Hari Kemerdekaan Menuntut Satu Pengorbanan Dan Kesetian

Sunday, August 30, 2009

Apakah ertinya Kemerdekaan? Perkataan Kemerdekaan mempunyai pengertian yang cukup luas. Apa bila perkataan Kemerdekaan itu dipendekkan kepada perkataan Merdeka sahaja ianya membawa erti satu bentuk kebebasan dari segi bersuara, mengeluarkan hujah dan pendapat dan mungkin banyak lagi pengertian lain yang boleh disimpulkan daripada erti perkataan itu. Tetapi pegertian Kemerdekaan itu dari segi skop yang luas ianya membawa maksud atau pengertian kebebasan daripada cengkaman penjajahan.Dalam erti kata yang lain kita telah bebas untuk memerintah dan mentadbir negara mengikut acuan sendiri tanpa bergantung harap kepada kuasa lain.

Untuk mencapai Kemerdekaan itu, perkara asas yang ditempuhi ialah pengorbanan. Pengorbanan para nasionalis kita dalam memperjuangkan kearah kemerdekaan Tanah Melayu seperti Dato Onn Jaffar, Tunku Abdul Rahman,Tun Hussien Onn, Tun Abdul Razak , Tun Tan Siew Sin ,Tun Sambanthan dan lain-lainnya amat besar ertinya kepada rakyat negara, semoga semangat perjuangan yang mereka tunjukkan akan menjadi satu renungan dan keinsafan kepada generasi muda mutakhir agar sentiasa menanamkan semangat nasionalisma atau semangat cintakan negara yang bertuah ini.

Hasil daripada perjuangan Tunku Abdul Rahaman dan rakan-rakan seperjuangan ketika itulah akhirnya membawa satu peristewa keramat kepada Tanah Melayu iaitu hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1963, Singapura, Sabah dan Sarawak menganggotai persekutuan ini secara sukarela untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang berdaulat. Cuma dalam tahun 1965, Singapur telah mengisthiar keluar dari gagasan ini setelah tidak sehalauan dengan dasar pentadbiran negara di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu.

Selepas mencapai Kemedekaan, cabaran getir pentadbiran Tunku Abdul Rahman berdepan dengan masalah perkauman yang menebal antara orang-orang Cina, Melayu dan India. Peristewa berdarah 13 Mei 1969 adalah manifestasi daripada perkauman yang tidak terkawal. Dalam buku ‘Peristewa Sebelaum dan Selepas 13 Mei,’ yang ditulis oleh Tunku sendiri beliau berkata,”Inilah satu pandangan yang amat menyedihkan. Saya tidak sangka akan menyaksikan kejadian seperti ini semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha-usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bahagia dan aman.Api itu juga menghancurkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sehabis-habis bahagia sekali di dunia ini”.

Dari sini,sedarlah kita betapa bahayanya mempermainkan isu-isu perkauman oleh para pemimpin politik samada pro kerajaan dan anti kerajaan. Cukuplah peristewa penuh tragis 13 Mei 1969 ini menjadi satu tamsilan dan tauladan kepada semua lapisan masyarakat terutama jenarasi muda.

Dalam hal ini, saudara Ruhanie Haji Ahmad dalam bukunya,’Patriotisme Malaysia Menangkis Neoimperialisme’ telah mengupas panjang lebar akan kesan-kesan dan akibat perkauman itu. Beliau menjelaskan bahawa Malaysia yang telah Merdeka, belum pasti aman dan sejahtera, kalau sesetengah pemimpin dan bangsa Malaysia sendiri tidak mengisi kemerdekaan itu secara iklas dan jujur, menerusi amalan demokrasi yang dibatasi realiti sejarah serta kepelbagaian bangsa, agama dan budaya.

Maksudanya, kemerdekaan Malaysia tidak akan terjamin keselamatan, ketenteraman dan kebahagian sepanjang masa, jika bangsa Malaysia menjadikan kemerdekaan sebagai alas an untuk berbalah-balah, bertelingkah, bersengketa, bermusuhan dan berebut kuasa pada sepanjang masa.

Pengorbanan dan kesetian kepada Negara tidak dapat diasingkan dalam diri setiap diri pemimpin dan rakyat yang dipimpin. Dalam persoalan ini kita perlu menghayati semula parkara-perkara yang terkandung dalam rukun Negara. Prinsif rukun Negara yang menekankan kesetian kepada Raja dan Negara adalah cukup jelas menerangkan betapa pentingnya setiap individu, masyarakat dan pemimpin itu menumpukan ketaatan dan kesetiannya kepada Negara ini.

Sebagai satu kesimpulan dalam pembicaraan mengenai topik berkaitan dengan pengisian kemerdekaan, perjuangan dan ketaatan kepada Negara, perlukan kemantapan berfikir secara kritis untuk menilai sejauh mana rakayat boleh mengekalkan kestabilan politik dan keamanan Negara walaupun berdepan pelbagai isu-isu nasional yang begitu mencabar menguji kemampuan dan kemampanan pihak kerajaan untuk menanganinya.

1 comments:

watasikadi September 2, 2009 at 1:19 AM  

apa komen tuan Abdul Gawis dengan tarikh kemerdekaan malaysia? 31 ogos atau 16 september? merdekakah jiwa anak bangsa kita kini setelah 52 tahun dibawah kuasa BN?

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP