ISU PEMBANGKANG KDM RUGI DALAM BN MENIKAM TUAN

Tuesday, March 9, 2010




Kenyataan yang telah dibuat oleh penasihat Pakatan Rakyat (PR) Datuk Anwar Ibrahim dan penasihat Democratik Action Party (DAP) Lim Kit Siang semasa lawatan singkatnya ke Sabah baru-baru ini telah menimbul berbagai reaksi daripada pelbagai pihak dan juga rakyat Sabah sendiri. Terdapat beberapa isu hangat seperti Kadazan Dusun Murut (KDM) Rugi dibawah BN,Isu Pegiliran Ketua Menteri kepada KDM, isu Pembangunan BN Sabah . Isu Kemiskinan Tegar Luar Bandar,Sosioekonomi di daerah-daerah masih rendah danSlogan 1 Malaysia Gagal mencapai Matalamatnya.

Antara isu paling hangat diperkatakan oleh rakyat Sabah mutakhir ini ialah berhubung dengan kenyataan Lim Kit Siang yang mengatakan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) ‘Paling Rugi dalam Barisan Nasional (BN). ’Isu yang dibangkitkan oleh pembangkang ini amat menguris hati suku kaum ini terutama sekali kepada pemimpin mereka. Seorang demi seorang pemimpin etnik ini tampil ke depan untuk memberi pandangan dan pendapat berhubung perkara tersebut.

“ Semua orang tahu pembangkang akan menolak apa sahaja yang dilakukankan atau dikatakan oleh kerajaan BN kerana mereka mempunyai rancangan sendiri yang semata-mata bertujuan menjatuhkan orang, bercakap memburuk-burukkan orang dan mengelirukan orang ramai mengunakan isu seperti ini.”

Petikan diatas ialah penafian sekeras-kerasnya oleh Datuk Pairin Kitingan sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan “hogun siau”masyarakat KDM keatas kenyataan yang telah di buat oleh Lim Kit Siang itu adalah tidak benar dan berniat jahat.

Sebagai seorang pemimpin masyarakat KDM yang amat dihormati di negeri ini, sudah tentu beliau amat sensitif apa bila ada pihak lain cuba mepertikaikan sumbangannya memperjuangkan suku kaum ini. Jasa dan pengorbanan Datuk Joseph Pairin mengangkat mertabat kehidupan kaum ini tidak dapat dinilai. Semenjak penubuhan PBS lagi, beliau telah berkerja keras untuk merancang berbagai program pembangunan dari segi sosioekonomi, sisiobudaya, sisiopolitik dan hak-hak istemewa untuk suku kaum KDC ini secara berperingkat-peringkat dan berkesinambungan hinggalah ke hari ini.

Maka tidak adil apabila pihak pembangkang mengatakan suku kaum KDM amat rugi dalam BN.Ini menunjukkan pembangkang amat dangkal penilaiannya dan pemikirannya terlalu cetek kerana begitu mudah menghukum KDM tidak memperolehi faedah daripada dasar pembangunan yang pihak kerajaan laksanakan di negeri Sabah selama ini. Kejayaan kerajaan BN Sabah membangunkan negeri ini begitu pesat sekali tidak pernah dilihat dan nilai, semantara kesilapan dan kesalahan pihak kerajaan walau sekecil kuman mereka akan jadikan isu dan meperbesar -besarkannya untuk memburuk-burukkan kerajaan.

“Kenyataan Lim itu bersifat hasad dengki kerana agak menghairankan baginya yang hanya tinggal sekejap di Sabah untuk mendakwa mengetahui mengenai senario setempat dan seterusnya melayakkan dirinya untuk mengulas isu setempat yang jauh menyimpang daripada kebenaran. BN di bawah Kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, telah menjalankan tugas dengan cemerlang, bukan sahaja membabitkan pembangunan fizikal, tetapi juga pembangunan sosial, khususnya mengekalkan keharmonian antara pelbagai kaun dan etnik di negeri ini.”

Kenyataan di atas itu telah dibuat oelh Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Datuk Dr Clarance Bongkos Malakun sebagai reaksinya ke atas kenyataan Lim Kit Siang di Sabah yang menganggap KDM di negeri ini rugi di dalam BN.

Rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang suka menyalahkan pihak kerajaan, mungkin tidak sedar perjuangan para pemimpin semenjak merdeka bermula dari era Tungku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Seri Ahmad Badawi dan hingga kepada pemerintahan Datuk Seri Najip, kemakmuran dan ketenteramaan negara Malaysia yang mereka kecepi hingga hari ini adalah lahir daripada perjuangan gigih mereka .Para pemimpin kita dari dulu hingga sekarang sentiasa perihatian dengan keluhan dan rintihan rakyat yang memerlukan berbagai kemudahan asas dan pembangunan fizikal.

Dari segi pembangunan fizikal sekolah, kerajaan memperuntukkan berjuta-juta ringgit mendirikan bangunan-bangunan sekolah diseluruh negara mengikut keutamaan tanpa mengira etnik dan kaum termasuklah kaum-kaum KDM di Sabah. Tidak perlulah pembangkang mengarah kerajaan mengemukakan data atau statistik yang menunjukkan berapa banyak sudah pembangunan yang telah dibuat dan dilaksanakan di negeri Sabah kerana mijoriti rakyat Sabah tahu menilai sendiri apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri selama ini. Tidak rasional langsung, apabila pihak pembangkang mendakwa kononnya golongan KDM di Sabah ini dirugikan oleh kerajaan BN dalam semua aspek pembangunan sosioekonomi, sosiopolitik , sisopendidikan dan sosiokebudayaan.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penasihat DAP Lim Kit Siang mempunyai pelbagai masalah dalam kepalanya. Ia juga membuktikan parti-parti pembangkang kehabisan isu yang boleh digunakan menghentam kerajaan. Dalam soal ini rakyat lebih bijak dan menggunakan akal rasional untuk menolak perjuangan pembangkang yang disifatkan umpama “Anjing meyalak bukit” dan perjuangan menunggu ‘Kucing bertanduk.'

1 comments:

Ajin b. Gagah March 12, 2010 at 7:16 AM  

Salam hormat Sdra Abd Gawis. Semuga dimurahkan rezki dan sukses selalu.

Pertama sekali saya mohon izin untuk memberi sedikit ulasan tentang isu sensasi yang diwar-warkan oleh Lim Kit Siang (LKS), Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI) dan mungkin juga Datuk Kalakau Untol ? ; khas nya isu yang berjodol “ KDM Rugi Dalam BN”.

Isu ini telah menjadi hangat dan meletop baru-baru ini bilamana pemimpin Agung “Hogun Siau” KDM Datuk Pairin Kitingan (Sahabat Saya) dan juga aktivis KDM Datuk Dr Clarance Bongkos Malakun (DCBM) telah memberi ulasan-balas terhadap tuduhan yang di kira sensitif oleh setengah orang ini.

Dalam kontek tersebut, mereka dengan sekeras-keras nya menolak pandangan LKS dll, mengenai perkara tersebut.

Saya hormati juga ulasan Sdra mengenai isu yang sama. Kerana bagi saya, kita semua mempunyai hak masing-masing dalam hal ini.

Walau macam mana pun, saya terfikir juga macam mana kah bentuk pandangan Datuk Hogun Siau dan DCBM sekira nya mereka bukan mempunyai status yang ada pada mereka ketika ini ? Maksud nya berada di pehak pembangkang..

Seadanya, mereka ini di beri ‘ privilege’ yang cukup lumayan (secara peribadi) oleh Parti Pemerentah (BN) … saperti kuasa, peluang business dsn ( walau pun pada pandangan setengah orang penganalisa politik, maseh dikira dalam kategori ‘second class’ atau pun setakat tahap Menteri dan Timbalan Ketua Menteri).

Sedangkan pada suatu ketika, dalam era PBS (dalam BN dan pembangkang) mereka mempunyai kuasa ‘executive’ yang sepenuh nya ? ? ? Atau pun, ada kah pandangan mereka ini diterima sepenuhnya oleh semua pehak dari akar umbi suku kaum KDM di Negeri di bawah Bayu ini ?

Bagaimana pun, untuk rekod, setakat ini saya bukan lah penyokong LKS atau pun DSAI. Cuma saya terasa keliru dengan ciri-ciri kejujuran dan kebenaran ‘secara total’ ‘responses’ dari Pemimpin KDM tersebut ? Seakan-akan maseh ada perkara yang tersirat ?

Untuk itu, sama-sama lah kita fikir-fikirkan bersama.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP