SAPP-PKR Tersungkur Di Batu Sapi

Friday, November 5, 2010






Kini sudah terjawab,ramalan siapa dijulang dan siapa tersungkur dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi,Sandakan. Pilihan raya kecil ini,begitu hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat,bukan hanya di negeri Sabah tetapi juga di Semanjung Malaysia. Banyak analisis yang dilakukan oleh para pemerhati politik tanahair tentang pilihan raya Batu Sapi dan pelbagai hipotesis tentang kelebihan serta ketokohan calon yang bertanding.

Kejayaan besar calon Barisan Nasional(BN), Datin Linda Tsen Thau Lin dengan kelebihan undi 9,773, adalah satu jawapan tepat kepada semua ramalan dan andaian itu. Pilihan raya ini juga dihangatkan oleh pelbagai isu seperti slogan ‘Sabah Untuk Sabah’dan’Mengambalikan Autonomi Kepada Sabah’yang dicanang oleh parti SAPP untuk menarik perhatian pengundi. Konsep ini disifatkan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin satu isu kenegerian yang sempit dan boleh mengugat perpaduan nasional.

Sekalung ucapan tahniah kepada Datin Linda Tsen Thau Lin atas kejayaaan ini. Semoga Datin Linda lebih perihatin kepada masalah golongan pengundi marhaen yang majoritinya bumiputera Islam. Golongan inilah telah memberi sokongan yang begitu padu kepada calon BN dan menyumbang undi yang banyak dalam pilihan raya kecil itu. Golongan ini perlu diberi keutamaan untuk memperbaiki dan meningkatkan sosioekonomi mereka dari garis kemiskinan.

Daripada pengamatan penganalisis politik, undi kepada parti PKR dan SAPP juga datangnya daripada golongan marhaen ini. Golongan bumiputera islam begitu mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang apabila mereka memainkan isu kemiskinan dan dakwaan kononnya kehidupan mereka telah diterpinggirkan dari arus pembangunan perdana oleh pihak kerajaan. Isu kemiskinan ini juga berjaya dimanipulasikan oleh pembangkang dalam kempennya untuk mendapatkan undi simpati dan dilihat strategi ini begitu berkesan sekali.

Walaupun BN mengungguli dalam pilihan raya Parlimen 185 Batu sapi, bagi calon SAPP Yong Teck Lee, undi 2,031 perlu dihargai dan dihormati. Bagi Presiden SAPP, keputusan ini adalah suara rakyat dan kemahuan rakyat. Namun perlu juga diingat bahawa pilihan raya PRU 13 akan pasti tiba dan disini adalah penentu segala-galanya. Jadi kemenangan ini barangkali hanya sekadar ujian awal atau “test market” kepada parti BN dan juga parti pembangkang. Namun Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan BN di Batu Sapi dan DUN Galas adalah petanda yang jelas rakyat mula menerima transformasi kerajaan dan Gagasan 1 Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semantara itu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang memperolehi undi 3,414, masih menaruh keyakinan pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi sebagai aset simpanan jangka panjang yang boleh membantu dan dimenafaatkan oleh parti itu pada PRU ke 13 nanti.

Pilihan raya kecil Batu Sapi mempamerkan kesepakatan begitu mantap dikalangan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang berkerja keras siang dan malam mempastikan kemenangan. Pujian juga kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku Pengarah Operasi Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Batu Sapi kerana berkerja begitu baik dan cemerlang,hinggalah membawa kepada kemenangan besar kepada calon BN. Penerapan konsep mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian dalam pilihan raya ini telah menepati matlamatnya seperti yang diharapkan.



Read more...

Siapa Tersungkur Di Batu Sapi?

Wednesday, October 27, 2010




Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan Barisan Nasional, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berentap mendapatkan sokongan undi daripada 25,582 pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pengundi-pengundi inilah yang menentukkan siapa tersungkur dan siapa menang dalam pegundian itu nanti pada 4 November ini.

Para panganalisis politik, melihat pilihan raya kecil ini amat menarik dari segi pencalonan di mana SAPP telah meletakan Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon. Persoalannya dapatkah Datuk Yong meraih kemenangan di Batu Sapi?Jumlah pengundi kaum tionghuwa 9,737 di kawasan ini dikatakan merupakan aset besar kepada beliau kerana ramai daripada ahli-ahli perniagaan dari keturunan Hakka, Kontanis dan Hokkien adalah rakan-karibnya semasa menjadi Ketua Menteri Sabah dahulu.Justeru kerana itu Datuk Yong begitu yakin dengan kekuatan parti SAPP itu yang mampu memberi saingan sengit kepada parti Barisan Nasional dan mampu membuat kejutan diluar jangka bagi memenangi pilihan raya kecil berkenaan.

Apapun yang diperjelaskan oleh SAPP, keputusannya selepas pengundian, hipotesis seperti ini sesiapapun boleh melakukan kerana demokrasi bersuara dan melahirkan idelismenya dalam politik adalah bebas dan dibenarkan.Justeru kerana itulah, Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan parti kompenan BN Sabah supaya tidak memandang rendah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Batu Sapi ini.Setiap parti ada kelebihan dari segi strategi memenangi hati para pengundi, perkara inilah perlu diberi perhatian dan perincian supaya BN dapat menyaingi strtegi parti lawan dalam pilihan raya kecil itu.

Maka kerana itulah calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, perlu digandingi mantap oleh para pemimpin BN untuk berkerja keras berdepan rakyat dan memperjelaskan agenda perjuangan politik mendiang suaminya Datuk Edmund Chong. Rakyat perlu diyakinkan bahawa perjuangan membela kehidupan rakyat di Batu Sapi masih berterusan dan berkesinambungan.Sudah tentu rakyat Batu Sapi tidak mudah lupa akan jasa dan pengobanan Datuk Edmund membangunkan kawasan ini semasa hayatnya dahulu.

Pengundi Bumiputera Islam berjumlah 15,099 itu adalah kelebihan calon BN kerana mejoritinya adalah ahli UMNO yang menjadi penyokong kuat akar umbi kerajaan.Kekuatan calon BN Datin Linda Tsen dilihat juga pada sokongan padu masyarakat cina yang mengandung pertusan pengundi berjumlah 38.06. Jumlah inilah berperanan mengimbangi undian dari kaum cina, bumiputera islam, bumiputera non muslim dan kaum India. Dari segi kekuatan jentera gerak gempur, publisiti media massa dan media elektronik BN ada kelebihan untuk tujuan meraih undi.

Sementara itu, Parti Pakatan Rakyat (PKR) meletakan Ansari Abdullah sebagai calon dalam pilihan raya kecil Batu Sapi.Beliau merupakan seorang peguam professional dan menjawat jawatan dalam parti sebagai Ketua Cabang PKR, Tuaran. Ansari Abdullah dikatakan diberi mandat besar oleh Presidennya Datuk Seri Wan Dr. Azizah Wan Ismail untuk berkempen habis-habisan bagi meraih undi demi kemenangan PKR dalam pilihan raya ini. Bagi PKR, kemenangan ini penting sebagai titik bermulanya empayar parti itu di negeri Sabah.

Namun demikian, tidak semudah itu parti PKR mendapat laluan memenangi piliharan P 185 Batu Sapi. Barisan Nasional akan mepastikan gerakan pembangkang menyebarkan dakyahnya memburuk-burukkan kerajaan akan ditentang habis-habisan tegas Tan Sri Muhyiddin .

Keputusan pilihan raya P 185 Batu Sapi segala-galanya ditangan rakyat. Rakyatlah yang mengadili pilihan raya ini siapa tersungkur kalah dan siapa berdiri menang. Namun rakyat harus bijak menilai sendiri parti mana hendak disokong dan calon mana hendak di undi.Kalau parti BN yang disokong maka undilah calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin. Itulah calon paling tepat dan calon terbaik.Calon lain katakan ,“Tak Nak.”

Read more...

Nostalgia Indah Dalam Peristiwa ke KL

Tuesday, October 26, 2010




Dengan satu matlmat dan tujuan seramai 35 orang rombongan daripada ADUN N 6 Tempasuk, Kota Belud, Sabah telah berlepas dari Lapangan Terbang Air Asia, Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2010 lalu mencatat nostalgia begitu bermakna dan indah sekali dalam lipatan diary kehidupan masing-masing.

Kami amat terharu dan sekalung tahniah kepada ADUN N 6, Tempasuk Datuk Musbah Hj. Jamli atas budi baiknya memberi tajaan tiket penerbangan pergi dan balik dari Sabah ke Kuala Lumpur. Semoga budi baik beliau ini diberi ganjaran besar oleh Allah dan kami sebagai insan terpilih dalam rombongan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas budi dan jasa baik YB Datuk.

Di tengah jantung kota metropolitan Kuala Lumpur, kami ditempatkan sebuah Condominium KL Plaza yang begitu berprestej terletak di Jalan Bukit Bintang. Inilah kebangaan kami kepada ADUN Tempasuk yang punya perancangan begitu teliti dan sentiasa menyelami hati dan kemahuan para pemimpin akar umbi yang dipilihnya menyertai rombongan ini. Beliau mahu melihat anak-anak buahnya bergembira dan berpuas hati selama berada di sini. Lot Kondominium ini di dalamnya terdapat 2 buah bilik tidur, ruang tamu yang luas, dapur untuk memasak dan keluasannya kira-kira 30’ lebar dan 50’ panjang.

Hakikat hidup ini, setiap kesetiaan dan kejujuran akan dihargai. Bukan mudah mengaplisasikan kalimat-klimat ini sebagai suatu kenyataan dan untuk menepati matlamatnya. Pembawaan hakikat kelimat ini ada pada Datuk Musbah, di mana beliau perihatin dan sentiasa memperincikan dalam soal ini. Kebajikan para pejuang akar umbi sentiasa diberi perhatian secara konkrit dalam semua aspek kerana beliau sedar bahawa mereka ini adalah seperti soldadu siapa siaga dikerah bila-bila masa.

Malam 22 Oktober 2010, Datuk Musbah mempelawa minum Teh disebuah hotel yang bersebelahan dengan kondomonium tempat kami menginap. Perbualan saya malam itu amat santai dan bersahaja dari satu bab ke bab cerita lain.

“Min, apa masalah di kampung?”, tiba tiba sahaja soalan itu diajukan oleh Datuk kepada saya.

“Ada juga Tok. Yang pertama ialah gerakan-gerakan yang aktif parti PR mempengaruhi dan meracuni fikiran penduduk kampung. Keduanya isu merebut Ketua Kampung dan JKKK dan yang ketiganya ialah masalah Saliran Air di Sawah Padi”, jelas saya kepada Datuk.

Datuk Musbah seperti tergelak kecil. Beliau kemudiannya merenung saya seperti ada sesuatu mesej penting hendak disampaikan.

“ Saya sudah agak, isu Ketua Kampung dan isu JKKK ini akan timbul dan menjadi perbualan hangat. Inilah kesan kenaikan elaun baru. Saya harap semua JKKK dan Ketua Kampung akan berkerja lebih aktif lagi selepas ini”, katanya.

Ini merupakan satu permintaan dan amanah seorang pemimpin. Walaupun disampaikan secara formal dan biasa-biasa sahaja, makna disebalik kata-kata ini amat besar dan perlu dimengertikan sebagai garis panduan yang perlu digalaskan penuh hemah dan penuh tanggung jawab.

Rasanya tidak lengkap kedatangan kami ke Kuala Lumpur ini jika tidak bertandang ke bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menyaksikan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2010. Setiba kami di sana, ruang legar ditingkat bawah telah penuh sesak oleh para perwakilan dan para pemerhati yang datang dari seluruh pelusuk negeri.Kami mengambil kesempatan untuk merakam gambar kenangan, membeli kraftangan, buku-buku politik, makanan ringan, kain, baju dan sebagainya.

Genap empat hari tiga malam kami menjadi tetamu di Bandar Raya Kuala Lumpur ini, maka tibalah masa kami untuk balik ke Sabah dengan menaiki sebuah Bas Express dari tempat penginapan menuju ke Lapangan Terbang KLIA. Sesungguhnya kami amat beruntung datang ke sini kerana selain dapat melancong,kami juga dapat berbincang, bertukar pendapat dan bersua muka dengan beberapa tokoh pemimpin.Untukmu Datuk Musbah terima kasih sekali lagi atas segala kemudahan,layanan dan sumbangan perbelanjaan sewaktu berada di sini.

Melancong sudah. Membeli-belah sudah. Kalau diberi kesempatan lagi olehNya, lain masa dan ketika kami akan datang lagi sebagai tetamu setia dan tidak pernah jemu-jemu menyaksikan keindahan warna-warni ibu kota ini.Tersimpan saribu satu macam cerita disebalik peristiwa di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

Read more...

Wednesday, September 8, 2010






MUALAP KG TENGKURUS DAPAT PEMBELAAN

Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri kini semakin terasa oleh seluruh umat Islam bukan sahaja di Negara kita Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Bagi mereka yang dianugerahkan kelebihan rezeki hari lebaran tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan, tetapi bagi umat islam yang kurang kemampuan ketibaan bulan satu syawal disambut dengan perasaan penuh kedukaan dan kesedihan.

Dalam ajaran Islam, masalah seperti ini amat diberi perhatian dan diberi keutamaan bagi mencari jalan penyelasaian yang terbaik. Maka itulah ajaran Islam telah mewajipkan setiap umatnya berkemampuan membayar zakat harta atau zakat fitrah dibulan ramadhan ini. Peranan penting zakat ini secara ringkasnya adalah sebagai dana yang boleh membantu kepada golongan islam yang ditetapkan oleh syariah khususnya orang fakir miskin dan mualap.

Berpandukan ajaran islam ini, satu program kebajikan oleh Jawatankuasa Sukarelawan Pertubuhan Kebangsaan Islam Malaysia (PERKIM) Daerah Kota Belud diadakan di kampong Tengkurus Kota Belud pada 07 September 2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431H.

Saudara baru atau mualap di kampong ini amat bertuah kerana berkat dibulan ramadhan, telah dikunjungi oleh seorang pemimpin yang amat perihatin dengan masalah golongan mualap di Sabah khusunya di daerah Kota Belud. Beliau yang dimaksudkan ialah Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Hj. Ukin juga selaku Pengerusi Perhubungan Sukarelawan PERKIM Sabah.

Jiarah Datuk Seri Lajim di Kg. Tengkurus memancarkan cahaya kegembiraan dan keceriaan diwajah penduduk kampong ini. Bagi mereka, lawatan beliau cukup bermakna dan memberi pengertian amat mendalam dari segi ajaran islam. Sebagai saudara baru, jiarah seorang pemimpin Islam dibulan puasa merupakan satu hubungan dan jalinan persaudaraan sesama islam. Kesan lain secara saikologi merungkai segala tanggapan negatif atas mereka salama ini yang dianggap sebagai islam terbiar dan terpinggir dalam arus pembangunan mutakhir.

Program ini bolehlah dikatakan ‘majlis kebajikan mualap’,acara disusun begitu mesra . Suasana bertambah ceria lagi dengan kemurahan serta keiklasan hati Datuk Seri Lajim menghulur derma wang ringgit kepada fakir miskin. Sementara itu, sumbangan beras dan barangan lain kepada golongan ini daripada YDP MUIS Sabah, Syed Abbas Syed Ali juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PERKIM Sabah.

Ketika majlis berbuka puasa, penduduk kampung amat teruja dengan keramahan dan kemeseraan Datuk Seri Lajim. Mereka sempat berbual-bual begitu santai dan mereka diberi peluang mengabadikan kenangan dengan sesi bergambar beramai-ramai. Suasana santai dan formal seperti ini adalah pergaulan yang amat dituntut dalam ajaran agama islam. Itulah keistemewaan Datuk Lajim Okin dimata hati orang mualap kampong Tengkurus. Pembawaannya yang suka merendah diri adalah ciri peribadi Rasulallah yang amat terpuji dalam islam.

Dalam majlis ini, turut kelihatan begitu bersemangat ialah Ketua Sukarelawan PERKIM,Kota Belud, saudara Awadnir Matanggal. Semasa berucap mengalu-alukan jiarah Datuk Seri Lajim dan dia memuji kometment dan kesungguhan beliau membantu saudara baru di kampungnya.

Dengan ini, Awadnir telah dengan penuh keiklasan telah mengumumkan kesediaannya mewakapkan 50 ekar tanah miliknya kepada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) sebagai tapak kepada apa juga projek yang akan dirancangkan oleh PERKIM pada masa akan datang di daerah Kota Belud.

Dengan aset tersebut, PERKIM daerah ini telah mencatat sejarahnya sendiri dan sudah tentu khabar baik ini akan menguatkan lagi keyakinan golongan mualap bahawa masa depan mereka akan dapat pembelaan sewajarnya, bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga dari pihak NGO Islam lain terutama sekali PERKIM.

Tahniah juga kepada barisan Jawatankuasa Sukarelawan PERKIM Kota Belud seperti Timbalan Pegawai Daerah KB,En.Hamdan Sarudin,Pegawai JAHEIS KB,Ketua Imam Daerah Tuan Hj. Madli Hj. Mansur, Pengerusi Tetap UMNO KB Kuim Harun dan lain-lainnya.Kerana sokongan dan dokongan mereka ini majlis tersebut telah berjaya dianjurkan.

Bersembahyang maghrib sudah. Bersolat Ishak sudah. Sambahyang sunat Tarawih selasai ditunaikan dan masa beredar telah tiba di mana Datuk Seri Lajim dan rombonganya pada malam itupun mohon diri untuk balik ke Kota Kinabalu.

Read more...

SIMBAHAN NUR ILLAHI DI KG. PODOS

Monday, September 6, 2010




Kampung Podos sebuah perkampung orang Dusun yang terletak di kawasan Kadamaian di daerah, Kota Belud. Kampung ini merupakan sebuah perkampungan agak terpencil yang hanya boleh dihubungai oleh sebatang jalan raya yang masih grabel dan hanya sesuai dilalui oleh kerita pacuan empat roda.

Demi menegakkan siar Islam di kampong ini di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan,Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Awadnir Matanggal bersama-sama rombongannya telah memenuhi permintaan seorang guru di SK. Podos iaitu Ismail Tusin untuk berbuka puasa, sembahyang maghrib, Ishak dan seterusnya bersembahyang sunat tarawih di rumahnya di kampong tersebut.

Rombongan kami tiba di kampong Podos jam 6.00 petang pada 02 September 2010. Petang itu hujan turun renyai-renyai menyebabkan jalan berlumpur dan becak. Pemandangan di kampong itu agak gelap,mungkin disebabkan kampong ini terletak ditengah-tengah hutan dan tanahnya berbukit-bukit.

Rombongan kami telah disambut oleh Chegu Ismail, Jailun Tinsuk (Pemaju Mukim-Kadamian) Ustaz. Josey Rasid @ Saiful yang lebih awal sampai dan bebarapa saudara baru Islam di kampong itu.

Dari wajah chegu Ismail dan isterinya Pn. Sapilin @ Siti Munirah Abdullah begitu terharu dan gembira sekali dengan kehadiran rombongan kami hari itu. Menurut Ismail, inilah kali pertama kampong Podos menerima tetamu di bulan ramadhan sebagai jiarah sesama islam dan menjalankan kegiatan dakwah.

Tepat jam 6.24, anak Awadnir melaungkan azan maghrib dan ini menandakan masuknya waktu berbuka puasa pada hari itu.Kami berbuka puasa ala kadar dengan air kopi susu, air sirap dan kuih -mueh yang disedikankan oleh chegu Ismail dan ahli keluarganya.

Setelah berbuka puas, kami menunaikan solat maghrib berjemaah bersama dengan penduduk kampung Podos yang beragama islam. Setelah solat, kami dijemput makan malam. Ketika inilah, kami mengambil kesempatan untuk mengeratkan lagi silaturahim dengan saudara –saudara baru dengan bersalam –salaman,bertanyakan khabar dan mendengar luahan-hati mereka setelah memeluk agama Islam.

Alhamdulilah syukur kepada Allah, nur agama Islam telah menerangi kehidupan mereka dengan ketenangan hati dan kebahagian hidup yang sukar dinyatakan dengan ucapan kata-kata. Berpuasa dibulan ramadhan ini memberi mereka kekuatan iman dan menginsafi segala dosa-dosa lalu sebelum menganut agama Islam.

“ Kami di kampong ini amat memerlukan surau untuk beribadat. Selama ini, kami berkumpul di dalam rumah untuk bersembahyang jemaah dan berlajar ajaran agama islam,”kata chegu Ismail.

“ Setakat ini, kami menubuhkan satu persatuan iaitu ‘Pertubuhan SeIslam Saudara Baru,Kg Podos’dengan ahli-ahlinya seramai 35 orang,”jelasnya lagi.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO ,Kota Belud, Awadnir Matanggal dalam maklum balasnya, beliau akan cuba sedaya upaya mencari jalan bagi mendapatkan peruntukan mendirikan surau di kampong Podos.Tapak surau tidak ada masalah kerana chegu Ismail mempunyai sebidang tanah untuk tujuan itu.

“ Dalam perkara ini, saya akan memberi keutamaan dan perhatian penuh supaya sebuah surau dapat didirikan di sini.Insallah, saya akan berusaha sedaya upaya mencari sumber peruntukan dan dapat melaksanakan pembinaannya secepat mungkin ,” kata Awadnir.

Selepas solat Isak, ustaz Saiful mengimami kami bersolat sunat tarawih. Solat ini amat bermakna dan bersejarah di Kg. Podos kerana inilah pertama kalinya diadakan di sini. Ustaz Saiful juga, mengambil peluang memberi sedikit ceramah mengenai tertip sembahyang sunat tarawih kepada saudara baru.

Semoga aktiviti-aktiviti dakwah di bulan ramadhan, dengan niat tulus iklas kerana Allah mendapat keberkatan. Sembilan malam majlis solat tarawih telah pun selasai dan kami sekali lagi dijemput minum malam oleh tuan rumah. Kami dihidangkan buah-buahan seperti buah langsat dan buah rambutan. Semasa berangkat pulang rombongan kami dititipkan bakul berisi buah-buahan sebagi oleh-oleh.Terima kasih ahli keluarga chegu Ismail dan saudara-saudara seagama di kg Podos.


Read more...

Kebakaran: Hikmah Disebaliknya

Friday, July 30, 2010





Tidak sesiapapun menginginkan sesuatu musibah, namun mungkin itulah takdir Ilahi yang berlaku keatas diri Jolibitin Doni apabila rumah kediamannya di kampong Pinolobu telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran pada 21 Julai 2010, di sini baru-baru ini.

Kampung Pinolobu merupakan sebuah kampong yang agak jauh dan terpencil . Jarak kampung ini dari pekan Kota Belud kira-kira 16 kilometer dan dihubungi oleh jalan raya yang masih grable, berlubang-lubang, berbongol-bongol, becak dan berlumpur ketika musim hujan.

Sekitar 9.00 pagi, saya dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Awadnir Matanggal dan anak saudaranya telah sampai di kampung tersebut . Kami telah disambut oleh beberapa orang kampung termasuklah Ketua Kampung ,Sibin Kendagong dan Pegerusi JKKK , Suliah Bakiah.

Oleh kerana, jalan raya yang menghubung ke rumah mangsa kebakaran itu tidak boleh dilalui kenderaan maka kami terpaksalah berjalan kaki dengan mendaki sebuah bukit yang agak tinggi iaitu sejauh 300 meter. Perjalan agak meletihkan, tetapi oleh kerana menunaikan tanggungjawab semua cabaran harus dihadapi.YB. Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengarah Pegawai Parlimen Kadamaian Awadnir Matanggal menyampaikan ucapan simpati dan sedikit sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran.

“Demi perjuang parti UMNO dan tanggungjawab sosial pemimpin kepada masyarakat kampung harus tabah menhadapi apa sahaja masalah terpaksa dihadapi,” kata Awadnir ketika berhenti seketika di bawah sepohon pokok durian yang banyak buahnya.

Ada mesej penting kata-kata Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud ini dijadikan pengajaran kepada pemimpin politik supaya berkerja keras dan turun padang menemuai rakyat.

“ Untuk menjadi seorang pemimpin politik bukan mudah, lihat sahaja apa yang saya lakukan hari ini. Apa yang saya lakukan ini kerana parti UMNO. Membuat kerja kemasyarakatan di mana-mana saja adalah lumrah kalau nak jadi orang politik,”jelasnnya dengan suara terputus-putus keletihan.

Setiba diperkarang rumah terbakar, kami disambut oleh Jolbitin Doni dan ahli-ahli keluarganya dengan wajah masih diselebungi kesedihan,namun mereka menyambut kami dengan senyuman mesra sebagai tanda terima kasih keatas lawatan kami.

Menurut penjelasan Ketua Kampung, petaka ini berlaku kira-kira jam 9.45 malam. Kebakaran ini telah memusnahkan semua struktur rumah, dokemen-dokumen dan harta benda lain yang dianggarkan kerugian oleh pihak polis sebanyak RM 50,000.

Saya sempat meninjau disekitar kebakaran itu. Cuma yang tinggal tunggul-tunggul tiang rumah jadi arang, kepingan zing-zing,serpihan kaca,tong gas dan sebagainya berselerakan disana-sini. Melihat keadaan seperti inilahir rasa keinsafan bahawa apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya yang perlu dihurai oleh akal fikiran masing-masing.

Sebagai kemuncak lawatan kami, Awadnir telah menyampaikan sumbangan derma Ahli Parlimen Kota Belud kepada ketua keluarga mangsa kebakaran dengan harapan hidup ini perlu diteruskan, berusaha lebih gigih untuk masa depan lebih cemerlang.

Read more...

Dilema Gerakan Anti Samy Vellu (GAS)

Monday, May 31, 2010

Apakah Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) memberi kesan positif ke arah meleraikan masalah semakin merunsing yang dihadapi oleh parti MIC? Apa dilema yang bakal diterima oleh parti MIC manifestasi daripada gerakan GAS itu? Itulah antara persoalan sensasi bermain dalam minda bukan sahaja kepada masyarakat India tetapi juga kepada holistik rakyat Malaysia . Dari perspektif para penganalisa siasah tanah air menyifatkan natijah daripada gerakan ini memberi satu demensi baru terhadap masa depan politik kaum India di negara ini dibawah payung MIC. Tetapi dari sudut pandangan lain dilihat gerakan GAS yang dipelopori oleh genarasi muda kaum India dianggap mesej penting perlu ada refomasi atau revolusi kepimpin yang drastik bagi memperbaiki kelemahan dan kepincangan dalam struktur kepimpinan yang didakwa menghadapi krisis melampaui keyakinan para pengundi seperti yang ditunjukkan dan interpretasikan oleh pengundi dalam pilihan raya ke 12.

Itu pandangan dan pendapat dari pihak anti Samy, tetapi bagi mereka yang pro kepada kepimpinan presiden MIC , golongan itu menyifatkan tindak-tanduk penyelaras GAS V Mugilan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC biadap dan durhaka kepada Big Boss. Samy Villu menganggap mereka yang mendesaknya bersara lebih awal daripada ketetapan persaraan diumumkan olehnya itu sebagai budak hingusan dan langsung tidak menghormati keputusan pucuk pemimpin. Sikap keterlaluan dan extrems ini melambangkan sikap melanggar etika kesopanan kepada presiden yang begitu besar jasa dan pengorbanan kepada masyarakat India di negara ini.

Presiden MIC amat terkilan dengan pendirian pemimpin muda dan dianggap pelapis dalam senario kepimpinan MIC iaitu bekas anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) KP Samy, G Kumar Aamaan, Bekas Ketua MIC bahagian Petaling Jaya V Subramaniam dan Setiausaha Agung S Murugesan itu. Para pemerhati politik menganggap tindakan mereka ini tidak pragmatik dan menyonsangkan arus kepimpinan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya tindakan itu kepada parti. Pemimpin seperti ini umpama lipas kudung tidak mengerti dan faham rentetan perjuang beretika yang digariskan dalam perlembagaan Parti. Dalam soal ini Samy Vellu berkata:

“ Saya yakin semua orang tidak mahu melihat elemen tertentu yang cuba menimbulkan masalah di kalangan pemimpin parti. Tanggungjawab saya sebagai Presiden untuk mempastikan parti ini dalam keadaan kuat dan kukuh sebelum menyerahkan jawatan kepada pemimpin baru. Jika masih ada pihak tidak bertanggungjawab dan mencabar pimpinan parti dengan menyebarkan perkara tidak sepatutnya,perlukah kita menyokong pihak itu?"

Sebagai seorang politikus kaum India yang handal dan penuh berpengalaman, Presiden ini begitu yakin mejoriti kaum India di negara ini masih berdiri teguh di belakangnya untuk meneruskan perjuangan MIC walaupun segelintirnya telah mengistiharkan menyokong gerakan Gas menentangnya. Beliau terus menyeru masyarakat India supaya bersatu padu dan terus menaruh keyakinan penuh kepada perjuangan pati MIC walaupun beliau bersara nanti. Dalam keadaan tenang dan bernada jenaka bahawa tahun ini tahun terakhir beliau memimpin MIC dan tahun depan parti MIC ini bakal dipimpin oleh Timbalan Presiden pada September 2011.

Kedatipun kenyataan Presiden MIC ini, namun peneraju GAS tetap mendesak supaya diawalkan masa berundur dari jawatan itu dengan desakan tempoh persaraan perlu disegerakan pada pada Julai 2010. Dalam kekalutan desakkan bercelaru ini, anak Presiden MIC Vell Paari telah membuat kenyataan terlalu sinis dan menimbulkan kontrovesi mengemparkan . Tanpa berfikir panjang dan berlapik cakap beliau telah mengeluarkan kenyataan akhbar dengan membidas parti UMNO adalah dalang utama disebalik gerakan GAS tersebut. Sambil menyifatkan UMNO telah melakukan pembunuhan politik ke atas presiden MIC dan kenyataan tersebut mendapat reaksi yang amat pedas daripada Perdana Menteri Dato Najib Razak bahawa dakwaan itu keterlaluan dan melampau.Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato Muhiyddin Yassin menyifatkan kenyataan Vell Paari itu sungguh biadap yang boleh menjejaskan hubungan baik MIC dengan para pemimpin UMNO. Natijah daripada kenyataannya ini, banyak desakan-desakan dari penyokong UMNO sendiri supaya mengambil tindakan tegas ke atas anak Samy Villu dengan dakwaan menghasut dan memfitnah. Kedengaran usul dari pada rakyat yang disiarkan dalam media massa dan elektronik mengesa kerajaan memecat keahlian MIC dalam komponen BN. Dilema dari kenyataan yang kontrovesi ini dikuatiri melahirkan situasi tegang antara kaum India dan Melayu yang berpaksi parti UMNO. Mujurlah Vell Paari tersedar dari kesilapan dibuatnya setelah yakin penafian dilakukan oleh Perdana Menteri bahawa UMNO tidak terlibat dan sama sekali menafi dakwaan pihak tidak bertanggungjawab UMNO adalah dalang utama dalam gerakan GAS itu. Permohonan maaf secara terbuka oleh anak Presiden MIC itu diterima baik oleh Dato Najib Razak dan menasihati Vell Paari berhati-hati membuat kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian dan mengeruhkan suasana hubungan baik antara parti komponen BN.

Walaubagaimanapun, gerakan GAS ini diteruskan pada 30 May tanpa menghiraukan rayuan Presiden MIC supaya perhimpunan dibatalkan.Keghairaan para pelopor gerakan anti Samy sengaja menulikan telinga dan tidak mahu mendengar apa yang diseru oleh Samy Vellu.Bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) seramai 5000 orang berkumpul dan hadir dalam gerakan Anti Samy Vellu itu. Koordinator Gas, V Mugilan ketika berucap dalam perhimpunan itu berkata:

“ Kehadiran mereka adalah isyarat jelas masyarakat India mahukan perubahan dalam MIC. Mereka kecewa dengan kepimpinan Samy Vellu…beliau adalah liability kepada BN dan menjadi punca kelemahan kepada kerajaan selama ini”.

“ Saya tidak mempunyai apa-apa agenda tetapi menyeru Samy Vellu berundur secara aman dan terhormat. Tolonglah, masyarakat India ini...31 tahun tidak boleh buat apa-apa. Kami percaya Samy Vellu juga punya perancangan untuk mengukuhkan kedudukan anaknya dalam parti. Sebab itulah beliau minta masa lagi. Apa yang jelas masyarakat India sudah bosan dan amat marah dengan Samy Vellu.”

Persoalannya sekarang ke manakah hala tuju perjuangan politik mereka selepas GAS ini? Dalam MIC mereka tak punya apa-apa jawatan lagi dan sudah tentu mereka ini dalam dilema kerana parti MIC mungkin tidak menerima V Mugilan bergiat di dalamnya. Begitu nekad mereka berjuang demi kejatuhan seorang pemimpin begitu berkarisma, disanjung, dihormati dan banyak berjasa kepada masyarakat India di awal kemerdekaan hingga mutakhir ini.Pemimpin bukannya untuk disanjungi tetapi pemimpin dihormati jati dirinya dan dikenang jasanya.

Read more...

SIASATAN SEMULA TRAGEDI 'DOUBLE SIX' BERMOTIF POLITIK?

Friday, April 9, 2010




Kenapa nahas pesawat Nomad pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan beberapa ahli politik termasuklah Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephen diungkit semula? Seperti ada pihak berkepetingan cuba mengeksploitasikan peristewa itu tanpa memikirkan kesan buruknya kepada keharmonian rakyat Sabah. Jika siasatan semula tragedi ‘Double Six’ diteruskan dikhutiri menimbulkan spekulasi liar atau andaian negatif dan situasi seperti ini mengeruhkan suasana politk di negeri Sabah.

Timbulnya gesaan untuk dibuka fail siasatan semula tragedi ini adalah ekoran daripada nastolagia Tengku Razaliegh Hamzah di Sabah baru-bari ini dengan menyatakan hahawa beliau keluar dari pesawat itu pada minit akhir dan tindakan itu telah menyelamatkan nyawanya setelah pesawat itu terhempas di Sembulan. Kronologi peristewa ini mengundang spekulasiliar dan jahat seolah-olah tragedy 6 Jun 1976 telah dirancang begitu halus yang menyebapkan kematian beberapa tokoh politik Sabah ketika itu.

Persoalannya sekarang kenapakah Tengku Razaliegh membangkitkan semula peristewa malang ini?Para penganalisi melihat tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak menghormati sensetiviti rakyat Sabah . Setelah lebih 30 tahun berlalu, rakyat Sabah tidak lagi mahu mengingati apa yang telah berlaku dan juga rakyat Sabah menerima hakikatnya bahawa pesawat tehempas mengorbankan pemimpin siasah Sabah yang amat dihormat itu adalah suratan takdir dari Illahi.

Tetapi kini, luka lama berdarah kembali setelah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengesa kerajaan supaya membuka fail nahas pesawat Nomad 6 Jun 1976 itu untuk sisatan terperinci dan kajian beterusan punca nahas pesawat tersebut.

“ Biasnya, adalah wajar untuk membuka semula siasatan ke atas kejadian lama jika ada maklumat baru. Dalam hal ini, maklumat baru itu adalah versi kejadian itu menerusi Razaleigh yang diletakkan dalam rekod umum buat pertama kalinya.”

Apa yang dinyatkan oleh Yong dalam petikan di atas, dengan jelas pendiriannya berhubung isu itu supaya pihak kerajaan menyiasat semula perkara itu kerana yakin kenyataan Tengku Razaleigh itu merupakan maklumat terbaru membatu dalam siasatan. Nampaknya Yong begitu berminat dalam soal ini dengan berhujah bahawa sejarahwan dan saitis forensik menyiasat semula kemalangan, jenayah dan kejadian lama yang tidak dapat dijelaskan Beliau mengambil contoh kes pembunuhan Kennedy, Martin Luther King ,dan Benazir Bhutto itu menjadi kajian berterusan sehingga menemuai bahan bukti yang memuaskan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman persoal motif sebenar Presiden SAPP Yong Teck Lee dalam perkara ini kerana selama 30 tahun ahli keluarga terlibat dalam nahas “Triple Six” tidak pernah meminta supaya kes ini disiasat semula dan belau khuatir apa yang dilakukan oleh Yong itu bermotifkan poltik.

Dakwaan terbuka oleh Datuk Yong ini, juga mendapat reaksi daripada bekas Ketua Menteri Sabah , Datuk Harris Salleh , mengganggap gesaan membuka semula sesiatan keatas nahas kapal Nomad itu adalah berniat jahat seperti petikan di bawah;

“ Ia berniat jahat dan disasarkan untuk memperlekeh dan memfitnah saya. Dengan itu saya mencabar Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Naib Presiden Parti Keadilan Datuk Dr Jaffrey Kitingan untuk mengulangi kenyataan dan tuduhan mereka lebih khusus dan secara terbuka.”

Datuk Harris juga menyifatkan dakwaan Tengku Razaliegh dikeluarkan dari pesawat malang itu dalam minit akhir adalah tidah benar dan bercanggah dengan fakta .Dalam soal ini Datuk Harris menjelaskan seperti diberikut;

“ Tengku Razaliegh tidak pernah dijadual terbang bersama-sama dengan Tuan Fuad Stephen ke Kota Kinabalu. Tengku Razaliegh bersama-sama dengan Tun Rahman Yaakub dijadual terbang ke Kudat…”

Anak kepada salah seorag 11 mangsa nahas udara 6 Jun 1976 iaitu ADUN Moyog, Donald Peter Mojuntin mempersoalkan motif Datuk Yong Teck Lee bercakap mengenai siasatan semula ke atas Tragedi Double 6 iitu.

“ Sekiranya ia merupakan satu propaganda poltik, maka dari sudut pandangan keluarganya, ia adalah salah dan tidak wajar. Bagi keluarga saya, walau apapun yang telah terjadi dan siapa yang bertanggungjawab, biarlah Tuhan yang menghakiminya. Kami tidak boleh terus hidup dalam kehidupan yang penuh dengan kesangsian dan kemarahan.”

Walau bagaimanapun ramai penganalisis rasa terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tengku Razaliegh Hamzah yang dianggap negarawan dan sorang pemiimpin UMNO yang amat di segani tergamak mencetuskan kembali isu tragedi ini di sabah.Tindakan beliau ini menimbul perasaan tidak senang hati rakyat Sabah terutama sekali ahli-ahli kelurga terbabit dalam nahas udara itu. Rakyat Sabah yang cintakan kestabilan politik di negeri ini tidak membenarkan tindak-tanduk Tengku Razaleigh akhir-akhir ini cenderung membela perjuangan parti pembangkang.


t

Read more...

PENDEDAHAN ZAHRAIN MENGUNDANG PADAH ?

Saturday, April 3, 2010




“ Saya ingat bagaimana pada masa itu kami Ahli Parlimen pakatan pembangkang diperkuda,diperalat dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti lebih daripada cukup.”

Inilah kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hilang keyakinan dengan kepimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya suka berbohong. Sandiwara pembohongan 16 September 2008 itu telah menyebabkan keraguan mengatasi keyakinannya kepada perjuang PKR dan mendakwa perjuangan Pakatan Rakyat itu adalah sia-sia dan memperdayakan rakyat.

Rentetan peristiwa inilah membuka pekung pihak pembangkang dimana isu sensasi berhubung dengan strategi mengumpan lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti. Bagi menjayakan rancangan Anwar Ibrahim tersebut bahawa kononnya tarikh 16 September itu adalah tarikh karamat untuk mengulingkan kerajaan BN dan digantikan oleh kerajaan baru iaitu Parti Pakatan Rakyat(PR).

Pendedahan nama Ahli Parlimen yang didakwa telah diumpan oleh Ketua Pembankang di Dewan Rakyat baru-baru ini ialah Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman,Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat), Tengku Razaleihg Hamzah (Gua Munsang), Datuk Bung Moktar Radin (Kinbatangan), Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan), Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut), Datuk Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Erik Majimbun.

Pendedahan oleh Zahrain ini menimbulkan pelbagai reaksi kepada ahli Parlimen yang terlibat kerana pendedeahan ini sebenarnya menyentuh keredibiliti seseorang pemimpin tentang kesetiannya kepada perjuangan dalam sesuatu parti siasah. Kalau pendedahan ini tidak diberi respon dan maklumbalas maka rakyat akan membuat pelbagai persepsi yang mungkin baik atau mungkin juga buruk. Jika penilaian pihak ini menjurus kepada kebaikan tidak mengapa, tetapi jika sudut pandangan itu kearah negatif sudah pasti ianya mejatuhkan imej dan menghakis keyakinan rakyat kepada kepimpinan mereka

Menyadari akan hakikat ini maka Mohd Puad Zarkashi misalnya cukup gusar dan bimbang dengan kesan buruk pendedehan yang dilakukan oleh Zahrain ini. Mohd Fuad Zarkashi menjelaskan bahawa beliau bersykur kepada Allah kerana tidak terpengaruh dengan pujukan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim untuk keluar parti bagi menjayakan rancangan 16 September 2008 itu.

Ahli Parlimen BN dari Kalabakan Sabah, Datuk Abdul Ghapur Salleh tidak menyenangi dengan pendedahan oleh Zahrain itu yang membabitkan namanya. Beliau amat berang dan menyifkatkan kenyataan Ahil Parlimen ( Bebas) Bayan Baru ini sebagai satu pembohongan di Dewan Rakyat.

Ghapur Salleh juga menyarnkan kepada kepada kepada kepimpinan UMNO agar tidak menerima Datuk Zahrin Mohamed menyertai parti itu kerana sikapnya yang tidak boleh dipercayai.

“ Sekarang sudah jadi Bebas dan kemudiannya nanti mahu masuk UMNO. Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga,” katanya.

Sebenarnya dalam soal ini,pendedahan oleh Zahrain ini mungkin bertujuan baik sebagai membuktikan beliau keluar dari parti PKR dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab. Juteru itu tidak adil bila pendedahan ini dibuat maka pihak lain pula mengambil kesampatan menghentam perbadi beliau dengan mengatakan “sudah gemuk”dan”sudah kenyang” hasil laba daripada tindakannya keluar dari parti pembangkang.

Dari sudut pandangan lain, tindakan Datuk Zahrain memberi impak cukup besar kepada sokongan moral parti BN yang mutakhir ini dilanda krisis keyakinan dan merosotnya sokongan rakyat.Penghijrahan segelintir pemimpin pembangkang kepangkuan BN perlu disyukuri,diterima dengan fikiran terbuka dan kecil tapak tangan daun nyiru ditadahkan. Kemantapan BN menghadapi Pilihan Raya ke 13 adalah agenda paling utama dan isu pendedahan projek 16 September oleh pembangkang itu tidak perlu dipertikaikan demi menjaga hati rakyat dan kepentingan parti kerajaan yang memerintah negara ini.

Read more...

CHUA SOI LEK : ANTARA KONSPIRASI POLITIK DAN ISU VIDEO SEKS

Monday, March 29, 2010





Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merupakan seorang pemimpin politik yang masih berpengaruh dalam parti MCA ini terbukiti dengan kemenangannya sebagai Presiden parti tersebut dalam sidang mesyuarat pemilihan diadakan 28 Mac baru-baru ini. Walaupun berdepan dengan isu skandal video seks, namun ini tidak menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin kaum cina di negara ini malah popularitinya semangkin terserlah dimana beliau telah berjaya memenangi jawatan ter sebut dengan memperolihi sebanyak 901 undi dengan menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Tan Sri Ong Ka Ting,833 undi dan Datuk Seri Ong Tee Keat, 578 undi dengan majoriti 68 undi sahaja.

Krisma kepimpinan Chau Soi Lek telah tercalar tahun Ogos 2007 dengan isu panas skandal vedio seks ini tersebar luas bukan sahaja di negara ini malah diseluruh dunia. Walaupun isu moral ini begitu merunsing beliau dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan dan penuh tanggunjawab . Dengan sikap berani Chua Soi Lek telah membuat kenyataan akhbar yang mengemparkan rakyat Malaysia pada masa itu yang mengatakan bahawa beliaulah lelaki dalam vedio seks tersebut.

Implikasi daripada kenyataan terbuka tersebut beliau telah kehilangan jawatan dalam Kabinet Kerajaan Pusat iaitu sebagai Menteri Kesihatan dan jawatan dalam parti Naib Presiden MCA pada 2 Januari 2008 . Penganalisis politik melihat senario ini amat menarik dan langkah Chua Sol Lek melepas jawatan penting itu begitu mudah dan penuh kerelaan.

Dalam kenyataan akhbar yang telah dibuatnya terhadap isu pengedaran vedio Seks tersebut bahawa beliau telah meyifatkan apa yang berlaku ini telah dirancang dan dia menjadi mangsa kospirasi politik yang dilakukan oleh musuh-musuh politiknya. Barangkali belajar dari kesilpan ini, beliau terus bangikt dari kejatuhan ini dan cuba meyakinkan penyokong-penyokongnya bahawa isu skandal tersebut tidak penting, tetapi yang paling mustahak ialah perkhidamatannya kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan dan memperjuangkan hak-hak masyarakat tionghua menerusi parti MCA di negara ini berkesinambungan.

Apapun ranjau politik yang dihadapi oleh bekas Menteri Kesihatan Malaysia ini, namun hari ini beliau telah membuktikan kepada masyarakat terutamanya keturunan Cina di negara ini bahawa kepimpinannya masih lagi diperlukan dan masih mendapat sokongan.Semoga Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan membawa satu bentuk kepimpinan berdaya saing dan berintegriti kearah menyatupadukan kaum cina di negara ini. Perpaduan dan kesepakatan ini amat diharapkan untuk mempastikan kemanangan BN dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Read more...

Konvokesyen ke 12 UPSI: Tahniah Nor Suhada

Monday, March 22, 2010





Pada 15 March 2010 saya bersama anak perampuan Nor Suhada telah bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Air Asia AK 5123 kira -kira jam 10.55 pagi. Setelah terbang diudara selama 2 jam 35 minit akhirnya pesawat itu sampai dan selamat mendarat di lapangan terbang di LCC Terminal Kuala Lumpur International Airport(KLIA)kira-kira jam 01.25 petang.

Dari Airpoort KLIA kami telah dibawa menaiki kerita jenis Myvi keluarga angkat di KL menuju ke Tanjung Malim ,Perak. Kami sampai jam 4.30 petang dan tampa membuang masa kami mencari Hotel di sekitar pekan Tanjung Malim. Agar sukar mencar bilik hotel kerana kebanyakan bilik telah ditempah lebih awal oleh ibu bapa yang menamani anak-anak mereka dalam majlis Istiadat Konvokesyen ke 12 Univesiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 16 dan 17 Mac 2010. Mujur ada sebuah bilik kosong di Restoran Tanjung Malim dan di tempat inilah kami bermalam dan beristirehat pada malam itu.

Pagi subuh saya dan keluarga angkat namanya Salleh telah bersembahyang jemaah di Masjid Tanjung Malim. Ini pertama kali saya menjejak kaki di dalam masjid itu. Saya amat tertarik dan kagum dengan keindahan masjid yang masih mengekalkan struktur binaan lama yang penuh sejarah dan ditokok tambah dengan seni bina moden.

Jam 8.30 pagi pada 16 Mac ibu bapa para graduan dijemput memasuki Dewan Auditorium UPSI untuk menyaksikan Majlis Istiadat Pengurniaan Ijazah. Keadaan di dalam dewan sungguh cantik dihiasi oleh beranika jenis bunga warna-warni dan susunan kerusi yang diatur begitu rupa.

Hari ini adalah hari yang begitu ceria kepada semua ibu bapa yang hadir melihat kejayaan anak mereka menerima ijazah. Ada juga ibu bapa yang merasa cukup terharu melihat anaknya naik ke pentas menerima ijazah yang telah disempurnakan penyampaiannya oleh Canselor UPSI Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun.

Pegorbanan ibu bapa dari segi tenaga , pemikiran dan kewangan tidak ternilai demi kejayaan anak-anak mereka hingga berjaya menamatkan pengajiannya di universiti(UPSI).Selepas ini harapan rakyat semoga para graduan muda ini akan berkhidmat kepada negara dengan penuh semangat, bertanggungjawab dan penuh kejujuran. Illmu yang yang ditimba di menara gading itu adalah diharapkan akan disumbangkan pula anak-anak bangsa negara Malaysia yang amat memerlukan terutama sekali masyarakat luar bandar.

Untuk Nur Suhada Md Amin ucapan tahniah atas kejayaan menamatkan pengajian Sarjana Muda Pendidikan (Piskologi Sukan ) dan syukur kepada Allah atas kurnianya ini. Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan atas sumbangan tiket kapal dan terima kasih kepada YB Datuk Musbah Hj Jamli ADUN Tempasuk atas sumbangan iklas itu. Terima kasih kepada Awadnir Matanggal, Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Kota Belud atas tajaan penginapan di Kuala Lumpur dan keluarga angkat di Negeri Sembilan Aisah & Sukri atas layanan baik sepanjang kami di sana.

Read more...

LAWATAN AHLI PERLIMEN KE KG TENGKURUS

Wednesday, March 17, 2010






Lawatan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan ke Kampong Tengkurus, Kota Belud cukup bermakna dan member sinar harapan kepada penduduk sekitar supaya membawa permasalahan rakyat di kawasan ini kepada pengetahuan kerajaan pusat.

Bukanlah mudah mengajak seorang pemimpin turun padang melihat dan merasai sendiri bagai mana keadaan kehidupan masyarakat yang jauh di pendalaman.Tetapi bagi Datuk Rahman ajakan seperti ini amat dialu-alukan olehnya kerana program seperti ini adalah sebahagian tugas Ahli Parlimen yang dipilih rakyat Seperti mana kita sedia maklum bahawa kawasan luar bandar adalah sebuah kawasan yang masih lagi ketinggalan dari segi kemudah asas dan prasarana lain.

Masalah utama di kampong Tengkurus ini ialah jalan raya yang belum lagi di aspal dan keadaan ini telah dilihat sendiri oleh Datuk Abdul Rahman semasa lawatannya ke kampong tersebut baru-baru ini. Masalah jalan raya di kampong ini telah lama di kemukakan oleh Awadnir Matanggal kepada pihak kerajaan namun hingga ke hari ini jalan raya tersebut belum lagi diberi peruntukan oleh kerajaan pusat.

Berdasarkan maklumat Awadnir Matanggal Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, sejauh 7 kilometer jalan raya di kampung tersebut belum lagi di naik taraf dan belem diaspal.Beliau telah membuat permohonan menaik taraf jalan raya tersebut semenjak kerajaan USNO, Berjaya dan PBS memerintah negeri Sabah.

Saudara Awadnir mempunyai keyakinan besar kepada kerajaan kerajaan BN Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman yang dilihat begitu komited memberi keutamaan ke atas projek-projek luar bandar. Pada masa ini kerajaan BN telahpun melulusakan peruntuk bagi membina satu jambatan konkrit yang baru bagi menggantikan jambatan lama menghubung kampong Tengurus dimana menelan belanja berjuta-juta ringgit.

Awadnir juga memuji kepimpinan Ahli Parlimen Kota Belud ini yang begitu bersungguh-sungguh megotakan janji-janjinya semasa pilihan raya ke 12 tahun 2008 lalu. Dalam tempoh tiga tahun memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen , Datuk Rahman telah berjaya memacu pembangunan di daerah Kota Belud degan peruntukan kerjaaan pusat yang bernilai berjuta-juta ringgit untuk membiayai pelbagai projek terutama sekali perojek infrastruktur. Semasa lawatan Datuk Abdul Rahman di kampong itu, beliau telah memberi jaminan bahawa masalah jalan raya di daerah ini khusunya di kampong Tengkurus akan dibawa untuk perhatian kerajaan pusat dan seterusnya mendapatkan peruntukan membaiki dan mengaspal jalan raya ini secepat mungkin.

Program lawatan Ahli Parlimen yang disertai oleh krew daripada TV 1 Kuala Lumpur telah memberi satu dimensi baru kepada kampong Tengkurus dari segi pelacongan.Menurut Datuk Rahman,sungai yang bersih dan ikan air tawar yang banyak merupakan aset penting di kampong ini yang boleh dieksploitasikan sebagai daya penarik kepada pelancong tempatan dan luar negara daerah Kota Belud.

Pihak RTM TV 1 akan mempromosi keindahan dan pontensi Sungai Tengkurus sebagai salah satu distinasi pelacongan menarik yang terdapat di daerah Kota Belud dan akan disiarkan dalam rancangan Program Lawatan Ahli Parlimen Kota Belud,Sabah.

Budaya ‘Bombon Ikan’ di kampong ini yang diamalkan oleh masyarakat kampong juga boleh dijadikan satu perayaan tahunan di kampong Tengkurus dan perlu diwar-warkan atau disuerhebohkan diluar daerah Kota Belud. Hasil-hasil kraftangan penduduk tempatan, makanan trdisional, hasil-hasil pertanian dan persembahan kebudayaan adalah prodak-prodak yang boleh dikomesialkan kepada para pelancong yang berkunjung ke daerah ini.

Datuk Rahman juga telah menyempurnakan lawatan ini dengan sesi pembahagian pek beras kepada penduduk kampung miskin tegar.Ini adalah sebagai tanda keperhatinan beliau dan juga tanda penghargaan beliau kepada penduduk kampong Tengurus ini yang begitu mesra meyambutnya sebagai tetamu. Hidangan masakan ikan air tawar dan sop ikan 'gorob'dan'sarawi' oleh penduduk kampong, sungguh meyelerakan rombongan krew RTM TV 1 dari Kuala Lumpur.Kelazatan isi ikan sungai yang di bakar oleh penduduk kampong secara gotong-royong dan dicecah dengan lada padi serta perhan air limau begitu enak dimakan dan menyelerakan .

Read more...

ISU PEMBANGKANG KDM RUGI DALAM BN MENIKAM TUAN

Tuesday, March 9, 2010




Kenyataan yang telah dibuat oleh penasihat Pakatan Rakyat (PR) Datuk Anwar Ibrahim dan penasihat Democratik Action Party (DAP) Lim Kit Siang semasa lawatan singkatnya ke Sabah baru-baru ini telah menimbul berbagai reaksi daripada pelbagai pihak dan juga rakyat Sabah sendiri. Terdapat beberapa isu hangat seperti Kadazan Dusun Murut (KDM) Rugi dibawah BN,Isu Pegiliran Ketua Menteri kepada KDM, isu Pembangunan BN Sabah . Isu Kemiskinan Tegar Luar Bandar,Sosioekonomi di daerah-daerah masih rendah danSlogan 1 Malaysia Gagal mencapai Matalamatnya.

Antara isu paling hangat diperkatakan oleh rakyat Sabah mutakhir ini ialah berhubung dengan kenyataan Lim Kit Siang yang mengatakan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) ‘Paling Rugi dalam Barisan Nasional (BN). ’Isu yang dibangkitkan oleh pembangkang ini amat menguris hati suku kaum ini terutama sekali kepada pemimpin mereka. Seorang demi seorang pemimpin etnik ini tampil ke depan untuk memberi pandangan dan pendapat berhubung perkara tersebut.

“ Semua orang tahu pembangkang akan menolak apa sahaja yang dilakukankan atau dikatakan oleh kerajaan BN kerana mereka mempunyai rancangan sendiri yang semata-mata bertujuan menjatuhkan orang, bercakap memburuk-burukkan orang dan mengelirukan orang ramai mengunakan isu seperti ini.”

Petikan diatas ialah penafian sekeras-kerasnya oleh Datuk Pairin Kitingan sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan “hogun siau”masyarakat KDM keatas kenyataan yang telah di buat oleh Lim Kit Siang itu adalah tidak benar dan berniat jahat.

Sebagai seorang pemimpin masyarakat KDM yang amat dihormati di negeri ini, sudah tentu beliau amat sensitif apa bila ada pihak lain cuba mepertikaikan sumbangannya memperjuangkan suku kaum ini. Jasa dan pengorbanan Datuk Joseph Pairin mengangkat mertabat kehidupan kaum ini tidak dapat dinilai. Semenjak penubuhan PBS lagi, beliau telah berkerja keras untuk merancang berbagai program pembangunan dari segi sosioekonomi, sisiobudaya, sisiopolitik dan hak-hak istemewa untuk suku kaum KDC ini secara berperingkat-peringkat dan berkesinambungan hinggalah ke hari ini.

Maka tidak adil apabila pihak pembangkang mengatakan suku kaum KDM amat rugi dalam BN.Ini menunjukkan pembangkang amat dangkal penilaiannya dan pemikirannya terlalu cetek kerana begitu mudah menghukum KDM tidak memperolehi faedah daripada dasar pembangunan yang pihak kerajaan laksanakan di negeri Sabah selama ini. Kejayaan kerajaan BN Sabah membangunkan negeri ini begitu pesat sekali tidak pernah dilihat dan nilai, semantara kesilapan dan kesalahan pihak kerajaan walau sekecil kuman mereka akan jadikan isu dan meperbesar -besarkannya untuk memburuk-burukkan kerajaan.

“Kenyataan Lim itu bersifat hasad dengki kerana agak menghairankan baginya yang hanya tinggal sekejap di Sabah untuk mendakwa mengetahui mengenai senario setempat dan seterusnya melayakkan dirinya untuk mengulas isu setempat yang jauh menyimpang daripada kebenaran. BN di bawah Kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, telah menjalankan tugas dengan cemerlang, bukan sahaja membabitkan pembangunan fizikal, tetapi juga pembangunan sosial, khususnya mengekalkan keharmonian antara pelbagai kaun dan etnik di negeri ini.”

Kenyataan di atas itu telah dibuat oelh Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Datuk Dr Clarance Bongkos Malakun sebagai reaksinya ke atas kenyataan Lim Kit Siang di Sabah yang menganggap KDM di negeri ini rugi di dalam BN.

Rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang suka menyalahkan pihak kerajaan, mungkin tidak sedar perjuangan para pemimpin semenjak merdeka bermula dari era Tungku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Seri Ahmad Badawi dan hingga kepada pemerintahan Datuk Seri Najip, kemakmuran dan ketenteramaan negara Malaysia yang mereka kecepi hingga hari ini adalah lahir daripada perjuangan gigih mereka .Para pemimpin kita dari dulu hingga sekarang sentiasa perihatian dengan keluhan dan rintihan rakyat yang memerlukan berbagai kemudahan asas dan pembangunan fizikal.

Dari segi pembangunan fizikal sekolah, kerajaan memperuntukkan berjuta-juta ringgit mendirikan bangunan-bangunan sekolah diseluruh negara mengikut keutamaan tanpa mengira etnik dan kaum termasuklah kaum-kaum KDM di Sabah. Tidak perlulah pembangkang mengarah kerajaan mengemukakan data atau statistik yang menunjukkan berapa banyak sudah pembangunan yang telah dibuat dan dilaksanakan di negeri Sabah kerana mijoriti rakyat Sabah tahu menilai sendiri apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri selama ini. Tidak rasional langsung, apabila pihak pembangkang mendakwa kononnya golongan KDM di Sabah ini dirugikan oleh kerajaan BN dalam semua aspek pembangunan sosioekonomi, sosiopolitik , sisopendidikan dan sosiokebudayaan.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penasihat DAP Lim Kit Siang mempunyai pelbagai masalah dalam kepalanya. Ia juga membuktikan parti-parti pembangkang kehabisan isu yang boleh digunakan menghentam kerajaan. Dalam soal ini rakyat lebih bijak dan menggunakan akal rasional untuk menolak perjuangan pembangkang yang disifatkan umpama “Anjing meyalak bukit” dan perjuangan menunggu ‘Kucing bertanduk.'

Read more...

ULILAMRI BERIMAN BERTAKWA DITAATI : DT MUSBAH

Saturday, February 27, 2010





“ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulilamri dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah atau berselisih dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengambalikannya kepada Kitab Allah (Quraan) dan sunnah rasulnya (HADIS) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Demikian itu adalah lebih baik dan lebih elok pula kesudahannya,” Surah Al Nissa Ayat 50.

Jika pengertian ayat Al Quraan ini dihayati oleh para pemimpim siasah,landasan perjuangan untuk membela nasib rakyat di negara ini tidak akan terpesong dan juga arah perjuangannya sentiasa terpimpin kejalan yang benar. Justeru itu seorang pemimpin siasah dikatakan bijaksana jika dia sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa menoleh kebelakang untuk menilai segala tindakan yang lalu berada di atas landasan benar ataupun disebaliknya.

Datuk Musbah semasa berucap dalam majlis pelancaran Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kota Belud,di Dewan Tun Said pada 26 Februari 2010 lalu, beliau dengan bijaksana dan penuh yakin menghuraikan satu demi satu persoalan dalam ayat tersebut .Bebarapa pokok persolan dalam ayat ini ialah berhubung dengan sikap umat islam yang suka berbantah-bantah atau suka berselisih faham dalam sesuatu perkara dalam kehidupan. Allah mengingati umatnya supaya sebarang kekusutan dalam kehidupan di dunia ini hendaklah dirujuk kepada nas Al Quraan dan juga Hadis Nabi Muhammad SWA.


Seperkara lagi yang tekankan dalam surah Al Nissa ayat 50 adalah ketaatan umat islam kepada pemimpin mereka. Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa para ulilamri yang beriman dan bertakwa yang telah di pilih oleh rakyat mestilah ditaati . Pernyataan ini jelas dijadikan asas panduan yang penting kepada umat islam di negara ini supaya sentiasa mentaati pemimpin samada pemimpin sesebuah oganisasi jabatan ataupun pertubuhan siasah.

Datuk Haji Musbah Haji Jamli, dengan rasa rendah diri menyatakan bahawa dia bukanlah seorang ustaz namun sebagai pemimpin yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan menyampaikan amanat kepada rakyat maka beliau cuba menyampaikan ajaran Allah ini untuk kebaikan umat islam di Kota Belud .

Kelahiran Rasulullah SAW, merupakan satu rahmat kepada kehidupan manusia iaitu meliputi nilai-nilai kebaikan dalam kehidupan. Sumber ajaran yang dibawa dan disebarkan oleh nabi adalah dari wahyu Allah . Wahyu Allah kepada nabi fokas kepada soal akidah, tauhid dan fiqah yang memberi panduan dan mengajar umat islam supaya lebih beriman dan lebih bertkwa kepada Allah.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, juga berkata bahawa Nabi Muhammad telah mewariskan kepada umat islam Al Quraan dan Hadis sebagai panduan mencorak hidup yang bermakna dan diredahi Allah. Oleh itu yang perlu kini ialah kebangkitan minda yang sejahtera, memperkasakan keimanan dan menyusun gerak kerja pragmatic serta komprehensif. Semuanya dengan panduan sejarah perjuangan rasulallah bermula dari saat kelahiran sehinggalah saat kewafatan baginda.

Maulidur Rasul yang kita sambut dan raikan setiap tahun ini hendaklah dijadikan sebagai momentum untuk mempertingkatkan lagi gerak langkah kearah cara hidup yang sempurna sebagaimana yang dikendaki oleh Allah SWT. Kita perlu bangkit dalam konteks pemikiran atau pembangunan minda dan akidah

Sebenarnya ucapan ADUN Tempasuk masih panjang, namun mesej penting ialah menyeru rakyat di daerah Kota Belud hendaklah mencontohi empat akhlak nabi iaitu bersifat benar, amanah, tabligh dan bijaksana.

Dalam soal ini, pandangan dan pendapat Datuk Musbah adalah selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Najip Tun Razak dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Datuk Seri Najip menyatakan bahawa sudah tentulah pemimpin-pemimpin masyarakat, pentadbir golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat-sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan.

Maulidur Rasul tahun 2010 (1431H) peringkat daerah Kota Belud di sambut begitu meriah dan bersemangat. Sudah tentu situasi seperti inilah merupakan satu bonus kejayaan kepada seseorang pemimpin. Dianggarkan lebih seribu orang telah datang memeriahkan dan mengimarahkan lagi suasana bersalawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.W.T.

Read more...

APAKAH BENAR PROGRAM JUARA RAKYAT KB HAMBAR?

Monday, February 22, 2010





Pagi Sabtu, bertarikh 20 Februar 2010 , saya telah menghadiri satu majlis iaitu ‘Program Juara Rakyat Peringkat Daerah, Kota Belud,’ bertempat di Dawan Tun Said . Sebelum ini saya telah terbaca satu surat jemputan yang bertarikih 17 Februari 2010 dimana dalam surat ini tercatat perkataan’SERTAMERTA’ yang ditandatangani oleh Pegawai Daerah Kota Belud ,Mohd Najib Muntok. Surat itu jelas menerangkan maksudnya iaitu surat-surat jemputan itu hendaklah dihantar dengan seberapa segera ke alamat penerimanya. Apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa surat jemputan itu terlalu lambat sampai kepada penerimanya sehinggakan memakan masa selama empat hari padahal alamat para jemputan hanya disekitar pekan Kota Belud?

Apakah benar sebab utama kelewatan menghantar surat jemputan tersebut adalah disebabkan oleh sikap pekerja yang kurang bertanggungjawab dalam perkara ini? Para jemputan yang diundang menghadiri majlis ini adalah terdiri daripada Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri,Ketua Kampung, Pemaju Masyarakat,Pengerusi JKKK , Imam Kariah, Ahli UMNO,semua kakitangan Agensi Kerajaan, kakitangan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan masyarakat setempat .

Kenapa masih ramai yang tidak menghadiri program ini? Seperti ada sesuatu yang tak kena di mana ahli-ahli UMNO yang pro kepada kepimpina bekas Ketua Bahagian UMNO yang lalu ramai yang tidak kenampakan kelibat mereka di dalam majlis ini. Kita sukar membenarkan keadaan ini, kerana tidak baik untuk berprasangka buruk kepada orang lain. Apa yang penting pelancaran majlis ini yang telah dirasmiannya oleh Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Salleh Tun Said, Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah itu berjalan dengan lancar dan cukup meriah.

Benarkah program ini disambut dingin oleh rakyat Kota Belud? Tujuan utama program ini diperkenalkan adalah memupuk perpaduan, menigkatkan semangat kerjasama, mengeratkan silaturrahim dikalangan rakyat dan pemimpin . Tetapi yang peliknya ialah apabila para pemimpin yang lain tidak datang untuk memberi sokongan ke atas program tersebut. Perkara seperti ini perlu diambil perhatian serius dan perlu dibuat kaji selidik kenapa program yang dianjurkan ini tidak menarik minat pemimpin lain dan masyarakat untuk bersama-sama menjayakan nya?Apakah program ini kurang publisiti, tidak dihebah, dan tidak diwar-warkan kepada orang ramai?

Rakyat Kota Belud ramai yang bertanya kenapa para pemimpin politik yang lain seperti ADUN Tempasuk Datuk Musbah, ADUN Usukan Datuk Japlin, ADUN Kedamaian Datuk Herbert Timbon dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan tidak datang mejayakan majlis ini. Apakah pemimpin-pemimpin ini tidak dijemput ? Jelas di sini kita lihat seolah-olah program ini untuk UMNO Kota Belud sahaja dan tidak melibatkan para pemimpin siasah komponan BN yang lain. Walaupun program ini dianjurkan oleh UMNO Bahagian, Kota Belud , sokongan moral daripada para pemimpin lain amatlah diperlukan. kerana ianya melibat aktiviti rakyat secara keseluruhannya.

Dalam pengamatan secara jujur, jelas politik daerah Kota Belud seperti terdapat tembok pemisah antara satu pemimpin dengan pemimpin yang lain. Barangkali juga, situasi demikian berlaku kerana persaingan sengit untuk memperkasakan pengaruh politik peribadi dikalangan pemimpin di daerah ini. Senario politik seperti ini bukannya satu perkara baru tetapi ianya berlaku sekian lama. Jika isu ini terus berlarutan, dikhuatiri akan berlakunya budaya politik cantas mencatas dimasa akan datang di daerah ini seperti yang berlaku di negeri-neger lain dii Semanjung Malaysia.

Walau bagaimanapun, Program Juara Rakyat ini secara keseluruhannya telah mencapai matlamtnya, di mana masyarakat Kota Belud yang hadir telah menujukkan kesungguhan dan berkerjasama mejayakan aktiviti-aktiviti yang telah disusun seperti kerja bergotong-royong membersih longkang , memungut sampah dan memangkas pokok . Benarlah seperti kata pepatah Melayu , ‘Ringan sama di jinjing berat sama pikul’, dimana kerja-kerja yang dibuat secara beramai-ramai akan menjadi mudah dan cepat disiapkan

Ketua Bahagian UMNO Kota Belud Datuk Salleh Tun Said dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Awadnir Matanggal turut serta dalam kerja bergotong –royong di diadakan disekitar kawasan Kota Belud. Saya sendiri turut serta membuat kerja membersih parit bersama-sama dengan pihak RELA dan kakitangan kerajaan yang turut hadiri dalam majlis itu.

Pemimpin Kemajuan Rakyat Tempasuk (UPKR) Bagdad Turugan sempat berguru dengan berkata,” Kau tidak ikut gotong royongkah”. Saya menjawab, “Ada tuan,tengok baju saya, habis basah oleh peluh”.

Tidak lama kemudian Datuk Salleh datang menghampiri saya dan bersalaman sambil berguru dengan katanya,”Blogger,apa khabar. Bloggerpun ikut buat kerjakah?.”Lalu saya menjawap,” Ini kerja baik Tok”.Datuk Salleh kemudian menghampiri Awadnir Matanggal yang berkerja keras menceduk tanah yang mendap didalam parit.

“Datuk, lihatlah parit ini penuh dengan sampah.” Kata Awadnir sambil menunjuk timbunan bekas makanan dan gelas plastik di dalam parit.

“Sepatutnya pihak Majlis Daerah selalulah memantau keadaan dan kebersihan parit ini.”Komen Datuk Salleh.

“Amin,Tolong ambil gambar,” pinta Awadnir. Lalu sayapun mengambil gambarnya yang sedang berkerja Lalu Datuk salleh berkata separuh bergurau ,”Ambil gambar Timbalan tu, siarkan dalam Face Book.”

Program Juara Rakyat Peringkat Kota Belud dilihat mencapai matlamatnya seperti yang dirancangkan oleh pihak penganjur. Orang ramai yang hadir memberi komen bahawa mereka berpuas hati menghadiri program ini kerana memperolehi banyak maklumat daripada kaunter-kaunter pameran dan kaunter pendaftaran ahli UMNO. Orang ramai juga berpendapat bahawa yang paling penting sekali ialah kesempatan yang terbuka untuk menjalinkan rasa muhibah serta rasa kemesraan antara satu sama lain terutama dengan para pegawai kerajaan dan juga pemimpin.

Read more...

JASA DATUK RAHMAN : SOKONGAN PADU MASYARAKAT CINA KB

Saturday, February 20, 2010






Masyarakat Cina Kota Belud amat menghargai jasa Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan kerana atas krisma kepimpinannyalah , peruntukan Dua Juta Empat Ratus Lapan Puluh Ribu untuk membina Banguan Tiga Tingkat SRK (C) Chung Hua, Kota Belud telah diluluskan oleh kerajaan Pusat dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan majlis perasmian Pecah Tanah telahpun disempurnakan oleh YAB Datuk Sri Panglima Musa Hj. Aman,Ketua Menteri Sabah pada 28 Disember 2009 tahun lalu.

Pada malam 17 Februari,2010, masyarakat Tionghua sekali lagi menunjukkan sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Kota Belud dengan kehadiran yang begitu ramai dalam satu majlis perasmian Pesta Ang Paw yang telah dianjurkan oleh Badan Rekreasi Dan Biro Wanita Cina Persatuan Tionghua Daerah Kota Belud sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Datuk Rahman ketika berucap dalam majlis itu, suku kaum Tionghua di daerah ini diseru supaya tidak perlu bimbang dengan dasar-dasar kerajaan memperkasakan ekonomi golongan bumiputera kerana kemantapan ekonomi golongan ini akan memberi kesan yang baik kepada para peniaga kaum cina di daerah Kota Belud.Ini dapat dilihat apabila menjelang hari-hari perayaan seperti sambutan Krismas dan Hari Raya dimana golongan bumiputera berpusu-pusu memenuhi kedai-kedai masyarkat Cina.

Budaya seperti inilah menjadikan negara kita Malaysia yang berbilang suku kaum, begitu unik dan hidup dalam situasi aman damai. Barangkali susana seperti inilah yang amat dicemburui oleh negara lain di dunia in sehinggakan ada pihak tertentu yang cuba mengadudomba atau melaga-lagakan masyarakat berbilang etnik ini dengan menyuntik bibit-bibit permusuhan antara kaum.Maka itu sepatutnyalah kita perlu sekali mengekalkan budaya hidup seperti ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan bahawa negara Malaysia ini perlukan semangat perpaduan nasional yang berkekalan.
Sebagai pemimpin peringkat nasional, Datuk Abdul Rahman melihat budaya perpaduan dan sikap teloransi di kalangan rakyat Malaysia dan khasnya di daerah Kota Belud ini yang tersemai begitu lama iaitu sebelum Sabah merdeka lagi , perlu dipupuk dan dipelihara dari genarasi ke genarasi akan datang.Ini kerana masyarakat Cina di daerah ini walaupun jumlahnya kecil berbanding dengan bilangan suku kaum yang lain, namun sejarah telah membuktikan bahawa kaum yang dianggap suku menoriti ini adalah berperanan besar dalam menuntukan kemenangan kepada sesebuah parti yang bertanding dalam pilihan raya.

Hakikat ini perlu disedari bahawa tanpa sokongan masyarakat cina, sudah tentu parti Barisan Nasional menghadapi masalah dan kemungkinan besar akan kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti. Disinilah kita dapat menilai sejauh mana kebijaksanaan para pemimpin ADUN dan Parlimen menambat hati para pengundi golongan ini supaya terus menyokong kerajaan. Dalam soal ini , dilihat politik wang tidak mungkin dapat mempengaruhi golongan ini kerana sebahagian besar mereka adalah terdiri ahli-ahli perniagaan yang berjaya. Apa yang penting bagi mereka ialah kebajikan kaumnya perlu diberi perhatian yang saksama dan layanan baik daripada pihak kerajaan secara adil dan tidak dipinggir dalam pembangunan prasarana.

Datuk Rahman adalah seorang ahli politkus yang bijak dan penuh pengalaman, sudah tentu dalam soal ini, formulanya sudah sedia diformatkan atau ada kaedah lain yang lebih canggih lagi dalam percaturan tersebut. Segala strategi politik untuk menawan hati golongan Cina Kota Belud perlulah diatur dan disusun untuk menghadapai PRU yang tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun daripada penghayatan terhadap reaksi masyarakat Cina di daerah ini semenjak kebelakangan, mereka dengan jelas menyatakan bahawa kepimpinan Ahli Parlimen Kota Belud ini telah dipuji kerana keakrabanya dengan rakyat, sentiasa mendengar pendapat rakyat dan mempunyai pandangan dan perancangan yang jelas kehadapan. Datuk Abdul Rahman dikatakan mempunyai sikap cukup liberal dan mesra rakyat kepada semua suku kaum seperti Bajau, Irranun, Dusun dan Cina. Para penganalisis politik, menganggap beliau adalah seorang yang berani, berterus terang dan komited dalam setiap perancangan pembangunan yang diwar-warkannya kepada rakyat Kota Belud.

Pemimpin seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh rakyat Kota Belud untuk membawa satu revolusi pemikiran dan anjakan pembangunan yang teratur dan terancang. Kita cukup berkeyakinan beliau sentiasa di hati pengundi dan jasa khidmatannya masih diperlukan untuk memacukan pembangunan sosioekonomi dan pelbagai bidang lain di daerah ini di masa akan datang. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najip Tun Abdul Razak, amat wajar menilai beliau secara bijaksana dan perlu di beri peluang sepengal lagi sebagai Ahli Parlimen Kota Belud. Inilah harapan dan permintaan rakyat agar beliau dapat merealisasikan semua agenda-agenda pembangunan dalam pelbagai bidang sepertimana yang dirancangkannya.

Read more...

JENAYAH MENCULIK BERLAKU LAGI DI SEMPORNA

Friday, February 12, 2010

Daerah Semporna di negeri Sabah digemparkan oleh satu lagi peristiwa penculikan melibatkan seorang pengurus dan penyelia satu perusahan pemeliharaan agar-agar laut di pulau Sebangkat. Barangkali kita masih ingat peristiwa penculikan yang berlaku di Pulau Sipadan dalam tahun 2000 di mana pelancong tempatan dan asing serta pekerja pusat peranginan tersebut menjadi mangsa oleh penjenayah yang dikatakan didalangi oleh kumpulan militan Abu-Sayyaf. Siapakah dalang yang melakukan penculikan di pulau Sebangkat kali ini?

Persoalan ini telah menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi dari para penganalisis dari pelbagai pihak. Para penganalisa menyifatkan perisiwa penculikan yang berlaku di pulau Sebangkat ini merupakan satu manifestasi ekoran kenyataan berkaitan dengan “Warden Notise” yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat bulan lepas.Apakah benar andaian dan spekulasi mereka ini?

Pokok persoalan utama sekarang ialah siapakah penculik En Chen,40,Pegurus Syarikat Pembiakan Rumpai Laut dan Penyelianya En Lim berusia 25 tahun? Difahamkan drama penculikan ini telah berlaku jam 1.30 pagi(malam)pada 08 Februari lalu. Dikatakan kedua mangsa culik ini sedang berihat diluar kuarters yang tiba-tiba didatangi oleh lima penrompak bersenjata api dan parang .

Terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa penculik tersebut telah cuba menghubungi keluarga mangsa untuk meminta sejumlah wang tebusan. Tetapi apa yang digembar-gemburkan oleh orang ramai ini telah dinafikan oleh Pesurhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim dan beliau engan mengulas berhubung perkara ini.
“ Ini bukanlah satu kegiatan yang dirancang oleh kumpulan Abu-Sayyap, ia lebih kepada rompakan untuk mendapat keuntungan cepat.

“ Kita bagaimanapun akan menyiasat lebih lanjut terhadap kes ini dan juga percaya dapat mengesan kedua-dua mangsa dan suspek dalam masa terdekat ini,”

Petikan kenyataan oleh Pesuruhjaya Polis sabah ini degan jelas menjawap persoalan yang menjadi tanda tanya rakyat bahawa kes penculikan yang berlaku di Pulau Sebangkat ini bukanlah dilakukan oleh kumpulan militin pemisah Islam dari Negara jiran iaitu Filipina.

Noor Rashid juga berkata bahawa, suspek-suspek itu meminta wang sebelum membawa dua orang mangsa itu bersama mereka dan melarikan diri. Berdasarkan siasatan awal, punca berlakunya kes penculikan ini adalah disebabkan berlaku pertikaian berhubung bayaran dan gaji pekerja.Polis juga percaya kejadian itu bermotifkan rompakan kerana gaji bagi 34 pekerjanya akan dibayar pada hari kejadian.

Para pemimpin pusat juga turut memberi pandangan secara terperinci berhubung dengan isu penculikan di Pulau Sibangkat ini misalnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal andaian kononnya rompakan itu ada kaitan dengan Warden Notice dan kes penculikan ini tidak melibatkan orang luar dari Malaysia. Beliau mengesa rakyat Sabah tidak panik dengan situasi ini kerana pihak polis,tentera dan Maritim Malaysia siap siaga mengawal dan operasi mencari kedua orang mangsa jenayah culik itu.

Semantara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisammudin tun Hussein turut menafikan laporan sebuah stesen radio di Flipina yang mengatakan bahawa kehilangan dua rakyat tempatan itu adalah angkara kumpulan pejuang pemisah Abu Sayyaf.
Di Sabah, para pemimpin tempatan seperti Datuk Nasir Tun Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri mengesa rakyat di Semporna memberi kerjasama kepada pihak kerajaan dengan memberi maklumat hingga tertangkapnya lima penjenayah culik yang disyaki terdiri orang tempatan.Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senalang ini juga yakin jika kerjasama semua pihak,akan memudahkan pihak berkuasa bertindak mengesan dan menyelasaikan kes kehilangan pengurus dan penyelia syarikat Dynasty Marine Far yang mengusahakan tanaman rumpai laut .

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Persekitaran Sabah, Datuk Masidi Manjun menepis khabar kononnya kedatangan pelancong dari dalam dan luar negeri di Sabah telah menurun akibat daripada peristiwa penculikan itu. Beliau begitu yakin bahawa keselamatan pelancong di sekitar perairan Semporna seperti Pulau Sipadan dan Pulau Mabul adalah terjamin kerana pihak keselamatan telah dikera bersiap siaga dan ditempatkan dilokasi-lokasi berisiko tinggi.

Masidi berpandangan positif berhubung dengan isu notis 15 Januari yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Amerika Syarikat menesihati rakyatnya di negeri Sabah supaya berwaspa dengan kumpulan penjenayah dan penganas. Walaupun dakwaan ini tidak menjejaskan jumlah kedatangan para pelancong namun telah mendapat perhatian oleh pihak kerajaan

Parti pembangkang di Sabah cuba menaguk diair keruh, apabila pegerusi DAP Sabah Dr. Hiew King Chew telah memberi komen berhubung dengan isu penculikan ini. Beliau mempersoalkan situasi di kawasan Pantai timor Sabah dimana keselamatan tidak terjamin dan berlaku kelonggaran lankah-langkah kawalan keselamatan yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan.

Pandapat Dr Hiew ini telah dibidas oleh Datuk Nasir Tun Sakaran dengan menjemput pengerusi DAP ini ke Semporna dan melihat sendiri langkah-langkah keselamatan yang dibuat oleh pihak polis,tentera dan merin untuk mengawal keadaan perairan daripada dicerobohi pengganas.Menurut beliau kenyataan Dr Hiew ini tidak sihat kerana seolah-oleh mengambarkan Semporna tidak selamat dikunjungi oleh pelancong tempatan dan luar negara.

Walau apapun pendapat dan pandangan kita berhubung dengan isu penculikan ini, realitinya ialah kita masih lagi dibelenggu oleh persoalan bilakah mangsa penculikan terancang ini dapat ditemuai dan dibebaskan? Semua lapisan rakyat Malaysia amat mengharapkan dan berdoa supaya kedua –dua mangsa ini dapat dibebaskan dengan selamat tampa berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini oleh kita semua terutama sekali ahli-ahli keluarga yang terlibat.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP