Pasar Tani Membuka Ruang Pasaran Hasil Pertanian

Sunday, July 22, 2012

Setakat Jun lepas, sebanyak 36 buah pasar tani telah diwujudkan dengan melibatkan penyertaan seramai 1,985 orang petani dan usahawan. Penubuhan pasar tani ini di negeri ini adalah usaha Kementerian Pertanian dan Indutri Makanan melalui Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) untuk membantu petani luar bandar memasarkan hasil pertanian mereka, demikian dinyatakan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli, ketika menjawab soalan Datuk Louis Rampas (BN-Kiulu) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah. Nilai urus niaga pasar tani seluruh Sabah setakat Mei 2012 ialah sebanyak RM 5.8 juta .Inilah kesungguhan pihak kerajaan membantu golongan petani luar bandar memasarkan hasil-hasil tanaman mereka. Selain menubuhkan pasar tani, pihak kerajaan juga memperkenalkan program Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS). Program ini juga bermatlamat membantu para petani memasarkan hasil tanaman mereka lebih cepat dengan harga yang berpatutan. Setakat ini terdapat 20 buah gerai dalam program telah diwujudkan dan seramai 20 orang petani terlibat datangnya dari kawasan Kimanis, Keningau, tambunan, Tawau, sipitang, Beaufort dan Sepanggar. Program GBBS ini juga mengumpul nilai jualan sebanyak RM 2 juta berdasarkan rekod setakat Mei 2012 Golongan petani di negeri ini agak beruntung kerana diberi perhatian oleh pihak kerajaan dengan pelbagai bantuan dan insitif. Datuk Musbah Jamli menyentuh tentang program Motosikal Tiga Roda (MTR). Dimana seramai 13 orang usahawan petani telah terpilih menerima insitif ini sebagai tanda keperihatinan kerajaan terhadap golongan sasar ini yang nilai urusniaga terkumpul setakat Mei 2012 sebanyak RM 81,164.08. Datuk Musbah juga ada menyentuh tentang penubuhan dua pusat jentera di negeri ini bermatlamat memastikan perkhidmatan mesin pembajak dapat disampaikan kepada daerah yang memerlukan. Lembaga Pertubuhan Peladang telah menubuhkan dua pusat jentera iaitu Pertubuhan Peladang di daerah Kota Belud dan Papar. Inilah kesungguhan Datuk Musbah sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan selaku wakil rakyat ADUN N 6 Tempasuk, begitu komted memperjuangkan nasib para petani di negeri ini khasnya di daerah Kota Belud.

1 comments:

Unknown January 17, 2014 at 5:19 AM  

bilakah pasar tani akan diadakan?

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP