Benarkah UPKO Parti Sandaran KDM?

Tuesday, January 26, 2010




Pagi Selasa, 26 Januari 2010, kira-kira jam 10.00 pagi, saya pergi ke Perpustakaan Kota Belud. Di dalam Perpustakaan saya fokaskan perhatian kepada satu rak buku yang menyimpan berbagai tajuk buku-buku mengenai politik Dunia, Asia Tenggara dan juga politik Malaysia yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Lalu saya memilih buku mengikut tajuk yang menarik dan mengeluarkan buku-buku tersebut dari rak untuk dibaca dalam perpustakaan . Sebanyak empat buah buku saya pilih dan meletakkan diatas meja. Tajuk-tajuk buku tersebut ialah Kerajaan Campuran PBS-USNO : UMNO Lemas Dalam Politik Sabah, Wadah Wawasan PDS, Delima Politik Sabah : PBS Dan Demokrasi dan Jatuh Bangunnya PBS : Parlimen Satu Penentuan .

Dalam buku Wadah Wawasan yang ditulis oleh Bernard G. Dompok ada beberapa perkara menarik iaitu berhubung dengan detik-detik peristiwa penubuhan Parti Demokratik Sabah (PDS) atau kini dikenali sebagai United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation (UPKO).

Peristewa “Resolusi Seri Gaya 14 Mac 1994”, merupakan tarikh berlakunya satu mesyuarat yang dikatakan berakhirnya dengan menandatangani satu resolusi penubuhan satu parti baru iaitu PDS yang dipengerusikan oleh Presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan.

“ Malangnya menjelangnya malam 15 Mac 1994, para ADUN yang masih berada di Kota Kinabalu, bersama-sama dengan Ahli Majlis Tertinggi yang lain telah dipanggil untuk bermesyuarat sekali lagi di kediaman Datuk Pairin, di Jalan Bersatu”.

“ Dalam perbincangan yang dipengerusi oleh Datuk Pairin, resolusi berkenaan diungkit kembali beberapa Ahli Majlis Tertinggi dan ADUN yang menentang resolusi tersebut. Datuk Pairin menukar fkiran dan pendiriannya. Dia berubah fikiran lalu tidak lagi mahu melaksanankan resolusi tersebut, sedangkan dia sendiri yang mempengerusikan perbincangan yang melahirkan resolusi berkenaan”.

Hujahan ini telah dipetik dari ucapan Presiden PDS Datuk Panglima Bernard Dompok sempena Kongres PDS Ketiga pada 27 Julai 1997 di Sabandar bay Resort, Tuaran.

Secara keseluruhanya buku ini merupakan himpunan ucapan-ucapan dasar Presiden Parti Demokratik Sabah , membentang dengan panjang lebar mengenai idea, visi dan impian kepimpinan PDS. Peristewa 1974 memberi pengajaran kepada mesyarakat KDM di Sabah tidak bergantung kepada satu parti yang rapuh dan menentang arus pembangunan kerajaan.Dengan ini berpaut kepada kapal besar BN adalah satu tindakan positif supaya tidak ketinggalan dalam arus perdana pembanguana Malaysia menuju wawasan 2020.Benarkah UPKO adalah parti sandaran utama masyarakat Kadazandusun Murut(KDM) mejelang pilihan raya ke 13?

4 comments:

PIPIT PEKEPA' January 26, 2010 at 3:27 PM  

salam perkenalan tuan gawis. Kita sokong azronne dan kita lawan dssk dan penyokongnya Musli Oli.
terus sokong Datuk seri hj musbah dan datuk rahman dahlan. dengan datuk japlin akim.

layari http://pipitpekepa.blogspot

kelapa mawar January 26, 2010 at 9:56 PM  

Salam sdr Amin..

saya juga ada membaca buku yg sdr sebutkan itu..penerangan sdr mengenai isu buku itu cukup baik dan memuaskan..

saya mengikuti idea sdr ini..teruskan!

Mohd Amini January 26, 2010 at 11:34 PM  

Salam Pipit Pekepa, Pemimpin yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyat itu memang patut disokong. Apa tah lagi jika YB perihatian dengan masalah rakyat dan sentiasa mendampingi rakyat memang patut diberi penghargaan dan pujian.Terima kasih kerana sudi melayari blog ini.

Mohd Amini January 26, 2010 at 11:46 PM  

Salam KM,Buku yang mengupas sejarah politik Sabah mengandung fakta yang perlu diketengahkan untuk tetapan pembaca. Sejarah politik Sabah awal kemerdekaan,USNO,Berjaya, PBS dan UMNO kini amat menarik dihayati.Terima kasih kerana memberi komen sepatah dua dalam blog ini.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP