DATUK MUSBAH MEMBAKAR SEMANGAT JUARA RAKYAT

Tuesday, April 5, 2011

Pengorbanan yang ditunjukannya dalam kepimpinan parti UMNO bukan calang-calang kerana walaupun keris taming sari parti itu bukan lagi dalam gengaman, namun itu tidak bermakna api semangat perjuangan membela parti keramat telah padam dan punah sama sekali. Itulah hakikat sukar dinafikan apabila Datuk Musbah Haji Jamli tetap jadi wira ketika berucap dalam peresmian penutupan program Juara Rakyat yang diadakan di kampung Timbang Mengaris, anjuran bersama UMNO Bahagian Kota Belud dan juga parti komponan BN iaitu PBS, UPKO, PBRS serta agensi-agensi kerajaan lain daerah itu.

Sesungguhnya illmu perjuangan yang ditimbanya dari Allahyarham Tun Datuk Mustapha ketika dalam parti USNO lagi masih mengalir dalam tubuh badannya dan apinya masih membara dalam lisung perasaannya hingga masakini dalam membela parti UMNO. Tidak hairanlah gaya ucapannya dalam majlis ini amat berkesan umpama arus deras yang membukam dalam urat nadi para hadirin yang mendengar. Kupasan demi kupasan dapat dihayatinya dengan penuh kesedaran menujah ulu sanbari audiens yang mendengar.

Garapannya tentang falsafah Juara Rakyat hasil ilham Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak itu begitu menarik dan penuh dengan ucapan bersandar kepada fakta dan dalil yang telus dan jelas. Sebagai sebuah negara yang aman damai dan telah dipimpin oleh barisan pemimpin yang telah teruji kepimpinannya berdekad lamanya sudah tentu menjadi satu tanda mercu kejayaan negara yang perlu dihargai dan dipilihara dengan baik oleh seluruh lapisan rakyat. Maksudnya ialah kepimpinan mereka itu telah berjaya dalam menerajui sebuah bahtera kerajaan yang di dalamnya dihuni oleh pelbagai suku kaum, etnik, kepercayaan dan budaya. Bermula dari pasca sebelum merdeka dan kini memasuki alap baru di mana rakyat berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam politik. Genarasi muda tidak lagi mampu menghayati konsep atau dasar perjuangan ketika memerdekakan negara ini dari cengkaman penjajah. Lebih menyedihkan lagi, genarasi baru telah mulai lupa kepada sejarah dan keagungan bangsanya. Barangkali itulah sebab aspirasi kerajaan dan aspirasi rakyat dari golongan muda mutkhir ini tidak lagi selari. Keadaan ini bolehlah diumpamakan seperti pepatah Melayu yang mengatakan, tidur sebantal tetapi punya mimpi yang berbeza. Situasi seperti ini pihak kerajaan perlu bertindak segera dan sentiasa prihatin dengan masalah seperti ini dan cuba menyelaminya kehendak mereka.Perdana Menteri seperti dapat merasai denyut nadi golongan ini dan cuba menyelami perasaan mereka dan menguak saubari golongan ini dengan pendekatan situasi yang menag-menang sahaja. Situasi seperti ini perlu dilakukan sebagai insiatif pihak kerajaan memaksimumkan jurang perbezaan aspirasi rakyat. Maka itulah lahirlah program Juara Rakyat ini, dengan meneliti secara terperinci punca berlakunya kekalahan empat buah kerajaan negeri ke tangan pembangkang dalam PRU ke 12.

Datuk Musbah mempamirkan gaya pengucapan awam yang dilihat berjaya, berkesan dan meyakinkan ketika megupas tetang isu intigriti seseorang pemimpin.

“ Pemimpin haruslah mengutamakan rakyat . Ini sejajar dengan seruan Perdana Menteri dalam sloganya Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Oleh sebab itu, saya sebagai wakil rakyat di kawasan N6 Tempasuk terasa terpanggil berkerja secara proaktf dan menyusun pelbagai program turun padang menemuai rakyat. Program turun padang ini adalah bermatlamat untuk melihat permasalahan rakyat, mendengar penderitaan rakyat dan mengurangkan kemiskinan rakyat. Itu adalah agenda utama saya dalam setiap kempen program Juara Rakyat ini,” tegas Datuk Musbah.

“ Kita sedaya upaya cuba memahami aspirasi rakyat. Kemahuan rakyat mesti diutamakan kerana rakyat sahajalah yang boleh menghukum pemimpin. Rakyatlah yang menuntukan masa depan saya sebagai pemimpin di N6 Tempasuk ini. Oleh itu saya memohon kepada rayat sentiasa mendapingi saya untuk menyatakan sesuatu masalah mereka. Pejabat saya sentiasa terbuka kepada rakyat N6, Tempasuk untuk berbincang dan saya akan mencuba membantu meleraikan masalah mereka setakat yang terdaya,”katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Datuk Musbah amat memandang berat segala penderitaan yang dihadapi oleh rakyat di kawasannya. Beliau mahu semua pemimpin-pemimpin akar umbi seperti Pengerusi JKKK, Ketua Kampung dan Ketua Cawangan UMNO berkerja dengan lebih baik dan proaktif dengan memberi maklumat kepadanya masalah-masalah rakyat di kampung mereka. Golongan miskin tegar adalah menjadi agenda utamanya sebagai wakil rakyat di kawasan Tempasuk ini. Oleh sebab itulah, peranan pemimpin akar umbi amat penting sebagai mata dan telinga pihak kerajaan dalam menyalurkan maklumat berhubung permasalahan penduduk kampung di kawasan mereka. Jika diizinkan Tuhan dan diberi kekuatan mental dan fizikal insallah beliau akan mengistiharkan satu jihad di kawasan Tempasuk iaitu satu program Jihad Membasmi Kemiskinan.

Kometmennya dalam membela nasib rakyat Tempasuk adalah suatu amanah rakyat dan tidak pernah berakhir dan tugas ini adalah merupakan kewajipan sepanjang masa. Beliau mahu semua perancangan telah disusunatur akan berjaya dicapai dan dilaksanakan sebelum berundur diri dalam dunia politik di suatu masa nanti. Hingga ke hari ini, apa yang dinyatakan oleh Datuk Musbah ini satu demi satu telah menjadi kenyataan dan projek sisioekonomi yang diwar-warkan olehnya bukanlah satu retorik politik semata-mata. Lihat sahaja perancangan jangka panjang beliau untuk menjadikan daerah ini sebagai Jelapang Padi telah mula jadi kenyataan. Demikian juga projek Agropolitan peruntukannya telahpun diluluskan oleh pihak kerajaan dan akan dilaksanakan sedkiti masa lagi di kawasan Tempasuk. Dua program pembangunan ini merupakan projek mega yang diberi kelulusan oleh kerajaan atas inisiatif Datuk Musbah yang bersungguh-sungguh dengan sokongan padu dari pemimpin- pemimpin lain di daerah Kota Belud seperti Datuk Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Japlin Akim dan Habert Timbun Lagadan.

Pelbagai lagi projek pembangunan sedang dan akan dilaksanakan di daerah ini dalam perhatian kerajaan negeri dan persekutuan. Kita tunggu dan lihat akan kegigihan dan kehebatan Datuk Musabah dalam program memacu pembangunaan daerah koboi ini dan usaha merialisasikan wawasan pembasmian kemiskinan demi rakyat di daerah Kota Belud dan khasnya di kawasan N6 Tempasuk.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP