SAPP-PKR Tersungkur Di Batu Sapi

Friday, November 5, 2010






Kini sudah terjawab,ramalan siapa dijulang dan siapa tersungkur dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi,Sandakan. Pilihan raya kecil ini,begitu hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat,bukan hanya di negeri Sabah tetapi juga di Semanjung Malaysia. Banyak analisis yang dilakukan oleh para pemerhati politik tanahair tentang pilihan raya Batu Sapi dan pelbagai hipotesis tentang kelebihan serta ketokohan calon yang bertanding.

Kejayaan besar calon Barisan Nasional(BN), Datin Linda Tsen Thau Lin dengan kelebihan undi 9,773, adalah satu jawapan tepat kepada semua ramalan dan andaian itu. Pilihan raya ini juga dihangatkan oleh pelbagai isu seperti slogan ‘Sabah Untuk Sabah’dan’Mengambalikan Autonomi Kepada Sabah’yang dicanang oleh parti SAPP untuk menarik perhatian pengundi. Konsep ini disifatkan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin satu isu kenegerian yang sempit dan boleh mengugat perpaduan nasional.

Sekalung ucapan tahniah kepada Datin Linda Tsen Thau Lin atas kejayaaan ini. Semoga Datin Linda lebih perihatin kepada masalah golongan pengundi marhaen yang majoritinya bumiputera Islam. Golongan inilah telah memberi sokongan yang begitu padu kepada calon BN dan menyumbang undi yang banyak dalam pilihan raya kecil itu. Golongan ini perlu diberi keutamaan untuk memperbaiki dan meningkatkan sosioekonomi mereka dari garis kemiskinan.

Daripada pengamatan penganalisis politik, undi kepada parti PKR dan SAPP juga datangnya daripada golongan marhaen ini. Golongan bumiputera islam begitu mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang apabila mereka memainkan isu kemiskinan dan dakwaan kononnya kehidupan mereka telah diterpinggirkan dari arus pembangunan perdana oleh pihak kerajaan. Isu kemiskinan ini juga berjaya dimanipulasikan oleh pembangkang dalam kempennya untuk mendapatkan undi simpati dan dilihat strategi ini begitu berkesan sekali.

Walaupun BN mengungguli dalam pilihan raya Parlimen 185 Batu sapi, bagi calon SAPP Yong Teck Lee, undi 2,031 perlu dihargai dan dihormati. Bagi Presiden SAPP, keputusan ini adalah suara rakyat dan kemahuan rakyat. Namun perlu juga diingat bahawa pilihan raya PRU 13 akan pasti tiba dan disini adalah penentu segala-galanya. Jadi kemenangan ini barangkali hanya sekadar ujian awal atau “test market” kepada parti BN dan juga parti pembangkang. Namun Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan BN di Batu Sapi dan DUN Galas adalah petanda yang jelas rakyat mula menerima transformasi kerajaan dan Gagasan 1 Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semantara itu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah yang memperolehi undi 3,414, masih menaruh keyakinan pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi sebagai aset simpanan jangka panjang yang boleh membantu dan dimenafaatkan oleh parti itu pada PRU ke 13 nanti.

Pilihan raya kecil Batu Sapi mempamerkan kesepakatan begitu mantap dikalangan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang berkerja keras siang dan malam mempastikan kemenangan. Pujian juga kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku Pengarah Operasi Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Batu Sapi kerana berkerja begitu baik dan cemerlang,hinggalah membawa kepada kemenangan besar kepada calon BN. Penerapan konsep mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian dalam pilihan raya ini telah menepati matlamatnya seperti yang diharapkan.



0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP