DATUK JAPLIN BANGKIT DARI HUKUMAN

Saturday, April 2, 2011





Karier politik Datuk Japlin dalam politik UMNO Kota Belud kini bersinar kembali setelah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara resminya dilepaskan daripada hukuman penggantungan keanggotannya dalam parti tersebut selama tiga tahun.

Datuk Japlin tidak menduga sama sekali insiden yang menyabitkan dirinya dalam kesalahan dalam permainan ‘politik wang’ dalam parti pada Mac 2009 hampir-hampir memusnahkan karier siasahnya. Hukuman itu telah memberikan satu kesedaran betapa besarnya risiko politik wang dalam parti. Dengan penarikan balik hukuman penggantungan keahliannya dalam UMNO ini juga telah memberi peluang terbaik kepadanya untuk mencurahkan segala khidmat baktinya kembali demi kemantapan parti UMNO itu di daerah Kota Belud. Datuk Japlin banyak belajar dari kesilapannya yang lalu dan mahu melupakan segala yang berlaku itu adalah satu takdir yang perlu diterima dengan hati yang terbuka. Apa yang berlaku itu adalah satu peringatan dan pengajaran yang memberinya hikmah yang cukup besar ertinya dalam kehidupannya. Namun beliau tetap utuh dalam perjuangan parti dengan berazam untuk bangkit semula dari peristewa hitam itu dan mahu menebus maruahnya dalam karier politiknya yang tercalar itu dangan meneruskan perjuangan memperkasakan parti UMNO.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastuktur itu juga melahirkan rasa leganya dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO melepaskannya dari hukuman penggantungan ini.

“ Dengan pelapasan ini, kini saya dapat bersama-sama pemimpin UMNO khususnya di kawasan Kota Belud untuk memperkukuh dan memantapkan lagi parti. Saya berterima kasih kepada UMNO Bahagian Kota Belud, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan part UMNO Sabah dan pengerusan parti yang sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini,” katanya.

Para pemerhati politik di negeri ini, melihat ‘politik wang’ merupakan duri dalam daging yang boleh menghancurkan oganisasi politik UMNO. Kesungguhan Perdanan Menteri Datuk Seri Mohd Najip Tun Razak untuk memerangi gejala penyakit daripada terus menular dan akhirnya akan merosakan imej parti adalah merupakan satu tindakan yang bermaruah dan amat dialualukan bukan sahaja dikalangan ahli UMNO itu sendiri malah di sambut baik oleh semua golongan rakyat Malaysia. Semoga dalam barah politik wang ini,tidak akan berlaku lagi dalam pemilihan kepimpinan UMNO di masa akan datang mahunpun dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.

“ Mulai hari ini, beliau (Japlin) boleh kembali kepada UMNO dengan hak sepenuhnya sebagai anggota,” kata presiden UMNO itu dalam satu mesyuarat MT di ibu negara baru-baru ini. Sesungguhnya pengumuman ini adalah suatu keputusan yang amat bersejarah dalam kesenambungan karier politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu. Sudah tentu keputusan ini merupakan satu khabar gembira kepada para penyokongnya sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.

Dengan keputusan ini, Datuk Japlin, dilihat mempunyai peluang yang terbuka luas dalam menerajuai kepimpinan UMNO Bahagian UMNO Kota Belud pada masa hadapan. Pembawaan dan kredibilitinya dalam kepimpian sejak akhir-akhir ini amatlah meryerlah dan ini merupakan satu kelebihan beliau dalam terus melebarkan peluangnya serta memperkuatkan cengkamanya mempertahankan kurusi ADUN Usukan yang diwakilinya sekarang dalam pilihan raya ke 13. Dalam PRU ke 12, Datuk Japlin memperolihi undi 7,964 berbanding dengan pencabar terdekatnya Mohd Shukor Abdul Mumin (PKR) 3,941 sahaja dengan majoriti sebanyak 4,032. Kelebihan undi yang besar ini,membuktikan kepimpinan Datuk Japlin Akim di daerah kelahirannya ini masih kukuh dan mantap sekali. Pembawan beliau yang suka merendah diri dan suka bergaul dengan ‘imej kampungan’ telah meletakkan diri beliau sentiasa di hati para pengundinya. Beliau merupakan seorang yang senitasa terbuka dan suka berterus terang mengenai perkara-perkara yang boleh dibantunya dan juga permintaan rakyatnya sukar ditunaikan oleh nya. Baginya pendirian dan ketegasan seperti ini perlu dijelaskan kepada para penyokongnya agar mereka tidak akan kecewa dan terlalu mengharap bantuan diluar dari kemampuannya.

Dengan ini jelaslah bahawa bekas Ketua Pemuda UMNO Sabah ini adalah seorang politikus yang mempunyai misi dan visi yang jauh ke hadapan. Percaturan politiknya pada masa depan di negeri Sabah dan khasnya di daerah koboi tempat tumpah darahnya ini masih terbuka luas dan amat cerah sekali. Beliau mempunyai krisma kepimpinan yang cukup mantap dan amat menyakinkan yang boleh dijadikan idola kepada kepimpinan genarasi muda dalam parti UMNO pada masa akan datang. Beliau harus bangkit dari jerat hukuman ini dengan tekad dan keazaman yang membara dengan mengambil iktibar dari pegertian pepatah Melayu yang mengatakan takkan pelanduk lupakan jerat bagi kedua kalinya.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP