PERKASA Penerus Pembela Ketuanan Peribumi Sabah

Wednesday, December 16, 2009

Tun Mustapha merupakan seorang negarawan yang banyak menabur jasa dan bakti sepanjang hayatnya demi untuk rakyat Sabah.Tun Datu Mustapha membela peribumi Sabah bermula dari pemerintahan British, Jepun dan selepas kemerdekaan.
Semasa pemerintahan British Tun Mustapha begitu tegas melindungi peribumi yang cuba ditindas oleh pentadbir penjajah. Peristiwa-peristiwa ini dapat dilihat dalam buku Memoir Tun Datu Mustapha Merdeka Melalui Malaysia. Perjuangan membela peribumi Sabah semasa pendudukan Jepun ditunjukan oleh Datu Mustapha dengan keanggotan sebagai askar British. Ini dilakukan sebagai tanda protes dan rasa bencinya kepada dasar penjajahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua itu penuh dengan kezaliman dan menindas kaum peribumi Sabah.
Tun Datu Mustapha dalam era perjuangan memerdekakan negeri Sabah dari cengkaman penjajah British begitu bersungguh-sungguh dan mempastikan rakyat peribumi Sabah akan Berjaya dalam perjuangan ini. Pada 16 September 1963 Sabah mencapai kemerdekaan dan inilah mercu kejayaan perjuangan Datu Mustapha yang amat bernilai kepada suku kaum peribumi Sabah secara keseluruhannya.
Antara tarikh kermat dan hari kemerdekaan ini , terselit satu pengajaran perlu menjadi pedoman untuk genarasi muda agar sentiasa menghargai dan mengenang jasa Tua Mustapha sebagai Bapa Kemerdekaan negeri ini.
Perjuangan Datu Mustapha tidak berhenti di sini malah perjuangan mengisi kemerdekaan untuk rakyat peribumi Sabah diteruskan dengan penubuhan parti USNO bermula dari 1967 hingga 1975 dengan menempuh pelbagai onak dan duri. Perjuangan politik beliau membela nasib kaum peribumi dalam bidang sosioekonomi dan menjaga hak-hak kerakyatan seperti terkandung perkara 20 begitu terserlah.
Setelah Tun Datu Mustapha meninggal dunia kegemilangan perjuangan beliau membela hak-hak dan ketuanan peribumi di bumi Sabah ini semakin pudar dan hampir dilupai terutama sekali genarasi muda.Jati diri dan semangat nasionalisme mereka semakin terhakis. Situasi inilah yang berlaku di Semanjung Malaysia di mana krisis cintakan Negara begitu ketara dan kepada genarasi baru. Sejarah perjuangan pemimpin Negara yang bertanggungjawab ke arah kemerdekaan dahulu tidak lagi dihargai dan mahu dilupakan begitu sahaja.
Dengan hakikat ini dan kesedaran amat mendalam maka Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ditubuhkan pada 12 September 2008 yang dipimpin oleh Dato Ibrahim Ali selaku Presiden.
Secara ringkasnya tujuan utama PERKASA ditubuhkan ialah memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan,memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, memperksakan Kedaulatan Raja Raja Melayu, mempertahankan hak-hak keistemewaan orang Melayu, memperkasakan kaum Pribumi, menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia dan mempertahankan kedaulatan Negara.
Semantara di negeri Sabah pertubuhan PERKASA telah dilancarkan pada 12 Desember ,2009 bukti semangat dan keazaman pemimpin induk pertubuhan ini. Saudara Musli Oli seorang aktivis sosial dan penulis politik telah diberi mandat menarajui PERKASA Sabah sebagai Yang Dipertua.
Dibahu beliaulah tanggungjawab pertubuhan ini dalam manggalas dan melindungi hak-hak istemewa peribimi dipertikaikan dan ,kuasa politik peribumi terus dicabar.
Kita juga ingin melihat kejayaan PERKASA dalam konteks negeri Sabah untuk membela kaum peribumi mempertahan hak-hak istemewanya mengikut perlembagaan.Walaupun belum ada timbul desakan dan pencabulan dari segi politik, hak –hak istemewa peribumi, sosial dan juga ekonomi namun perlu siap siaga menghadapi apa juga bakal berlaku kesan atau tempias apa yang sedang berlaku di tanah besar Semanjung.

3 comments:

PERKASA SABAH December 16, 2009 at 9:28 AM  

Salam Ziarah,
Selamat berjuang mempertahankan hak rakyat dan hak pribumi.

Unknown December 16, 2009 at 9:32 AM  

teruskan perjuangan membela nasib anak bangsa pribumi sdra amin.

salam MO

Kabugatan December 17, 2009 at 6:56 PM  

kita juga ingin melihat kejayaan PERKASA dalam konteks negeri Sabah untuk membela kaum peribumi mempertahan hak-hak istemewanya mengikut perlembagaan.Walaupun belum ada timbul desakan dan pencabulan dari segi politik, hak –hak istemewa peribumi, sosial dan juga ekonomi namun perlu siap siaga menghadapi apa juga bakal berlaku kesan atau tempias apa yang sedang berlaku di tanah besar Semanjung.


Benarkah tidak ada pencabulan hak pribumi di sabah..rujuk kes-kes pemalsuan dokumen anak negeri, kes tuntutan tanah adat yang diceroboh, lihat dasar kerajaan terhadap PATI, dan banyak lagi..inilah cabaran terbesar PERKASA di sabah...

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP