PENDEDAHAN ZAHRAIN MENGUNDANG PADAH ?

Saturday, April 3, 2010




“ Saya ingat bagaimana pada masa itu kami Ahli Parlimen pakatan pembangkang diperkuda,diperalat dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti lebih daripada cukup.”

Inilah kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hilang keyakinan dengan kepimpinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggapnya suka berbohong. Sandiwara pembohongan 16 September 2008 itu telah menyebabkan keraguan mengatasi keyakinannya kepada perjuang PKR dan mendakwa perjuangan Pakatan Rakyat itu adalah sia-sia dan memperdayakan rakyat.

Rentetan peristiwa inilah membuka pekung pihak pembangkang dimana isu sensasi berhubung dengan strategi mengumpan lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti. Bagi menjayakan rancangan Anwar Ibrahim tersebut bahawa kononnya tarikh 16 September itu adalah tarikh karamat untuk mengulingkan kerajaan BN dan digantikan oleh kerajaan baru iaitu Parti Pakatan Rakyat(PR).

Pendedahan nama Ahli Parlimen yang didakwa telah diumpan oleh Ketua Pembankang di Dewan Rakyat baru-baru ini ialah Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman,Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat), Tengku Razaleihg Hamzah (Gua Munsang), Datuk Bung Moktar Radin (Kinbatangan), Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan), Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut), Datuk Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Erik Majimbun.

Pendedahan oleh Zahrain ini menimbulkan pelbagai reaksi kepada ahli Parlimen yang terlibat kerana pendedeahan ini sebenarnya menyentuh keredibiliti seseorang pemimpin tentang kesetiannya kepada perjuangan dalam sesuatu parti siasah. Kalau pendedahan ini tidak diberi respon dan maklumbalas maka rakyat akan membuat pelbagai persepsi yang mungkin baik atau mungkin juga buruk. Jika penilaian pihak ini menjurus kepada kebaikan tidak mengapa, tetapi jika sudut pandangan itu kearah negatif sudah pasti ianya mejatuhkan imej dan menghakis keyakinan rakyat kepada kepimpinan mereka

Menyadari akan hakikat ini maka Mohd Puad Zarkashi misalnya cukup gusar dan bimbang dengan kesan buruk pendedehan yang dilakukan oleh Zahrain ini. Mohd Fuad Zarkashi menjelaskan bahawa beliau bersykur kepada Allah kerana tidak terpengaruh dengan pujukan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim untuk keluar parti bagi menjayakan rancangan 16 September 2008 itu.

Ahli Parlimen BN dari Kalabakan Sabah, Datuk Abdul Ghapur Salleh tidak menyenangi dengan pendedahan oleh Zahrain itu yang membabitkan namanya. Beliau amat berang dan menyifkatkan kenyataan Ahil Parlimen ( Bebas) Bayan Baru ini sebagai satu pembohongan di Dewan Rakyat.

Ghapur Salleh juga menyarnkan kepada kepada kepada kepimpinan UMNO agar tidak menerima Datuk Zahrin Mohamed menyertai parti itu kerana sikapnya yang tidak boleh dipercayai.

“ Sekarang sudah jadi Bebas dan kemudiannya nanti mahu masuk UMNO. Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga,” katanya.

Sebenarnya dalam soal ini,pendedahan oleh Zahrain ini mungkin bertujuan baik sebagai membuktikan beliau keluar dari parti PKR dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab. Juteru itu tidak adil bila pendedahan ini dibuat maka pihak lain pula mengambil kesampatan menghentam perbadi beliau dengan mengatakan “sudah gemuk”dan”sudah kenyang” hasil laba daripada tindakannya keluar dari parti pembangkang.

Dari sudut pandangan lain, tindakan Datuk Zahrain memberi impak cukup besar kepada sokongan moral parti BN yang mutakhir ini dilanda krisis keyakinan dan merosotnya sokongan rakyat.Penghijrahan segelintir pemimpin pembangkang kepangkuan BN perlu disyukuri,diterima dengan fikiran terbuka dan kecil tapak tangan daun nyiru ditadahkan. Kemantapan BN menghadapi Pilihan Raya ke 13 adalah agenda paling utama dan isu pendedahan projek 16 September oleh pembangkang itu tidak perlu dipertikaikan demi menjaga hati rakyat dan kepentingan parti kerajaan yang memerintah negara ini.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP