Antara Budi Dan Khidmat Ahli Parlimen KB
Tuesday, December 22, 2009
Tidak ada kata indah selain ucapan ‘Terima Kasih’ kepada Ahli Parlimen Kota Belud Dato Rahman Dahlan bila sudi meluangkan masanya melawat saudara Lamjin Sumbing di teretak usangnya di Kampong Wokok Kinuta, Kota Belud di sini baru-baru ini.
Penderitaan Lamjin Sumbing 49 tahun kerana menghidap sejenis panyakir “Pakinson” telah saya catatkan dalam ruang komen blog DRD yang bertajuk “Terima Kasih Atas Kesabaran Pacik Joune’.Komen saya yang ringkas itu tidak dipandang remeh dan apa lagi diperlekehkan oleh DRD.Sebalikannya beliau telah bertindak dengan fikiran terbuka dan berandaian positif dengan megadakan lawatan mengejut ke rumah prospek yang saya nyatakan.
Pada pagi Isnin 21 Disember kira-kira Jam 9.00 pagi saya mendapat satu panggilan telefon bimbit dan nombor tertera dalam skren itu saya tidak kenali. Si pemanggil itu bertanya satu soalan iaitu,”Kau kenal tak nama Lamjin Sumbing di Kampong Wokok Kinuta?”Saya jawap,”Ya saya kenal betul orang itu”.Lalu si pemanggil itu memberitahu saya bahawa Dato Abdul Rahman akan melawat rumah orang tersebut hari ini juga iaitu tepat jam 10.30 pagi.
Pendek cerita, kira-kira jam 10.00 pagi kami bertolak ke rumah prospek. Sampai ditempat itu, kami bersama DRD berjalan meniti sebuah jambatan lorong kayu yang begitu buruk lantainya dan berlobang.Melihat keadaan jambatan kayu yang amat bahaya itu mungkin sudah terbayang dalam fikiran Dato bagai mana prospek yang sakit itu dapat melintas dijejentas tersebut?
Rombongan DRD ketika itu turut disertai oleh wartawan RTM TV 1 , TV 3,Daily Expres dan Pegawai Perhubungan Kanan Parlimen Idris Nanti agak tergamam melihat keadaan jambatan itu dan keadaan jalan menuju rumah prospek dipenuhi belukar dan rumput liar
Setiba di halaman rumah prospek kami disambut mesra oleh isteri Lamjin dengan senyuman manis dan amat terharu dengan kunjugan DRD bersama rombongan ke rumahnya.
Dato Rahman tidak membuang masa setelah diizinkan masuk telah meninjau dan melihat sendiri keadaan di dalam rumah itu. Dari raut wajah DRD terpancar rasa simpati dan rasa kesihannya keatas nasip hidup prospek yang penuh dengan penderitaan dan kemiskinan.
Setelah berbual panjang dengan saudara Lamjin dan isterinya, DRD member harapan dan berjanji cuba membantu keluarga itu dengan mencari peruntuk untuk membaiki rumah , mendapatkan bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Kota belud dan memberi peruntukan Parlimen membina jambatan lorong kayu yang rosak teruk .
Sebelum beredar DRD telah menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk beras, sedikit wang saku dan makanan tin.Dato Rahman meminta saudara Lamjin dan isterinya banyak bersabar dan menerima hakikat ketentuan Illahi dalam kehidupan.
3 comments:
satu paparan yg menarik..terima kasih kepada DARD kerana prihatin dengan nasib rakyat di kawasan KB.
cuma saya agak terkejut kerana Amin kata 21 Disember hari Rabu. Dalam kalendar saya 21hb disember hari Isnin. barangkali masa amin lebih laju...atau silap tulis.
Salam MO
Tahniah Amini. Satu paparan yang baik dan menujuk ke arah kematangan berblog. Teruska. Tahniah kepada DARD. Budi yang baik dan ikhlas Allah SWT yang mengetahui dan membalasnya. Tabik Datuk.
Tuan Guru blogger saya,terima kasih kerana menegur beberapa kesilapan yang saya lakukan dalam catatan blog.Maklumlah jam 2 pagi mata sudah mengantuk dan kabur.
Kepada senjalija terima kasihlah kerana memberi semangat terus berblogger dan saya sentiasa bersikap terbuka apa sahaja komen rakan-rakan blogger yang lain.
Post a Comment