KB BAKAL DIBINA HOTEL TARAF LIMA BINTANG

Sunday, January 31, 2010



KOTA BELUD : Daerah ini adalah berpotensi untuk menarik pelancong dalam dan luar negeri berdasarkan keadaan lokasi geografinya yang unik dan masyarakatnya yang kaya dengan pelbagai kebudayaan tradisinya, masih asli dan keraf dipraktikkan oleh suku-suku kaum yang terdapat di daerah ini.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Datuk Haji Dahlan berkata, beliau bercadang akan mendapatkan satu pengusaha atau pemaju hotel bertaraf lima bintang, bagi memenuhi permintaan para pelancong dan golongan peniaga profesional yang perlukan hotel taraf antarabangsa, di Kota Belud pada masa akan datang.

“Saya telah berbincang dengan Pegawai Daerah Najib Muntok dan Adun Usukan Datuk Japlin Akim untuk kita cuba mendapatkan satu pengusaha pembinaan pemaju hotel bertaraf lima bintang untuk turun ke Kota Belud,

“Walaupun perbincangan diperingkat awal, tetapi apabila cadangan itu dipersetujui oleh orang-orang kampong, pemimpin-pemimpin tempatan, saya berpendapat, kewujudan hotel itu akan menjadi pemangkin pada sektor pelancongan di daerah ini, selain daripada Pulau Usukan yang akan dibangun oleh para pemimpin,

“ Oleh itu, saya berharap kepada Persatuan Sama Sabah (PSS) akan menjadi asas kepada agenda pembangunan di daerah ini, katanya semasa berucap merasmikan Majlis ‘Songom Setemu-temu’ di Dewan Tun Said di sini, pada malam Ahad.

Antara yang hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Japlin Akim dan Pegawai Daerah Kota Belud Najip Muntok.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, benar apa yang katakan oleh Presiden PSS Haji Abdullah Sibil bahawa Presiden itu tidak dapat mengangkat aktiviti persatuan itu hanya seorang diri tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua ahli.

Sebab itu katanya Persatuan PSS harus kembali kepada asas, iaitu ahli-ahlinya harus mengetahui apa yang persatuan kehendaki sebenarnya dan apa yang hendak diperlu diperingkat atas.

Rahman berkata, mungkinkan persatuan SAMA itu lebih mementingkan penjanaan ekonomi daripada kebudayaan dan sebagainya.

“ Kalau ekonomi menjadi permintaan ahli diperingkat bawah, maka kita banyakkan aktiviti bercorak ekonomi daripada bercorak lain, bagaimana kita maju kehadapan kalau kita tidak mampu memenuhi kehendak ahli-ahli mahupun akan umbi,” katanya.

Terdahulu dari itu dalam ucapannya Abdullah berkata, majlis berkenaan merupakan titik permulaan bagi persatuan itu untuk mengeratkan perpaduan dan silaturahim dan menambah maju mundurnya sesebuah persatuan itu adalah bergantung kepada adanya kesatuan kental dan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua ahli-ahli berkenaan.

“ Mengubah sikap kaum adalah satu tanggungjawap yang berterusan dan memerlukan pengorbanan seperti masa, kudrat dan sebagainya. Semuanya itu menuntut penghayatan pengertian daripada semua pihak demi untuk memudahkan saya, meneruskan asas-asas perjuangan Sama.” Katanya.

Pelbagai persembahan pentas diadakan termasuklah mempersembahkan kebudayaan Sama yang dipanggil ‘Berunsai’, ‘Mengalang’, ‘Tinggayun Ramai-ramai’ dan nyanyaian karaokie oleh jemputan vip termasuklah Presiden SAMA Abdullah Sibil.

Pada akhir majlis itu para hadirin telah dihiburkan oleh pemenang tempat ketiga Bintang Irama Satu Malaysia Nurul Fazilah Noordin yang juga berasal dari Kota Belud telah mempersembahkan dua buah lagu dalam bahasa Sama.

Caption : Abdul Rahman (lima kanan) Japlin (tujuh kanan) Abdullah (lima kiri) Najip (tiga kiri) merakam gambar bersama ahli Jawatankuasa PSS.

Read more...

PETANI MENGELUH AKIBAT BENCANA BANJIR

Friday, January 29, 2010








KOTA BELUD ; Para petani di Zon 1, jadual penanaman padi di daerah ini, dalam kawasan Tempasuk masih mengeluh apabila batas-batas parit utama di kawasan persawahan itu masih belum diperbaiki semula selepas banjir dua minggu lepas.
Jurucakap petani kawasan Taun Gusi Peninting dan Linau Tajul Sawi berkata Blok satu hingga blok tiga sangat memerlukan air buat masa in kerana mengikut jadual penanaman padi pada bulan ini adalah masa untuk menabur baja dan pengairan air bagi sawah-sawah yang sudah dihambur benih padi sebulan lepas.

“ Padi kami sudah kelihatan kering disebabkan air dalam parit utama tidak dapat dialirkan oleh pihak berkenaan kerana disebabkan banyak batas-batas parit itu rosak jika air itu dialirkan akan melimpah ke semua kawasan-kawasan tanah sawah yang rendah juga mengakibatkan masalah sampingan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau yang bagi pihak petani yang terlibat mohon jasa baik kepada pihak-pihak yang berkenaan agar sudi meluangkan masa bagi meninjau dan turun padang menangani masalah petani.

Seorang lagi petani Awang Wahab berkata, yang mempunyai seluas enam ekar sawah yang boleh mengeluarkan hasil tidak kurang daripada RM 10,000 dalam satu musim penuaian, rasa kecewa diatas pihak-pihak berkenaan yang dikatakan tidak peka kepada kepentingan petani yang terelibat dalam bencana banjir baru-baru ini.

“ Saya tidak yakin dapat hasil lumayan seperti setiap musim kalau air itu tidak dapat dialirkan segera ke sawah saya, kerana sekarang padi saya sudah kering dan belum tentu dapat dua jambo (karung besar) sekiranya pihak berkenaan tidak bertindak segera memperbaiki batas-batas parit utama yang rosak akibat banjir,” katanya.

Menurut Awang beliau difahamkan masalah petani di kawasan itu sudah lebih difahami oleh pihak-pihak berkenaan tetapi sehingga sekarang belum ada tindakan diambil.

Semantara itu Ketua Blok bagi kawasan pembajakan sawah Mohd Zinin Nuar berkata, beliau yang diberi kepercayaan oleh sebuah syarikat untuk mengarah semua jentera pembajak sawah di sawah-sawah berkenaan tidak dapat melaksanakan tugas itu apabila tanah-tanah sawah itu gersang disebabkan ketiadaan air daripada parit utama.

Menurutnya terdapat lima ratus ekar dan beberapa kawasan sawah yang terlibat tidak dapat di bajak bagi kedua kalinya walaupun ada permintaan daripada petani individu untuk mengulangi pembajakan bagi kedua kalinya.

Difahamkan pihak Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS)) akan bertindak segera setelah diberi tahu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industeri Makanan Sabah.

Read more...

ROTARY INTERNATIONAL MENOLONG SELURUH SEJAGAT

Thursday, January 28, 2010




KOTA BELUD: Pertubuhan Rotary International bukan pertubuhan keugamaan, bukan juga perkauman dan tidak memihak kemana-mana penganut fahaman politik.

Malah Pertubuhan itu khususnya, memberi tenaga untuk menolong menusia seluruh sejagat umpamanya di Haiti , Pakistan, Afghanistan, Negeria dan Noth South India , kata Rotary International District Governor ,Brunei, Malaysia danl Singapore Datuk Haji Mohd Latip Bin Sarrugi.

“Sekarang ini kita memerangi polio yang tinggal satu persent sahaja, bersama dengan United Nation dan UNISCO,kerana ahli-ahli Rotary berada dimana-mana, kami tidak memerlukan bayaran apabila melakukan sesuatu,”

“ Oleh kerana itu kita memahami keadaan ini dan sentiasa berusaha untuk persefahaman dan kedamaian dunia sejagat,” beliau berkata demikian selepas bersama rombongannya meninjau beberapa perkembangan projek yang dibayai oleh Rotary International di kampong Ambong di sini pada Kahmis.

Rombongan yang ditemani oleh Presiden Persatuan SAMA Sabah (PSS). Haji Abdullah Sibil turut meninjau bekalan Paip Griviti yang berharga RM 40,000 dan sumbangan Perpustakaan Desa di kampong berkenaan.

Latip berkata sumber yang dipanggi ‘maxing’ dapat menyatupadukan usaha tenaga dan wang ringgit daripada negeri-negeri lain yang memberi kita dana dan mereka yang sentiasa mengeluarkan wang yang dipungut daripada ahli-ahli. Manakala Rotary Internatioal akan menambah sebanyak separuh apa yang diperolehi termasuk Malaysia.

Menyentuh megenai budaya Latip berkata Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama di mana daerahnya juga termasuk Singpore terdapat bangsa Melayu, Cina dan India yang mempunyai persefahaman bersama dan saling menghormati perbezaan yang ada.

Rombongan itu dijamu dengan hidangan tradisi kaum Sama di kampong Kumpang Linau dan seterusnya diberi peluang menuggang kuda Kota Belud dengan percuma.

“ Difahamkan Rotary International akan menyalurkan bantuan bencana banjir di daerah Kota Marudu sebanyak RM 18,000 dan majlis penyerahan wang itu akan diserahkan oleh Presiden Rotary Club Of Luyang Chong Vun Then pada Ahad ini

Read more...

Benarkah UPKO Parti Sandaran KDM?

Tuesday, January 26, 2010




Pagi Selasa, 26 Januari 2010, kira-kira jam 10.00 pagi, saya pergi ke Perpustakaan Kota Belud. Di dalam Perpustakaan saya fokaskan perhatian kepada satu rak buku yang menyimpan berbagai tajuk buku-buku mengenai politik Dunia, Asia Tenggara dan juga politik Malaysia yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Lalu saya memilih buku mengikut tajuk yang menarik dan mengeluarkan buku-buku tersebut dari rak untuk dibaca dalam perpustakaan . Sebanyak empat buah buku saya pilih dan meletakkan diatas meja. Tajuk-tajuk buku tersebut ialah Kerajaan Campuran PBS-USNO : UMNO Lemas Dalam Politik Sabah, Wadah Wawasan PDS, Delima Politik Sabah : PBS Dan Demokrasi dan Jatuh Bangunnya PBS : Parlimen Satu Penentuan .

Dalam buku Wadah Wawasan yang ditulis oleh Bernard G. Dompok ada beberapa perkara menarik iaitu berhubung dengan detik-detik peristiwa penubuhan Parti Demokratik Sabah (PDS) atau kini dikenali sebagai United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation (UPKO).

Peristewa “Resolusi Seri Gaya 14 Mac 1994”, merupakan tarikh berlakunya satu mesyuarat yang dikatakan berakhirnya dengan menandatangani satu resolusi penubuhan satu parti baru iaitu PDS yang dipengerusikan oleh Presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan.

“ Malangnya menjelangnya malam 15 Mac 1994, para ADUN yang masih berada di Kota Kinabalu, bersama-sama dengan Ahli Majlis Tertinggi yang lain telah dipanggil untuk bermesyuarat sekali lagi di kediaman Datuk Pairin, di Jalan Bersatu”.

“ Dalam perbincangan yang dipengerusi oleh Datuk Pairin, resolusi berkenaan diungkit kembali beberapa Ahli Majlis Tertinggi dan ADUN yang menentang resolusi tersebut. Datuk Pairin menukar fkiran dan pendiriannya. Dia berubah fikiran lalu tidak lagi mahu melaksanankan resolusi tersebut, sedangkan dia sendiri yang mempengerusikan perbincangan yang melahirkan resolusi berkenaan”.

Hujahan ini telah dipetik dari ucapan Presiden PDS Datuk Panglima Bernard Dompok sempena Kongres PDS Ketiga pada 27 Julai 1997 di Sabandar bay Resort, Tuaran.

Secara keseluruhanya buku ini merupakan himpunan ucapan-ucapan dasar Presiden Parti Demokratik Sabah , membentang dengan panjang lebar mengenai idea, visi dan impian kepimpinan PDS. Peristewa 1974 memberi pengajaran kepada mesyarakat KDM di Sabah tidak bergantung kepada satu parti yang rapuh dan menentang arus pembangunan kerajaan.Dengan ini berpaut kepada kapal besar BN adalah satu tindakan positif supaya tidak ketinggalan dalam arus perdana pembanguana Malaysia menuju wawasan 2020.Benarkah UPKO adalah parti sandaran utama masyarakat Kadazandusun Murut(KDM) mejelang pilihan raya ke 13?

Read more...

INDEKS JENAYAH KOTA BELUD MENURUN: DSP MOHAN

Thursday, January 21, 2010



KOTA BELUD:23.01.2010 : Jumlah Indeks Jenayah bagi daerah Kota Belud tahun 2009 sebayak 111 kes berbanding dengan 123 kes pada tahun 2008, ini menunjukkan penurunan sebanyak 12 kes.

“Jenayah kekerasan sebanyak 47 kes pada tahun 2009 berbanding dengan 21 kes pada tahun 2008, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 26 kes”, kata DSP Mohan Nadasen, Ketua Polis Daerah Kota Belud, semasa berucap dalam satu majlis perbarisan sempena Perhimpunan Bulanan di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kota Belud di sini,hari Rabu.

Mohan berkata, dalam kes-kes mencederakan iaitu seksyen 324-326 Kanun Keseksaan meningkat kepada 23 kes.Kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah disebabkan oleh suspek dan mangsa yang dalam keadaan mabuk ,berlaku petengkaran dan juga masalah keluarga.

DSP Mohan juga berkata, dalam kes jenayah harta benda menunjukan penurunan iaitu 64 kes bagi tahun 2009 berbanding dengan 102 kes tahun 2008, ini menunjukkan penurunan 38 kes.

Semantara kes curi dan pecah rumah menunjukkan penurunan yang amat ketara dimana 32 kes curi telah dilaporkan bagi tahun 2009 berbanding dengan 53 kes bagi tahun 2008, ini menjukkan penurunan sebanyak 21 kes dan bagi kes pecah rumah sebanyak 23 kes bagi tahun 2009 berbanding dengan 36 kes bagi tahun 2008, ini menunjukkan penurunan sebanyak 13 kes.

Mohan juga berkata bagi kes-kes kemalangan jalan raya sebanyak 489 kes bagi tahun 2009 berbanding dengan 406 kes bagi tahun 2008 dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 83 kes dimana sebanyak 11 kes kemalangan maut, 12 kes membabitkan cedera para, 15 kes kecederaan ringan dan 451 kes membabitkan kerosakan kenderaan.

Semantara jumlah saman yang dikeluarkan bagi tahun 2009 sebanyak 6,193 keping berbanding 3,507 saman bagi tahun 2008.

DSP Mohan Nadasen juga berkata bahawa 15 program Community Policing yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009 telah berjaya mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak polis dan masyarakat Kota Belud.

Program Komuniti ini telah mengadakan berbagai aktiviti seperti ceramah, pameran dan pengedaran risalah.Satu jawatankuasa Community Policing yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, ketua-ketua kampong dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah ditubuhkan.

Sepanjang tahun 2009, Jawatankuasa ini telah mengadakan 3 mesyuarat bagi membincangkan masalah-masalah keselamatan dan masalah lain yang berkaitan dengan polis. Program Community Policing ini juga bertujuan untuk mengeretkan hubungan antara agensi kerajaan yang telibat dan berharap program ini akan dipertingkatkan lagi tahun 2010.

Ketua Polis I daerah ini juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi maklumat dan kerjasama kepada pihak polis sehingga berjaya menurunkan kadar jenayah di daerah Kota Belud disepanjang tahun 2009 dan mengharapkan kerjasama ini diteruskan pada tahun 2010 ini.

Beliau juga tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada pasukan RELA Kota Belud yang telah membantu pihak Polis Kota Belud dalam operasi pengcegahan jenayah dan mengharapkan kerjasama ini akan dipertingkatkan pada tahun ini.

Read more...

Banjir : Antara Kesedihan Rakyat Dan Duka ADUN Tempasok

Tuesday, January 19, 2010




“ Keadaan banjir di sabah bertambah buruk apabila bilangan mangsa yang dipindahkan setakat ini mencecah kira-kira 3,353 orang berbanding 2,794 orang yang direkodkan kelamarin.Pertambahan sebanyak 559 mangsa itu melibatkan enam daerah iaitu Kota Marudu, Kota Belud, Pitas,, Telupid, Beluran dan Kinabatangan.”

Laporan ini telah dipetik dari akhbar New sabah Times yang bertarikh 19 Januari 2010 menunjukkan bahawa bencana banjir bukan hanya berlaku di daerah Kota Belud tetapi hampir di seluruh kawasan di negeri Sabah.

Ahli Dewan Undangan N 6 Tempasuk, Datuk Musbah amat berdukacita melihat penderitaan rakyat Tempasuk yang dilanda banjir . Rasa simpatinya dijahirkan dengan membuka penempatan semantara banjir iaitu di S.K Taun Gusi dan di Dewan Tun Said kota Belud bersama-sama pemimpin ADUN Usukan, ahli Parlimen dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, beliau amat merasa sedih melihat kerosakan dan kebinasaan tanam-tanaman, kehilangan binatang ternakan , kerosakan harta-benda dan sebagainya akibat bencana banjir ini.

Fenomena alam yang mengakibat banjir ini pernah berlaku juga dalam tahun 1962 yang dikatakan banjir besar telah melanda seluruh kawasan Tempasok ketika pemerintahan kerajaan British. Pada masa itu, penderitaan rakyat tidak sesiapa yang memperdulikan. Kehilangan nyawa, keroskan tanam –tanaman dan kerosakan harta benda tidak diambil peduli apa lagi soal-soal keselamatan dan kebajikan rakyat.

Tapi kini, kerajaan Barisan Nasional amat perihati menilai dan meneliti rintihan dan permaslahan rakyat. Para pemimpin rakyat di tiga kawsan iaitu ADUN Tempasok, Usukan, Kadamain dan Ahli Perlimen begitu perihatin dengan masalah-masalah rakyat dengan melaksanakan berbagai projek-projek pembagunan di kawasan masing-masing.
Demikian juga di kawasan Tempasok,wakil rakyatnya banyak mempelajari dari kesilapan yang dahulu. Rakyat kini semakin matang dari soal-soal politik , apa yang rakyat mahukan sekarang ialah kemampunan para pemimpin merangka dan merancang pembangunan yang boleh meningkatkan pendapatan dan ekonomi mereka.

Para pemimpin mahu tidak mahu, kini terpaksa turun padang meninjau dan melihat sendiri rintihan rakyat akibat kemusnahan bencana banjir ini. Menyadari akan hakikat ini, Datuk Musbah meredah hujan dan air banjir, melihat lebih dekat kesangsaraan dan kesedihan rakyat akibat kerosakan tanaman padi yang mereka usahakan.

Barangkali jauh dilubuk hati para petani sudah mengcongak- congak berapa keuntungan yang mereka perolehi dari hasil tuaian padi pada musim ini? Tapi kini semuanya telah musnah dan binasa apa bila bencana alam tidak diundang ini melanda tanaman mereka.

Datuk Musbah juga turut sama merasa kesedihan rakyat Tempasok menghadapi musibah banjir ini. Denyut nadi rakyat menghadapi masalah akibat bencana alam ini perlu di kongsi bersama hingga keakar umbi. Iitulah prinsip dan pegangan beliau kearah memenangi dan menjuarai hati rakyat Tempasok.

Di dearah Kota Belud telah merekodkan seramai 333 orang mangsa banjir, ditempatkan di pusat pemindahan semantara .Menurut Pegawai Kanan Bomba Kota Belud, Dominus Sading antara kampong terlibat dihantar di pusat pemindahan banjir ialah dari Kg. Lebak Moyo, Pangkalan Abai, Gunding, Dongoi, Lingkodon, Kota Buangan dan Sambirai.
Banjir yang melanda daerah Kota Belud ini mendatangan banyak kerosakan dan kerugian kepada rakyat dan kerajaan. Setakat ini taksiran dan anggaran kerugian belum dipastikan.

Walau bagai manapun rakyat Kota Belud khususnya di Tempasuk akur dan redha dengan ketentuan Ilahi. Pihak kerajaan BN setiasa perihatin dan bertanggunjawap menghulurkan bantuan sekadar termampu untuk meringankan penderitaan dan kesusahan mereka.Kesedihan rakyat adalah derita ADUN Tempasuk juga.

Read more...

ROYALTI MINYAK KB SATU PERJUANGAN: DATO RAHMAN?

Tuesday, January 12, 2010




"Saya bersetuju dengan idea menubuhkan industri petroleum dan gas di Kota Belud. Baru-baru ini Petrosab sebuah syarikat milik penuh Yayasan sabah Group, telah mengambil alih pelabuhan itu di Kuala Abai daripada Mamut Copper Mining yang perlu kita majukan dan kita akan wujudkan industri petroleum.”

Kenyataan tersebut merupakan intipati ucapan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman ketika meresmikan majlis pecah tanah bangunan baharu SJK (C) Chung Hwa di Kota Belud baru-baru ini.

Siapa sebenarnya pencetus idea menubuhkan industri peteroleum dan gas ini? Beliau adalah seorang berkelulusan Dagree In Economics And Management, Sonoma State University, California. Dengan kelulusan tersebut dan ditokok tambah dengan pengalaman pengurusan dalam bidang lain, kita menaruh keyakinan bahawa beliau boleh memacu kemajuan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di daerah ini. Dengan bersumberkan bahan asli yang sedia ada seperti hasil galian minyak ,gas dan alam semulajadi yang menarik dan berpotensi besar dimajukan menjadi daya tarikan pelancong di masa akan datang.

Beliau yang dimasudkan ialah Dato Abdul Rahman Datuk Haji Dahlan, yang lahir pada 24 November 1965 .dan merupakan seorang pemimpin siasah oder baru yang berwawasan , berkaliber dan berkarisma. Semasa menuntut di diluar negara beliau telah mengasaskan Kelab UMNO Calofornia Utara 1986 dan telah dilantik sebagai sebagai pengerusi Kelab UMNO di negara tersebut

Sebagai pemimpin muda, sudah tentu memahami aspirasi genarasi muda di Kota Belud ini. Dengan kesedaran inilah maka beliau memandang jauh kehadapan tentang keperluan dan permasalahan golongan muda itu sepuluh tahun kehadapan.Justeru itu gagasan idea untuk mengwujudkan industri petroleum, gas dan pelancongan perlu dirancang dengan teliti mulai dari sekarang. Perancangan seperti ini amat penting diatur dan disusun supaya golongan muda dapat menilai sediri kemana arah tuju pembanguanan oleh pemimpin mereka. Rakyat sentiasa berdoa dan berharap segala perancangan itu akan menjadi kenyataan nanti.

Ketokohan yang ditunjukakanya dalam kepimpinan kesatuan pelajar semasa menuntut di luar negara dan menjadi nadi pegerak pemuda UMNO Malaysia satu ketika dahulu, telah memberi kelebihan kepada beliau terpilih menjadi calon Parlimen Kota Belud dalam pilihan raya ke 12 tahun 2008. Dalam Pilihan Raya tersebut Dato Abdul Rahman telah menang dengan jumalah undi 7,964, majoriti 3,020 dengan menewaskan calon PKR ketika itu Saidil Simoi yang mendapat undi 3,941.

Bagi Dato Rahman, kemenangan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang amat mencabar . Dalam mengalas amanah rakyat Kota Belud perlu kesungguhan berkerja demi menunai segala janji-janji semasa kempen pilihan raya 2008.

Justeri kerana itulah beliau telah berkerja keras merancang dan melaksanakan pelbagai projek-projek di seluruh kawasan Palimen 169 Kota Belud sebelum tiba pilihan raya ke 13.

Rakyat Kota Belud hingga ke hari ini masih menunggu penuh debaran bila agaknya Dato Rahman mengetengahkan usul kepada kerajaan negeri supaya royalti minyak diserahkan kepada Kota Belud dan bukannya di daerah Papar. Seluruh dunia kini tahu pelantar cari gali minyak di Kota Belud ini merupakan yang terbesar di Asia. Maka itu amat wajar sekali desakan rakyat mahu melihat hasil jualan perut bumi bertuah itu disalurkan sepenuhnya di daerah ini. Rakyat Kota Belud mahu menuntut royalti minyak itu demi membiayai pelbagai projek pembangunan dan kemajuan rakyat masa akan datang.

Apakah Dato Rahman berjaya dalam misinya berjuang memacu pelbagai pembangunan termasuklah mengwujud industri petroleum dan gas ?Munasabahkan tuntutan royaliti minyak oleh rakyat Kota Belud diperjuangkan oleh Dato Rahman? Sama-sama kita lihat dan tunggu apa kesudahanya.

Read more...

Benarkah Politik Herbert Timbon Lagadan Sukar Digugat?

Monday, January 4, 2010




Benarkah Herbert Timbon Lagadan pengaruh politiknya di kawasan N7 Kadamaian Kota Belud sukar digugat? Benarkah persoalan ini tidak ada sesiapa yang berani menjawab? Benarkah persoalan ini tidak ada sesiapa mahu tampil kehadapan memberi pandangan dan pendapat?.

Kemana perginya suara rakyat Kadamaian berjumalah 2,909 mengundi calon PKR Lukia Bte Indan dalam Pilihan Raya ke 12 pada tahun 2008 ? Dimanakah kelantangan laungan suara rakyat Kadamaian penyokong setia calon BEBAS Peter Marajin seramai 1,729 itu? Kenapa penyokong kedua calon ini tidak berani mengatakan bahawa calon parti PBS itu tidalah sekebal mana kekuatan dan pengaruh politiknya?

Kejayaan memperolehi undi sebanyak 5,382 dalam Pilihan Raya ke 12 lalu amat manis bagi Datuk Herbert dan merupakan satu hadiah termahal untuk penyokong penatiknya
Kemenangan ini lebih mengembirakan beliau dan pengundinya apabila memperolehi majoriti yang memberangsangkan iaitu 2,473.

Para penganalisis politik melihat peluang Datuk Herbert pada Pilihan Raya ke 13 untuk menang agak tipis. Ini adalah kerana genarasi muda kini ramai berpelajaran. Sudah tentu pendekatan mereka menilai seseorang pemimpin itu agak berbeza dan sudah tentu golongan ini inginkan satu perubahan dan pembaharuan kearah memantapkan lagi pembangunan secara menyeluruh di kawasan ini.

Menurut bekas Ketua Cawangan PBS selama 22 tahun, Sungkia Mesuling berkata bahawa kepimpinan Datuk Harbert melakukan banyak kesilapan dimana pelantikan Ketua Anak Negeri bagi kawasan Kadamaian tidak adil kerana orang dilantik dalam jawatan tersebut tidak asli lahir di Kadamaian. Justeru itu Sungkia meminta perkara ini dikaji semula dan seterusnya memberi keutamaan kepada penduduk asal dan benar-benar bermastautin di kawasan Kadamaian.
Sungkia Mesuling juga Ketua Bahagian Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (PBRSB) N 7 Kedamaian iaitu sebuah parti baru di Sabah, mempertikaikan pelantikan Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di Kedamaian itu tidak adil kerana ada segelintir orang yang dilantik tidak komited dengan perjuangan parti PBS dan ada yang menyebelahi pembangkang semasa Pilihan Raya lalu.

Samada benar atau tidak dakwaan ini, kita serahkan kepada kebijaksanan Datuk Herbert untuk memberi respon.Apa yang jelas dari kenyataan saudara Sungkia ialah ada riak kecil dalam politik Kadamaian menjelang PRU ke 13.Barangkali tidak keterlaluan parti baru PBRSB memperjudikan nasip untuk meletakan Sungkia Mesuling sebagai calon Pilihan Raya menentang calon BN-PBS.Kita sama-sama lihat dan tunggu apa kesudahan percaturan politik di kawasan Kadamaian ini?

Read more...

Duka Rakyat Rampayan Ulu

Saturday, January 2, 2010




“Beginilah lumrah kehidupan seorang wakil rakyat bukan sahaja berpernan sebagai perancang pembangunan,tetapi juga bertanggunjawab menjaga kebajikan rakyat ,” kata Datuk Musbah ketika bersembang-sembang di pejabatnya di Kg. Taun Gusi,Kota Belud.

Jam 10.30 pagi, Datuk Musbah mengajak kami bertolak dari pejabatnya menuju ke Kampung Rampaiaan Ulu menaiki kereta Saudara Bagdad Turugan UPKR Tempasok untuk menghadiri majlis pengkebumian jenazah ibu Ketua Cawangan UMNO kampong tersebut.

“Min, kita ziarah ini dengan niat yang iklas. Tetapi ada setengah orang menganggap ziarah seorang wakil rakyat selalunya disalah tafsir”, kata Datuk Musbah tiba-tiba.Saya dan rakan-rakan yang duduk dibelakang cuma diam mendengarnya.

“ Orang yang tidak sehaluan dan tidak senang hati dengan keperihatinan Datuk menjaga hati rakyat yang beranggapan begitu”, saya menjawab secara selamba.

Jalan raya yang menuju ke Kg Rampaian Ulu begitu baik dan cantik.Jalan raya baru diperbaiki dan diaspal.Saya amat kagum sekali kerana dua tahun lepas jalan raya ini masih berbongkol-bongkol , berlubang dan berabuk. Saya berpendapat inilah kekuatan kerajaan Barisan Nasional diterajuai oleh ADUN Tempasok yang berjiwa rakyat dan perihatin dengan kesusahan rakyat.

" Di kampung ini masih banyak rumah-rumah usang dan buruk. Tengok di sana , rumahnya masih beratap rumbia dan berdinding bambu”, kata Bagdad Turugan, seolah-olah meminta perhatian Datuk Musabah yang duduk disebelahnya.

“ Inilah cabaran kita sebagai pemimpin.Saya betekad dan berazam selagi diberi mandat oleh rakyat sebagai ADUN Tempasok masalah kemiskinan di Rampaian Ulu ini akan diatasi berperingkat-peringkat”, kata Datuk Musbah penuh semangat.

Sampai dihalaman rumah Ketua Cawangan UMNO Kg Rampaian Ulu, Datuk Musbah dan rakan-rakannya disambut mesra oleh penduduk kampong termasuklah Pengerusi JKKK dan Ketua Kampong. Saya melihat suasana pada ketika itu diselubungi kepiluan dan kesedihan terutama sekali diwajah ahli-ahli keluarga ..Lalu sayapun membaca surah Al Fatihah dengan niat sebagai sedekah kepada roh allahyarahamah.

Saya diminta oleh Datuk Musbah mengambil gambar-gambarnya sepanjang lawatan ziarah di kampung Rampaian Ulu . Dalam kesibukan mengambil gambar tidak semena-mena saya terserempak saudara Dr.Kibin Hj. Samad dan Ir. Musram Rakuman kedua-duanya merupakan blogger Sabah yang begitu aktif dan disegani.

“ Kau Min, dicari oleh Datuk salleh kerana kau menghentamnya dalam blog dengan nama samaran ‘Watababai.’”, kata Musram separuh bergurau. Saya merasa pelik dan hairan kenapa pula saya dikaitkan dengan tulisan blogger yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri ?
“Tidak. Saya menafikan semua sangkaan tidak berasas ini. Saya tidak suka berselindungan dalam tulisan. Saya menulis dengan fakta dan kebenaran”, jawab saya kepada Musram sambil tersenyum.

Jam 12.30 ,Datuk Musbah memint izin dari tuan rumah untuk berangkat pulang. Saya pulang dengan banyak tanda tanya. Kenapa pemimpin ADUN Tempasuk sebelum ini tidak memberi keutamaan untuk menyalurkan pembangunan kepada rakyat kampong Rampaian Ulu yang masih mundur dan miskin?

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP