Wednesday, September 8, 2010






MUALAP KG TENGKURUS DAPAT PEMBELAAN

Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri kini semakin terasa oleh seluruh umat Islam bukan sahaja di Negara kita Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Bagi mereka yang dianugerahkan kelebihan rezeki hari lebaran tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan, tetapi bagi umat islam yang kurang kemampuan ketibaan bulan satu syawal disambut dengan perasaan penuh kedukaan dan kesedihan.

Dalam ajaran Islam, masalah seperti ini amat diberi perhatian dan diberi keutamaan bagi mencari jalan penyelasaian yang terbaik. Maka itulah ajaran Islam telah mewajipkan setiap umatnya berkemampuan membayar zakat harta atau zakat fitrah dibulan ramadhan ini. Peranan penting zakat ini secara ringkasnya adalah sebagai dana yang boleh membantu kepada golongan islam yang ditetapkan oleh syariah khususnya orang fakir miskin dan mualap.

Berpandukan ajaran islam ini, satu program kebajikan oleh Jawatankuasa Sukarelawan Pertubuhan Kebangsaan Islam Malaysia (PERKIM) Daerah Kota Belud diadakan di kampong Tengkurus Kota Belud pada 07 September 2010 bersamaan 28 Ramadhan 1431H.

Saudara baru atau mualap di kampong ini amat bertuah kerana berkat dibulan ramadhan, telah dikunjungi oleh seorang pemimpin yang amat perihatin dengan masalah golongan mualap di Sabah khusunya di daerah Kota Belud. Beliau yang dimaksudkan ialah Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Hj. Ukin juga selaku Pengerusi Perhubungan Sukarelawan PERKIM Sabah.

Jiarah Datuk Seri Lajim di Kg. Tengkurus memancarkan cahaya kegembiraan dan keceriaan diwajah penduduk kampong ini. Bagi mereka, lawatan beliau cukup bermakna dan memberi pengertian amat mendalam dari segi ajaran islam. Sebagai saudara baru, jiarah seorang pemimpin Islam dibulan puasa merupakan satu hubungan dan jalinan persaudaraan sesama islam. Kesan lain secara saikologi merungkai segala tanggapan negatif atas mereka salama ini yang dianggap sebagai islam terbiar dan terpinggir dalam arus pembangunan mutakhir.

Program ini bolehlah dikatakan ‘majlis kebajikan mualap’,acara disusun begitu mesra . Suasana bertambah ceria lagi dengan kemurahan serta keiklasan hati Datuk Seri Lajim menghulur derma wang ringgit kepada fakir miskin. Sementara itu, sumbangan beras dan barangan lain kepada golongan ini daripada YDP MUIS Sabah, Syed Abbas Syed Ali juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PERKIM Sabah.

Ketika majlis berbuka puasa, penduduk kampung amat teruja dengan keramahan dan kemeseraan Datuk Seri Lajim. Mereka sempat berbual-bual begitu santai dan mereka diberi peluang mengabadikan kenangan dengan sesi bergambar beramai-ramai. Suasana santai dan formal seperti ini adalah pergaulan yang amat dituntut dalam ajaran agama islam. Itulah keistemewaan Datuk Lajim Okin dimata hati orang mualap kampong Tengkurus. Pembawaannya yang suka merendah diri adalah ciri peribadi Rasulallah yang amat terpuji dalam islam.

Dalam majlis ini, turut kelihatan begitu bersemangat ialah Ketua Sukarelawan PERKIM,Kota Belud, saudara Awadnir Matanggal. Semasa berucap mengalu-alukan jiarah Datuk Seri Lajim dan dia memuji kometment dan kesungguhan beliau membantu saudara baru di kampungnya.

Dengan ini, Awadnir telah dengan penuh keiklasan telah mengumumkan kesediaannya mewakapkan 50 ekar tanah miliknya kepada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) sebagai tapak kepada apa juga projek yang akan dirancangkan oleh PERKIM pada masa akan datang di daerah Kota Belud.

Dengan aset tersebut, PERKIM daerah ini telah mencatat sejarahnya sendiri dan sudah tentu khabar baik ini akan menguatkan lagi keyakinan golongan mualap bahawa masa depan mereka akan dapat pembelaan sewajarnya, bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga dari pihak NGO Islam lain terutama sekali PERKIM.

Tahniah juga kepada barisan Jawatankuasa Sukarelawan PERKIM Kota Belud seperti Timbalan Pegawai Daerah KB,En.Hamdan Sarudin,Pegawai JAHEIS KB,Ketua Imam Daerah Tuan Hj. Madli Hj. Mansur, Pengerusi Tetap UMNO KB Kuim Harun dan lain-lainnya.Kerana sokongan dan dokongan mereka ini majlis tersebut telah berjaya dianjurkan.

Bersembahyang maghrib sudah. Bersolat Ishak sudah. Sambahyang sunat Tarawih selasai ditunaikan dan masa beredar telah tiba di mana Datuk Seri Lajim dan rombonganya pada malam itupun mohon diri untuk balik ke Kota Kinabalu.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP