemimpin UMNO itu sendiri. Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi pandangan berhubung isu ini dengan menasihatkan LDP supaya memulakan usaha mempersiapkan partinya untuk menghadapi Plilihan Raya Umun ke 13. Tindakan ini amat perlu bagi parti LDP kerana pemimpin DAP menganggap parti ini sebagai ‘daging muda' dalam pilihan raya akan datang.

“ Ada banyak perkara yang sepatutnya beliau dapat lakukan sebagai Timbalan Presiden sebuah parti komponan BN dan bukan masanya untuk mencari kelemahan UMNO dan mengkritik kepimpinan kerajaan negeri Sabah.

“Saya percaya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah memberi penghargaan terhadap usaha yang tidak berhenti-henti yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri kearah memastikan semua lapisan masyarakat di negeri ini tidak ketinggalan dalam pertumbuhan ekonomi dan memelihara kestabilan politik untuk negeri ini.”

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin menemplak Datuk Chin kerana kenyataannya yang berniat untuk mengwujudkan perpecahan di kalangan pemimpin parti komponen BN, melaga-lagakan antara kaum dan mempengaruhi kaum Cina supaya membenci parti UMNO dan Ketua Menteri Datuk Musa Aman.

“ Mereka Nampak seperti menghancurkan UMNO, mereka sangka yang Ketua Menteri bertindak sendiri dalam setiap keputusan yang diambil. Kritikan mereka sudah sampai ke tahap melukakan UMNO, ini berbahaya.”

Apa juga pandangan dan pendapat yang dilontarkan oleh pelbagai pihak berhubung dengan isu ini, dapatlah disimpulkan bahawa secara umumnya semua parti komponen BN mahukan parti LDP bertindak secara bijak dan berwaspada menjahirkan kenyataan demi menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri ini. Sebagai sebuah parti komponen BN, LDP haruslah memahami semangat perkongsian kuasa dan mengutamakan perpaduan serta persefahaman dalam parti berkekalan. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP