AGENDA TERSIRAT DISEBALIK KENYATAN DR. JEFFERY

Friday, July 13, 2012

“Pengumuman Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 di Sabah dibacakan oleh Donal Stephen (Tuan Fuad Stephen) pemimpin besar etnik Kadazan, bukannya Tun Abdul Razak Hussien, Tunku Abdul Rahman atau Tun Mustapha Harun. Pengumuman turut sama dibaca serentak pemimpin etnik Sarawak pada tarikh, bulan dan tahun yang sama.” Pernyataan ini dipetik dari kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam satu majlis Aman Kampus di Bawah Bayu di Kampung Taun Gusi. Kenyataan ini dibuat sebagai respon daripada dakwaan Dr Jeffrey Kitingan yang kononnya pemimpin lalu menipu rakyat Sabah menerusi persetujuan membentuk Malaysia. Beliau juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah, memperincikan bahawa kandugan dokumen pengumuman pembentukan Malaysia itu tersimpan di Arkib Malaysia dan Arkib Sabah dengan baik serta tidak pernah diubah suai. Dokumen penting itu bukannya ucapan, sebaliknya fakta sejarah Pembentukan Malaysia yang diumumkan secara resmi oleh Donal Stephen sendiri yang didalamnya mengesahkan lahirnya sebuah negara membabitkan 13 buah negeri. Datuk Rahman menganggap kenyataan ketua pembangkang itu amat mengelirukankan dan boleh menghakis keyakinan genarasi baru terhadap sejarah perjuangan para pemipin terdahulu. Dr Jafferi perlu merenung dan mengkaji fakta sejarah dalam setiap kenyataan dan bukannya meracuni minda rakyat dengan memutar belitkan butiran sejarah yang telah dimeterai itu. Perbuatan mengeksploitasikan fakta sejarah untuk agenda politik peribadi merupakan suatu tindakan yang tidak bermoral dan menghancurkan kegemilangan sejarah tanahair. Perjuangan Dr Jeffery dalam dunia siasah tanahair sentiasa bergelora kerana pendiriannya tidak terfokas kepada satu parti dan ingin sentiasa berubah. Suatu ketika dulu Dr Jeffery pernah menyertai parti PBS, PBRS, AKAR, PKR dan yang terkini menyertai parti STAR. Persolannya sekarang kenapa beliau bertindak sedemikian? Ramai para pemerhati politik melihat beliau adalah seorang yang cukup licik berpolitik, tetapi sayang kepintaran itu tidak diguna pakai untuk membantu pihak kerajaan untuk menghadapi pilihanraya ke 13. Berita Dr Jaffery Kitingan meletakkan jawatan sebagai naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 28.10 2009 merupakan kejutan dan tamparan buat PKR dalan usahanya memantapkan lagi sokongan rakyat Sabah menghadapi pilihanraya ke13 mungkin tahun 2012. Para penganalisis politik di Sabah melihat perletakan jawatan Datuk Jaffery Kitingan ini seperti mengandungi agenda tersirat,tidak iklas dan sekadar satu gimik politik mahu mengkaburi mata rakyat.Sepak terajang Dr. Jaffrey dalam politik Sabah sudah kita sedia maklum dan pernah beliau lakonkan semasa menganggotai parti PBS dahulu. Justeru itu, BN haruslah berwaspada, tidak terlalu yakin dan percaya dengan permainan politik Dr Jaffrey yang penuh dengan muslihat untuk mencapai apa saja agenda politik tersirat seperti jerat menunggu mangsanya. Falsafah yang tersirat dalam cerita Sang Kancil memperdayakan sang Buaya perlu direnungi dan dijadikan panduan oleh parti UMNO dan komponen BN dalam isu ini, jangan sampai kita lupakan jerat kerana jerat itu tidak pernah mengenal mangsanya. Jelas sekali kesetian Dr Jaffrey dalam setiap organisasi politik yang dianggotainya begitu rapuh dan penuh dengan muslihat. Semasa dalam parti PBS dahulu pun beliau memainkan pernannya untuk memecah belahkan sokongan rakyat terhadap parti itu dengan bertindak keluar meninggalkan parti PBS . Lihat saja sekarang ini, alasan Dr Jaffrey keluar dari PKR kerana kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti PKR Sabah yang baru.Sikap tidak setia, cemburu dan irihati merupakan penyakit para pemimpin politik perlu ditangani dengan baik dan setiasa bersikap terbuka, mudah menghadapi kenyataan dan sentiasa akur dengan keputusan yang diambil oleh pucuk pemimpin. Menyentuh tentang kenyataan Setiausaha UMNO Sabah Datuk Seri Yahya Hussin,yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mempelawa dan mengalu-alukan Dr Jaffrey menyerti BN agar berwaspada dan perlu diselidik kesan baik buruknya kemasukannya dalam mana-mana parti komponen BN. Kita tidak sanggup melihat di suatu hari nanti timbul masalah dan isu-isu yang kronik melanda situasi politik di Sabah .

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP