JANGAN PERDAYAKAN RAKYAT MASUK TEMPORONG POLITIK PEMBANGKNG

Thursday, July 12, 2012

Rakyat di kawasan Tempasok dingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik “Politik Tempurung” oleh parti pembangkang yang kerapkali masuk keluar di kampung-kampung menaburkan fitnah,kononnya kerajaan Barisan Nasional, tidak membawa pembangunan kepada rakyat . Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Haji Jamli, menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. “ Ada sebahagian rakyat masuk dalam politik tempurung pembangkang ini kerana terpengaruh dengan teknik putar belit mereka dalam pelbagai isu lapok dan remeh temeh. Mereka mendakwa para pemimpin Barisan Nasional gagal membawa perubahan dan pembangunan di daerah ini.Saya ingin bertanya, apakah sumbangan mereka selama ini untuk membangunkan kawasan Tempasuk?" Katanya lagi, tidak dapat dinafikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional, bukan sahaja telah membawa pelbagai projek mega, seperti Jelapang Padi,Agropolitan, pembangunan pekebun kecil getah, pembangunan pendidikan dan sebagainya, malah, Kota Belud, kini sudah berada di tangga ketujuh, daripada paras kemisikinan iaitu susut 36 peratus. “Semuanya ini adalah usaha Kerajaan Barisan Nasional, tetapi kita tidak akan berhenti sampai disini untuk mengeluarkan masyarakat lain dalam kepompong kemiskinan. Banyak lagi pembangunan luar bandar harus dicapai, maka itu kita perlukan sokongan padu daripada semua lapisan rakyat untuk menolak ideologi pembangkang. “Jangan masukkan rakyat dalam tempurung politik mereka lagi, kerana irama politik dulu-dulu tidak lagi sesuai dimainkan kepada rakyat pada masa kini,” katanya, ketika merasmikan penubuhan Penaja Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK), Kampung Gonti Luba, di sini. Kampung Gonti Luba, yang mempunyai 180 orang penduduk daripada 58 keluarga. Di katakan kampung ini terlepas pandang dari segi pembangunan infrastruktur sejak era Berjaya menjadi kerajaan. Tetapi kini, semuanya dalam perlaksanaan di mana kerajaan negeri melaksanakan projek penenaman getah berkelompok oleh Lembaga Industri Getah Sabah(LIGS) Musbah yang juga Wakil Rakyat Tempasuk berkata, beliau mengalu-alukan cadangan pembentukan JKKK kampung itu, demi untuk melicinkan pengurusan peruntukan kerajaan masuk ke kampung berkenaan. Sehubungan itu, beliau juga menasihati para ibu bapa di kampung berkenaan, supaya tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk tidak memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka di sekolah. Katanya, pendidikan adalah asas kepada kelangsungan hidup dan untuk membenteras kemiskinan pastinya juga menerusi pendidikan yang kini sudah disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional Menurut Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton, lokasi Kampung Gonti Luba adalah terlatak ditengah-tengah persempadanan Dewan Undangan Negeri(Dun) Kadamaian dan Tempasuk, dimana pentadbiran JKKK dan Ketua Kampungnya dibawah Kampung Gonok dalam kawasan Dun Kadamaian, manakala jumlah pengundinya, dikatakan lebih ramai mengundi di kawasan Dun, Tempasuk Peter berkata, sebagai wakil kerajaan tempatan, beliau akan membawa cadangan penubuhan JKKK Kampung Gonti Luba itu kepada pengetahuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar(KPLB), dalam masa terdekat ini. Katanya, selain badan JKKK , besar kemungkinan, permohonan melantik seorang ketua kampung juga akan dipertimbangkan pada masa akan datang

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP