Nostalgia Indah Dalam Peristiwa ke KL

Tuesday, October 26, 2010




Dengan satu matlmat dan tujuan seramai 35 orang rombongan daripada ADUN N 6 Tempasuk, Kota Belud, Sabah telah berlepas dari Lapangan Terbang Air Asia, Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2010 lalu mencatat nostalgia begitu bermakna dan indah sekali dalam lipatan diary kehidupan masing-masing.

Kami amat terharu dan sekalung tahniah kepada ADUN N 6, Tempasuk Datuk Musbah Hj. Jamli atas budi baiknya memberi tajaan tiket penerbangan pergi dan balik dari Sabah ke Kuala Lumpur. Semoga budi baik beliau ini diberi ganjaran besar oleh Allah dan kami sebagai insan terpilih dalam rombongan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas budi dan jasa baik YB Datuk.

Di tengah jantung kota metropolitan Kuala Lumpur, kami ditempatkan sebuah Condominium KL Plaza yang begitu berprestej terletak di Jalan Bukit Bintang. Inilah kebangaan kami kepada ADUN Tempasuk yang punya perancangan begitu teliti dan sentiasa menyelami hati dan kemahuan para pemimpin akar umbi yang dipilihnya menyertai rombongan ini. Beliau mahu melihat anak-anak buahnya bergembira dan berpuas hati selama berada di sini. Lot Kondominium ini di dalamnya terdapat 2 buah bilik tidur, ruang tamu yang luas, dapur untuk memasak dan keluasannya kira-kira 30’ lebar dan 50’ panjang.

Hakikat hidup ini, setiap kesetiaan dan kejujuran akan dihargai. Bukan mudah mengaplisasikan kalimat-klimat ini sebagai suatu kenyataan dan untuk menepati matlamatnya. Pembawaan hakikat kelimat ini ada pada Datuk Musbah, di mana beliau perihatin dan sentiasa memperincikan dalam soal ini. Kebajikan para pejuang akar umbi sentiasa diberi perhatian secara konkrit dalam semua aspek kerana beliau sedar bahawa mereka ini adalah seperti soldadu siapa siaga dikerah bila-bila masa.

Malam 22 Oktober 2010, Datuk Musbah mempelawa minum Teh disebuah hotel yang bersebelahan dengan kondomonium tempat kami menginap. Perbualan saya malam itu amat santai dan bersahaja dari satu bab ke bab cerita lain.

“Min, apa masalah di kampung?”, tiba tiba sahaja soalan itu diajukan oleh Datuk kepada saya.

“Ada juga Tok. Yang pertama ialah gerakan-gerakan yang aktif parti PR mempengaruhi dan meracuni fikiran penduduk kampung. Keduanya isu merebut Ketua Kampung dan JKKK dan yang ketiganya ialah masalah Saliran Air di Sawah Padi”, jelas saya kepada Datuk.

Datuk Musbah seperti tergelak kecil. Beliau kemudiannya merenung saya seperti ada sesuatu mesej penting hendak disampaikan.

“ Saya sudah agak, isu Ketua Kampung dan isu JKKK ini akan timbul dan menjadi perbualan hangat. Inilah kesan kenaikan elaun baru. Saya harap semua JKKK dan Ketua Kampung akan berkerja lebih aktif lagi selepas ini”, katanya.

Ini merupakan satu permintaan dan amanah seorang pemimpin. Walaupun disampaikan secara formal dan biasa-biasa sahaja, makna disebalik kata-kata ini amat besar dan perlu dimengertikan sebagai garis panduan yang perlu digalaskan penuh hemah dan penuh tanggung jawab.

Rasanya tidak lengkap kedatangan kami ke Kuala Lumpur ini jika tidak bertandang ke bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menyaksikan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2010. Setiba kami di sana, ruang legar ditingkat bawah telah penuh sesak oleh para perwakilan dan para pemerhati yang datang dari seluruh pelusuk negeri.Kami mengambil kesempatan untuk merakam gambar kenangan, membeli kraftangan, buku-buku politik, makanan ringan, kain, baju dan sebagainya.

Genap empat hari tiga malam kami menjadi tetamu di Bandar Raya Kuala Lumpur ini, maka tibalah masa kami untuk balik ke Sabah dengan menaiki sebuah Bas Express dari tempat penginapan menuju ke Lapangan Terbang KLIA. Sesungguhnya kami amat beruntung datang ke sini kerana selain dapat melancong,kami juga dapat berbincang, bertukar pendapat dan bersua muka dengan beberapa tokoh pemimpin.Untukmu Datuk Musbah terima kasih sekali lagi atas segala kemudahan,layanan dan sumbangan perbelanjaan sewaktu berada di sini.

Melancong sudah. Membeli-belah sudah. Kalau diberi kesempatan lagi olehNya, lain masa dan ketika kami akan datang lagi sebagai tetamu setia dan tidak pernah jemu-jemu menyaksikan keindahan warna-warni ibu kota ini.Tersimpan saribu satu macam cerita disebalik peristiwa di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP