Anwar Pengkhinat Bangsa Melayu?

Saturday, August 15, 2009

Ada juga rasonalnya kita harus berhati-hati dalam melaung-laungkan slogan Anwar Ibrahim sebagai "Pengkhianat Bangsa Melayu". Ini kerana isu ini mungkin memberikan kesan negatif kepada orang-orang Melayu yang pemikiran mereka tidak diracuni oleh permainan politik ekstrim yang dilaung-laungkan oleh pihak pro kerajaan dan anti kerajaan.Bagi golongan Melayu yang tak berminat 'main politik'sudah tentu tak dapat menerima keceman begini teruk kepada Datuk Anwar. Bukankah Datuk Anwar ini juga satu ketika dahulu orang kuat UMNO yang begitu lantang,tegas dan berani bersuara memperjuangkan nasib orang-orang Melayu?Setelah beliau dipecat dari UMNO beliau dikeji dan dilebalkan sebagai 'Pengkinat' oh... sungguh tidak masuk dek akal.Beliau tidak mahu keluar parti UMNO tapi dipecat, itu salah siapa? Mutakhir ini Datuk Anuar berjuang bukan lagi dibawah payung UMNO, namun perjuangannya untuk membela nasip orang-orang Melayu tetap diteruskan.Maaf saya bukan anti kerajaan.Cuma saya rasa terpanggil mengetengahkan pendapat tentang isu ini.Jadi,bukan masanya sekarang beliau diberi gelaran begitu buruk sehingga kita lupa akan jasa-jasanya kepada orang Melayu dan negara.Ingatlah selalu tamsilan disebalik cerita Hang Jebat dan Hang Tuah. Siapa derhaka siapa pengkhianat?Renung-renungkan.

1 comments:

Maruf Ismail August 16, 2009 at 3:20 AM  

Begitulah kalau dekat PRK..Macam2 la tuduhan terhadap Penasihat PKR..Muhiyddin sebenarnya dalam keadaan terdesak mengatakan Anwar Pengkhianat Melayu..Siapa khianat siapa?Siapa pengkhianat Melayu?Anwar atau UMNO?

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP