Cerita Dalam Cerita

Saturday, December 26, 2009



Tidak dirancang. Tiba-tiba sahaja saya dan Roslan Mansur seorang blogger di Kota Belud begitu prolifik bertemu dalam kereta Land Cruser milik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud saudara Awardnir Matanggal.
Dalam perjalan menghadiri satu majlis perkhwinan di Kampong Bangkahak, saya telah diajukan oleh Roslan dengan satu soalan iaitu ,’Siapakah blogger Senyum Kambing itu? Lalu saya menjawap," tak tahu". Saya sendiripun tertanya-tanya siapa sebenarnya Senyum Kambing itu?
Saya kemudiannya bergurau dengan berkata, ‘Mungkin juga blogger Senyum Kambing itu nama samaran Kuim Harun?”.Kuim yang duduk disebelah saya tersenyum hairan kerana namanya disebut. Kuim berkata,” saya belum lagi daftar jadi blogger macam mana pula saya terbabit”, katanya Saudara Kuim adalah Pengerusi Tetap Bahagian UMNO Kota Belud.

Tiba di Kampong Batong, Awadnir memandu keretanya memasuki satu lorong menuju ke tapak pembinaan Kompleks Sukan. Kompleks yang baru dibina menelan kos lebih sejuta ringgit dan telah hampir siap.
Saya dan saudara Roslan mengambil beberapa gambar bangunan baru Kompleks Sukan Kota Belud . Saya berkata kepada Awadnir,” Bos, kalaulah kompleks sukan yang begitu cantik ini tidak digunakan sebaik mungkin , rugilah rakyat dan kerajaan Sabah.
Awadnir menjawab dengan berkata,”Inilah yang saya cadangkan kepada kerajaan supaya semua aktiviti seperti mesyuarat Bahagian UMNO diadakan selalu di sini.Demikian juga aktiviti lain perlu diadakan lebih kerap di tempat ini selain acara-acara sukan.
Kami kemudiannya meneruskan perjalan ke rumah penggantin di Kampong Bangkahak.Oleh kerana halaman rumah pengantin tempat letak keritanya terhad maka saudara Awardnir mengajak kami berjalan kaki menuju ke rumah bapa pengantin iaitu saudara Mungkis.
Dalam perjalanan kami ke rumah pengantin itu, muncul kerita Land Cruser Limetd berwarna gelap.Awardnir berkata Datuk Musbah Hj Jamli baru sampai.Kami berhenti dan menunggu ketibaan Datuk Musbah,Pembantu Menteri Pertanian dan Industeri Makanan Sabah merangkap ADUN Tempasok.
Terlintas dalam fikiran saya inilah kekuatan dan kelebihan Datuk Musabah.Sentiasa turun padang dan tidak mahu mengecewakan hati penyokong akar umbinya apabila dijemput.
Datuk Musbah disambut oleh tuan rumah saudara Mungkis dan orang-orang kampong dengan persembahan ‘Menuntung” iaitu satu adat tradisional suku Dusun.Kami juga turut diberi sambutan dengan penuh keramahan dan kemesraan.
Datuk Musbah dan rombongan ditempatkan satu meja yang dikhaskan berhampiran dengan pelamin yang dihias indah.Pada ketika inilah saudara Ruslan membangkitkan isu Azrone mengenai pampasan tanah orang kampong terlibat dalam projek Jalan Raya yang belum selasai.Datuk Musbah memberi respon bahawa Azrone itu berani juga orangnya.
Kira-kira jam 3.00 petang Datuk Musbah dan rombongan memohon diri setelah sesi bergambar dengan kedua mempelai Raja sehari. Walaupun pertemuan ini berlaku begitu singkat tetapi ada perkara penting di kampong ini yang perlu bangakan iaitu jalan raya telah disimen dan diturap. Secara senyap Datuk Musbah telah membangunkan kemudahan infrastruktur luar Bandar dengan begitu baik di kawasanTempasok.

Read more...

Antara Budi Dan Khidmat Ahli Parlimen KB

Tuesday, December 22, 2009





Tidak ada kata indah selain ucapan ‘Terima Kasih’ kepada Ahli Parlimen Kota Belud Dato Rahman Dahlan bila sudi meluangkan masanya melawat saudara Lamjin Sumbing di teretak usangnya di Kampong Wokok Kinuta, Kota Belud di sini baru-baru ini.
Penderitaan Lamjin Sumbing 49 tahun kerana menghidap sejenis panyakir “Pakinson” telah saya catatkan dalam ruang komen blog DRD yang bertajuk “Terima Kasih Atas Kesabaran Pacik Joune’.Komen saya yang ringkas itu tidak dipandang remeh dan apa lagi diperlekehkan oleh DRD.Sebalikannya beliau telah bertindak dengan fikiran terbuka dan berandaian positif dengan megadakan lawatan mengejut ke rumah prospek yang saya nyatakan.
Pada pagi Isnin 21 Disember kira-kira Jam 9.00 pagi saya mendapat satu panggilan telefon bimbit dan nombor tertera dalam skren itu saya tidak kenali. Si pemanggil itu bertanya satu soalan iaitu,”Kau kenal tak nama Lamjin Sumbing di Kampong Wokok Kinuta?”Saya jawap,”Ya saya kenal betul orang itu”.Lalu si pemanggil itu memberitahu saya bahawa Dato Abdul Rahman akan melawat rumah orang tersebut hari ini juga iaitu tepat jam 10.30 pagi.
Pendek cerita, kira-kira jam 10.00 pagi kami bertolak ke rumah prospek. Sampai ditempat itu, kami bersama DRD berjalan meniti sebuah jambatan lorong kayu yang begitu buruk lantainya dan berlobang.Melihat keadaan jambatan kayu yang amat bahaya itu mungkin sudah terbayang dalam fikiran Dato bagai mana prospek yang sakit itu dapat melintas dijejentas tersebut?

Rombongan DRD ketika itu turut disertai oleh wartawan RTM TV 1 , TV 3,Daily Expres dan Pegawai Perhubungan Kanan Parlimen Idris Nanti agak tergamam melihat keadaan jambatan itu dan keadaan jalan menuju rumah prospek dipenuhi belukar dan rumput liar
Setiba di halaman rumah prospek kami disambut mesra oleh isteri Lamjin dengan senyuman manis dan amat terharu dengan kunjugan DRD bersama rombongan ke rumahnya.

Dato Rahman tidak membuang masa setelah diizinkan masuk telah meninjau dan melihat sendiri keadaan di dalam rumah itu. Dari raut wajah DRD terpancar rasa simpati dan rasa kesihannya keatas nasip hidup prospek yang penuh dengan penderitaan dan kemiskinan.
Setelah berbual panjang dengan saudara Lamjin dan isterinya, DRD member harapan dan berjanji cuba membantu keluarga itu dengan mencari peruntuk untuk membaiki rumah , mendapatkan bantuan segera daripada Jabatan Kebajikan Kota belud dan memberi peruntukan Parlimen membina jambatan lorong kayu yang rosak teruk .
Sebelum beredar DRD telah menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk beras, sedikit wang saku dan makanan tin.Dato Rahman meminta saudara Lamjin dan isterinya banyak bersabar dan menerima hakikat ketentuan Illahi dalam kehidupan.

Read more...

ADUN Tempasok:Antara Debaran Dan Cabaran PRU ke 13

Thursday, December 17, 2009

Rakyat di Tiga ADUN dan 1 Parlimen di daerah Kota Belud mula terasa debaran dan bahang Pilihan Raya Umum (PRU-13).Debaran dan bahang PRU ini mungkin lebih dirasai oleh Yang Berhormat (YB) kerana telah dipilih oleh rakyat dan diberi mandat dalam PRU ke 12 tahun 2008. Rakyat menaruh harapan tinggi supaya wakil rakyat yang mereka pilih ini dapat membantu dari pelbagai sudut termasuklah dari segi sosioekonomi,infrastruktur,kemudahan asas yang lain dalam tempoh 5 tahun.
Persoalannya sekarang adakah YB yang dipilih oleh rakyat ini telah menunaikan janji-janji yang telah dibuat sewaktu PRU ke 12 itu? Apakah permintaan rakyat yang amat hauskan pembangunan dalam pelbagai bidang itu telah dilaksanakan dengan baik dan memuaskan?Kalau semua perkara ini telah dibereskan dan dilaksanakan maka YB tak perlu gusar atau pening kepala kerana masanya akan tiba di mana rakyat akan menghakimi dan menilai status YB sama ada perlu dikekalkan sebagai wakil rakyat atau disebaliknya.
ADUN Tempasok misalnya pada PRU ke 12 lalu telah dimenangi oleh calon dari Barisan Nasional(BN)-UMNO iaitu Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli.Rakyat Tempasuk yang boleh mengundi dan berdaftar dengan SPR Sabah pada masa itu ialah berjumlah 14,291 telah menunaikan kewajipan mereka untuk memilih wakil rakyat. Nasib dan tuah Datuk Hj Musbah amat terserlah sekali kerana 6,541 rakyat Tempasok telah mengundi beliau dalam PRU tersebut dan undian inilah yang telah mengangkat Datuk Musabah sebagai juara PRU ke 12 .
Beliau telah menewaskan pencabar terdekatnya calon dari parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Laiman Bin Ikin @ Ag. Laiman Kakimin yang mendapat undi 4,109 dengan majoriti sejumlah 2,432 undi dan calon BEBAS iaitu Ibrahim Linggam yang mendapat undi 191 sahaja.
Persoalannya sekarang ialah siapakah calon N.6 Tempasok pada PRU ke 13 tahun 2012? Masihkah Datuk Hj Musbah terpilih sebagai calon?Kalau tidak terpilih siapakah muka baru calon Tempasok yang mewakili BN. Persoalan ini amat menarik sekali dan jawapan tepat akan diketahui bila sampai masanya PRU itu nanti.
Para penganalis politik melihat senario politik khasnya di kawasan Tempasok, peluang Datuk Hj Musbah amat cerah dipilih sebagai calon Tempasok berdasarkan kepada prestasi kerja yang dilaksanakan di kawasan ini.Dua projek mega iaitu Projek Agropolitan dan Projek Jelapang Padi merupakan satu tanda keperihatianan beliau ke arah pembismian kemiskinan rakyat Tempasok.Demikian juga prasarana lain seperti jalaraya desa telah dinaik taraf dan diapal. Bekalan air dan bekalan elektrik di kawasan desa yang terpencil telah mulai dinaik tarafkan.

Read more...

PERKASA Penerus Pembela Ketuanan Peribumi Sabah

Wednesday, December 16, 2009

Tun Mustapha merupakan seorang negarawan yang banyak menabur jasa dan bakti sepanjang hayatnya demi untuk rakyat Sabah.Tun Datu Mustapha membela peribumi Sabah bermula dari pemerintahan British, Jepun dan selepas kemerdekaan.
Semasa pemerintahan British Tun Mustapha begitu tegas melindungi peribumi yang cuba ditindas oleh pentadbir penjajah. Peristiwa-peristiwa ini dapat dilihat dalam buku Memoir Tun Datu Mustapha Merdeka Melalui Malaysia. Perjuangan membela peribumi Sabah semasa pendudukan Jepun ditunjukan oleh Datu Mustapha dengan keanggotan sebagai askar British. Ini dilakukan sebagai tanda protes dan rasa bencinya kepada dasar penjajahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua itu penuh dengan kezaliman dan menindas kaum peribumi Sabah.
Tun Datu Mustapha dalam era perjuangan memerdekakan negeri Sabah dari cengkaman penjajah British begitu bersungguh-sungguh dan mempastikan rakyat peribumi Sabah akan Berjaya dalam perjuangan ini. Pada 16 September 1963 Sabah mencapai kemerdekaan dan inilah mercu kejayaan perjuangan Datu Mustapha yang amat bernilai kepada suku kaum peribumi Sabah secara keseluruhannya.
Antara tarikh kermat dan hari kemerdekaan ini , terselit satu pengajaran perlu menjadi pedoman untuk genarasi muda agar sentiasa menghargai dan mengenang jasa Tua Mustapha sebagai Bapa Kemerdekaan negeri ini.
Perjuangan Datu Mustapha tidak berhenti di sini malah perjuangan mengisi kemerdekaan untuk rakyat peribumi Sabah diteruskan dengan penubuhan parti USNO bermula dari 1967 hingga 1975 dengan menempuh pelbagai onak dan duri. Perjuangan politik beliau membela nasib kaum peribumi dalam bidang sosioekonomi dan menjaga hak-hak kerakyatan seperti terkandung perkara 20 begitu terserlah.
Setelah Tun Datu Mustapha meninggal dunia kegemilangan perjuangan beliau membela hak-hak dan ketuanan peribumi di bumi Sabah ini semakin pudar dan hampir dilupai terutama sekali genarasi muda.Jati diri dan semangat nasionalisme mereka semakin terhakis. Situasi inilah yang berlaku di Semanjung Malaysia di mana krisis cintakan Negara begitu ketara dan kepada genarasi baru. Sejarah perjuangan pemimpin Negara yang bertanggungjawab ke arah kemerdekaan dahulu tidak lagi dihargai dan mahu dilupakan begitu sahaja.
Dengan hakikat ini dan kesedaran amat mendalam maka Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ditubuhkan pada 12 September 2008 yang dipimpin oleh Dato Ibrahim Ali selaku Presiden.
Secara ringkasnya tujuan utama PERKASA ditubuhkan ialah memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan,memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, memperksakan Kedaulatan Raja Raja Melayu, mempertahankan hak-hak keistemewaan orang Melayu, memperkasakan kaum Pribumi, menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia dan mempertahankan kedaulatan Negara.
Semantara di negeri Sabah pertubuhan PERKASA telah dilancarkan pada 12 Desember ,2009 bukti semangat dan keazaman pemimpin induk pertubuhan ini. Saudara Musli Oli seorang aktivis sosial dan penulis politik telah diberi mandat menarajui PERKASA Sabah sebagai Yang Dipertua.
Dibahu beliaulah tanggungjawab pertubuhan ini dalam manggalas dan melindungi hak-hak istemewa peribimi dipertikaikan dan ,kuasa politik peribumi terus dicabar.
Kita juga ingin melihat kejayaan PERKASA dalam konteks negeri Sabah untuk membela kaum peribumi mempertahan hak-hak istemewanya mengikut perlembagaan.Walaupun belum ada timbul desakan dan pencabulan dari segi politik, hak –hak istemewa peribumi, sosial dan juga ekonomi namun perlu siap siaga menghadapi apa juga bakal berlaku kesan atau tempias apa yang sedang berlaku di tanah besar Semanjung.

Read more...

BLOGGER KB SATU PENGENALAN DAN HARAPAN

Monday, December 7, 2009























Siapakah blogger yang terawal di Kota Belud? Selepas catatan ini dipaparkan adalah diharapkan ada pihak yang tampil memberi respon dan maklumat berhubung dengan soalan ini..Para blogger harus kometed dalam perkara ini demi untuk kebaikan bersama. Tibalah masanya setiap karya blogger terutama sekali di daerah KB dicatat , direkod dan disimpan dengan selamat.. Langkah seperti ini amat baik untuk menjamin tulisan yang lahir daripada pemikiran para bloger kelak dapat dikaji oleh genarasi akan datang.
Setuju atau tidak itu bukan soalnya. Barangkali pada peringkat awal, apa yang diskreatifkan oleh blogger, nilai atau mutu ilmunya agak rendah dan tidak ada perkara yang harus dibanggakan. Tetapi yakinlah sepuluh tahun akan datang kesannya akan dapat dilihat . Justeru itu, sebagai langkah awal, pemikiran yang dipaparkan oleh para blogger perlu didokumentasikan. Pemikiran blogger sentiasa berkembang , melahirkan ilmu baru yang lebih relevan, mengandungi pelbagai cetusan pendapat dan pandangan yang mapan. .Jika gagasan pemikiran mereka dicatu atau dikumpulkan dengan penuh tanggjungjawab sudah pasti pada akhirnya idea-idea bernas mereka ini akan menjadi satu wadah bacaan atau wacana yang sungguh berguna pada masa akan datang khususnya di Kota Belud.
Jumlah blogger di Kota Belud ini agak ramai dan kebanyakannya berlatar pendidikan yang tinggi. Antara blogger Kota Belud begitu aktif sekali ialah Saudara Musli Oli,Kibin Hj.Samad ,Ruslan Mansur,Musram Rakunman,Abdul Naddin Sahdin.Abdul Maruf Ismail dan lain-lainnya sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Bayangkanlah berapa ramai lagi blogger bakal lahir sepuluh tahun akan datang?Dalam tempoh sedarsah ini berapa banyak agaknya ilmu bakal dihasilkan natijah daripada pandangan, pendapat dan buah fikiran oleh para blogger?
Jesteru itu,blogger perlu memberi biografi yang tepat dan lengkap untuk mencapai matlamat ini. Nama samaran boleh digunakan tetapi amat penting identiti diri sebenarnya dilengkapkan semasa membuat permohonan blog. Dengan sistem yang lengkap ini akan memudahkan para pelajar atau individu yang berminat dalan bidang kajian khusus mengenai pengamal-pengamal ilmu blog. . Misalnya suatu masa nanti, ada siswa dan siswi akan melengkapkan syarat pengajian di Universiti dengan tesis yang memfokuskan kepada peranan para blogger serta sumbangannya kepada pembangunan sosiekonomi dan politik.
Ramai penganalisa blogger diluar sana merasa kecewa melihat situasi blogger Kota Belud yang suka berselindung disebalik nama samaranya. Ada segelintar blogger yang begitu arif dan bijak mengupas sesuatu isu semasa. Tapi sayang sekali, kita tidak dapat mengenali namanya kerana idintiti peribadi tidak tertera dalam profail blog mereka.Disinilah timbulnya masalah untuk mendekomentasikan apa yang mereka papar dan siarkan dalam blognya. Dalam perkara ini, kejujuran dan sikap bertanggunjawab amat dituntut,diperlukan, dialu-alukan kerana tulisan tanpa nama sebenar akan mencacat kekuatan dan ketajaman pemikiran penulisnya. Sudah tentu usaha murni menghasilkan buku yang menghimpun segala pandapat dan pandangan blogger menghadapi halangan.Hatta untuk mencapai objektif tersebut , para blogger patut sekali menyahut cabaran ini dengan fikiran terbuka demi kepentingan dan kebaikan bersama.

Setakat ini sebanyak 40 nama samaran digunakan oleh para blogger di KB sebagai perisai atau pelindung idientiti terhadap karya penulisan yang mereka hasilkan.Kenapakah harus takut kepada bayang-bayang tulisan sendiri? Jika benar dan ada fakta sahih apa yang ingin kita suarakan kenapa harus takut menghadapi “feedback” dari kenyataan yang dilakukan. Di sini kita dapat lihat dan nilai keperibadian sesorang blogger sama ada ia seorang yang ‘gentelman’ atau pengecut dan bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukannya.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP