NAJIB BERHALANGAN MELAWAT KOTA BELUD

Tuesday, April 23, 2013

Manusia merancang Tuhan menentukan,’ Barangkali itulah ugkapan tepat untuk mengubati kekecewaan lebih kurang sepuluh ribu penyokong Barisan Nasional, apabila Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Razak telah membatalkan lawatannya ke Kota Belud petang tadi.
Penyokong BN yang datangnya dari jauh dan dekat itu seawal jam sebelas pagi lagi itu,merasa hampa sekali kerana mereka datang semata-mata mahu mendengar amanat penting daripada pemimpin No 1 negara. Kehangatan Pilihan Raya Umum ke 13 yang sedang berjalan ini, amanat dari ketua pemimpin negara dan ketua parti Barisan Nasional amat dialu-alukan oleh semua lapisan rakyat tidak mengira apa fahaman siasah.
Markas utama Barisan Nasional(BN), N6 Tempasuk yang ditempatkan di Dewan Terbuka Datuk Musbah, telah dibanjiri orang ramai dari pelbagai kaum. Untuk meredakan rasa terkilan dan rasa kekecewaan para penyokong BN, Datuk Najib Abdul Razak telah memohon kemaafan dan memberi kata-kata semangat kepada calon-calon BN supaya berkerja keras untuk mempastikan kemenangan BN dalam PRU 13 menerusi perbualan langsung dari telefon bimbitnya jam 4 petang.Pembatalan lawatan Perdana Menteri ke daerah Kota Belud, mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat setempat. Bagi penyokong BN, mereka mudah menerima kemaafan dari Datuk Najib seiklasnya, tapi mendapat respon negatif daripada penyokong pembangkang yang megatakan Datuk Najib takut datang ke Kota Belud. Penyokong pembangkang berandaian kononnya, itu petanda parti pembangkang semakin mendapat sokongan dari rakyat.
Barisan pemimpin BN telah menjelaskan kepada rakyat bahawa pembatalan lawatan Perdana Menteri itu adalah disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan. Penyokong BN akur dengan penjelasan beliau dan mereka berikrar untuk menyokong parti BN dengan melaungkan cogan kata, ‘BN Tatap’ dan ‘BN Tatap Manang’

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP