RAKYAT MARHAEN TERJEJAS PERLAKSANAAN GST ?

Thursday, November 7, 2013



Pelbagai reaksi masyarakat apabila Datuk Najip Tun Razak mengumumkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam belanjawan negara 2014 di Dewan Parlimen. Dikalangan masyarakat bandar pelaksanaan sistem ini tidak terlalu asing, tetapi bagi masyarakat luar bandar tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan GST . Dalam bahasa Inggeris sistem ini disebut Good and Services Tax ( GST) dan terjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan. Perkara ini amat perlu diberi tafsiran dan penerangan sejelas-jelasnya kepada semua golongan rakyat terutama sekali golongan marhaen yang tingggal di daerah pendalaman supaya mereka lebih memahaminya..
Pelaksanaan GST penting untuk negara membangun seperti Malaysia sebagai langkah memperkukuhkan sistem percukaian negara. Pelaksanaannya membolehkan lebih ramai rakyat menyumbangkan kepada pendapatan negara. Ini bermakna negara mengutip dana dari cukai bagi tujuan pembangunan rakyat secara holestik.

GST merupakan sistem global kerana sistem ini telah pun diaplikasikan oleh banyak negara-negara maju di dunia ke arah memperkukuhkan lagi pendapatan negara dan sistem percukaian itu sendiri.
GST bermatlamat untuk memberi ruang kepada semua lapisan rakyat menyumbangkan kepada pendapatan negara. Selama ini rakyat sangat mengharap lebih banyak peruntukan dari kerajaan tetapi tidak tahu macam mana hendak menyumbang pendapatan mereka kepada kerajaan. Dalam sistem GST ini, rakyat diberi ruang seluas-luasnya untuk menyumbang kepada dana kerajaan secara timbal balik, maksudnya rakyat menyumbang dana dan kerajaan pula akan memberi semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan.

Dalam soal lain, GST jangan dilihat sebagai bebanan rakyat. Golongan miskin tidak terjejas atau terbeban dengan pelaksanaan sistem GST kerana tidak semua barang keperluan dikenakan cukai, cuma barang-barang mewah jika dibeli juga terpaksalah akan dikenakan cukai.

GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar 6% bagi mengantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 berkata GST akan dikuatkuasakan 17 bulan dari tarikh pengumuman itu dengan kadar enam peratus, antara terendah kalangan negara-negara Asean. Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST, sekali gus membuktikan ia sistem cukai yang telus, berkesan dan adil.

Perkhidmatan pengakutan, tol lebuh raya, pelajaran dan perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST. Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih dikecualikan daripada daripada GST. Dalam bidang perniagaan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan cukai pendapatan koprat dan mempercepatkan proses Elaun Model bagi kos pembelian peralatan dan perisian ICT sehingga tahun penilaian 2016. Pakej ini termasuklah pengurangan dalam cukai pendapatan koperasi sehingga tahun penilian 2015, serta pemberian geran latihan RM 100 juta kepada perniagaan yang menghantar pekerja untuk latihan GST pada 2013 dan 2014.

Dalam soal ini, rakyat harus memandang positif pelaksanaan GST dan tidak menganggapnya sebagai gimik politik kerajaan Barisan Nasional. Rakyat perlu berfikiran terbuka dan berusaha menilai atau mengkaji sendiri tentang kebaikan sistem GST terhadap rakyat dan kesan jangka panjang ke atas ekonomi negara.

Pelaksanaan GST pada 2015 memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menyusun semula akaun dan menstabilkan perniagaan mereka sebelum penguatkuasaan sistem ini. Pada dasarnya kerajaan cuba membantu syarikat-syarikat dalam tempoh 17 bulan supaya mereka bersedia apabila GST dilaksanakan kelak. Para majikan harus menerima baik cadangan Perdana Menteri dalam usaha menguatkuasakan peberian gaji minimum pekerja kepada pekerja kerana kerajaan telah mengumumkan pakej insetif serta bantuan selaras pelaksanaan sistem GST ini.

Hakikatnya, pelaksanaan GST tidak akan memberi kesan besar kepada golongan marhaen yang berada di luar Bandar. Ini kerana kesan pelksanaan GST telah dikaji terhadap golongan ini. Perkara seperti penambahan jumlah BRIM, bantuan pendidikan untuk pelajar telah dikekalkan dan sudah tentu pengekalan ini mengembirakan ramai anggota masyarakat berpendapatan rendah.

Prof. Dr Shazali Abu Mansur pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS berpendapat bahawa sistem cukai GST yang diperkenalkan ini lebih telus kerana pengguna mengetahui jenis cukai yang mereka bayar serta jumlahnya. Orang miskin tidak perlu bimbang kerana mereka hanya membayar jumlah minimum, memandangkan mereka menggunakan barang dan perkhidmatan perlu sahaja seperti makanan, pengakutan dan pendidikan, yang mungkin sifar kadarnya dan pengguna tidak perlu membayar cukai tambahan.

Kenyataan beliau ini disokong oleh Dr Barjoyai Bardai dari UNITAR yang menilai pelaksanaan GST tepat pada masanya, sejajar dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. GST merupakan satu sistem percukai yang meyeluruh, cekap dan komprehensif yang mana ia dapat menjana pendapatan yang baik kepada negara, tetapi dalam masa yang sama tidak membebankan rakyat terutamanya golongan marhaen.

Melihat secara menyeluruh pandangan dan pendapat beberapa ahli akademik jelaslah bahawa pelaksanaan GST lebih terarah kepada usaha kerajaan untuk memperkasakan ekonomi negara untuk jangka panjang. Sistem cukai GST memenuhi aspirasi rakyat secara menyeluruh dan adil dimana golongan marhaen tidak terjejas dan terbeban dengan pelaksanaannya. Maka dengan ini, rakyat harus memberi reaksi positif dengan pelaksanaan sistem percukaian ke atas barangan dan perkhidmatan ini dengan penuh kesedaran. Ini amat penting sekali demi kemakmuran ekonomi negara di masa depan.




Read more...

PROGRAM RUMAH TRANSIT MERINGANKAN BEBAN PASANGAN MUDA

Friday, August 30, 2013



Satu lagi keperihatinan pihak kerajaan menyelami permasalahan pasangan muda baru berkahwin memiliki kediaman selesa ialah program rumah transit. Ini merupakan program murni untuk meringankan bebanan dihadapi oleh mereka yang baru mendirikan rumahtangga terutama pasangan yang tinggal di kawasan Bandar di mana kos sewa rumah dan harga rumah terlalu tinggi

Menyedari situasi seperti ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan kerajaan Tempatan Dato’ Abdul Rahman Dahlan telah menilai dan meneliti bahawa program rumah transit ini wajar sekali di bawa ke Sabah pada tahun depan 2014. Beliau berpendapat program ini merupakan pendekatan pro-aktif kerajaan untuk membantu pasangan muda yang baru berkahwin, berumur di bawa 30 tahun dan berpendapatan bulanan di bawah RM 3,000 dalam usaha meringankan bebanan mereka.

Dato Rahman menyarankan supaya peruntukan 10 peratus daripada jumalah Projek Permahan Rakyat (PPR) itu, dikhaskan kepada golongan berkenaan untuk disewa dengan kadar hanya RM 124.00 sebulan selama dua tahun. Dato Rahman mengumumkan perkara ini ketika membahaskan titah ucapan Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Beliau melihat program rumah transit di Sabah, kawasan Kinarut dan Inanam adalah lokasi yang sesuai sebagai perojek PPR dan perintis kepada program itu pada masa depan.. Setakat ini, menurut beliau Sabah membina 16,000 unit PPR dan rekod menunjukkan negeri Sabah paling tinggi bilangannya berbanding negeri lain.
Sudah tentu daerah Kota Belud tidak mahu ketinggalan dalam program ini dan ramai pemohon PPR sedang tunggu dan lihat perkembangannya dari masa ke semasa hingga tahun depan. Pengumuman Ahli Perlimen kawasan Kota Belud dilihat oleh pengamat politik sebagai satu program menarik perhatian dan amat diharapkan oleh pasangan muda baru berkahwin. Semoga program ini menjadi realiti dan bukannya kenyataan retorik ,kata mereka.

Read more...

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PETANIAN MALAYSIA DI KOTA BELUD

Wednesday, August 28, 2013



Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA)Malaysia Datuk Haji Tajuddin Abdul Rahman di Kota Belud,
bertujuan meninjau perkembangan terkini projek kerajaan persekutan dalam bidang pertanian terutama sekali Jelapang Padi dan adalah menjadi harapannya kesan lawatannya, merangsang usaha petani ke arah meningkatkan lagi pendapatan mereka pada masa akan datang.


Tajuddin berkata, Kota Belud merupakan pengelur padi yang utama di Sabah dan bagi memperkasakannya lagi usaha dalam industri padi, daerah ini dipilih untuk melasanakan projek EPP 11 dalam program ETP di bawah NKEA pertanian
bermula pada tahun ini.

i


Katanya, 5,000 hektar daripada 10,000 hektar tanah sawah disasarkan untuk penanaman padi secara komesial buat masa ini.

“Hasil Purata pengeluaran dijangka akan meningkat dari 2.5-3.5 tanmetrik bagi perhektar semusim kepada 8,5 tan metrik/hektar semusim menjelang tahun 2020 sebaik sahaja segala prasarana yang melibatkan pelbagai kemudahan yang diperlukan untuk memajukan Jelapang Padi Sabah, Kota Belud,” katanya kepada media selepas Majlis Rama Mesra Pemimpim bersama peserta projek padi NKEA EPP11 Kota Belud di Dawan Datuk Musbah Kampung Taun Gusi, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan SabahDatuk Musbah Jamli, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud(pentadbiran)Peter Jiton, kaki tangan kerajaan negeri dan persekutuan dan 224 orang penerima intensif NKEA EPP11.

Tajuddin buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja di Kota Belud sempat melihat perkembangan projek NKEA EPP-11 bersama Wakil Rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli dan rombongan

Terdahulu dari itu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani(MOA) Malaysia itu berkenaan menyampaikan sebanyak RM537,410.60 kepada 224 orang penerima Insentif NKEA EPP11.

Read more...

DATUK MUSBAH UNGGULI PRU 13 ADUN TEMPASUK

Monday, May 6, 2013



Pengumumuan keputusan Pilihan Raya Umum ( PRU -13), menjawap semua persoalan rakyat Malaysia, siapa calon PRU yang menang dan siapa kalah. Penganalisis politik melihat keputusan PRU 13 secara umum, bahawa parti Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Najib Tun Razak akan menarajui semula kerajaan setelah diberi mandat oleh rakyat itu, adalah benar dan tepat sekali.

Di kawasan Kota Belud, dua DUN iaitu DUN Tempasuk Datuk Musbah Jamli dan DUN Usukan Datuk Salleh Said (10,879 dengan majoriti 6,812) telah memenangi PRU 13 . Dato Rahman Dahlan calon Parlimen 169 Kota Belud juga turut melakar kejayaan dalam PRU ke 13 ini dengan undi 21,768 dengan majoriti 5,095.

Malangnya ADUN Kadamaian, Herbert Timbun Lagadan ( 4,988) telah kalah dan berjaya dirampas oleh Parti Pakatan Rakyat (PKR) Ukoh @ Jeremy Malajad (5,877) dalam PRU kali ini. Satu keputusan berunsur protes rakyat Kadamaian yang menuntut lebih pembangunan di kawasan ini. Persolannya sekarang apakah wakil rakyat PKR ini mampu menunaikan desakan rakyat ini nant? Atau YB Ukuh akan dihukum semula oleh rakyatnya pada PRU ke 14?

ADUN 6 Tempasuk, Datuk Musbah Jamli (BN) mendapat undi sebanyak 8,495 dengan majoriti 5,275. Keputusan ini lebih baik berbanding perolehan undi yang diperolehinya dalam PRU ke 12 (2008) di mana majoriti diperolehi cuma 2,237 sahaja.
PRU ke 13 ini, Datuk Musabah Jamli telah dicabar tiga calon iaitu Abdul Malik B Mohed (SAPP) mendapat undi 319, Liman B Ikin (PAS) 3,285 dan Suwah B Buleh (STAR) dengan undi 1,769.

Rakyat Tempasuk yang berkerja keras mempastikan kemenangan Datuk Musbah Jamli dalam PRU ke 13 , meletak harapan tinggi kepada Ketua Menteri Sabah, suapaya wakli rakyat mereka ini diberi jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Read more...

NAJIB BERHALANGAN MELAWAT KOTA BELUD

Tuesday, April 23, 2013

Manusia merancang Tuhan menentukan,’ Barangkali itulah ugkapan tepat untuk mengubati kekecewaan lebih kurang sepuluh ribu penyokong Barisan Nasional, apabila Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak telah membatalkan lawatannya ke Kota Belud petang tadi.
Penyokong BN yang datangnya dari jauh dan dekat itu seawal jam sebelas pagi lagi itu,merasa hampa sekali kerana mereka datang semata-mata mahu mendengar amanat penting daripada pemimpin No 1 negara. Kehangatan Pilihan Raya Umum ke 13 yang sedang berjalan ini, amanat dari ketua pemimpin negara dan ketua parti Barisan Nasional amat dialu-alukan oleh semua lapisan rakyat tidak mengira apa fahaman siasah.
Markas utama Barisan Nasional(BN), N6 Tempasuk yang ditempatkan di Dewan Terbuka Datuk Musbah, telah dibanjiri orang ramai dari pelbagai kaum. Untuk meredakan rasa terkilan dan rasa kekecewaan para penyokong BN, Datuk Najib Abdul Razak telah memohon kemaafan dan memberi kata-kata semangat kepada calon-calon BN supaya berkerja keras untuk mempastikan kemenangan BN dalam PRU 13 menerusi perbualan langsung dari telefon bimbitnya jam 4 petang.Pembatalan lawatan Perdana Menteri ke daerah Kota Belud, mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat setempat. Bagi penyokong BN, mereka mudah menerima kemaafan dari Datuk Najib seiklasnya, tapi mendapat respon negatif daripada penyokong pembangkang yang megatakan Datuk Najib takut datang ke Kota Belud. Penyokong pembangkang berandaian kononnya, itu petanda parti pembangkang semakin mendapat sokongan dari rakyat.
Barisan pemimpin BN telah menjelaskan kepada rakyat bahawa pembatalan lawatan Perdana Menteri itu adalah disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan. Penyokong BN akur dengan penjelasan beliau dan mereka berikrar untuk menyokong parti BN dengan melaungkan cogan kata, ‘BN Tatap’ dan ‘BN Tatap Manang’

Read more...

POTENSI BESAR DATUK MUSBAH MENANG PRU KE 13 ?

Monday, April 22, 2013



Penganalisis politik meletakakan Datuk Musabah sebagai calon berpotensi besar menang dalam pilihan raya ADUN N6 Tempasuk ke 13. Analisis ini berdasarkan kepada keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Musbah membawa perubahan ketara di kawasan Tempasuk selama lima tahun sebagai wakil rakyat. Penilaian ini berdasarkan kepada program pembangunan di kawsan Tempasuk seperti berikut:-


MENAIK TARAF JALAN RAYA


-Jalanraya Losou Podi
-Jalan Sayap (fasa 1,2,3)
-Jalan Sarang Dudar
-Jalan Tempasuk-Sangkir
-Jalan Rosok –Sorob
-Jalan Pembikan Ternakan Timbang Manggaris
-Jalan Rampaian Laut dan Ulu Rampaian
-Jambatan Timbang Manggaris

PROJEK PAIP- BEKALAN AIR BERSIH
Program telah dilaksanakan di Mukim rampaian Laut

PROGRAM BEKALAN ELEKTRIK

Program bekalan elektrik luar Bandar 2009-2012, kampung yang mendapat kemudahan:-
Kg Ginapas
Kg kalibungan
Kg Kayu Putih
Kg Pantai emas
Kg Ulu Kukut
Kg Pandasan
Kg Lebak Kupang
Kg Mendawang
Kg Bengkahak Lama dan Baru
Kg Rampaian Ulu
Kg Rosok
Kg Bambangan
Kg Gantungan

PROGRAM BANTUAN RUMAH PPRT
Tahun 2010 -80 buah
Tahun 2011 -80 buah
Tahun 2012 -40 buah

MEMBINA GELANGANG SERBAGUNA
Kg keguraan
Kg Rampaian Laut
Kg Rosok
MENAIK TARAF KOMPLEKS SUKAN BUTONG
-Menaik taraf trek sukan
-membina dua gelangang futsal

PROGRAM MENINGKATKAN PRODUTIVITI SEKTOR PERTANIAN
-menaik taraf sisem perparitan dan saliran
-program tanam semula getah dan tanam baru getah
-penanaman cili fertigasi dan cendawan kelabu
JELAPANG PADI
-di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan ekonomi Negara (NKEA)
Menghasilkan 4 tan padi seeker
-sasaran kawasan tanah seluas 25,0000 ekar
-membuka peluang pekerjaan
-menyediakan jaringan perhubungan di kawasan kampung
-membawa kepada pemindahan teknologi, pengetahuan dan kemahiran
-membuka peluang perniagaan kepada perusahan kecil dan sederhana

PROJEK AGROPOLITAN
-fokus kepada penternakan udang
-perusahaan lembu tenusu
-program menanam getah

PEMULIHARAAN KHAZANAH ALAM SEMULAJADI
-Membina benteng pencegahan hakisan tebing sungai Kg Gunding sejauh 500 meter
-pencegah dan pemulihan Sg Gunding
-pemasangan gabian pencegahan hakisan tebing kula Kawang-Kawang di Kg Rampaian Laut

Banyak lagi pembangunan di bawah peruntukan ADUN dan Parlimen tidak tersenarai dalam kajian dan analisis. Projek pembangunan dalam tempoh 5 tahun perkhidmatannya sebagai wakil rakyat bukan mudah diperolehi tanpa ada kesungguhan dan kebijaksanaan mengurus. Dengan ini, pemerhati politik begitu optimis, rakyat Tempasuk membuat pilihan tepat iaitu memberi undi besar kepada pemimpin berjasa ini, dalam PRU ke 13.

Read more...

PRU KE 13 PALING SENGIT



Pada 20 April 2013, merupakan tarikh penamaan calon PRU ke 13. Tarikh ini, sekian lama ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia kerana hari ini nama-nama calon yang bertanding dalam PRU ke 13 dapat diketahuai. Hari ini juga dianggap oleh pemerhati politik sebagai satu keputusan muktamad kepada analisis calon yang mereka buat selama ini. Hari ini terjawablah segala teka-teki, siapa bakal tercalon mewakili parti kerajaan dan siapa nama calon dari pihak pembangkang yang berentap dalam persaingan memenangi hari rakyat dalam pilihan raya ini.

Dewan Undangan Tempasuk (DUN) N 6, menepati ramalan pemerhati politik, di mana Datuk Musbah Hj Jamli terplilih sekali lagi sebagai calon Barisan Nasional PRU ke 13. Pemerhati politik menganggap Datuk Musabah seorang pemimpin yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada rakyat sepanjang tempoh lima tahun sebagai wakil rakyat. Beliau begitu perihatin tehadap masalah rakyat di kawasannya dengan membawa transformasi pembangunan seperti menaik taraf pelbagai infrastruktur, pembangunan sosio ekonomi dan juga agropolitan di daerah Kota Belud.

Ahli Parlimen Kota Belud Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Datuk Haji Dahlan turut dikekalkan calon Barisan Nasional (BN), Parlimen 169, Kota Belud, jumlah pengundi berdatar dengan SPR- 51,467.. Dalam penamaan calon PRU ke 13 pada 20 April lalu, beliau ditentang oleh empat calon lain iaitu Isnaraissah Munirah Bt Majilis @ Fakhraudy (PKR), Jalumin Bayogoh (Star), Lamsil Amidsor (BEBAS) dan Kanul Gidol (BEBAS).

Kawasan Dewan Undangan Kadamaian (ADUN) N 7, jumlah pengundi 15,903 itu, calon Barisan Nasional, Timbon @ Herbert B Lagadan masih kekal calon. PRU ke 13 ini, beliau ditandingi oleh Ukoh @ Jeremy B Malajad (PKR), Rubbin Guribah (STAR), dan Peter Marajin (SAPP).

Bagi kawasan Usukan jumlah pengundi teramai di daerah Kota Belud 18,698. Datuk Md Salleh Md Said calon baru mengantikan Datuk Japlin Akim, penyadang ADUN N8 PRU ke 12 (2008).Beliau ditandingi oleh dua calon, Bakhruddin Ismail (STAR), Mustapha @ Mohd Yunus Sakmad (PKR).

Pilihan raya ke 13 , dikatakan tersegit kerana ramai calon dari parti-parti lain dan juga calon Bebas yang bertanding. Parti Pakatan Rakyat dilihat oleh pemerhati politik boleh mengugat kekuatan parti Barisan Nasional. Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak, begitu yakin Barisan Nasional memerintah kembali selepas PRU ke 13. Ini merupakan petanda baik yang rakyat masih lagi memberi mandat besar kepada beliau dan Barisan Nasional menang dalam pilihan raya tahun ini. Satu pernyataan menarik untuk dianlisis dan lihat bersama, siapakah juara rakyat di atas tiga DUN dan satu Parlimen di daerah Kota Belud.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP