PILIHAN RAYA SARAWAK: SATU TINJAWAN RINGKAS

Monday, April 25, 2011



Pilihan raya Sarawak ke 10 pada 16 April 2011 lalu telah memihak kepada Barisan Nasonal (BN) dengan mendapat majoriti dua pertiga. Namun ada beberapa isu penting yang dilihat oleh para penganalisis politik tanahair sebagai satu catatan sejarah dalam senario politik tanahair mutakhir ini. Kejayaan parti Pakatan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya ADUN Sarawak memperolehi tiga kerusi merupakan satu sejarah kerana sebelum ini parti ini hanya bertapak di lima buah negeri di Semanajung Malaysia . Dengan kemenangan ini, bererti parti PKR telah berjaya memecah masuk ke kubu kuat Barisan Nasional di bumi Kenyalang dan mengasaskan tapak baru perjuangan mereka di sana. Demikian juga isu kejayaan parti pembangkang DAP yang berjaya menambah kerusi dari 6 kepada 12 kerusi pada pilihan raya kali ini juga dianggap sebagai satu lagi catatan sejarah.Ini jelas menunjukkan satu senario menarik dalam politik Sarawak di mana rakyat negeri ini dari keturunan tionghu telah banyak beralih sokongan kepada parti pembangkang berbanding dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai parti kerajaan yang mewakili perjuangan kaum ini dalam beberapa siri PRU lalu.

Kejayaan parti DAP memenangi 12 kerusi DUN Sarawak yang dahulu dipegang oleh parti SUPP Sarawak dianggap oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kejayaan parti pembangkang (DAP) untuk membawa politik perkauman ke Sarawak.

“ Saya mengucap tahniah kepada DAP kerana berjaya membawa politik perkaumannya ke Sarawak. Sekarang ini kita dapat melihat dengan jelas masyarakat Cina di Sarawak telah menolak parti pelbagai kaum. Mereka telah dijangkiti penyakit rasisme yang menjadi prinsip yang dipegang oleh DAP,”

Berhubung dengan isu ini, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri James Jemut Masing menganggap kenyataan mantan Perdana Menteri itu ada benarnya. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina di Sarawak dan Semanjung Malaysia adalah sama. Semuanya berpunca dari rasa kecewa yang diterjemahkan oleh para pengundi tionghua di atas kertas undi dalam pilhan rayu lalu di mana mereka telah menghukum calon dari parti SUPP (BN) dan hampir kalah dalam 15 kerusi yang ditandinginya. Menteri Kemajuan Tanah Sarawak ini juga berpendapat bahawa penularan politik perkauman dalam komuniti Cina di Sarawak yang di bawah Parti Tindakan Demokratik (DAP) dapat dibendung dengan kometmen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bertindak secara serius dan jujur dalam menagani beberapa isu panas yang membelenggu kaum itu selama ini.

Sebenarnya pilihan raya Sarawak ke 10 ini dilihat cukup sengit dengan kebangkitan ramai calon-calon datangnya daripada parti-parti politik dan juga calon bebas bertanding. Ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kawasan N51 Balingian berdepan dengan dua pencabarnya iaitu Suriati Abdullah dari PKR dan Datuk Salleh Jafaruddin calon BEBAS. Dalam pilihan raya lalu Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud calon BN memperolihi undi 8,253 dengan majoriti 5,154, calon PKR 871 undi dan BEBAS 1,056 undi. Ini menunjukkan bahawa suasana pilihan raya Sarawak ke 10 telah jauh berubah dan demikian juga isu-isu politik perkauman di bawa oleh parti pembangkang berjaya mempengaruhi masyarakat Cina di bandar-bandar utama. Dalam siri pilihan raya yang lepas, rakyat Bumi Kenyalang yang terdiri daripada pelbagai suku kaum termasuklah komuniti Cina bersatu memberi kemenangan kepada calon dari parti kerajaan. Tetapi kini senario itu telah berubah begitu pantas dengan kemasukan parti DAP yang berjaya menyuntik sifat rasisme dalam masyarakat tersebut sehingga mengikis semangkat kekitaan dan politik pelbagai kaum yang dipupuk sekian lama dalam kerajaan Barisan Nasional.

Setiausaha Agung Barisan Nasional, negeri Sarawak Dr Stephen Rundi, berpendapat idelogi rasis ini harus diketepikan dalam perjuangan politik agar tidak ada satupun kaum di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya diabaikan. Tanpa idealogi ini parti kompenen BN dan pembangkang boleh berkerjasama dan mengambil kira kepentingan Cina serta Bumiputera. Sebelum ini, rakyat Sarawak tanpa mengira kaum telah bersama-sama membentuk kerajaan negeri. Tetapi setelah kehadiran DAP yang mengamalkan politik perkauman di negeri ini, menyebabkan komuniti itu menolak hubungan pelbagai kaum. Hakikatnya tidak mungkin ada satupun kaum boleh memerintah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, baik Bumiputera, Cina mahupun India.Prinsip yang diasaskan oleh Tun Abdul Rahaman pada 50 tahun lalu yang menegaskan bahawa setiap bangsa di Malaysia ini mesti diberi perhatian dan perlindungan. Dasar Bapa Kemerdekaan ini perlu dipegang oleh setiap kaum sampai bila-bila masapun demi keharmonian dan persafahaman kaum di negara ini.

Dr. Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri (1981- 2003) melihat senario politik rasisme yang dicanang oleh parti DAP di Sarawak ini akan menjejaskan keharmonian rakyat negeri ini dan juga implikasinya boleh memecahbelahkan politik dan ekonomi negara pada masa akan datang. Beliau melihat begitu pesimis budaya politik yang dibawa oleh parti DAP dengan tindak tanduk pemimpinnya yang sentiasa berusaha memusnahkan formula perkongsian kuasa ini dengan memisahkan cina daripada masyarakat lain. Beliau juga berpendapat DAP telah mencontohi Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura yang akhirnya mengenepikan hak dan kepentingan orang Melayu dan kaum bumiputera lain apabila memerintah negara Malaysia kelak.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP