DATUK MUSBAH : AGENSI KERAJAAN JANGAN LEKA

Wednesday, April 13, 2011


Pembantu Menteri Pertanian dan Indutri Makanan Sabah, Datuk Musbah Haji Jamli mengesa Jabatan Kerja Raya, Lembaga Eletrik Sabah dan Jabatan Perparitan dan Saliran di daerah Kota Belud supaya jangan leka menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan itu dengan baik dan lancar demi kesejahteraan rakyat.

“ Saya memohon semua pegawai agensi berkenaan di daerah ini agar dapat menunai sepenuhnya tanggungjawab mereka dan jangan leka untuk merealisasikan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan mega, infrastruktur dan prasarana lain di daerah ini untuk keselesaan rakyat,”

Datuk Musbah Haji Jamli, tidak bermaksud terlalu memberi tekanan dan menambah beban kakitangan agensi-agensi kerajaan berkenaan, tetapi beliau ingin bersama-sama dan berganding bahu dengan kakitangan kerajaan untuk merealisasikan beberapa projek mega kerajaan di daerah ini berjalan lancar dan memuas hati semua lapisan masyarakat.

“Itulah sebabnya saya bawa para pegawai, penolong pegawai , kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat, Tempasuk, ketua-ketua masyarakat dan media, di tempat-tempat projek mega dan beberapa kawasan mukim, perkampungan di kawasan yang musnah akibat banjir kilat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan mengejutnya bersama Pegawai Daerah Kota Belud, Gari Itam dan beberapa pegawai agensi kerajaan yang yang lain, bersama meninjau beberapa buah perkampungan di Mukim Dudar yang dilanda bencana alam, di sini baru-baru ini.

Wakil Rakyat Tempasuk itu juga, menaruh harapan kepada semua kakitangan kerajaan yang berkenaan agar memberikan laporan segera mengenai kemudahan awam yang rosak dan perlu diberi perhatian segara. Dalam lawatan ini juga Datuk Musbah bersama rombongannya telah melihat dan mendegar sendiri beberapa aduan dan luahan rasa daripada masyarakat kampung yang dilanda banjir kilat itu.

Banjir kilat yang melanda di beberapa buah perkampungan di sebelah Pentai Barat Utara(PBU), dalam kawasan Tempasuk pada pagi Ahad 13 Mac itu, dikatakan mungkin tempias daripada kejadian tsunami di Jepun yang berlaku pada 11 Mac lalu.

Perkampungan yang terlibat dalam bencana banjir kilat di kawasan Tempasuk itu ialah termasuklah Kampung Timbang, Kampung Sarang, Kampung Taburon, Kampung Dudar Ulu, Kampung Manggaris, Kampung Penampang Kumpang, Kampung Tambalaung, Kampung Keguraan, Kampung Luandi dan Kampung Bunggoliu.

Kejadian banjir kilat ini juga telah menghanyutkan enam buah kenderaan di perkampungan itu yang sebahagian nya tidak ditemui sehingga ke hari ini. Ramai penduduk kampung mengatakan bahawa banjir besar seperti ini tidak pernah berlaku sejak 100 tahun dalam sejarah banjir kilat di Kota Belud.

Bencana alam seperti banjir ini tidak ada sesiapa yang menginginkan berlaku. Pasrah kepada ketentuan illahi dan redha menghadapi bencana yang tidak sesiapa yang dapat menduga. Datuk Musbah telah sedaya kudrat cuba memahami dan menyelami perasaan rakyatnya yang terlibat dalam bencana alam terburuk berlaku. Denyut derita rakyat menghadapi situasi seperti ini adalah deritanya juga. Maka sebab itulah ADUN N6 Tempasuk ini menyeru berulang kali kepada kerajaan dan agensi kerajaan di daerah ini supaya lebih proaktif meyegerakan kerja-kerja penyelangaraan dan pembaikan ke atas kemudahan asas yang telah rosak teruk akibat banjir.











































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP