IBUBAPA PENCORAK MASA DEPAN

Tuesday, April 12, 2011



Ibubapa bolehlah diumpamakan sebuah institusi kekeluargaan yang boleh menentukan corak masa depan sesebuah keluarga. Sesebuah keluarga itu bebas memilih arah tujunya sama ada mengekalkan cara hidup lama yang sentiasa dalam situasi kemiskinan atau ingin berubah kearah kemajuan dan cemerlang dalam kehidupan. Sesebuah kelurga haruslah memantapakan kedudukan ekonomi kerana bidang inilah yang akan membantu kearah kecemerlangan akademik anak-anak pada masa akan datang.

Oleh sebab itulah, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Haji Jamli, menyifatkan anak-anak sebagai harta yang amat bernilai dan berharga. Golongan ini juga merupakan model insan, jika diasuh dengan sempurna akan menjadi warga negara yang setia dan menjadi seorang pemimpin bertanggunjawab kepada negaranya. Justeru itu, kehidupan mereka haruslah dibela dan dijaga dengan sebaik mungkin. Jangan sampai golongan ini dibiarkan kelaparan, terdampar dan terbiar tampa permbelaan yang sewajarnya. Sebagai seorang pemimpin, beliau amat menyedari hakikat ini dengan mengenal pasti kanak-kanak yang tidak mampu bersekolah atau tercicir dalam pelajaran untuk diberi perhatian segera. Mereka ini mesti di dari beri peluang untuk belajar di sekolah-sekolah yang disediakan secara percuma oleh pihak kerajaan.

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang inginkan rakyatnya cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sebagainya, maka semua pihak haruslah bermaufakat, berkerjasama, berganding bahu dan sentiasa peka kepada seruan pihak kerajaan. Situasi seperti ini amat penting dipupuk dan dipelihara dari peringkat awal kehidupan dan berkesinambungan sampai bila-bila masapun.

Apa yang dilihat oleh masyarakat diluar sana, mengenai corak kehidupan yang bertambah baik dan peningkatan pencapaian akademik yang berlaku begitu ketara di daerah lain , juga akan pasti berlaku di daerah Kota Belud. Pembangunan di daerah ini juga dilihat setanding dengan dengan kemajuan yang berlaku di daerah lain. Projek agropolitan dan jelapang padi umpamanya, merupakan contoh kesungguhan Datuk Musbah meletakan daerah ini lebih ke hadapan dari segi pembangunan pertanian berperanan sebagai pemangkin kepada lonjakan hasil pendapatan kepada rakyat Kota Belud secara keseluruhan.

Datuk Musbah amat menghargai jasa dan pengorbanan, tiga wakil rakyat di daerah ini yang telah memberi kerjasama dan kesungguhan begitu tinggi terhadap kepimpinannya. Datuk Musabah juga meyifatkan pemimpin bertaraf Pembantu Menteri iaitu Datuk Helbert Timbon Lagadan, Datuk Japlin Akim dan seorang ahli Parlimen Datuk Rahman Haji Dahlan, telah berjaya membawa pelbagai pembangunan mega di daerah Kota Belud.
Di kawasan Dun Tempasuk misalnya, kerajaan telah memperuntukan beribu-ribu juta ringit untuk Jelapang Padi, Agopolitan, Akuakultur, Message dan Pelancongan bertaraf antara bangsa. Semuanya itu sedang dalam perancangan, perlaksanaan dan akan menyediakan pelbagai peluang perkerjaan kepada lepasan pelajar-pelajar pada masa akan datang,

“Sehubungan itu, sebagai pemimpin di daerah ini, mungkin juga dengan regu saya yang lain akan merasa gagal sekiranya kami tidak berusaha menyediakan beberapa projek mega untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Kota Belud. Lebih kecewa lagi sekiranya pihak pendidik dan PIBG di mana-mana sekolah di daerah ini, gagal melahirkan model insan yang bakal mengisi pelbagai perluang perkerjaan sebaik sahaja projek mega yang sedang dalam perlaksanaan di Kota Belud ini siap sepenuhnya pada 2015,”

Kenyataan Datuk Musbah semasa merasmikan Mesyurata Agung PIBG, SMK Taun Gusi, ke 11di sini baru-baru ini mengambarkan tentang kewujudan peluang pekerjaan yang terbuka luas kepada anak-anak genarasi baru apabila projek yang dirancangkan oleh kerajaan berjalan lancar. Pihak sekolah berperanan besar dalam melahirkan model insan yang berpengalaman dan berpengatahuan sebagai tenaga kerja yang mahir mengisi kekosongan dalam teknikal dan kejuruteraan khusus dalam bidang pertanian.

Sebagai Wakil Rakyat Tempasuk beliau berharap kedudukan Kota Belud di tempat ketujuh daerah termiskin pada masa ini dapat dikurangkan lagi pada tahun hadapan. Berbanding rekod sebelum, dimana Kota Belud berada ditempat pertama dan berharap jkeadaan seperti ini tidak akan berulang lagi seperti pisang tak akan berbuah dua kali.

“Segala kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyatnya adalah salah satu kunci utama mengeluarkan Kota Belud ini daripada belenggu kemiskinan sepenuhnya menjelang tahun 2020 dan kita yakin PIBG mempunyai peranan dan boleh melakukannya,”

Sesungguhnya kenyataan beliau ini mengandugi mesej yang mendalam harus menjadi renungan dan pengajaran kepada ibubapa. Semoga golongan ini memberi perhatian yang sewajarnya kepada peranan dan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan baik. Disamping itu warga pendidik disarankan dapat melahirkan model insan yang memiliki kemahiran bagi menjayakan projek-projek mega kerajaan di masa akan datang. Semoga segala perancangan pihak kerajaan dan para pemimpinnya yang berjihad dalam memerangi kemisikinan akan menacapai matlamatnya.







IBU

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP