BLOGGER KB SATU PENGENALAN DAN HARAPAN

Monday, December 7, 2009























Siapakah blogger yang terawal di Kota Belud? Selepas catatan ini dipaparkan adalah diharapkan ada pihak yang tampil memberi respon dan maklumat berhubung dengan soalan ini..Para blogger harus kometed dalam perkara ini demi untuk kebaikan bersama. Tibalah masanya setiap karya blogger terutama sekali di daerah KB dicatat , direkod dan disimpan dengan selamat.. Langkah seperti ini amat baik untuk menjamin tulisan yang lahir daripada pemikiran para bloger kelak dapat dikaji oleh genarasi akan datang.
Setuju atau tidak itu bukan soalnya. Barangkali pada peringkat awal, apa yang diskreatifkan oleh blogger, nilai atau mutu ilmunya agak rendah dan tidak ada perkara yang harus dibanggakan. Tetapi yakinlah sepuluh tahun akan datang kesannya akan dapat dilihat . Justeru itu, sebagai langkah awal, pemikiran yang dipaparkan oleh para blogger perlu didokumentasikan. Pemikiran blogger sentiasa berkembang , melahirkan ilmu baru yang lebih relevan, mengandungi pelbagai cetusan pendapat dan pandangan yang mapan. .Jika gagasan pemikiran mereka dicatu atau dikumpulkan dengan penuh tanggjungjawab sudah pasti pada akhirnya idea-idea bernas mereka ini akan menjadi satu wadah bacaan atau wacana yang sungguh berguna pada masa akan datang khususnya di Kota Belud.
Jumlah blogger di Kota Belud ini agak ramai dan kebanyakannya berlatar pendidikan yang tinggi. Antara blogger Kota Belud begitu aktif sekali ialah Saudara Musli Oli,Kibin Hj.Samad ,Ruslan Mansur,Musram Rakunman,Abdul Naddin Sahdin.Abdul Maruf Ismail dan lain-lainnya sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Bayangkanlah berapa ramai lagi blogger bakal lahir sepuluh tahun akan datang?Dalam tempoh sedarsah ini berapa banyak agaknya ilmu bakal dihasilkan natijah daripada pandangan, pendapat dan buah fikiran oleh para blogger?
Jesteru itu,blogger perlu memberi biografi yang tepat dan lengkap untuk mencapai matlamat ini. Nama samaran boleh digunakan tetapi amat penting identiti diri sebenarnya dilengkapkan semasa membuat permohonan blog. Dengan sistem yang lengkap ini akan memudahkan para pelajar atau individu yang berminat dalan bidang kajian khusus mengenai pengamal-pengamal ilmu blog. . Misalnya suatu masa nanti, ada siswa dan siswi akan melengkapkan syarat pengajian di Universiti dengan tesis yang memfokuskan kepada peranan para blogger serta sumbangannya kepada pembangunan sosiekonomi dan politik.
Ramai penganalisa blogger diluar sana merasa kecewa melihat situasi blogger Kota Belud yang suka berselindung disebalik nama samaranya. Ada segelintar blogger yang begitu arif dan bijak mengupas sesuatu isu semasa. Tapi sayang sekali, kita tidak dapat mengenali namanya kerana idintiti peribadi tidak tertera dalam profail blog mereka.Disinilah timbulnya masalah untuk mendekomentasikan apa yang mereka papar dan siarkan dalam blognya. Dalam perkara ini, kejujuran dan sikap bertanggunjawab amat dituntut,diperlukan, dialu-alukan kerana tulisan tanpa nama sebenar akan mencacat kekuatan dan ketajaman pemikiran penulisnya. Sudah tentu usaha murni menghasilkan buku yang menghimpun segala pandapat dan pandangan blogger menghadapi halangan.Hatta untuk mencapai objektif tersebut , para blogger patut sekali menyahut cabaran ini dengan fikiran terbuka demi kepentingan dan kebaikan bersama.

Setakat ini sebanyak 40 nama samaran digunakan oleh para blogger di KB sebagai perisai atau pelindung idientiti terhadap karya penulisan yang mereka hasilkan.Kenapakah harus takut kepada bayang-bayang tulisan sendiri? Jika benar dan ada fakta sahih apa yang ingin kita suarakan kenapa harus takut menghadapi “feedback” dari kenyataan yang dilakukan. Di sini kita dapat lihat dan nilai keperibadian sesorang blogger sama ada ia seorang yang ‘gentelman’ atau pengecut dan bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukannya.

5 comments:

Kuda Berhias December 7, 2009 at 5:37 AM  

Saya sudah ada blog sejak tahun 2003 dengan tamplates yang funny. Tapi masa tu saya posting isu antarabangsa esp Perang Iraq dan isu Palestine. Sedikit abt politik Malaysia. Saya masih ada blog tu..cuma jadi rujukan saya dan menyimpan artikal yang saya suka dari seluruh dunia. Saya tidak buka untuk tatapan umum.

Unknown December 7, 2009 at 10:29 AM  

saya mula ada blog sendiri atas desakan sahabat saya Adi alhadi, bekas editor majalah Gila-Gila dan blogger Depa Kata. Ini berlaku sebaik saja tamat perhimpunan UMNO Mac 2009. Hadi ajak saya ke Low Yatt dan membeli lap top Acer harga RM1599.

Sebelum ada lap top itu saya benar-benar buta IT. Hanya tau words saja. Semua buku saya tulis dalam words, lepas tu masuk dalam pindrive dan serah kepada adi sebagai Editor akan susun menjadi buku.

Mula-mula saya buat blog seperti nama buku Konspirasipolitikmelayu.blogspot.com selepas itu baru ada muslioli.blogspot atau SEKALI KETUK.

Baru-baru ini baru buka web paradigma.com.my

salam MO

Mohd Amini December 7, 2009 at 8:07 PM  

Terima kasih kepada tuan Musli dan sdr Kuda Berhias kerna sudi memberi perhatian kepada posting terbaru saya dalam blog ini.Saya sebenarnya sungguh merasa bangga sekali kerana dapat menupang sekaki,bergaul,bermesra dan dapat bertukar pendapat.'Taraf sosial' kamu berdua ada kelas tersendiri.Bah!

Seliu Liu December 9, 2009 at 2:09 AM  

Salam saudara. Sebagai perkongsian maklumat (bukan riak).

Saya pakai laman sesawang geocities di alamat http:wwww.geocities.com/mohd_azrone pada 2002 dan diikuti www.azrone.com (web berbayar dan saya sudah tutup kerana mahu tumpu pada kerjaya di BH)pada 2006.
http://azrone.blogspot.com (2007) dan http://seliu-liu.blogspot.com (2009).
Salam.

SUARA RAKYAT December 12, 2009 at 7:28 PM  

salam. saya mula buat blog untuk bisnes tahun 2008. Pada Mac 2009 wujud apayang tersirat, kemudiian awalawaldanakhirzaman, disusuli one-kotabelud. setiap blog saya mempunyai plot tersendiri.Bidang yang ditulis meliputi bidang sosial dan poltik.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP