Mursyidul Am PAS bukan Pejuang Islam Sebenar

Wednesday, July 29, 2009

Nik Aziz tidak sepatutnya melebelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan islam sebenar.

Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang islam yang sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru itu, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah-olah tidak bertamadun kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin UMNO tidak perlu memberi respon kepada kenyataan Datuk Nik Aziz berhubung parti itu dan UMNO kerana rekod pendirian Menteri Besar Kelantan itu yang sering berubah-ubah kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyddin Yassin.

Ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, yang hanya di mahukan hubungan Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Pusat lebih bersifat pentadbiran sahaja, bukan hubungan politik. Muhiyddin berkata hubungan baik kerajaan pusat dan negeri tidak boleh dipisahkan kerana ia akan menjejaskan pembangunan yang dinikmati rakyat.

Mengenai dakwaan Nik Aziz kerajaan pusat mengabaikan pembangunan di Kelantan, Muhiyddin berkata Kelantan menerima peruntukan mengikut Perlembagaan Negara.

2 comments:

Ajin b. Gagah August 1, 2009 at 7:13 AM  

Sdra Abd Amin,
ketika melayari beberapa laman blog yang belum saya kunjungi selama ini, saya terserempak dengan blog sdra.

Yang menarik, saya ternampak nama saya sdra link sebagai salah satu pilihan. maksud nya blog Suara Bebas Tuaran ( yang satu lagi, solymone blog versi berbahasa inggeris). Thanks.

Dari apa yang saya lihat, blog sdra ini agak baru juga ya? walau pun pada hakikat nya profession sdra ada lah seorang wartawan.

Apa-apa pun teruskan menulis. Kalau ada yang bersesuian, saya akan bagi ulasan juga.

Blog sdra, saya sudah link kan dengan blog nasional saya.
Harapan saya semoga kita dapat berkenalan dalam blog dan di luar sana.

Assalammualaikum

Mohd Amini August 1, 2009 at 5:59 PM  

Terima kasihlah Saudara kerana melayari Bolg saya.Maaflah tidak ada yang menarik dalam blog ini. Saya masih tercari-cari sudut pendekatan terbaik untuk mencoret-coret cetusan idea dan pandangan yang boleh dikongsi bersma.

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP