Genarasi Muda Pencabar Utama Perjuangan Politik Datuk Musbah

Sunday, November 29, 2009

Tidak ada sesiapapun yang dapat menduga bahawa seorang pemuda dilahirkan di kampung Taun Gusi,Kota Belud ini pada 24 November 1960 memiliki sebutir mutiara yang terpendam di dalam jiwanya.Mutiara terpendam yang dimaksudkan itu ialah sebuah cita-cita besar untuk menjadi seorang pemimpin politik yang disegani dan dihormati di daerah Kota Belud .

Pemuda yang bercita-cita besar ini telah menggilap bakatnya dalam bidang kepimpinan politik dengan penuh keazaman dan bersemangkat kental. Maka pada hari ini, terserlah dan tercapailah sudah segala cita-cita terpendam itu. Datuk Haji Musabah Haji Jamli merupakan salah seorang pemimpin di daerah ini yang berjaya mencatat sejarah sebagai seorang aktivis politik yang berbakat besar setelah beliau terpilih sebagai calon ADUN Tempasok. Bertitik mula dari seorang keluarga petani ,menjadi seorang ahli perniagaan dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang politik,itulah rentetan pengalaman suka duka yang dilaluinya menuju kemercu kejayaan.

Kejayaan beliau dalam dunia politik Kota Belud (KB) telah mengundang pelbagai reaksi negatif daripada pihak yang tidak senang melihat kejayaan yang dinikmatinya.

Dalam alaf baru yang penuh dengan cabaran ini , mempertahankan sesuatu kejuaraan dalam bidang politik tidak semudah difikirkan dan dirancang. Ini adalah kerana ramai di luar sana yang begitu gahirah , bernafsu besar,punya cita-cita dan agenda tersendiri untuk menjadi seorang “juara berpolitk".

Senario ini , mengheret kepada persoalan dimanakah letaknya masa depan Datuk Musbah dalam arena politik di KB?Ramai genarasi muda di daerah ini berpindidikan tinggi dan golongan tersebut mempunyai gagasan pemikiran begitu kritis, jitu, dan bernas. Mereka ini wajar diberi peluang dan di beri tempat dalam arus perdana politik KB.

Anjakan dan gagasan pemikiran genarasi muda ini harus dilihat sebagai aset amat berharga dan bernilai tinggi .Elok sangat kelebihan mereka ini digunakan sebagai pengimbang kekuatan dan keperkasaan pengaruh siasahnya dengan mengenepikan soal kebimbangan dan takut terancam dengan kelahiran dan kedatangan mereka di ‘gelangang politik.

Gagasan pemikiran genarasi baru ini yang begitu anjal dan memiliki personaliti baik. Mereka ini juga juga mempamirkan gaya kepimpinan yang terserlah wibawanya, berintergriti dan berkarisma. Dalam soal ini, mereka perlu didampingi secara berhemah dan pendekatan yang bijak.

Jika direnung secara mendalam, antara faktor yang mengurangkan sokongan politik Datuk Musbah dalam piliharan kali ke-13 adalah berkait rapat dengan kegagalan menangani ledakan gagasan pemikiran genarasi muda .Golongan ini merasa tercabar dengan kepincangan dan kelembapan penggurusan meningkatkan ekonomi, sosial dan infastruktur oleh pihak kerajaan. Golongan ini juga sentiasa meninjau serta ikut serta menilai sejauh mana kawasan Tempasuk menikmat pembangunan.

Oleh yang demikian maka amat wajar sekali memberi fokas kepada perkara ini dengan memberi layanan yang baik dan pendekatan berhemah,terarah dan terurus . Genarasi muda yang berpendidikan jangan diperlekeh, dipandang remeh kerana golongan berkenaan umpama “Bom Jangka” akan meletup bila-bila masa. Mereka juga mudah mencetus isu-isu semasa yang boleh mengancam,mengugat dan mencabar kepipmpinan. Datuk Musbah akan terus mengekalkan kejuaraan politiknya sebagai ADUN Tempasuk jika perkara-perkara tersebut diberi perhatian serius menjelang pilihanraya umum ke 13. Beliau juga digesa dan sarankan menggunakan kebijaksanaannya untuk mengeksploitasikan kuasa ditangannya sebagai Pembantu Menteri Pertanian untuk meningkatkan lagi ekonomi dan taraf sosial rakyat dikawasan Tempasuk

4 comments:

Unknown November 30, 2009 at 12:41 AM  

salam A. Gawis,

mcm baca sajak pulak...bahasa bombastik dan berlagu. Saya kenal beliau sejak dari zaman sekolah, bila masa pula Datuk Musbah pernah jadi petani miskin?

Unknown November 30, 2009 at 2:15 AM  

sdra gawis boleh simpulkan apa mesej paparan ini?

pusing-pusing dan baca balik masih tidak faham. tolong jelaskan. Boleh?

Mohd Amini November 30, 2009 at 7:25 AM  

Saudara Musli,Terimakasih kerana sudi melayari dan memberi komen.Coretan ini sekadar pendangan dan pendapat peribadi.Saya berpendapat mesejnya jelas iaitu genarasi baru berpelajaran perlu diberi perhatian sewajarnya.Saya bimbang jika golongan ini dibiarkan akan menimbulkan masalah.
Datuk Musbah memang benar bukan petani miskin,saya gunakan perkataan ini sebagai kata perumpamaan bahawa beliau juga dikalangan keluarga petani.







saudar

watasikadi December 1, 2009 at 6:57 AM  

isu generasi muda sekarang bukan sahaja isu tempatan yang boleh diselesaikan oleh ADUN, tetapi juga isu nasional seperti siswazah menganggur terutama di sabah sedang orang seberang berlambak menjadi guru di negeri kia. bolehkah ADUN tempasuk perjuangkan?pasti tidak kerana macam biasalah mana dorang ada masa mau perjuangkan lagipun isu seperti ini tidak memberi manfaat pada YB-YB. kalau projek untuk kebaikan rakyat kononnya barulah berjuang pasal dorang ada komisen dan kadangkala dorang sendiri bikin iu projek. perkara ini umum tahu dan tidak perlu dinafikan. lagipun bila soal menegur kerajaan ni orang UMNO takut kena marah bos lagi-lagi orang-orang DMA. lainlah macam MP sri gading Mohamed aziz, tu baru berani. bung mokhtar berani jugalah tapi ujung-ujung sana d'wise damai main jackpot hehe...

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP