Konvokesyen ke 12 UPSI: Tahniah Nor Suhada

Monday, March 22, 2010





Pada 15 March 2010 saya bersama anak perampuan Nor Suhada telah bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Air Asia AK 5123 kira -kira jam 10.55 pagi. Setelah terbang diudara selama 2 jam 35 minit akhirnya pesawat itu sampai dan selamat mendarat di lapangan terbang di LCC Terminal Kuala Lumpur International Airport(KLIA)kira-kira jam 01.25 petang.

Dari Airpoort KLIA kami telah dibawa menaiki kerita jenis Myvi keluarga angkat di KL menuju ke Tanjung Malim ,Perak. Kami sampai jam 4.30 petang dan tampa membuang masa kami mencari Hotel di sekitar pekan Tanjung Malim. Agar sukar mencar bilik hotel kerana kebanyakan bilik telah ditempah lebih awal oleh ibu bapa yang menamani anak-anak mereka dalam majlis Istiadat Konvokesyen ke 12 Univesiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 16 dan 17 Mac 2010. Mujur ada sebuah bilik kosong di Restoran Tanjung Malim dan di tempat inilah kami bermalam dan beristirehat pada malam itu.

Pagi subuh saya dan keluarga angkat namanya Salleh telah bersembahyang jemaah di Masjid Tanjung Malim. Ini pertama kali saya menjejak kaki di dalam masjid itu. Saya amat tertarik dan kagum dengan keindahan masjid yang masih mengekalkan struktur binaan lama yang penuh sejarah dan ditokok tambah dengan seni bina moden.

Jam 8.30 pagi pada 16 Mac ibu bapa para graduan dijemput memasuki Dewan Auditorium UPSI untuk menyaksikan Majlis Istiadat Pengurniaan Ijazah. Keadaan di dalam dewan sungguh cantik dihiasi oleh beranika jenis bunga warna-warni dan susunan kerusi yang diatur begitu rupa.

Hari ini adalah hari yang begitu ceria kepada semua ibu bapa yang hadir melihat kejayaan anak mereka menerima ijazah. Ada juga ibu bapa yang merasa cukup terharu melihat anaknya naik ke pentas menerima ijazah yang telah disempurnakan penyampaiannya oleh Canselor UPSI Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun.

Pegorbanan ibu bapa dari segi tenaga , pemikiran dan kewangan tidak ternilai demi kejayaan anak-anak mereka hingga berjaya menamatkan pengajiannya di universiti(UPSI).Selepas ini harapan rakyat semoga para graduan muda ini akan berkhidmat kepada negara dengan penuh semangat, bertanggungjawab dan penuh kejujuran. Illmu yang yang ditimba di menara gading itu adalah diharapkan akan disumbangkan pula anak-anak bangsa negara Malaysia yang amat memerlukan terutama sekali masyarakat luar bandar.

Untuk Nur Suhada Md Amin ucapan tahniah atas kejayaan menamatkan pengajian Sarjana Muda Pendidikan (Piskologi Sukan ) dan syukur kepada Allah atas kurnianya ini. Tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan atas sumbangan tiket kapal dan terima kasih kepada YB Datuk Musbah Hj Jamli ADUN Tempasuk atas sumbangan iklas itu. Terima kasih kepada Awadnir Matanggal, Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Kota Belud atas tajaan penginapan di Kuala Lumpur dan keluarga angkat di Negeri Sembilan Aisah & Sukri atas layanan baik sepanjang kami di sana.

1 comments:

Unknown March 22, 2010 at 8:58 PM  

Tahniah untuk Nur suhada atas kejayaan dan tahniah kepada bapanya, Amin yang telah memberi bimbingan dan pengorbanan yang besar terhadap pendidikan anak-anak.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP