Cerita Dalam Cerita

Saturday, December 26, 2009



Tidak dirancang. Tiba-tiba sahaja saya dan Roslan Mansur seorang blogger di Kota Belud begitu prolifik bertemu dalam kereta Land Cruser milik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud saudara Awardnir Matanggal.
Dalam perjalan menghadiri satu majlis perkhwinan di Kampong Bangkahak, saya telah diajukan oleh Roslan dengan satu soalan iaitu ,’Siapakah blogger Senyum Kambing itu? Lalu saya menjawap," tak tahu". Saya sendiripun tertanya-tanya siapa sebenarnya Senyum Kambing itu?
Saya kemudiannya bergurau dengan berkata, ‘Mungkin juga blogger Senyum Kambing itu nama samaran Kuim Harun?”.Kuim yang duduk disebelah saya tersenyum hairan kerana namanya disebut. Kuim berkata,” saya belum lagi daftar jadi blogger macam mana pula saya terbabit”, katanya Saudara Kuim adalah Pengerusi Tetap Bahagian UMNO Kota Belud.

Tiba di Kampong Batong, Awadnir memandu keretanya memasuki satu lorong menuju ke tapak pembinaan Kompleks Sukan. Kompleks yang baru dibina menelan kos lebih sejuta ringgit dan telah hampir siap.
Saya dan saudara Roslan mengambil beberapa gambar bangunan baru Kompleks Sukan Kota Belud . Saya berkata kepada Awadnir,” Bos, kalaulah kompleks sukan yang begitu cantik ini tidak digunakan sebaik mungkin , rugilah rakyat dan kerajaan Sabah.
Awadnir menjawab dengan berkata,”Inilah yang saya cadangkan kepada kerajaan supaya semua aktiviti seperti mesyuarat Bahagian UMNO diadakan selalu di sini.Demikian juga aktiviti lain perlu diadakan lebih kerap di tempat ini selain acara-acara sukan.
Kami kemudiannya meneruskan perjalan ke rumah penggantin di Kampong Bangkahak.Oleh kerana halaman rumah pengantin tempat letak keritanya terhad maka saudara Awardnir mengajak kami berjalan kaki menuju ke rumah bapa pengantin iaitu saudara Mungkis.
Dalam perjalanan kami ke rumah pengantin itu, muncul kerita Land Cruser Limetd berwarna gelap.Awardnir berkata Datuk Musbah Hj Jamli baru sampai.Kami berhenti dan menunggu ketibaan Datuk Musbah,Pembantu Menteri Pertanian dan Industeri Makanan Sabah merangkap ADUN Tempasok.
Terlintas dalam fikiran saya inilah kekuatan dan kelebihan Datuk Musabah.Sentiasa turun padang dan tidak mahu mengecewakan hati penyokong akar umbinya apabila dijemput.
Datuk Musbah disambut oleh tuan rumah saudara Mungkis dan orang-orang kampong dengan persembahan ‘Menuntung” iaitu satu adat tradisional suku Dusun.Kami juga turut diberi sambutan dengan penuh keramahan dan kemesraan.
Datuk Musbah dan rombongan ditempatkan satu meja yang dikhaskan berhampiran dengan pelamin yang dihias indah.Pada ketika inilah saudara Ruslan membangkitkan isu Azrone mengenai pampasan tanah orang kampong terlibat dalam projek Jalan Raya yang belum selasai.Datuk Musbah memberi respon bahawa Azrone itu berani juga orangnya.
Kira-kira jam 3.00 petang Datuk Musbah dan rombongan memohon diri setelah sesi bergambar dengan kedua mempelai Raja sehari. Walaupun pertemuan ini berlaku begitu singkat tetapi ada perkara penting di kampong ini yang perlu bangakan iaitu jalan raya telah disimen dan diturap. Secara senyap Datuk Musbah telah membangunkan kemudahan infrastruktur luar Bandar dengan begitu baik di kawasanTempasok.

Read more...

Antara Budi Dan Khidmat Ahli Parlimen KB

Tuesday, December 22, 2009





Tidak ada kata indah selain ucapan ‘Terima Kasih’ kepada Ahli Parlimen Kota Belud Dato Rahman Dahlan bila sudi meluangkan masanya melawat saudara Lamjin Sumbing di teretak usangnya di Kampong Wokok Kinuta, Kota Belud di sini baru-baru ini.
Penderitaan Lamjin Sumbing 49 tahun kerana menghidap sejenis panyakir “Pakinson” telah saya catatkan dalam ruang komen blog DRD yang bertajuk “Terima Kasih Atas Kesabaran Pacik Joune’.Komen saya yang ringkas itu tidak dipandang remeh dan apa lagi diperlekehkan oleh DRD.Sebalikannya beliau telah bertindak dengan fikiran terbuka dan berandaian positif dengan megadakan lawatan mengejut ke rumah prospek yang saya nyatakan.
Pada pagi Isnin 21 Disember kira-kira Jam 9.00 pagi saya mendapat satu panggilan telefon bimbit dan nombor tertera dalam skren itu saya tidak kenali. Si pemanggil itu bertanya satu soalan iaitu,”Kau kenal tak nama Lamjin Sumbing di Kampong Wokok Kinuta?”Saya jawap,”Ya saya kenal betul orang itu”.Lalu si pemanggil itu memberitahu saya bahawa Dato Abdul Rahman akan melawat rumah orang tersebut hari ini juga iaitu tepat jam 10.30 pagi.
Pendek cerita, kira-kira jam 10.00 pagi kami bertolak ke rumah prospek. Sampai ditempat itu, kami bersama DRD berjalan meniti sebuah jambatan lorong kayu yang begitu buruk lantainya dan berlobang.Melihat keadaan jambatan kayu yang amat bahaya itu mungkin sudah terbayang dalam fikiran Dato bagai mana prospek yang sakit itu dapat melintas dijejentas tersebut?

Rombongan DRD ketika itu turut disertai oleh wartawan RTM TV 1 , TV 3,Daily Expres dan Pegawai Perhubungan Kanan Parlimen Idris Nanti agak tergamam melihat keadaan jambatan itu dan keadaan jalan menuju rumah prospek dipenuhi belukar dan rumput liar
Setiba di halaman rumah prospek kami disambut mesra oleh isteri Lamjin dengan senyuman manis dan amat terharu dengan kunjugan DRD bersama rombongan ke rumahnya.

Dato Rahman tidak membuang masa setelah diizinkan masuk telah meninjau dan melihat sendiri keadaan di dalam rumah itu. Dari raut wajah DRD terpancar rasa simpati dan rasa kesihannya keatas nasip hidup prospek yang penuh dengan penderitaan dan kemiskinan.
Setelah berbual panjang dengan saudara Lamjin dan isterinya, DRD member harapan dan berjanji cuba membantu keluarga itu dengan mencari peruntuk untuk membaiki rumah , mendapatkan bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Kota belud dan memberi peruntukan Parlimen membina jambatan lorong kayu yang rosak teruk .
Sebelum beredar DRD telah menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk beras, sedikit wang saku dan makanan tin.Dato Rahman meminta saudara Lamjin dan isterinya banyak bersabar dan menerima hakikat ketentuan Illahi dalam kehidupan.

Read more...

ADUN Tempasok:Antara Debaran Dan Cabaran PRU ke 13

Thursday, December 17, 2009

Rakyat di Tiga ADUN dan 1 Parlimen di daerah Kota Belud mula terasa debaran dan bahang Pilihan Raya Umum (PRU-13).Debaran dan bahang PRU ini mungkin lebih dirasai oleh Yang Berhormat (YB) kerana telah dipilih oleh rakyat dan diberi mandat dalam PRU ke 12 tahun 2008. Rakyat menaruh harapan tinggi supaya wakil rakyat yang mereka pilih ini dapat membantu dari pelbagai sudut termasuklah dari segi sosioekonomi,infrastruktur,kemudahan asas yang lain dalam tempoh 5 tahun.
Persoalannya sekarang adakah YB yang dipilih oleh rakyat ini telah menunaikan janji-janji yang telah dibuat sewaktu PRU ke 12 itu? Apakah permintaan rakyat yang amat hauskan pembangunan dalam pelbagai bidang itu telah dilaksanakan dengan baik dan memuaskan?Kalau semua perkara ini telah dibereskan dan dilaksanakan maka YB tak perlu gusar atau pening kepala kerana masanya akan tiba di mana rakyat akan menghakimi dan menilai status YB sama ada perlu dikekalkan sebagai wakil rakyat atau disebaliknya.
ADUN Tempasok misalnya pada PRU ke 12 lalu telah dimenangi oleh calon dari Barisan Nasional(BN)-UMNO iaitu Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli.Rakyat Tempasuk yang boleh mengundi dan berdaftar dengan SPR Sabah pada masa itu ialah berjumlah 14,291 telah menunaikan kewajipan mereka untuk memilih wakil rakyat. Nasib dan tuah Datuk Hj Musbah amat terserlah sekali kerana 6,541 rakyat Tempasok telah mengundi beliau dalam PRU tersebut dan undian inilah yang telah mengangkat Datuk Musabah sebagai juara PRU ke 12 .
Beliau telah menewaskan pencabar terdekatnya calon dari parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Laiman Bin Ikin @ Ag. Laiman Kakimin yang mendapat undi 4,109 dengan majoriti sejumlah 2,432 undi dan calon BEBAS iaitu Ibrahim Linggam yang mendapat undi 191 sahaja.
Persoalannya sekarang ialah siapakah calon N.6 Tempasok pada PRU ke 13 tahun 2012? Masihkah Datuk Hj Musbah terpilih sebagai calon?Kalau tidak terpilih siapakah muka baru calon Tempasok yang mewakili BN. Persoalan ini amat menarik sekali dan jawapan tepat akan diketahui bila sampai masanya PRU itu nanti.
Para penganalis politik melihat senario politik khasnya di kawasan Tempasok, peluang Datuk Hj Musbah amat cerah dipilih sebagai calon Tempasok berdasarkan kepada prestasi kerja yang dilaksanakan di kawasan ini.Dua projek mega iaitu Projek Agropolitan dan Projek Jelapang Padi merupakan satu tanda keperihatianan beliau ke arah pembismian kemiskinan rakyat Tempasok.Demikian juga prasarana lain seperti jalaraya desa telah dinaik taraf dan diapal. Bekalan air dan bekalan elektrik di kawasan desa yang terpencil telah mulai dinaik tarafkan.

Read more...

PERKASA Penerus Pembela Ketuanan Peribumi Sabah

Wednesday, December 16, 2009

Tun Mustapha merupakan seorang negarawan yang banyak menabur jasa dan bakti sepanjang hayatnya demi untuk rakyat Sabah.Tun Datu Mustapha membela peribumi Sabah bermula dari pemerintahan British, Jepun dan selepas kemerdekaan.
Semasa pemerintahan British Tun Mustapha begitu tegas melindungi peribumi yang cuba ditindas oleh pentadbir penjajah. Peristiwa-peristiwa ini dapat dilihat dalam buku Memoir Tun Datu Mustapha Merdeka Melalui Malaysia. Perjuangan membela peribumi Sabah semasa pendudukan Jepun ditunjukan oleh Datu Mustapha dengan keanggotan sebagai askar British. Ini dilakukan sebagai tanda protes dan rasa bencinya kepada dasar penjajahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua itu penuh dengan kezaliman dan menindas kaum peribumi Sabah.
Tun Datu Mustapha dalam era perjuangan memerdekakan negeri Sabah dari cengkaman penjajah British begitu bersungguh-sungguh dan mempastikan rakyat peribumi Sabah akan Berjaya dalam perjuangan ini. Pada 16 September 1963 Sabah mencapai kemerdekaan dan inilah mercu kejayaan perjuangan Datu Mustapha yang amat bernilai kepada suku kaum peribumi Sabah secara keseluruhannya.
Antara tarikh kermat dan hari kemerdekaan ini , terselit satu pengajaran perlu menjadi pedoman untuk genarasi muda agar sentiasa menghargai dan mengenang jasa Tua Mustapha sebagai Bapa Kemerdekaan negeri ini.
Perjuangan Datu Mustapha tidak berhenti di sini malah perjuangan mengisi kemerdekaan untuk rakyat peribumi Sabah diteruskan dengan penubuhan parti USNO bermula dari 1967 hingga 1975 dengan menempuh pelbagai onak dan duri. Perjuangan politik beliau membela nasib kaum peribumi dalam bidang sosioekonomi dan menjaga hak-hak kerakyatan seperti terkandung perkara 20 begitu terserlah.
Setelah Tun Datu Mustapha meninggal dunia kegemilangan perjuangan beliau membela hak-hak dan ketuanan peribumi di bumi Sabah ini semakin pudar dan hampir dilupai terutama sekali genarasi muda.Jati diri dan semangat nasionalisme mereka semakin terhakis. Situasi inilah yang berlaku di Semanjung Malaysia di mana krisis cintakan Negara begitu ketara dan kepada genarasi baru. Sejarah perjuangan pemimpin Negara yang bertanggungjawab ke arah kemerdekaan dahulu tidak lagi dihargai dan mahu dilupakan begitu sahaja.
Dengan hakikat ini dan kesedaran amat mendalam maka Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ditubuhkan pada 12 September 2008 yang dipimpin oleh Dato Ibrahim Ali selaku Presiden.
Secara ringkasnya tujuan utama PERKASA ditubuhkan ialah memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan,memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, memperksakan Kedaulatan Raja Raja Melayu, mempertahankan hak-hak keistemewaan orang Melayu, memperkasakan kaum Pribumi, menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia dan mempertahankan kedaulatan Negara.
Semantara di negeri Sabah pertubuhan PERKASA telah dilancarkan pada 12 Desember ,2009 bukti semangat dan keazaman pemimpin induk pertubuhan ini. Saudara Musli Oli seorang aktivis sosial dan penulis politik telah diberi mandat menarajui PERKASA Sabah sebagai Yang Dipertua.
Dibahu beliaulah tanggungjawab pertubuhan ini dalam manggalas dan melindungi hak-hak istemewa peribimi dipertikaikan dan ,kuasa politik peribumi terus dicabar.
Kita juga ingin melihat kejayaan PERKASA dalam konteks negeri Sabah untuk membela kaum peribumi mempertahan hak-hak istemewanya mengikut perlembagaan.Walaupun belum ada timbul desakan dan pencabulan dari segi politik, hak –hak istemewa peribumi, sosial dan juga ekonomi namun perlu siap siaga menghadapi apa juga bakal berlaku kesan atau tempias apa yang sedang berlaku di tanah besar Semanjung.

Read more...

BLOGGER KB SATU PENGENALAN DAN HARAPAN

Monday, December 7, 2009























Siapakah blogger yang terawal di Kota Belud? Selepas catatan ini dipaparkan adalah diharapkan ada pihak yang tampil memberi respon dan maklumat berhubung dengan soalan ini..Para blogger harus kometed dalam perkara ini demi untuk kebaikan bersama. Tibalah masanya setiap karya blogger terutama sekali di daerah KB dicatat , direkod dan disimpan dengan selamat.. Langkah seperti ini amat baik untuk menjamin tulisan yang lahir daripada pemikiran para bloger kelak dapat dikaji oleh genarasi akan datang.
Setuju atau tidak itu bukan soalnya. Barangkali pada peringkat awal, apa yang diskreatifkan oleh blogger, nilai atau mutu ilmunya agak rendah dan tidak ada perkara yang harus dibanggakan. Tetapi yakinlah sepuluh tahun akan datang kesannya akan dapat dilihat . Justeru itu, sebagai langkah awal, pemikiran yang dipaparkan oleh para blogger perlu didokumentasikan. Pemikiran blogger sentiasa berkembang , melahirkan ilmu baru yang lebih relevan, mengandungi pelbagai cetusan pendapat dan pandangan yang mapan. .Jika gagasan pemikiran mereka dicatu atau dikumpulkan dengan penuh tanggjungjawab sudah pasti pada akhirnya idea-idea bernas mereka ini akan menjadi satu wadah bacaan atau wacana yang sungguh berguna pada masa akan datang khususnya di Kota Belud.
Jumlah blogger di Kota Belud ini agak ramai dan kebanyakannya berlatar pendidikan yang tinggi. Antara blogger Kota Belud begitu aktif sekali ialah Saudara Musli Oli,Kibin Hj.Samad ,Ruslan Mansur,Musram Rakunman,Abdul Naddin Sahdin.Abdul Maruf Ismail dan lain-lainnya sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Bayangkanlah berapa ramai lagi blogger bakal lahir sepuluh tahun akan datang?Dalam tempoh sedarsah ini berapa banyak agaknya ilmu bakal dihasilkan natijah daripada pandangan, pendapat dan buah fikiran oleh para blogger?
Jesteru itu,blogger perlu memberi biografi yang tepat dan lengkap untuk mencapai matlamat ini. Nama samaran boleh digunakan tetapi amat penting identiti diri sebenarnya dilengkapkan semasa membuat permohonan blog. Dengan sistem yang lengkap ini akan memudahkan para pelajar atau individu yang berminat dalan bidang kajian khusus mengenai pengamal-pengamal ilmu blog. . Misalnya suatu masa nanti, ada siswa dan siswi akan melengkapkan syarat pengajian di Universiti dengan tesis yang memfokuskan kepada peranan para blogger serta sumbangannya kepada pembangunan sosiekonomi dan politik.
Ramai penganalisa blogger diluar sana merasa kecewa melihat situasi blogger Kota Belud yang suka berselindung disebalik nama samaranya. Ada segelintar blogger yang begitu arif dan bijak mengupas sesuatu isu semasa. Tapi sayang sekali, kita tidak dapat mengenali namanya kerana idintiti peribadi tidak tertera dalam profail blog mereka.Disinilah timbulnya masalah untuk mendekomentasikan apa yang mereka papar dan siarkan dalam blognya. Dalam perkara ini, kejujuran dan sikap bertanggunjawab amat dituntut,diperlukan, dialu-alukan kerana tulisan tanpa nama sebenar akan mencacat kekuatan dan ketajaman pemikiran penulisnya. Sudah tentu usaha murni menghasilkan buku yang menghimpun segala pandapat dan pandangan blogger menghadapi halangan.Hatta untuk mencapai objektif tersebut , para blogger patut sekali menyahut cabaran ini dengan fikiran terbuka demi kepentingan dan kebaikan bersama.

Setakat ini sebanyak 40 nama samaran digunakan oleh para blogger di KB sebagai perisai atau pelindung idientiti terhadap karya penulisan yang mereka hasilkan.Kenapakah harus takut kepada bayang-bayang tulisan sendiri? Jika benar dan ada fakta sahih apa yang ingin kita suarakan kenapa harus takut menghadapi “feedback” dari kenyataan yang dilakukan. Di sini kita dapat lihat dan nilai keperibadian sesorang blogger sama ada ia seorang yang ‘gentelman’ atau pengecut dan bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukannya.

Read more...

Genarasi Muda Pencabar Utama Perjuangan Politik Datuk Musbah

Sunday, November 29, 2009

Tidak ada sesiapapun yang dapat menduga bahawa seorang pemuda dilahirkan di kampung Taun Gusi,Kota Belud ini pada 24 November 1960 memiliki sebutir mutiara yang terpendam di dalam jiwanya.Mutiara terpendam yang dimaksudkan itu ialah sebuah cita-cita besar untuk menjadi seorang pemimpin politik yang disegani dan dihormati di daerah Kota Belud .

Pemuda yang bercita-cita besar ini telah menggilap bakatnya dalam bidang kepimpinan politik dengan penuh keazaman dan bersemangkat kental. Maka pada hari ini, terserlah dan tercapailah sudah segala cita-cita terpendam itu. Datuk Haji Musabah Haji Jamli merupakan salah seorang pemimpin di daerah ini yang berjaya mencatat sejarah sebagai seorang aktivis politik yang berbakat besar setelah beliau terpilih sebagai calon ADUN Tempasok. Bertitik mula dari seorang keluarga petani ,menjadi seorang ahli perniagaan dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang politik,itulah rentetan pengalaman suka duka yang dilaluinya menuju kemercu kejayaan.

Kejayaan beliau dalam dunia politik Kota Belud (KB) telah mengundang pelbagai reaksi negatif daripada pihak yang tidak senang melihat kejayaan yang dinikmatinya.

Dalam alaf baru yang penuh dengan cabaran ini , mempertahankan sesuatu kejuaraan dalam bidang politik tidak semudah difikirkan dan dirancang. Ini adalah kerana ramai di luar sana yang begitu gahirah , bernafsu besar,punya cita-cita dan agenda tersendiri untuk menjadi seorang “juara berpolitk".

Senario ini , mengheret kepada persoalan dimanakah letaknya masa depan Datuk Musbah dalam arena politik di KB?Ramai genarasi muda di daerah ini berpindidikan tinggi dan golongan tersebut mempunyai gagasan pemikiran begitu kritis, jitu, dan bernas. Mereka ini wajar diberi peluang dan di beri tempat dalam arus perdana politik KB.

Anjakan dan gagasan pemikiran genarasi muda ini harus dilihat sebagai aset amat berharga dan bernilai tinggi .Elok sangat kelebihan mereka ini digunakan sebagai pengimbang kekuatan dan keperkasaan pengaruh siasahnya dengan mengenepikan soal kebimbangan dan takut terancam dengan kelahiran dan kedatangan mereka di ‘gelangang politik.

Gagasan pemikiran genarasi baru ini yang begitu anjal dan memiliki personaliti baik. Mereka ini juga juga mempamirkan gaya kepimpinan yang terserlah wibawanya, berintergriti dan berkarisma. Dalam soal ini, mereka perlu didampingi secara berhemah dan pendekatan yang bijak.

Jika direnung secara mendalam, antara faktor yang mengurangkan sokongan politik Datuk Musbah dalam piliharan kali ke-13 adalah berkait rapat dengan kegagalan menangani ledakan gagasan pemikiran genarasi muda .Golongan ini merasa tercabar dengan kepincangan dan kelembapan penggurusan meningkatkan ekonomi, sosial dan infastruktur oleh pihak kerajaan. Golongan ini juga sentiasa meninjau serta ikut serta menilai sejauh mana kawasan Tempasuk menikmat pembangunan.

Oleh yang demikian maka amat wajar sekali memberi fokas kepada perkara ini dengan memberi layanan yang baik dan pendekatan berhemah,terarah dan terurus . Genarasi muda yang berpendidikan jangan diperlekeh, dipandang remeh kerana golongan berkenaan umpama “Bom Jangka” akan meletup bila-bila masa. Mereka juga mudah mencetus isu-isu semasa yang boleh mengancam,mengugat dan mencabar kepipmpinan. Datuk Musbah akan terus mengekalkan kejuaraan politiknya sebagai ADUN Tempasuk jika perkara-perkara tersebut diberi perhatian serius menjelang pilihanraya umum ke 13. Beliau juga digesa dan sarankan menggunakan kebijaksanaannya untuk mengeksploitasikan kuasa ditangannya sebagai Pembantu Menteri Pertanian untuk meningkatkan lagi ekonomi dan taraf sosial rakyat dikawasan Tempasuk

Read more...

Antara Janji Dan Jaminan Menangani Isu-Isu Di Sabah

Monday, November 16, 2009

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sabah 8-9 November 2009 mencatatkan beberapa kenyataan penting dan menarik menjadi renungan kepada rakyat Sabah. Sudah tentu apa yang diucapkan oleh Datuk seri Najib barangkali boleh dijadikan sebagai titik tolak dalam membincangkan beberapa isu-isu menarik dan hangat diperbincangkan oleh rakyat Sabah mutakhir ini.

Agenda lawatan Perdana Menteri mencatatkan peristewa penting dan mungkin menjadi bahan wadah sejarah kepada genarasi akan datang. Agenda menghadiri majlis perasmian mesyuarat Agung parti komponen BN-Parti Bersatu sabah (PBS) ke 24, perasmian Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) ke-20 di Ballroom One Borneo,dan perasmian Konvoensyen Nasional Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) 2009 d Dewan Pusat Kebudayaan Penampang itu telah mencetuskan anjakan idea-idea bernas yang menuntut gagsan pemikiran kearah pembangunan minda kearah memantapkan pembangunan ekonomi,sosial dan politik di negeri Sabah ini.

Lihat sahaja semasa gagasan pemikiran yang dicetuskan oleh Presiden PBS, Datu Joseph Pairan Kitingan ketika menyampaikan amanat penting semasa ucapan dasarnya dalam majlis perasmian Mesyuarat agung parti itu,melahirkan atau mezahirkan gagasan pemikiran yang mengandungi hasrat dan harapan daripada pendokong dan penyokong parti itu sendiri.Beberapa perkara penting yang dianggap keperluan mendesak bagi rakyat sabah telah dihujah dan dipohon oleh Presiden Parti PBS itu untuk pengetahuan dan pertimbangan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Keperluan mendesak yang dimaksudkan ini menyetuh perkara kearah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Memperkasakan prasarana luar Bandar dan kawasan pendalaman iaitu kemudahan asas seperti bekalan air bersih,jalanraya dan elektrik.Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan pembasmian kemiskin tegar juga penyediaan perumahan kos rendah.Kerajaan juga diminta prihatin kearah mengurangkan kadar jenayah yang berkait rapat kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PATI)

Permasalahan isu pendatang tanpa izin merupakan barah dalam daging bagi rakyat Sabah telah sekian lama diperbincangkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan namun hingga kehari ini masalah itu gagal diatasi.Di manakah silap dan apa faktor utama meghalang usaha tersebut? Isu PTI di Sabah bertambah kronik apabila isu ini dipolitikan dan ada pihak tertentu membantu PTI ini mendapatkan dokumen Maykad dengan cara yang salah dan bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

Parti kompenan BN di negeri Sabah disarankan agar sentiasa peka dan bersatu dalam menangani isu demi masa depan warga bumiputera tulen negeri ini terus terbela, terkawal dan terpelihara. Jesteru itu Presiden UPKO Tan Sri Benard Giluk Dompok dalam Konvensyen Nasional 2009 mengulangi syor menubuhkan Suruhanjaya Diraja tangani PTI . Benard menyifatkan masalah PTI adalah isu utama di Sabah yang tidak pernah selasai dan perlu komitmen kerajaan untuk menyelasaikan masalah berlarutan.Masalah PTI perlu datasi secara tuntas kerana para pengundi sentiasa melihat dan menilai sejauhmana masalah ini diberi perhatian dan ditangani bersungguh-sungguh, bukan secara’body snatching’ atau tidak ditangani secara segera dan sewajarnya.

Parti UPKO juga mengetengahkan isu-isu lain yang boleh mengundang krisis nilai dan kepercayaan rakyat untuk terus memberi sokongan kepada BN iaitu isu istilah “Allah” dalam kitab Injil penganut Kristian dan isu merobohkan kuil Hindu yang diperjuangkan oleh Hindraf harus diberi perhatian utama kerajaan untuk menyelasaikan dengan penuh bijaksana,teloransi dan bertindak segera agar pihak pembangkang tidak mengeksploitasi situasi tersebut sebagai bahan isu siasah mereka.

Cabaran dan rintang Datuk Seri Najib dalam usahanya melayani kehendak dan gagasan pemikiran yang dilontarkan oleh setiap parti komponen BN di Sabah ini menuntut kebijaksanaan dan ketelitian. Lain parti lainlah pula kehendak dan kemahuannya dan disinilah kita melihat kecekapan dan kebijksanaan seorang ketua pemimpin Negara mengalas apa sahaja amanah disandarkan oleh rayat kepadanya untuk menerajui dan memacu Negara kearah kemajuan,cemerlang dan gemilang.Pemimpin Parti Liberal Demkratik (LDP) di pimpin Datuk Liew Vui Kong dalam ucapan pada perhimpunan Agung LDP ke 20 menuntut pihak kerajaan agar member perhatian , layanan yang saksama , peka kepada kemahuan dan apirasi rakyat terutama sekali dari masyarakat keturun Cina di Sabah.Terdengar juga pandangan berani oleh Pegerakan Pemuda Parti LDP Chin Su Ying yang mencadangakan untuk menghadkan tempoh masa Ketua Menteri dan Menteri Kabinet negeri Sabah kepada tiga penggal sahaja atau maksimum 12 tahun sahaja. Rasional pandangannya ini ialah dengan alasan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam sistem pentadbiran kerajaan. Walaupun pendapat ini dianggap sebagai satu cadangan sahaja, namun ianya patut dilihat dalam persepektif lebih luas dan kehadapan kerana meyentuh tentang kredibiliti dan maruh seseorang pemimpin.

Demikianlah rentetan idea dan cadangan yang lahir dari gagasan pemikiran penuh makna, penuh harapan daripada para pemimpin politik komponen Barisan Nasional di negeri Sabah semuanya ini dilakukan menyahut desakan, permintaan,keinginan dan kemahuan seluruh rakyat Sabah tanpa mengira perbezaan fahaman siasah,bangsa, budaya dan agama .Permintaan rakyat yang disalurkan dan disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang dipilih menerusi sistem pilihanraya itu,bukanlah satu perkara mudah direalisasikan,ditunaikan dan dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh yakin dan bersemangat memberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan proses pembanguan di Sabah dan Sarawak selari dengan pembangunan yang ada di semanjung Malaysia.Beliau juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet sebagai platform perbincangan berkaitan dengan isu masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.Datuk Najib juga berharap semoga apa yang dirancangkan ini akan mencapai kejayaan dan menghasilkan idea bernas sebagai garispanduan ke arah mencari penyelesaian bagi mengintegrasi masyarakat peribumi dalam usaha meperkukuhkan perpaduan dan pembangunan Negara.

Read more...

Pekan Kota Belud 1927

Sunday, November 15, 2009

Read more...

Ada Agenda Tersirat Dr Jaffrey Letak Jawatan

Thursday, October 29, 2009

ADA AGENDA TERSIRAT DR JAFFREY LETAKAN JAWATAN NAIB PKR SABAH?
Berita Dr Jaffery Kitingan meletakkan jawatan sebagai naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 28.10 2009 merupakan kejutan dan tamparan buat PKR dalan usahanya memantapkan lagi sokongan rakyat Sabah menghadapi pilihanraya ke13 mungkin tahun 2012.

Para penganalisis politik di Sabah melihat peletakan jawatan Datuk Jaffery Kitingan ini seperti mengandungi agenda tersirat,tidak iklas dan sekadar satu gimik politik mahu mengkaburi mata rakyat.Sepak terajang Dr. Jaffrey dalam politik Sabah sudah kita sedia maklum dan pernah beliau lakonkan semasa menganggotai parti PBS dahulu.

Justeru itu,BN haruslah berwaspada, tidak terlalu yakin dan percaya dengan permainan politik Dr Jaffrey yang penuh dengan muslihat untuk mencapai apa saja agenda politik tersirat seperti jerat menunggu mangsanya. Falsafah yang tersirat dalam cerita Sang Kancil memperdayakan sang Buaya perlu direnungi dan dijadikan panduan oleh parti UMNO dan komponen BN dalam isu ini, jangan sampai kita lupakan jerat kerana jerat itu tidak pernah mengenal mangsanya.
Jelas sekali kesetian Dr Jaffrey dalam setiap organisasi yang dianggotainya begitu rapuh dan penuh dengan muslihat. Semasa dalam parti PBS dahulu pun beliau memainkan pernannya untuk memecah belahkan sokongan rakyat terhadap parti itu dengan bertindak keluar meninggalkan parti PBS .

Lihat saja sekarang ini,alasan Dr Jaffrey keluar dari PKR kerana kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti PKR Sabah yang baru.Sikap tidak setia, cemburu dan irihati merupakan penyakit para pemimpin politik perlu ditangani dengan baik dan setiasa bersikap terbuka, mudah menghadapi kenyataan dan sentiasa akur dengan keputusan yang diambil oleh pucuk pemimpin.
Menyentuh tentang kenyataan Setiausaha UMNO Sabah Datuk Seri Yahya Hussin,yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mempelawa dan mengalu-alukan Dr Jaffrey menyerti BN agar berwaspada dan perlu diselidik kesan baik buruknya kemasukannya dalam mana-mana parti komponen BN. Kita tidak sanggup melihat di suatu hari nanti timbul masalah dan isu-isu yang kronik melanda situasi politik di Sabah .

Read more...

UMNO KB PERLU BERSIKAP TERBUKA DAN SAKSAMA

Tuesday, October 20, 2009



UMNO Perlu Bersikap Terbuka Dan Saksama

Kejatuhan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah (1985-1994) telah membuka ruang yang lebih luas kepada parti politik UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah. Dengan kemasukan parti UMNO di Sabah
Februari 1991, telah membawa impak besar kepada situasi politik di negeri ini,terutama sekali dari segi sistem pemerintahan.
“Para pemimpin Kerajaan Pusat sering datang ke Sabah menghadiri majlis-majlis bersama-sama rakyat,jarang-jarang kita dengar memuji USNO, yang mereka sering puji ialah UMNO. Yang mereka sering puji ialah kepimpinan UMNO Sabah kerana berjaya mendapatkan ahli berjumlah 240,000 orang.”
“USNO tidak pernah disebut.Jasa dan pengorbanan USNO mengumpul 240,000 orang untuk menjadi ahli UMNO tidak disanjung dan dihargai. UMNO Sabah bersikap bongkak, jasa dan pengorbanan USNO yang besar itu tidak diingat.”
Pandapat dan pandangan ini telah dipetik daripada buku Kerajaan Campuran PBS-USNO ditulis oleh Abdul Malik Unar seorang penganalis politik Sabah.
Memang ada rasionalnya pendapat tersebut, kita lihat sahaja ramai daripada mantan pemuka USNO dahulu , setelah UMNO memegang tampuk pemerintahan di Sabah ramai yang berputih mata kerana tidak lagi diajak dan diberi peluang oleh para pemimpin UMNO berjuang bersama-sama untuk mengukuhkan,menegakkan dan membela maruah bangsa ,budaya dan agama bumiputera Islam.
Lihat sahaja sebagai contohnya tokoh pejuang USNO yang berkrisma iaitu Datuk Ismail Gimbad di daerah Kota Belud yang pernah dilantik Pembantu Menteri dalam kabinet Negeri Sabah pada tahun 1973.Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Datu Mustapha amat mempercayai dan menghormati beliau kerana jasa dan pengorbananyalah parti USNO di daerah Kota Belud itu telah mendapat sokongan rakyat terutama sekali dari suku kaum Kadazan Dusun ketika itu.Kini beliau dilihat seperti tersisih dan terpinggir dalam arus politik Kota Belud.Beliau jarang dipanggil dan dijemput dalam majlis-majlis resmi kerajaan apa lagi diberi pengharga mengenang akan sumbangan ke atas jasa dan perjuangan politiknya kepada masyarakat Kota Belud.

Disinilah kita dapat melihat betapa besarnya peranan UMNO Sabah seperti pergerakan Pemuda,wanita dan pergerakan Puteri terutama sekali daerah Kota Belud agar sentiasa mendakati rakyat.Rintihan dan keluh kesah rakyat terutama sekali golongan atas pagar atau kumpulan yang tidak mempunyai pendirian berpolitik.Golongan inilah merupakan golongan yang selalu mengancam,menjadi pendesak kerajaan dan menyimpan rasa dendam,rasa benci kepada parti UMNO.Lajimnya kumpulan ini amat gemar bermain api sinteman perkauman dan suka melafazkan luahan geram hati kepada para pemimpin veteran tak kisahlah dari parti manapun idealogi politiknya,mantan pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara dan ada juga dikalangan mereka ini mencucuk jarum propaganda membenci kerajaan di dalam rumah-rumah ibadat.Biasanya keluhan dan luahan tidak berpuashati ini tertumpu kapada soal dasar dan kepincangan pentadbiran kerajaan yang merangkumi soal politik,ekonomi, pendidikan ,social dan kebudayaan. Situasi begini jika diperhalusi dan diteliti secara telus sebenarnya isu berhubung dengan perkara seperti ini ada asas dan rasionalnya yang memerlukan perhatian sewajarnya dari pihak UMNO dan parti komponen BN yang lain.

Persepsi rakyat berhubung dengan sikap angkoh dan sombong segelintir pemimpin UMNO bukan cerita retorik yang sengaja direka-reka oleh musuh-musuh politik, tetapi ini adalah satu kebenaran dan kenyataan .Menyedari akan hakikat inilah, maka Presiden UMNO Dato Seri Najib dalam ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung baru lalu ,telah menegaskan dan menekankan betapa pentingnya para pemimpin UMNO mendekati rakyat atau sentiasa turun padang menemuai penyokong akar umbi.

‘Saya ingin berpesan, jangan segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekalipun kita menyandang jawatan tinggi.Bak kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Malah rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri mereka, sukar didekati,apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Mereka yang menunjukkan keiklasan dan merasai keseronokan memberi bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung’
Sebagai satu kesimpulan dan renungan kita bersama hayati pengertian Surah Al Maidah ayat lapan yang bermaksud bahawa Allah (SWT) menyeru kita, supaya menjadi orang yang berlaku adil, serta menegakkan kebenaran kepada semua kaum dan bangsa, kerana berlaku adil itu dekat kepada takwa.

Read more...

Hari Kemerdekaan Menuntut Satu Pengorbanan Dan Kesetian

Sunday, August 30, 2009

Apakah ertinya Kemerdekaan? Perkataan Kemerdekaan mempunyai pengertian yang cukup luas. Apa bila perkataan Kemerdekaan itu dipendekkan kepada perkataan Merdeka sahaja ianya membawa erti satu bentuk kebebasan dari segi bersuara, mengeluarkan hujah dan pendapat dan mungkin banyak lagi pengertian lain yang boleh disimpulkan daripada erti perkataan itu. Tetapi pegertian Kemerdekaan itu dari segi skop yang luas ianya membawa maksud atau pengertian kebebasan daripada cengkaman penjajahan.Dalam erti kata yang lain kita telah bebas untuk memerintah dan mentadbir negara mengikut acuan sendiri tanpa bergantung harap kepada kuasa lain.

Untuk mencapai Kemerdekaan itu, perkara asas yang ditempuhi ialah pengorbanan. Pengorbanan para nasionalis kita dalam memperjuangkan kearah kemerdekaan Tanah Melayu seperti Dato Onn Jaffar, Tunku Abdul Rahman,Tun Hussien Onn, Tun Abdul Razak , Tun Tan Siew Sin ,Tun Sambanthan dan lain-lainnya amat besar ertinya kepada rakyat negara, semoga semangat perjuangan yang mereka tunjukkan akan menjadi satu renungan dan keinsafan kepada generasi muda mutakhir agar sentiasa menanamkan semangat nasionalisma atau semangat cintakan negara yang bertuah ini.

Hasil daripada perjuangan Tunku Abdul Rahaman dan rakan-rakan seperjuangan ketika itulah akhirnya membawa satu peristewa keramat kepada Tanah Melayu iaitu hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak menganggotai persekutuan ini secara sukarela untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang berdaulat. Cuma dalam tahun 1965, Singapur telah mengisthiar keluar dari gagasan ini setelah tidak sehalauan dengan dasar pentadbiran negara di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu.

Selepas mencapai Kemedekaan, cabaran getir pentadbiran Tunku Abdul Rahman berdepan dengan masalah perkauman yang menebal antara orang-orang Cina, Melayu dan India. Peristewa berdarah 13 Mei 1969 adalah manifestasi daripada perkauman yang tidak terkawal. Dalam buku ‘Peristewa Sebelaum dan Selepas 13 Mei,’ yang ditulis oleh Tunku sendiri beliau berkata,”Inilah satu pandangan yang amat menyedihkan. Saya tidak sangka akan menyaksikan kejadian seperti ini semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha-usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bahagia dan aman.Api itu juga menghancurkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sehabis-habis bahagia sekali di dunia ini”.

Dari sini,sedarlah kita betapa bahayanya mempermainkan isu-isu perkauman oleh para pemimpin politik samada pro kerajaan dan anti kerajaan. Cukuplah peristewa penuh tragis 13 Mei 1969 ini menjadi satu tamsilan dan tauladan kepada semua lapisan masyarakat terutama jenarasi muda.

Dalam hal ini, saudara Ruhanie Haji Ahmad dalam bukunya,’Patriotisme Malaysia Menangkis Neoimperialisme’ telah mengupas panjang lebar akan kesan-kesan dan akibat perkauman itu. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia yang telah Merdeka, belum pasti aman dan sejahtera, kalau sesetengah pemimpin dan bangsa Malaysia sendiri tidak mengisi kemerdekaan itu secara iklas dan jujur, menerusi amalan demokrasi yang dibatasi realiti sejarah serta kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

Maksudanya, kemerdekaan Malaysia tidak akan terjamin keselamatan, ketenteraman dan kebahagian sepanjang masa, jika bangsa Malaysia menjadikan kemerdekaan sebagai alas an untuk berbalah-balah, bertelingkah, bersengketa, bermusuhan dan berebut kuasa pada sepanjang masa.

Pengorbanan dan kesetian kepada Negara tidak dapat diasingkan dalam diri setiap diri pemimpin dan rakyat yang dipimpin. Dalam persoalan ini kita perlu menghayati semula parkara-perkara yang terkandung dalam rukun Negara. Prinsif rukun Negara yang menekankan kesetian kepada Raja dan Negara adalah cukup jelas menerangkan betapa pentingnya setiap individu, masyarakat dan pemimpin itu menumpukan ketaatan dan kesetiannya kepada Negara ini.

Sebagai satu kesimpulan dalam pembicaraan mengenai topik berkaitan dengan pengisian kemerdekaan, perjuangan dan ketaatan kepada Negara, perlukan kemantapan berfikir secara kritis untuk menilai sejauh mana rakayat boleh mengekalkan kestabilan politik dan keamanan Negara walaupun berdepan pelbagai isu-isu nasional yang begitu mencabar menguji kemampuan dan kemampanan pihak kerajaan untuk menanganinya.

Read more...

1 Ogos Bulan Kemerdekaan Yang Tercemar

Satu hari bulan Ogos tercatat dalam lipatan sejarah tanah air,apabila tarikh ini merupakan tarikh penting dan amat senonim dengan golongan pelampau yang telah menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menunjukkan protes penuh emosi kebencian membuak-buak kepada kepada kepimpinan BN agar disegerakan proses pamansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau (ISA ) itu.Sedar atau tidak sedar segala tindak-tanduk golongan pendesak ini amat menakutkan serta membimbangkan rakyat secara keseluruhannya termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Barangkali inilah trend orang-orang Melayu masa kini dengan pembawaan dan idealogi politik melanggar arus perdana untuk mengisi bulan kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang agak ekstremis, suka berdemonstrasi, gemar menyelar dan memaki hamun pemimpin kerjaan BN dalam mediamasa termasuklah menghambur fitnah dalam blog dan sebagainya.
Di mana letaknya maruh dan jati diri orang- orang Melayu yang amat terkenal dengan nilai budi pekerti dan sikap sopan santunya, bukan sahaja tersohor di kepulauan nusantara tetapi di dunia luar. Para sarjana linguastik dan para pencinta kesusteraan Malayu misalnya yang ramai terdapat di luar negara yang pernah mengagungkan ketinggian nilai estetika kesenian dan kebudayaan orang Melayu , sudah tentu terasa terkilan atau tergamam melihat sikap dan tingkah laku masyarakat Melayu mutakhir ini, yang begitu jauh tersasar dari sikap aslinya seperti mana mereka lihat dahulu.
Dalam situasi begini semua pihak yang bertentangan pendapat dan berlainan idealogi politik tidak seharusnya membelakangi sejarah perjuangan pemimpin orang- orang Melayu terdahulu semasa berjuang membebaskan negara ini dari cengkaman penjajahan British sehinggalah negara tercinta ini mencapai kemerdekaan.
Sepatutnya tidak ada sesiapa lagi rakyat negara ini yang masih buta sejarah tentang kemedekaan tanah airnya sendiri. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 di mana negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan seharusnya disematkan disanubari setiap rakyat Malaysia.Kecintaan dan kesetian kita kepada negara yang tidak berbelah bagi merupakan syarat penting dan tunjang kukuh kearah menegakkan kedaulatan , keamanan serta ketenteraman negara.
Tokoh-tokoh pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Dato Hussien Onn, jasa dan perjuangan awal mereka menuntut kemerdekaan dari kerajaan British dan kesinambungan perjuangan pembangunan negara, menyatupadukan rakyat berbilang kaum, menaiktarafkan ekonomi dan sosial rakyat ketika itu perlu dihayati, direnungi , dihayati dengan penuh keinsafan dan tanggunjawab.
Janganlah cuba menghancurkan batu asas perjuangan mengapai kemerdekaan yang amat kukuh dan padu yang dilakukan oleh para pejuang terdahulu ini.Marilah kita sama-sama memelihara dan menjaga khajanah negara ini buat selama-lamanya walaupun barangkali menutut satu pengorbanan hingga ke titisan darah yang terakhir. Makna dan nilai kemerdekaan amat mahal harganya bagi mereka yang tahu menilainya dan sentiasa memahami, menyelami falsafah disebalik erti perkataan merdeka itu.
Berbalik kita kepada soal bagai mana jenarasi muda negara mengisi bulan kemerdekaan ini?Presiden Amerika Jimmy Catter misalnya pernah berkata, jangan tanya apa sumbangan negara kepada kamu,tapi tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara. Kata-kata ini jelas mesej atau pengajaran terkandung didalamnya ialah meyuruh kita member khidmat , sumbangan dan jasa kepada negara dalam apa saja bentuk aktiviti-aktiviti yang mampu memberi nilai positif,membuahkan mutu pemikiran dan idealogi yang mampu menginterprestasikan pemikiran golongan belia atau jenarasi muda yang lebih terarah dan memiliki semangat patriotik kepada negara .
Para pemimpin sama ada pemimpin BN atau Pakatan Rakyat harus juga tahu menghayati erti Kemerdekaan. Sebagai pemimpin, diri kita sentiasa dinilai dan diperhatikan oleh golongan rakyat yang dipimpin. Setiap tindak tanduk , gerak-geri, skil komunikasi, pembawaan seharian , budi pekerti dan hingga ke gaya berpakaian kitapun akan diperkatakan oleh mereka. Pendek kata pemimpin adalah ‘rool model atau mugkin menjadi idola jenarasi muda tersebut.
Justeru itulah, maka para pemimpin perlu jadi teladan dalam kepimpinan tak kira contoh kepimpnan dalam pegurusan syarikat, pertubuhan-pertubuhab NGO pro kontra kerajaan dan penting sekali mereka yang menjadi pemimpin badan-badan siasah haruslah bertanggungjawab kepada kepada kesan-kesan negatif berpunca daripada kepimpinan mereka.
Pemimpin akan menerima padah bilamana mereka cuba bermain dengan sentimen misalnya idealogi politik yang menghasut rakyat dengan mengadudombakan dua pihak berlainan bangsa, budaya dan agamanya.Kita tidak mahu melihat lipatan sejarah hitam 13 May berlaku atau berulang lagi di negara ini. Cukuplah peristewa rusuhan kaum antara Cina dan Melayu itu sebagai satu pengajaran yang perlu dinilai dan direnung sejenak kesan baik buruknya kepada keamanan serta kestabilan pentadbiran negara.
Barangkali kita sering alpa dan mungkin dilalaikan oleh kegahairahan mengejar pangkat, kedudukan yang tinggi dan kemewahan yang melimpah ruah sedang dinikmati.Hingga kita tidak menyedari nilai kemerdekaan itu seakan-akan mahu dikorbankan atau dimusnahkan dengan sekelip mata saja untuk kepentingan dan kepuasaan peribadi.Semoga para pemimpin di Sabah dan Sarawak setiasa komited dengan perjuangan parti BN kearah memenuhi bulan kemerdekaan dengan pendekatan tersusun memenuhi aspirasi rakyat terus bebas berfikir tanpa dikongkong oleh idealogi politik ekstremis yang boleh menggangu-gugat keamanan negara.

Read more...

Anwar Pengkhinat Bangsa Melayu?

Saturday, August 15, 2009

Ada juga rasonalnya kita harus berhati-hati dalam melaung-laungkan slogan Anwar Ibrahim sebagai "Pengkhianat Bangsa Melayu". Ini kerana isu ini mungkin memberikan kesan negatif kepada orang-orang Melayu yang pemikiran mereka tidak diracuni oleh permainan politik ekstrim yang dilaung-laungkan oleh pihak pro kerajaan dan anti kerajaan.Bagi golongan Melayu yang tak berminat 'main politik'sudah tentu tak dapat menerima keceman begini teruk kepada Datuk Anwar. Bukankah Datuk Anwar ini juga satu ketika dahulu orang kuat UMNO yang begitu lantang,tegas dan berani bersuara memperjuangkan nasib orang-orang Melayu?Setelah beliau dipecat dari UMNO beliau dikeji dan dilebalkan sebagai 'Pengkinat' oh... sungguh tidak masuk dek akal.Beliau tidak mahu keluar parti UMNO tapi dipecat, itu salah siapa? Mutakhir ini Datuk Anuar berjuang bukan lagi dibawah payung UMNO, namun perjuangannya untuk membela nasip orang-orang Melayu tetap diteruskan.Maaf saya bukan anti kerajaan.Cuma saya rasa terpanggil mengetengahkan pendapat tentang isu ini.Jadi,bukan masanya sekarang beliau diberi gelaran begitu buruk sehingga kita lupa akan jasa-jasanya kepada orang Melayu dan negara.Ingatlah selalu tamsilan disebalik cerita Hang Jebat dan Hang Tuah. Siapa derhaka siapa pengkhianat?Renung-renungkan.

Read more...

Isu Kurang Bekalan Gula Angkara Siapa?

Monday, August 3, 2009

Bila menjelang sahaja perayaan isu kenaikan harga barang-barang keperluan akan timbul.Ini sebenarnya ankara siapa?Apakah muslihat pihak tertentu disebalik isu kenaikan harga gula ini.Jika difikir-fikirkan macam ada unsur-unsur sabotaj terkandung di sebalik kekurangan bekalan dan kenaikan harga gula.Pihak kerajaan perlu memberi perhatian serius dan meneliti isu ini dari pelbagai perspektif kenapa timbul isu tersebut secara mendadak.Kita bimbang wujud konspirasi tokoh-tokoh koprat yang pro kepada agenda pembankang atau hubungan konspirasi dua hala dengan negara lain yang bermotif jahat untuk menjatuh ekonomi negara atau cuba mengeksploitasikan isu tersebut meraih simpati rakyat dengan cara memperlekehkan kewibawaan kecekepan agensi kerajaan dalam menangani isu bermusim ini.

Read more...

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Perisai Negara dan Rakyat

Sunday, August 2, 2009

Oleh ; Mohd Amini Abdulah


Sebut sahaja Akta Keseamatan Dalam Negeri (ISA) masyarakat merasa gerun mendengarnya.Kegerunan ini lahir disebabakan bidang kuasa terangkum dalam akta in begitu luas sehingga seseorang boleh ditangkap di mana-mana sahaja tanaktapa bicara.

Apabila seseorang itu sudah ditangkap, barulah dia sedar dan insaf di mana kesalahan yang dilakukan oleh suspek telah direkod secara terperinci bukan dalam tempoh sehari dua, tetapi gerak laku, aktiviti-aktivitinya yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kegiatan-kegiatan politiknya yang dibuat bertahun-tahun lamanya telah disimpan dan dikemaskinikan oleh pihak berkuasa.

Justeru itu, suspek tak boleh lah mencaci dan mencerca pihak berkuasa sebagai “anjing kerajaan”, ini adalah kerana segala rekod telah cukup lengkap dan sempurna untuk menangkap si pulan itu secara tiba-tiba dan mengejut tanpa disedari atau dimaklumkan terlebih dahulu kepada suspek.Tangkapan yang diakukan oleh pihak berkuasa ini disifatkan oleh aktivis-aktivis masyarakat yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar negara dan undang-undang negera sebagai satu akta yang menganayai dan menyekat kebebebesan rakyat untuk bersuara atau dengan perkataan lain “berdemontrasi” di jalan.

Siapakah yang harus dipersalahkan?Kerajaan yang telah di pilih oleh rakyat melalui proses demokrasi menerusi pilihanraya menjadi tanggungjawab yang amat berat menjaga keamanan dan kesetabilan negara.Di sini dapat lihat, kepentingan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini dikekalkan dan dipertahankan sebagai perisai atau kekebalan pentadbiran kerajaan darpada diperlekehkan oleh para aktivis pelampau yang suka melihat negara ini dalam keadaan kacau bilau.

Read more...

Mursyidul Am PAS bukan Pejuang Islam Sebenar

Wednesday, July 29, 2009

Nik Aziz tidak sepatutnya melebelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan islam sebenar.

Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang islam yang sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru itu, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah-olah tidak bertamadun kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin UMNO tidak perlu memberi respon kepada kenyataan Datuk Nik Aziz berhubung parti itu dan UMNO kerana rekod pendirian Menteri Besar Kelantan itu yang sering berubah-ubah kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyddin Yassin.

Ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, yang hanya di mahukan hubungan Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Pusat lebih bersifat pentadbiran sahaja, bukan hubungan politik. Muhiyddin berkata hubungan baik kerajaan pusat dan negeri tidak boleh dipisahkan kerana ia akan menjejaskan pembangunan yang dinikmati rakyat.

Mengenai dakwaan Nik Aziz kerajaan pusat mengabaikan pembangunan di Kelantan, Muhiyddin berkata Kelantan menerima peruntukan mengikut Perlembagaan Negara.

Read more...

Cerita Manek Urai

Saturday, July 25, 2009


Kalah di Manek Urai, tetapi Perdana Menteri Malaysia
Najib Razak (foto) berpuas hati kerana undi Melayu meningkat terhadap BN. Malah katanya, selepas 103 memerintah dan membuat berrbagai-bagai dasar serta pembangunan baru kepada rakyat kini ia seolah-olah menampakkan hasilnya.

Begitulah luahan Najib ketika mengulas k
ekalahan tipis BN dengan hanya 65 undi kepada PAS dalam pilihanraya kecil kawasan itu semalam. Beliau yang kini berada di Mesir kerana menghadiri sidang kemuncak ke-15 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) juga berkata, kekalahan itu amat membangga dan memberangsangkan. Ini mebuktikan bahawa BN sudah kembali diterima rakyat, terutamanya orang Melayu.

Dalam pada itu, Najib juga telah mengucapkan tahniah kepada Pengarah Pilihanraya BN,
Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamad atas perkara itu. Malah, beliau juga mengucapkan tahniah kepada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yang kalah itu. Menurut Najib lagi, kekalahan BN dengan majoriti tipis itu menggambarkan bahawa sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN kian meningkat.

Bahkan beliau yakin sokongan itu akan terus bertambah pada masa yang akan datang.
“(Keputusan) ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan sekiranya kita meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan, saya percaya kedudukan Barisan Nasional akan menjadi lebih mantap lagi Insya-Allah. “Kita tidak boleh merasakan bahawa segala-galanya telah pun kita lepasi ujiannya tetapi saya begitu puas hati bahawa apa yang telah kita mulakan selama 103 hari ini menampakkan sambutan rakyat yang menggalakkan,” katanya.

Jika dengan kekalahan di Manek Urai sekali pun puak-puak UMNO sudah mendabik dada dan dengan ego serta sombong mengatakan mereka sudah diterima oleh majoriti rakyat.
Jika kalah pun Najib sudah berkata begitu maka apatah lagi jika mereka menang agaknya?. Mujurlah kekalahan jua yang menimpa. Mereka fikir rakyat "bangang" seperti puak-puak mereka.

Kekalahan di Manek Urai dengan jutaan wang ringgit yang ditaburkan sebenarnya amatlah memalukan. Bukan sahaja mereka dibantu oleh segala bala tentera seperti Polis, SPR, Kemas, Jasa hatta segala instrumen kerajaan dipergunakan dengan sewenangnya. Namun hasilnya tetap
"kalah". Malah itu belum termasuk lagi dengan kerja jahat media arus perdana yang menjadi "tukang kempen" mereka, maka ternyata rakyat benci dengan semua itu.

Tawaran janji-janji pembangunan yang dibuat oleh Muhyiddin ternyata ditolak oleh rakyat. Itu belum termasuk wang rasuah atas nama sumbangan yang dihulurkan kepada rakyat. Memang benar, PAS akhirnya akur dengan kemenangan majoriti tipis itu. Namun, hakikatnya yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah biarpun dengan satu undi. Maka sepatutnya BN harus akur dengan kekalahan dan mengadakan muhasabh diri atas segala kesilapan yang berlaku. Perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa berhadapan dengan berbagai tipu daya, penyelewengan, propaganda serta provokasi BN selama ini. Namun, atas kerana kekuatan jemaah dan percaya kepada pertolongan Allah maka akhirnya kemenangan terhidang buat mereka. Apapun syabas diucapkan buat PAS !!


[Seronok dengan kekalahan, bererti UMNO sudah kian tiba ke penghujung jalan. Mereka terlupa dengan segala suratan dan takdir yang berlaku. Badi kekalahan demi kekalahan yang menimpa jelas sekali merupakan satu amaran buat pemimpin UMNO dan BN agar kembali ke pangkal jalan. Tindakan yang diluar batas kemanusian yang dilakukan kepada rakyat akhirnya bakal menjerumuskan mereka ke kancah kehinaan. Oleh itu, Najib tidak perlu terlalu gembira dengan "majoriti tipis" yang diperoleh oleh PAS. Ia terjadi kerana penipuan dan strategi jahat BN yang membeli serta merasuah rakyat yang tidak berdosa supaya memangkah mereka. Itu belum termasuk dengan budaya ugutan yang berlaku sejak sekian lama].

Dipetik dari:
http://pahangdaily.blogspot.com

Read more...

Ikrar Barisan Nasional

Monday, July 20, 2009

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP