PROGRAM RUMAH TRANSIT MERINGANKAN BEBAN PASANGAN MUDA

Friday, August 30, 2013



Satu lagi keperihatinan pihak kerajaan menyelami permasalahan pasangan muda baru berkahwin memiliki kediaman selesa ialah program rumah transit. Ini merupakan program murni untuk meringankan bebanan dihadapi oleh mereka yang baru mendirikan rumahtangga terutama pasangan yang tinggal di kawasan Bandar di mana kos sewa rumah dan harga rumah terlalu tinggi

Menyedari situasi seperti ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan kerajaan Tempatan Dato’ Abdul Rahman Dahlan telah menilai dan meneliti bahawa program rumah transit ini wajar sekali di bawa ke Sabah pada tahun depan 2014. Beliau berpendapat program ini merupakan pendekatan pro-aktif kerajaan untuk membantu pasangan muda yang baru berkahwin, berumur di bawa 30 tahun dan berpendapatan bulanan di bawah RM 3,000 dalam usaha meringankan bebanan mereka.

Dato Rahman menyarankan supaya peruntukan 10 peratus daripada jumalah Projek Permahan Rakyat (PPR) itu, dikhaskan kepada golongan berkenaan untuk disewa dengan kadar hanya RM 124.00 sebulan selama dua tahun. Dato Rahman mengumumkan perkara ini ketika membahaskan titah ucapan Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Beliau melihat program rumah transit di Sabah, kawasan Kinarut dan Inanam adalah lokasi yang sesuai sebagai perojek PPR dan perintis kepada program itu pada masa depan.. Setakat ini, menurut beliau Sabah membina 16,000 unit PPR dan rekod menunjukkan negeri Sabah paling tinggi bilangannya berbanding negeri lain.
Sudah tentu daerah Kota Belud tidak mahu ketinggalan dalam program ini dan ramai pemohon PPR sedang tunggu dan lihat perkembangannya dari masa ke semasa hingga tahun depan. Pengumuman Ahli Perlimen kawasan Kota Belud dilihat oleh pengamat politik sebagai satu program menarik perhatian dan amat diharapkan oleh pasangan muda baru berkahwin. Semoga program ini menjadi realiti dan bukannya kenyataan retorik ,kata mereka.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP