UMNO KB PERLU BERSIKAP TERBUKA DAN SAKSAMA

Tuesday, October 20, 2009



UMNO Perlu Bersikap Terbuka Dan Saksama

Kejatuhan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah (1985-1994) telah membuka ruang yang lebih luas kepada parti politik UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah. Dengan kemasukan parti UMNO di Sabah
Februari 1991, telah membawa impak besar kepada situasi politik di negeri ini,terutama sekali dari segi sistem pemerintahan.
“Para pemimpin Kerajaan Pusat sering datang ke Sabah menghadiri majlis-majlis bersama-sama rakyat,jarang-jarang kita dengar memuji USNO, yang mereka sering puji ialah UMNO. Yang mereka sering puji ialah kepimpinan UMNO Sabah kerana berjaya mendapatkan ahli berjumlah 240,000 orang.”
“USNO tidak pernah disebut.Jasa dan pengorbanan USNO mengumpul 240,000 orang untuk menjadi ahli UMNO tidak disanjung dan dihargai. UMNO Sabah bersikap bongkak, jasa dan pengorbanan USNO yang besar itu tidak diingat.”
Pandapat dan pandangan ini telah dipetik daripada buku Kerajaan Campuran PBS-USNO ditulis oleh Abdul Malik Unar seorang penganalis politik Sabah.
Memang ada rasionalnya pendapat tersebut, kita lihat sahaja ramai daripada mantan pemuka USNO dahulu , setelah UMNO memegang tampuk pemerintahan di Sabah ramai yang berputih mata kerana tidak lagi diajak dan diberi peluang oleh para pemimpin UMNO berjuang bersama-sama untuk mengukuhkan,menegakkan dan membela maruah bangsa ,budaya dan agama bumiputera Islam.
Lihat sahaja sebagai contohnya tokoh pejuang USNO yang berkrisma iaitu Datuk Ismail Gimbad di daerah Kota Belud yang pernah dilantik Pembantu Menteri dalam kabinet Negeri Sabah pada tahun 1973.Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Datu Mustapha amat mempercayai dan menghormati beliau kerana jasa dan pengorbananyalah parti USNO di daerah Kota Belud itu telah mendapat sokongan rakyat terutama sekali dari suku kaum Kadazan Dusun ketika itu.Kini beliau dilihat seperti tersisih dan terpinggir dalam arus politik Kota Belud.Beliau jarang dipanggil dan dijemput dalam majlis-majlis resmi kerajaan apa lagi diberi pengharga mengenang akan sumbangan ke atas jasa dan perjuangan politiknya kepada masyarakat Kota Belud.

Disinilah kita dapat melihat betapa besarnya peranan UMNO Sabah seperti pergerakan Pemuda,wanita dan pergerakan Puteri terutama sekali daerah Kota Belud agar sentiasa mendakati rakyat.Rintihan dan keluh kesah rakyat terutama sekali golongan atas pagar atau kumpulan yang tidak mempunyai pendirian berpolitik.Golongan inilah merupakan golongan yang selalu mengancam,menjadi pendesak kerajaan dan menyimpan rasa dendam,rasa benci kepada parti UMNO.Lajimnya kumpulan ini amat gemar bermain api sinteman perkauman dan suka melafazkan luahan geram hati kepada para pemimpin veteran tak kisahlah dari parti manapun idealogi politiknya,mantan pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara dan ada juga dikalangan mereka ini mencucuk jarum propaganda membenci kerajaan di dalam rumah-rumah ibadat.Biasanya keluhan dan luahan tidak berpuashati ini tertumpu kapada soal dasar dan kepincangan pentadbiran kerajaan yang merangkumi soal politik,ekonomi, pendidikan ,social dan kebudayaan. Situasi begini jika diperhalusi dan diteliti secara telus sebenarnya isu berhubung dengan perkara seperti ini ada asas dan rasionalnya yang memerlukan perhatian sewajarnya dari pihak UMNO dan parti komponen BN yang lain.

Persepsi rakyat berhubung dengan sikap angkoh dan sombong segelintir pemimpin UMNO bukan cerita retorik yang sengaja direka-reka oleh musuh-musuh politik, tetapi ini adalah satu kebenaran dan kenyataan .Menyedari akan hakikat inilah, maka Presiden UMNO Dato Seri Najib dalam ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung baru lalu ,telah menegaskan dan menekankan betapa pentingnya para pemimpin UMNO mendekati rakyat atau sentiasa turun padang menemuai penyokong akar umbi.

‘Saya ingin berpesan, jangan segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekalipun kita menyandang jawatan tinggi.Bak kata pepatah, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Malah rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri mereka, sukar didekati,apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Mereka yang menunjukkan keiklasan dan merasai keseronokan memberi bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung’
Sebagai satu kesimpulan dan renungan kita bersama hayati pengertian Surah Al Maidah ayat lapan yang bermaksud bahawa Allah (SWT) menyeru kita, supaya menjadi orang yang berlaku adil, serta menegakkan kebenaran kepada semua kaum dan bangsa, kerana berlaku adil itu dekat kepada takwa.

3 comments:

YANG GAMBI October 20, 2009 at 10:35 AM  

Salam, satu paparan yang menarik, teruskan dengan paparan sebegini untuk kebenaran.....

BATU GADUNG October 20, 2009 at 10:51 PM  

Salam,
Sdra...UMNO telahpun melakukan tindakan yang tepat ke arah memantapkan parti melalui pindaan beberapa fasal dalam perlembagaan parti...bagi Kota Belud khasnya, secara peribadi saya berpendapat UMNO di KB tidak perlu berubah kerana yang perlu adalah pendukung UMNO itu sendiri iaitu berbalik matlamat asal perjuangan parti...

Secara peribadi saya berfikiran bahawa UMNO di Sabah tidak pernah menidakkan sumbangan dan perjuangan USNO...mereka2 yang dikatakan orang kuat USNO yang mana dikatakan tidak terpilih sebagai pemimpin kanan UMNO di Sabah sememangnya bukanlah salah UMNO, ini kerana sudah menjadi kelaziman amalan demokrasi dalam UMNO, di mana sesiapapun boleh bertanding dan merebut pelbagai jawatan dalam UMNO....

USNO sudah pun dibubarkan, jadi bagaimana UMNO nak berkongsi kuasa dengan USNO di Sabah? Mereka2 yang berjasa tidak pernah dilupakan cuma sudah menjadi hukum alam bahawa yang lama akan digantikan dengan yang baru, contohnya Tun Dr Mahathir sendiri setelah sampai masanya telah berundur dan digantikan dengan muka baru, begitu juga di Kota Belud....soal peribadi segelintir pemimpin UMNO Kota Belud, ini lumrah dalam mana2 parti sekali pun bah kata orang, manusia biasa bukannya bersifat maksum....

Soal UMNO nak memuji USNO ataupun tidak, bagi saya secara peribadi, mana2 parti sekalipun mesti memuji partinya sendiri dan amat jarang kita dengar orang memuji parti orang lain....

Secara relatifnya rakyat Sabah masih yakin terhadap kepimpinan UMNO di Sabah...ini telah terbukti melalui keputusan PRU-12 di Sabah...

Apa pun harap maaf,sekadar pendapat peribadi sahaja...selamat...

kelapa mawar October 22, 2009 at 4:34 PM  

salam ziarah sdr..

satu posting yang menarik utk diulas..

Umno di Kb, dilihat terlalu mementingkan kepentingan kepimpinan golongan tertentu tidak berlaku satu toleransi politik semulajadi..kerana itu perebutan kuasa tidak diurus dengan memikirkan kepentingan bangsa dan parti..

Ditambah lagi ahli-ahli UMNO juka ditidak sangat berubah minda dan pendekatan mereka, ganjaran sementera diambil kira dalam memilih pimpinan bukan sangat menjadi undi pendamai antara yang bertarung..

Apakah kerana idealisme USNO masih cuba dimarakkan dalam UMNO Sabah Dan KB..agak sukar kita mencerotakannya kerana dalam UMNO banyaka fahaman politik, ada USNO, Ada AKAR, ada SAPP,ada PBS dan ada juga UMNO sendiri..bagaimanakah kita memperjuangkan penyatuan ini kalau begitu banyak perbezaan pegangan politik..?

UMNO kena muhsabah dan memikirkannya..
SALAM HORMAT DARI KELPAA MAWAR

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP