1 Ogos Bulan Kemerdekaan Yang Tercemar

Sunday, August 30, 2009

Satu hari bulan Ogos tercatat dalam lipatan sejarah tanah air,apabila tarikh ini merupakan tarikh penting dan amat senonim dengan golongan pelampau yang telah menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menunjukkan protes penuh emosi kebencian membuak-buak kepada kepada kepimpinan BN agar disegerakan proses pamansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau (ISA ) itu.Sedar atau tidak sedar segala tindak-tanduk golongan pendesak ini amat menakutkan serta membimbangkan rakyat secara keseluruhannya termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Barangkali inilah trend orang-orang Melayu masa kini dengan pembawaan dan idealogi politik melanggar arus perdana untuk mengisi bulan kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang agak ekstremis, suka berdemonstrasi, gemar menyelar dan memaki hamun pemimpin kerjaan BN dalam mediamasa termasuklah menghambur fitnah dalam blog dan sebagainya.
Di mana letaknya maruh dan jati diri orang- orang Melayu yang amat terkenal dengan nilai budi pekerti dan sikap sopan santunya, bukan sahaja tersohor di kepulauan nusantara tetapi di dunia luar. Para sarjana linguastik dan para pencinta kesusteraan Malayu misalnya yang ramai terdapat di luar negara yang pernah mengagungkan ketinggian nilai estetika kesenian dan kebudayaan orang Melayu , sudah tentu terasa terkilan atau tergamam melihat sikap dan tingkah laku masyarakat Melayu mutakhir ini, yang begitu jauh tersasar dari sikap aslinya seperti mana mereka lihat dahulu.
Dalam situasi begini semua pihak yang bertentangan pendapat dan berlainan idealogi politik tidak seharusnya membelakangi sejarah perjuangan pemimpin orang- orang Melayu terdahulu semasa berjuang membebaskan negara ini dari cengkaman penjajahan British sehinggalah negara tercinta ini mencapai kemerdekaan.
Sepatutnya tidak ada sesiapa lagi rakyat negara ini yang masih buta sejarah tentang kemedekaan tanah airnya sendiri. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 di mana negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan seharusnya disematkan disanubari setiap rakyat Malaysia.Kecintaan dan kesetian kita kepada negara yang tidak berbelah bagi merupakan syarat penting dan tunjang kukuh kearah menegakkan kedaulatan , keamanan serta ketenteraman negara.
Tokoh-tokoh pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Dato Hussien Onn, jasa dan perjuangan awal mereka menuntut kemerdekaan dari kerajaan British dan kesinambungan perjuangan pembangunan negara, menyatupadukan rakyat berbilang kaum, menaiktarafkan ekonomi dan sosial rakyat ketika itu perlu dihayati, direnungi , dihayati dengan penuh keinsafan dan tanggunjawab.
Janganlah cuba menghancurkan batu asas perjuangan mengapai kemerdekaan yang amat kukuh dan padu yang dilakukan oleh para pejuang terdahulu ini.Marilah kita sama-sama memelihara dan menjaga khajanah negara ini buat selama-lamanya walaupun barangkali menutut satu pengorbanan hingga ke titisan darah yang terakhir. Makna dan nilai kemerdekaan amat mahal harganya bagi mereka yang tahu menilainya dan sentiasa memahami, menyelami falsafah disebalik erti perkataan merdeka itu.
Berbalik kita kepada soal bagai mana jenarasi muda negara mengisi bulan kemerdekaan ini?Presiden Amerika Jimmy Catter misalnya pernah berkata, jangan tanya apa sumbangan negara kepada kamu,tapi tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara. Kata-kata ini jelas mesej atau pengajaran terkandung didalamnya ialah meyuruh kita member khidmat , sumbangan dan jasa kepada negara dalam apa saja bentuk aktiviti-aktiviti yang mampu memberi nilai positif,membuahkan mutu pemikiran dan idealogi yang mampu menginterprestasikan pemikiran golongan belia atau jenarasi muda yang lebih terarah dan memiliki semangat patriotik kepada negara .
Para pemimpin sama ada pemimpin BN atau Pakatan Rakyat harus juga tahu menghayati erti Kemerdekaan. Sebagai pemimpin, diri kita sentiasa dinilai dan diperhatikan oleh golongan rakyat yang dipimpin. Setiap tindak tanduk , gerak-geri, skil komunikasi, pembawaan seharian , budi pekerti dan hingga ke gaya berpakaian kitapun akan diperkatakan oleh mereka. Pendek kata pemimpin adalah ‘rool model atau mugkin menjadi idola jenarasi muda tersebut.
Justeru itulah, maka para pemimpin perlu jadi teladan dalam kepimpinan tak kira contoh kepimpnan dalam pegurusan syarikat, pertubuhan-pertubuhab NGO pro kontra kerajaan dan penting sekali mereka yang menjadi pemimpin badan-badan siasah haruslah bertanggungjawab kepada kepada kesan-kesan negatif berpunca daripada kepimpinan mereka.
Pemimpin akan menerima padah bilamana mereka cuba bermain dengan sentimen misalnya idealogi politik yang menghasut rakyat dengan mengadudombakan dua pihak berlainan bangsa, budaya dan agamanya.Kita tidak mahu melihat lipatan sejarah hitam 13 May berlaku atau berulang lagi di negara ini. Cukuplah peristewa rusuhan kaum antara Cina dan Melayu itu sebagai satu pengajaran yang perlu dinilai dan direnung sejenak kesan baik buruknya kepada keamanan serta kestabilan pentadbiran negara.
Barangkali kita sering alpa dan mungkin dilalaikan oleh kegahairahan mengejar pangkat, kedudukan yang tinggi dan kemewahan yang melimpah ruah sedang dinikmati.Hingga kita tidak menyedari nilai kemerdekaan itu seakan-akan mahu dikorbankan atau dimusnahkan dengan sekelip mata saja untuk kepentingan dan kepuasaan peribadi.Semoga para pemimpin di Sabah dan Sarawak setiasa komited dengan perjuangan parti BN kearah memenuhi bulan kemerdekaan dengan pendekatan tersusun memenuhi aspirasi rakyat terus bebas berfikir tanpa dikongkong oleh idealogi politik ekstremis yang boleh menggangu-gugat keamanan negara.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP