Hari Kemerdekaan Menuntut Satu Pengorbanan Dan Kesetian

Sunday, August 30, 2009

Apakah ertinya Kemerdekaan? Perkataan Kemerdekaan mempunyai pengertian yang cukup luas. Apa bila perkataan Kemerdekaan itu dipendekkan kepada perkataan Merdeka sahaja ianya membawa erti satu bentuk kebebasan dari segi bersuara, mengeluarkan hujah dan pendapat dan mungkin banyak lagi pengertian lain yang boleh disimpulkan daripada erti perkataan itu. Tetapi pegertian Kemerdekaan itu dari segi skop yang luas ianya membawa maksud atau pengertian kebebasan daripada cengkaman penjajahan.Dalam erti kata yang lain kita telah bebas untuk memerintah dan mentadbir negara mengikut acuan sendiri tanpa bergantung harap kepada kuasa lain.

Untuk mencapai Kemerdekaan itu, perkara asas yang ditempuhi ialah pengorbanan. Pengorbanan para nasionalis kita dalam memperjuangkan kearah kemerdekaan Tanah Melayu seperti Dato Onn Jaffar, Tunku Abdul Rahman,Tun Hussien Onn, Tun Abdul Razak , Tun Tan Siew Sin ,Tun Sambanthan dan lain-lainnya amat besar ertinya kepada rakyat negara, semoga semangat perjuangan yang mereka tunjukkan akan menjadi satu renungan dan keinsafan kepada generasi muda mutakhir agar sentiasa menanamkan semangat nasionalisma atau semangat cintakan negara yang bertuah ini.

Hasil daripada perjuangan Tunku Abdul Rahaman dan rakan-rakan seperjuangan ketika itulah akhirnya membawa satu peristewa keramat kepada Tanah Melayu iaitu hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak menganggotai persekutuan ini secara sukarela untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang berdaulat. Cuma dalam tahun 1965, Singapur telah mengisthiar keluar dari gagasan ini setelah tidak sehalauan dengan dasar pentadbiran negara di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu.

Selepas mencapai Kemedekaan, cabaran getir pentadbiran Tunku Abdul Rahman berdepan dengan masalah perkauman yang menebal antara orang-orang Cina, Melayu dan India. Peristewa berdarah 13 Mei 1969 adalah manifestasi daripada perkauman yang tidak terkawal. Dalam buku ‘Peristewa Sebelaum dan Selepas 13 Mei,’ yang ditulis oleh Tunku sendiri beliau berkata,”Inilah satu pandangan yang amat menyedihkan. Saya tidak sangka akan menyaksikan kejadian seperti ini semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha-usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bahagia dan aman.Api itu juga menghancurkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sehabis-habis bahagia sekali di dunia ini”.

Dari sini,sedarlah kita betapa bahayanya mempermainkan isu-isu perkauman oleh para pemimpin politik samada pro kerajaan dan anti kerajaan. Cukuplah peristewa penuh tragis 13 Mei 1969 ini menjadi satu tamsilan dan tauladan kepada semua lapisan masyarakat terutama jenarasi muda.

Dalam hal ini, saudara Ruhanie Haji Ahmad dalam bukunya,’Patriotisme Malaysia Menangkis Neoimperialisme’ telah mengupas panjang lebar akan kesan-kesan dan akibat perkauman itu. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia yang telah Merdeka, belum pasti aman dan sejahtera, kalau sesetengah pemimpin dan bangsa Malaysia sendiri tidak mengisi kemerdekaan itu secara iklas dan jujur, menerusi amalan demokrasi yang dibatasi realiti sejarah serta kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

Maksudanya, kemerdekaan Malaysia tidak akan terjamin keselamatan, ketenteraman dan kebahagian sepanjang masa, jika bangsa Malaysia menjadikan kemerdekaan sebagai alas an untuk berbalah-balah, bertelingkah, bersengketa, bermusuhan dan berebut kuasa pada sepanjang masa.

Pengorbanan dan kesetian kepada Negara tidak dapat diasingkan dalam diri setiap diri pemimpin dan rakyat yang dipimpin. Dalam persoalan ini kita perlu menghayati semula parkara-perkara yang terkandung dalam rukun Negara. Prinsif rukun Negara yang menekankan kesetian kepada Raja dan Negara adalah cukup jelas menerangkan betapa pentingnya setiap individu, masyarakat dan pemimpin itu menumpukan ketaatan dan kesetiannya kepada Negara ini.

Sebagai satu kesimpulan dalam pembicaraan mengenai topik berkaitan dengan pengisian kemerdekaan, perjuangan dan ketaatan kepada Negara, perlukan kemantapan berfikir secara kritis untuk menilai sejauh mana rakayat boleh mengekalkan kestabilan politik dan keamanan Negara walaupun berdepan pelbagai isu-isu nasional yang begitu mencabar menguji kemampuan dan kemampanan pihak kerajaan untuk menanganinya.

Read more...

1 Ogos Bulan Kemerdekaan Yang Tercemar

Satu hari bulan Ogos tercatat dalam lipatan sejarah tanah air,apabila tarikh ini merupakan tarikh penting dan amat senonim dengan golongan pelampau yang telah menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menunjukkan protes penuh emosi kebencian membuak-buak kepada kepada kepimpinan BN agar disegerakan proses pamansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau (ISA ) itu.Sedar atau tidak sedar segala tindak-tanduk golongan pendesak ini amat menakutkan serta membimbangkan rakyat secara keseluruhannya termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Barangkali inilah trend orang-orang Melayu masa kini dengan pembawaan dan idealogi politik melanggar arus perdana untuk mengisi bulan kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang agak ekstremis, suka berdemonstrasi, gemar menyelar dan memaki hamun pemimpin kerjaan BN dalam mediamasa termasuklah menghambur fitnah dalam blog dan sebagainya.
Di mana letaknya maruh dan jati diri orang- orang Melayu yang amat terkenal dengan nilai budi pekerti dan sikap sopan santunya, bukan sahaja tersohor di kepulauan nusantara tetapi di dunia luar. Para sarjana linguastik dan para pencinta kesusteraan Malayu misalnya yang ramai terdapat di luar negara yang pernah mengagungkan ketinggian nilai estetika kesenian dan kebudayaan orang Melayu , sudah tentu terasa terkilan atau tergamam melihat sikap dan tingkah laku masyarakat Melayu mutakhir ini, yang begitu jauh tersasar dari sikap aslinya seperti mana mereka lihat dahulu.
Dalam situasi begini semua pihak yang bertentangan pendapat dan berlainan idealogi politik tidak seharusnya membelakangi sejarah perjuangan pemimpin orang- orang Melayu terdahulu semasa berjuang membebaskan negara ini dari cengkaman penjajahan British sehinggalah negara tercinta ini mencapai kemerdekaan.
Sepatutnya tidak ada sesiapa lagi rakyat negara ini yang masih buta sejarah tentang kemedekaan tanah airnya sendiri. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 di mana negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan seharusnya disematkan disanubari setiap rakyat Malaysia.Kecintaan dan kesetian kita kepada negara yang tidak berbelah bagi merupakan syarat penting dan tunjang kukuh kearah menegakkan kedaulatan , keamanan serta ketenteraman negara.
Tokoh-tokoh pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Dato Hussien Onn, jasa dan perjuangan awal mereka menuntut kemerdekaan dari kerajaan British dan kesinambungan perjuangan pembangunan negara, menyatupadukan rakyat berbilang kaum, menaiktarafkan ekonomi dan sosial rakyat ketika itu perlu dihayati, direnungi , dihayati dengan penuh keinsafan dan tanggunjawab.
Janganlah cuba menghancurkan batu asas perjuangan mengapai kemerdekaan yang amat kukuh dan padu yang dilakukan oleh para pejuang terdahulu ini.Marilah kita sama-sama memelihara dan menjaga khajanah negara ini buat selama-lamanya walaupun barangkali menutut satu pengorbanan hingga ke titisan darah yang terakhir. Makna dan nilai kemerdekaan amat mahal harganya bagi mereka yang tahu menilainya dan sentiasa memahami, menyelami falsafah disebalik erti perkataan merdeka itu.
Berbalik kita kepada soal bagai mana jenarasi muda negara mengisi bulan kemerdekaan ini?Presiden Amerika Jimmy Catter misalnya pernah berkata, jangan tanya apa sumbangan negara kepada kamu,tapi tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara. Kata-kata ini jelas mesej atau pengajaran terkandung didalamnya ialah meyuruh kita member khidmat , sumbangan dan jasa kepada negara dalam apa saja bentuk aktiviti-aktiviti yang mampu memberi nilai positif,membuahkan mutu pemikiran dan idealogi yang mampu menginterprestasikan pemikiran golongan belia atau jenarasi muda yang lebih terarah dan memiliki semangat patriotik kepada negara .
Para pemimpin sama ada pemimpin BN atau Pakatan Rakyat harus juga tahu menghayati erti Kemerdekaan. Sebagai pemimpin, diri kita sentiasa dinilai dan diperhatikan oleh golongan rakyat yang dipimpin. Setiap tindak tanduk , gerak-geri, skil komunikasi, pembawaan seharian , budi pekerti dan hingga ke gaya berpakaian kitapun akan diperkatakan oleh mereka. Pendek kata pemimpin adalah ‘rool model atau mugkin menjadi idola jenarasi muda tersebut.
Justeru itulah, maka para pemimpin perlu jadi teladan dalam kepimpinan tak kira contoh kepimpnan dalam pegurusan syarikat, pertubuhan-pertubuhab NGO pro kontra kerajaan dan penting sekali mereka yang menjadi pemimpin badan-badan siasah haruslah bertanggungjawab kepada kepada kesan-kesan negatif berpunca daripada kepimpinan mereka.
Pemimpin akan menerima padah bilamana mereka cuba bermain dengan sentimen misalnya idealogi politik yang menghasut rakyat dengan mengadudombakan dua pihak berlainan bangsa, budaya dan agamanya.Kita tidak mahu melihat lipatan sejarah hitam 13 May berlaku atau berulang lagi di negara ini. Cukuplah peristewa rusuhan kaum antara Cina dan Melayu itu sebagai satu pengajaran yang perlu dinilai dan direnung sejenak kesan baik buruknya kepada keamanan serta kestabilan pentadbiran negara.
Barangkali kita sering alpa dan mungkin dilalaikan oleh kegahairahan mengejar pangkat, kedudukan yang tinggi dan kemewahan yang melimpah ruah sedang dinikmati.Hingga kita tidak menyedari nilai kemerdekaan itu seakan-akan mahu dikorbankan atau dimusnahkan dengan sekelip mata saja untuk kepentingan dan kepuasaan peribadi.Semoga para pemimpin di Sabah dan Sarawak setiasa komited dengan perjuangan parti BN kearah memenuhi bulan kemerdekaan dengan pendekatan tersusun memenuhi aspirasi rakyat terus bebas berfikir tanpa dikongkong oleh idealogi politik ekstremis yang boleh menggangu-gugat keamanan negara.

Read more...

Anwar Pengkhinat Bangsa Melayu?

Saturday, August 15, 2009

Ada juga rasonalnya kita harus berhati-hati dalam melaung-laungkan slogan Anwar Ibrahim sebagai "Pengkhianat Bangsa Melayu". Ini kerana isu ini mungkin memberikan kesan negatif kepada orang-orang Melayu yang pemikiran mereka tidak diracuni oleh permainan politik ekstrim yang dilaung-laungkan oleh pihak pro kerajaan dan anti kerajaan.Bagi golongan Melayu yang tak berminat 'main politik'sudah tentu tak dapat menerima keceman begini teruk kepada Datuk Anwar. Bukankah Datuk Anwar ini juga satu ketika dahulu orang kuat UMNO yang begitu lantang,tegas dan berani bersuara memperjuangkan nasib orang-orang Melayu?Setelah beliau dipecat dari UMNO beliau dikeji dan dilebalkan sebagai 'Pengkinat' oh... sungguh tidak masuk dek akal.Beliau tidak mahu keluar parti UMNO tapi dipecat, itu salah siapa? Mutakhir ini Datuk Anuar berjuang bukan lagi dibawah payung UMNO, namun perjuangannya untuk membela nasip orang-orang Melayu tetap diteruskan.Maaf saya bukan anti kerajaan.Cuma saya rasa terpanggil mengetengahkan pendapat tentang isu ini.Jadi,bukan masanya sekarang beliau diberi gelaran begitu buruk sehingga kita lupa akan jasa-jasanya kepada orang Melayu dan negara.Ingatlah selalu tamsilan disebalik cerita Hang Jebat dan Hang Tuah. Siapa derhaka siapa pengkhianat?Renung-renungkan.

Read more...

Isu Kurang Bekalan Gula Angkara Siapa?

Monday, August 3, 2009

Bila menjelang sahaja perayaan isu kenaikan harga barang-barang keperluan akan timbul.Ini sebenarnya ankara siapa?Apakah muslihat pihak tertentu disebalik isu kenaikan harga gula ini.Jika difikir-fikirkan macam ada unsur-unsur sabotaj terkandung di sebalik kekurangan bekalan dan kenaikan harga gula.Pihak kerajaan perlu memberi perhatian serius dan meneliti isu ini dari pelbagai perspektif kenapa timbul isu tersebut secara mendadak.Kita bimbang wujud konspirasi tokoh-tokoh koprat yang pro kepada agenda pembankang atau hubungan konspirasi dua hala dengan negara lain yang bermotif jahat untuk menjatuh ekonomi negara atau cuba mengeksploitasikan isu tersebut meraih simpati rakyat dengan cara memperlekehkan kewibawaan kecekepan agensi kerajaan dalam menangani isu bermusim ini.

Read more...

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Perisai Negara dan Rakyat

Sunday, August 2, 2009

Oleh ; Mohd Amini Abdulah


Sebut sahaja Akta Keseamatan Dalam Negeri (ISA) masyarakat merasa gerun mendengarnya.Kegerunan ini lahir disebabakan bidang kuasa terangkum dalam akta in begitu luas sehingga seseorang boleh ditangkap di mana-mana sahaja tanaktapa bicara.

Apabila seseorang itu sudah ditangkap, barulah dia sedar dan insaf di mana kesalahan yang dilakukan oleh suspek telah direkod secara terperinci bukan dalam tempoh sehari dua, tetapi gerak laku, aktiviti-aktivitinya yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kegiatan-kegiatan politiknya yang dibuat bertahun-tahun lamanya telah disimpan dan dikemaskinikan oleh pihak berkuasa.

Justeru itu, suspek tak boleh lah mencaci dan mencerca pihak berkuasa sebagai “anjing kerajaan”, ini adalah kerana segala rekod telah cukup lengkap dan sempurna untuk menangkap si pulan itu secara tiba-tiba dan mengejut tanpa disedari atau dimaklumkan terlebih dahulu kepada suspek.Tangkapan yang diakukan oleh pihak berkuasa ini disifatkan oleh aktivis-aktivis masyarakat yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar negara dan undang-undang negera sebagai satu akta yang menganayai dan menyekat kebebebesan rakyat untuk bersuara atau dengan perkataan lain “berdemontrasi” di jalan.

Siapakah yang harus dipersalahkan?Kerajaan yang telah di pilih oleh rakyat melalui proses demokrasi menerusi pilihanraya menjadi tanggungjawab yang amat berat menjaga keamanan dan kesetabilan negara.Di sini dapat lihat, kepentingan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini dikekalkan dan dipertahankan sebagai perisai atau kekebalan pentadbiran kerajaan darpada diperlekehkan oleh para aktivis pelampau yang suka melihat negara ini dalam keadaan kacau bilau.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP