ADUN Tempasok:Antara Debaran Dan Cabaran PRU ke 13
Thursday, December 17, 2009
Rakyat di Tiga ADUN dan 1 Parlimen di daerah Kota Belud mula terasa debaran dan bahang Pilihan Raya Umum (PRU-13).Debaran dan bahang PRU ini mungkin lebih dirasai oleh Yang Berhormat (YB) kerana telah dipilih oleh rakyat dan diberi mandat dalam PRU ke 12 tahun 2008. Rakyat menaruh harapan tinggi supaya wakil rakyat yang mereka pilih ini dapat membantu dari pelbagai sudut termasuklah dari segi sosioekonomi,infrastruktur,kemudahan asas yang lain dalam tempoh 5 tahun.
Persoalannya sekarang adakah YB yang dipilih oleh rakyat ini telah menunaikan janji-janji yang telah dibuat sewaktu PRU ke 12 itu? Apakah permintaan rakyat yang amat hauskan pembangunan dalam pelbagai bidang itu telah dilaksanakan dengan baik dan memuaskan?Kalau semua perkara ini telah dibereskan dan dilaksanakan maka YB tak perlu gusar atau pening kepala kerana masanya akan tiba di mana rakyat akan menghakimi dan menilai status YB sama ada perlu dikekalkan sebagai wakil rakyat atau disebaliknya.
ADUN Tempasok misalnya pada PRU ke 12 lalu telah dimenangi oleh calon dari Barisan Nasional(BN)-UMNO iaitu Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli.Rakyat Tempasuk yang boleh mengundi dan berdaftar dengan SPR Sabah pada masa itu ialah berjumlah 14,291 telah menunaikan kewajipan mereka untuk memilih wakil rakyat. Nasib dan tuah Datuk Hj Musbah amat terserlah sekali kerana 6,541 rakyat Tempasok telah mengundi beliau dalam PRU tersebut dan undian inilah yang telah mengangkat Datuk Musabah sebagai juara PRU ke 12 .
Beliau telah menewaskan pencabar terdekatnya calon dari parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Laiman Bin Ikin @ Ag. Laiman Kakimin yang mendapat undi 4,109 dengan majoriti sejumlah 2,432 undi dan calon BEBAS iaitu Ibrahim Linggam yang mendapat undi 191 sahaja.
Persoalannya sekarang ialah siapakah calon N.6 Tempasok pada PRU ke 13 tahun 2012? Masihkah Datuk Hj Musbah terpilih sebagai calon?Kalau tidak terpilih siapakah muka baru calon Tempasok yang mewakili BN. Persoalan ini amat menarik sekali dan jawapan tepat akan diketahui bila sampai masanya PRU itu nanti.
Para penganalis politik melihat senario politik khasnya di kawasan Tempasok, peluang Datuk Hj Musbah amat cerah dipilih sebagai calon Tempasok berdasarkan kepada prestasi kerja yang dilaksanakan di kawasan ini.Dua projek mega iaitu Projek Agropolitan dan Projek Jelapang Padi merupakan satu tanda keperihatianan beliau ke arah pembismian kemiskinan rakyat Tempasok.Demikian juga prasarana lain seperti jalaraya desa telah dinaik taraf dan diapal. Bekalan air dan bekalan elektrik di kawasan desa yang terpencil telah mulai dinaik tarafkan.
1 comments:
hidup datuk musbah!hidup Mohd amin...!
Post a Comment