Ada Agenda Tersirat Dr Jaffrey Letak Jawatan

Thursday, October 29, 2009

ADA AGENDA TERSIRAT DR JAFFREY LETAKAN JAWATAN NAIB PKR SABAH?
Berita Dr Jaffery Kitingan meletakkan jawatan sebagai naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 28.10 2009 merupakan kejutan dan tamparan buat PKR dalan usahanya memantapkan lagi sokongan rakyat Sabah menghadapi pilihanraya ke13 mungkin tahun 2012.

Para penganalisis politik di Sabah melihat peletakan jawatan Datuk Jaffery Kitingan ini seperti mengandungi agenda tersirat,tidak iklas dan sekadar satu gimik politik mahu mengkaburi mata rakyat.Sepak terajang Dr. Jaffrey dalam politik Sabah sudah kita sedia maklum dan pernah beliau lakonkan semasa menganggotai parti PBS dahulu.

Justeru itu,BN haruslah berwaspada, tidak terlalu yakin dan percaya dengan permainan politik Dr Jaffrey yang penuh dengan muslihat untuk mencapai apa saja agenda politik tersirat seperti jerat menunggu mangsanya. Falsafah yang tersirat dalam cerita Sang Kancil memperdayakan sang Buaya perlu direnungi dan dijadikan panduan oleh parti UMNO dan komponen BN dalam isu ini, jangan sampai kita lupakan jerat kerana jerat itu tidak pernah mengenal mangsanya.
Jelas sekali kesetian Dr Jaffrey dalam setiap organisasi yang dianggotainya begitu rapuh dan penuh dengan muslihat. Semasa dalam parti PBS dahulu pun beliau memainkan pernannya untuk memecah belahkan sokongan rakyat terhadap parti itu dengan bertindak keluar meninggalkan parti PBS .

Lihat saja sekarang ini,alasan Dr Jaffrey keluar dari PKR kerana kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti PKR Sabah yang baru.Sikap tidak setia, cemburu dan irihati merupakan penyakit para pemimpin politik perlu ditangani dengan baik dan setiasa bersikap terbuka, mudah menghadapi kenyataan dan sentiasa akur dengan keputusan yang diambil oleh pucuk pemimpin.
Menyentuh tentang kenyataan Setiausaha UMNO Sabah Datuk Seri Yahya Hussin,yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mempelawa dan mengalu-alukan Dr Jaffrey menyerti BN agar berwaspada dan perlu diselidik kesan baik buruknya kemasukannya dalam mana-mana parti komponen BN. Kita tidak sanggup melihat di suatu hari nanti timbul masalah dan isu-isu yang kronik melanda situasi politik di Sabah .

1 comments:

Unknown October 29, 2009 at 8:12 AM  

sdra amin, tiada yg tersirat kepada pemimpin yg menyokong parti yg dibantu dengan wang ringgit tetapi tidak menghargai pengorbanannya..Datuk Dr jeffrey yg paling layak mengetuai PKR kerana majoriti penyokong dari kalangan kaum KDM. tetapi kerana anwar tidak mau imej PKR mengujudkan kerajaan Kristian di Sabah, maka anwar tidak memilih dr Jeffrey walaupun beliau yg paling layak.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP