NAJIB BERHALANGAN MELAWAT KOTA BELUD

Tuesday, April 23, 2013

Manusia merancang Tuhan menentukan,’ Barangkali itulah ugkapan tepat untuk mengubati kekecewaan lebih kurang sepuluh ribu penyokong Barisan Nasional, apabila Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak telah membatalkan lawatannya ke Kota Belud petang tadi.
Penyokong BN yang datangnya dari jauh dan dekat itu seawal jam sebelas pagi lagi itu,merasa hampa sekali kerana mereka datang semata-mata mahu mendengar amanat penting daripada pemimpin No 1 negara. Kehangatan Pilihan Raya Umum ke 13 yang sedang berjalan ini, amanat dari ketua pemimpin negara dan ketua parti Barisan Nasional amat dialu-alukan oleh semua lapisan rakyat tidak mengira apa fahaman siasah.
Markas utama Barisan Nasional(BN), N6 Tempasuk yang ditempatkan di Dewan Terbuka Datuk Musbah, telah dibanjiri orang ramai dari pelbagai kaum. Untuk meredakan rasa terkilan dan rasa kekecewaan para penyokong BN, Datuk Najib Abdul Razak telah memohon kemaafan dan memberi kata-kata semangat kepada calon-calon BN supaya berkerja keras untuk mempastikan kemenangan BN dalam PRU 13 menerusi perbualan langsung dari telefon bimbitnya jam 4 petang.Pembatalan lawatan Perdana Menteri ke daerah Kota Belud, mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat setempat. Bagi penyokong BN, mereka mudah menerima kemaafan dari Datuk Najib seiklasnya, tapi mendapat respon negatif daripada penyokong pembangkang yang megatakan Datuk Najib takut datang ke Kota Belud. Penyokong pembangkang berandaian kononnya, itu petanda parti pembangkang semakin mendapat sokongan dari rakyat.
Barisan pemimpin BN telah menjelaskan kepada rakyat bahawa pembatalan lawatan Perdana Menteri itu adalah disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan. Penyokong BN akur dengan penjelasan beliau dan mereka berikrar untuk menyokong parti BN dengan melaungkan cogan kata, ‘BN Tatap’ dan ‘BN Tatap Manang’

Read more...

POTENSI BESAR DATUK MUSBAH MENANG PRU KE 13 ?

Monday, April 22, 2013



Penganalisis politik meletakakan Datuk Musabah sebagai calon berpotensi besar menang dalam pilihan raya ADUN N6 Tempasuk ke 13. Analisis ini berdasarkan kepada keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Musbah membawa perubahan ketara di kawasan Tempasuk selama lima tahun sebagai wakil rakyat. Penilaian ini berdasarkan kepada program pembangunan di kawsan Tempasuk seperti berikut:-


MENAIK TARAF JALAN RAYA


-Jalanraya Losou Podi
-Jalan Sayap (fasa 1,2,3)
-Jalan Sarang Dudar
-Jalan Tempasuk-Sangkir
-Jalan Rosok –Sorob
-Jalan Pembikan Ternakan Timbang Manggaris
-Jalan Rampaian Laut dan Ulu Rampaian
-Jambatan Timbang Manggaris

PROJEK PAIP- BEKALAN AIR BERSIH
Program telah dilaksanakan di Mukim rampaian Laut

PROGRAM BEKALAN ELEKTRIK

Program bekalan elektrik luar Bandar 2009-2012, kampung yang mendapat kemudahan:-
Kg Ginapas
Kg kalibungan
Kg Kayu Putih
Kg Pantai emas
Kg Ulu Kukut
Kg Pandasan
Kg Lebak Kupang
Kg Mendawang
Kg Bengkahak Lama dan Baru
Kg Rampaian Ulu
Kg Rosok
Kg Bambangan
Kg Gantungan

PROGRAM BANTUAN RUMAH PPRT
Tahun 2010 -80 buah
Tahun 2011 -80 buah
Tahun 2012 -40 buah

MEMBINA GELANGANG SERBAGUNA
Kg keguraan
Kg Rampaian Laut
Kg Rosok
MENAIK TARAF KOMPLEKS SUKAN BUTONG
-Menaik taraf trek sukan
-membina dua gelangang futsal

PROGRAM MENINGKATKAN PRODUTIVITI SEKTOR PERTANIAN
-menaik taraf sisem perparitan dan saliran
-program tanam semula getah dan tanam baru getah
-penanaman cili fertigasi dan cendawan kelabu
JELAPANG PADI
-di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan ekonomi Negara (NKEA)
Menghasilkan 4 tan padi seeker
-sasaran kawasan tanah seluas 25,0000 ekar
-membuka peluang pekerjaan
-menyediakan jaringan perhubungan di kawasan kampung
-membawa kepada pemindahan teknologi, pengetahuan dan kemahiran
-membuka peluang perniagaan kepada perusahan kecil dan sederhana

PROJEK AGROPOLITAN
-fokus kepada penternakan udang
-perusahaan lembu tenusu
-program menanam getah

PEMULIHARAAN KHAZANAH ALAM SEMULAJADI
-Membina benteng pencegahan hakisan tebing sungai Kg Gunding sejauh 500 meter
-pencegah dan pemulihan Sg Gunding
-pemasangan gabian pencegahan hakisan tebing kula Kawang-Kawang di Kg Rampaian Laut

Banyak lagi pembangunan di bawah peruntukan ADUN dan Parlimen tidak tersenarai dalam kajian dan analisis. Projek pembangunan dalam tempoh 5 tahun perkhidmatannya sebagai wakil rakyat bukan mudah diperolehi tanpa ada kesungguhan dan kebijaksanaan mengurus. Dengan ini, pemerhati politik begitu optimis, rakyat Tempasuk membuat pilihan tepat iaitu memberi undi besar kepada pemimpin berjasa ini, dalam PRU ke 13.

Read more...

PRU KE 13 PALING SENGIT



Pada 20 April 2013, merupakan tarikh penamaan calon PRU ke 13. Tarikh ini, sekian lama ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia kerana hari ini nama-nama calon yang bertanding dalam PRU ke 13 dapat diketahuai. Hari ini juga dianggap oleh pemerhati politik sebagai satu keputusan muktamad kepada analisis calon yang mereka buat selama ini. Hari ini terjawablah segala teka-teki, siapa bakal tercalon mewakili parti kerajaan dan siapa nama calon dari pihak pembangkang yang berentap dalam persaingan memenangi hari rakyat dalam pilihan raya ini.

Dewan Undangan Tempasuk (DUN) N 6, menepati ramalan pemerhati politik, di mana Datuk Musbah Hj Jamli terplilih sekali lagi sebagai calon Barisan Nasional PRU ke 13. Pemerhati politik menganggap Datuk Musabah seorang pemimpin yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada rakyat sepanjang tempoh lima tahun sebagai wakil rakyat. Beliau begitu perihatin tehadap masalah rakyat di kawasannya dengan membawa transformasi pembangunan seperti menaik taraf pelbagai infrastruktur, pembangunan sosio ekonomi dan juga agropolitan di daerah Kota Belud.

Ahli Parlimen Kota Belud Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Datuk Haji Dahlan turut dikekalkan calon Barisan Nasional (BN), Parlimen 169, Kota Belud, jumlah pengundi berdatar dengan SPR- 51,467.. Dalam penamaan calon PRU ke 13 pada 20 April lalu, beliau ditentang oleh empat calon lain iaitu Isnaraissah Munirah Bt Majilis @ Fakhraudy (PKR), Jalumin Bayogoh (Star), Lamsil Amidsor (BEBAS) dan Kanul Gidol (BEBAS).

Kawasan Dewan Undangan Kadamaian (ADUN) N 7, jumlah pengundi 15,903 itu, calon Barisan Nasional, Timbon @ Herbert B Lagadan masih kekal calon. PRU ke 13 ini, beliau ditandingi oleh Ukoh @ Jeremy B Malajad (PKR), Rubbin Guribah (STAR), dan Peter Marajin (SAPP).

Bagi kawasan Usukan jumlah pengundi teramai di daerah Kota Belud 18,698. Datuk Md Salleh Md Said calon baru mengantikan Datuk Japlin Akim, penyadang ADUN N8 PRU ke 12 (2008).Beliau ditandingi oleh dua calon, Bakhruddin Ismail (STAR), Mustapha @ Mohd Yunus Sakmad (PKR).

Pilihan raya ke 13 , dikatakan tersegit kerana ramai calon dari parti-parti lain dan juga calon Bebas yang bertanding. Parti Pakatan Rakyat dilihat oleh pemerhati politik boleh mengugat kekuatan parti Barisan Nasional. Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak, begitu yakin Barisan Nasional memerintah kembali selepas PRU ke 13. Ini merupakan petanda baik yang rakyat masih lagi memberi mandat besar kepada beliau dan Barisan Nasional menang dalam pilihan raya tahun ini. Satu pernyataan menarik untuk dianlisis dan lihat bersama, siapakah juara rakyat di atas tiga DUN dan satu Parlimen di daerah Kota Belud.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP