Media Sosial Medium BN Berkesan Untuk Rakyat

Sunday, July 22, 2012

“Kita sudah bersedia dan ada perancangan kea rah pengunaan media sosial menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Cuma kita perlu memperkemaskan lagi strategi bagi memastikan setiap tomahan pembangkang boleh ditangani dalam waktu singkat,”kata Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Dato Rahman Dahlan pada sidang media selepas melancarkan Jalinan Mesra Pemimpin BN di Beluran. Beliau juga berpendapat media social medium paling berkesan dan perlu digunakan Barisan Nasional (BN) disemua peringkat bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu diketengahkan pembangkang. Ketiadaan persedian rapi akan menyebabkan jentera pilihan raya BN Sabah sukar menangani setiap isu dibangkitkan pembangkang dalam waktu singkat seterusnya mempengaruhi undi. Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud meminta BN setiap bahagian menggunakan platform itu kerana jika tidak pembangkang akan memanipulasi setiap isu walaupun perkara kecil. Jentera BN sudah bersedia berdepan PRU ke 13 berdasarkan kometment, gerak kerja bilangan jentera dan hiererkinya. Beliau juga memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak memainkan sentimen kenegerian dengan memanipulasikan isu pembentukan Malaysia. Taktik pembangkang membakar semangat rakyat tanpa asas kukuh dan melagakan rakyat Sabah, Sarawak dan Semanjung dengan isu sensitif, merupakan tindakan keterlaluan yang boleh menghancurkan keharmonian rakyat sedia terjalin. Tindakan pembangkang mengeksploitasi sejarah dalam setiap ucapan mereka merencat usaha kerajaan membentuk semangat nasionalisme rakyat berbilang kaum menerusi konsep 1 Malaysia. Beliau bimbang jika situasi seperti ini tidak ditangani dan dibiar berterusan, dakyah pembangkang menanam sikap benci rakyat kepada kerajaan persekutuan akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan berbilang etnik di negara ini.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP