KESENIAN ISLAM PEMANGKIN DAKWAH

Friday, April 8, 2011




KOTA BELUD: Kesenian Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan ajaran Islam kerana dengan kehebatan seni itulah yang menyebabkan agama islam itu tersebar luas sehingga menguasai dua pertiga daripada penduduk dunia, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Sabah, Datuk Haji Musbah Haji Jamli.

“Sejarah telah membuktikan bagaimana Baginda Sallalahu Alaihi Wasallam juga memiliki suara yang merdu ketika membaca Al-Quran, malah ketika Nabi berhijarah ke Madinah. Baginda telah disambut oleh penduduk ketika itu dengan lagu-lagu nasyid yang membaca maksud antaranya puji-pujian kepada Baginda,

“Seorang ulama terkenal di Nusantara berasal daripada Indonesia iaitu Hamka, beliau seorang ulama yang amat dikenali dikepulauan Melayu, beliau adalah pengarang tafsir Al-Quran yang bertajuk “Tafsir Al- Azhar” dan kitab ini menjadi rujukan kepada umat Islam sehingga ketika ini,

Tambahnya lagi, apa yang menarik tentang ulama itu ialah, beliau juga adalah seorang ahli seni dimana pernah menulis sebuah novel yang berjudul “Tenggelamnya Kapal Banderveck”. Buku itu, amat diminati ramai, ketika itu sehingga ianya difilemkan.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kesenian Islam dan Tilawah Al-Quran 1432H/2011M, peringkat daerah Kota Belud, di Dewan Masyarakat Kota Belud, di sini, pada malam Sabtu.

Musbah berkata, begitu juga laungan azan yang sentiasa dikumandangkan oleh bilal di Majlis, juga terdapatnya seni, yang boleh melembutkan hati yang keras dan melunakkan hati untuk bertaubat daripada dosa yang dilakukan.

Sehubungan itu, beliau juga berharap agar program seumpama itu, bukan sahaja memilih wakil daerah, malah lebih dari itu untuk menjadikan kesenian Islam sebagai alternatif pilihan muda-mudi Islam.

Katanya, setelah kesenian yang dijaja oleh barat ternyata menghancurkan akhlak muda mudi Islam. Hari ini dapat dilihat kesenian Islam sudah semakin terpinggir ditinggalkan dan disisihkan oleh generasai muda dalam kehidupan mereka.

“Masa muda mereka dihabiskan dimeja game dan ada yang menghabiskan masa melipak di pusat membeli-belah dan sebagainya. Justeru itulah kerajaan setiap tahun menghabiskan wang ringgit yang begitu banyak mengadakan program, sebagaimana yang kita hadiri pada malam ini.

“Sejajar dengan tema kita iaitu, 'Satu Malaysia Satu Umah'. Saya menyeru agar kita cintai negara kita ini,dengan cara kita bersatu menjaga keamanan negara. Jangan ada kekacauan dan ketidakstabilan dalam negara,kerana apabila perkara itu wujud, sudah tentu kehidupan kita sebagai rakyat,akan wujud keresahan dan kegelisahan.

“Kita jadikan iktibar kejadian yang tidak diingini di negara-negara yang bergolak ketika ini seperti di Timur Tengah, di mana, rakyatnya hidup dalam ketakutan dan juga sentiasa terdedah kepada bahaya yang mengancam nyawa mereka. Sebagai wakil rakyat di daerah ini, sentiasa memberi sokongan yang jitu kepada perkembangan syiar-syiar Islam,” katanya.

Fastival itu diadakan setiap tahun dengan gabungan beberapa acara termasuklah pertandingan marhaban, nasyid, kompang dan tilawah Al-Quran yang bertujuan untuk memilih wakil daerah Kota Belud keperingkat Pantai Barat Utara, ke pertandingan peringkat negeri dan keperingkat Kebangsaan.

Terdahulu dari itu, Pengerusi Penganjur Pegewai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam, dalam ucapannya berkata, Kota Belud pernah menjadi juara peringkat negeri dan wakil Sabah ke pertandingan peringkat kebangsaan beberapa tahun lalu.

Katanya, mereka yang pernah mewakili Kota Belud di petingkat negeri dan kebangsaan ialah Hajah Alansam Haji Zaman, Allayaraham Haji Abd. Malik Lila dan Imam Daerah Kota Belud masa kini, Haji Madli Haji Mansor(2005). Beliau juga menambah, kini Kota Belud ketandusan pemenang dan berharap kegemilangan itu akan berulang dan kembali jatuh ke pengkuan daerah Kota Belud pada masa mendatang ini.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP