Genarasi Muda Pencabar Utama Perjuangan Politik Datuk Musbah

Sunday, November 29, 2009

Tidak ada sesiapapun yang dapat menduga bahawa seorang pemuda dilahirkan di kampung Taun Gusi,Kota Belud ini pada 24 November 1960 memiliki sebutir mutiara yang terpendam di dalam jiwanya.Mutiara terpendam yang dimaksudkan itu ialah sebuah cita-cita besar untuk menjadi seorang pemimpin politik yang disegani dan dihormati di daerah Kota Belud .

Pemuda yang bercita-cita besar ini telah menggilap bakatnya dalam bidang kepimpinan politik dengan penuh keazaman dan bersemangkat kental. Maka pada hari ini, terserlah dan tercapailah sudah segala cita-cita terpendam itu. Datuk Haji Musabah Haji Jamli merupakan salah seorang pemimpin di daerah ini yang berjaya mencatat sejarah sebagai seorang aktivis politik yang berbakat besar setelah beliau terpilih sebagai calon ADUN Tempasok. Bertitik mula dari seorang keluarga petani ,menjadi seorang ahli perniagaan dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang politik,itulah rentetan pengalaman suka duka yang dilaluinya menuju kemercu kejayaan.

Kejayaan beliau dalam dunia politik Kota Belud (KB) telah mengundang pelbagai reaksi negatif daripada pihak yang tidak senang melihat kejayaan yang dinikmatinya.

Dalam alaf baru yang penuh dengan cabaran ini , mempertahankan sesuatu kejuaraan dalam bidang politik tidak semudah difikirkan dan dirancang. Ini adalah kerana ramai di luar sana yang begitu gahirah , bernafsu besar,punya cita-cita dan agenda tersendiri untuk menjadi seorang “juara berpolitk".

Senario ini , mengheret kepada persoalan dimanakah letaknya masa depan Datuk Musbah dalam arena politik di KB?Ramai genarasi muda di daerah ini berpindidikan tinggi dan golongan tersebut mempunyai gagasan pemikiran begitu kritis, jitu, dan bernas. Mereka ini wajar diberi peluang dan di beri tempat dalam arus perdana politik KB.

Anjakan dan gagasan pemikiran genarasi muda ini harus dilihat sebagai aset amat berharga dan bernilai tinggi .Elok sangat kelebihan mereka ini digunakan sebagai pengimbang kekuatan dan keperkasaan pengaruh siasahnya dengan mengenepikan soal kebimbangan dan takut terancam dengan kelahiran dan kedatangan mereka di ‘gelangang politik.

Gagasan pemikiran genarasi baru ini yang begitu anjal dan memiliki personaliti baik. Mereka ini juga juga mempamirkan gaya kepimpinan yang terserlah wibawanya, berintergriti dan berkarisma. Dalam soal ini, mereka perlu didampingi secara berhemah dan pendekatan yang bijak.

Jika direnung secara mendalam, antara faktor yang mengurangkan sokongan politik Datuk Musbah dalam piliharan kali ke-13 adalah berkait rapat dengan kegagalan menangani ledakan gagasan pemikiran genarasi muda .Golongan ini merasa tercabar dengan kepincangan dan kelembapan penggurusan meningkatkan ekonomi, sosial dan infastruktur oleh pihak kerajaan. Golongan ini juga sentiasa meninjau serta ikut serta menilai sejauh mana kawasan Tempasuk menikmat pembangunan.

Oleh yang demikian maka amat wajar sekali memberi fokas kepada perkara ini dengan memberi layanan yang baik dan pendekatan berhemah,terarah dan terurus . Genarasi muda yang berpendidikan jangan diperlekeh, dipandang remeh kerana golongan berkenaan umpama “Bom Jangka” akan meletup bila-bila masa. Mereka juga mudah mencetus isu-isu semasa yang boleh mengancam,mengugat dan mencabar kepipmpinan. Datuk Musbah akan terus mengekalkan kejuaraan politiknya sebagai ADUN Tempasuk jika perkara-perkara tersebut diberi perhatian serius menjelang pilihanraya umum ke 13. Beliau juga digesa dan sarankan menggunakan kebijaksanaannya untuk mengeksploitasikan kuasa ditangannya sebagai Pembantu Menteri Pertanian untuk meningkatkan lagi ekonomi dan taraf sosial rakyat dikawasan Tempasuk

Read more...

Antara Janji Dan Jaminan Menangani Isu-Isu Di Sabah

Monday, November 16, 2009

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sabah 8-9 November 2009 mencatatkan beberapa kenyataan penting dan menarik menjadi renungan kepada rakyat Sabah. Sudah tentu apa yang diucapkan oleh Datuk seri Najib barangkali boleh dijadikan sebagai titik tolak dalam membincangkan beberapa isu-isu menarik dan hangat diperbincangkan oleh rakyat Sabah mutakhir ini.

Agenda lawatan Perdana Menteri mencatatkan peristewa penting dan mungkin menjadi bahan wadah sejarah kepada genarasi akan datang. Agenda menghadiri majlis perasmian mesyuarat Agung parti komponen BN-Parti Bersatu sabah (PBS) ke 24, perasmian Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) ke-20 di Ballroom One Borneo,dan perasmian Konvoensyen Nasional Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) 2009 d Dewan Pusat Kebudayaan Penampang itu telah mencetuskan anjakan idea-idea bernas yang menuntut gagsan pemikiran kearah pembangunan minda kearah memantapkan pembangunan ekonomi,sosial dan politik di negeri Sabah ini.

Lihat sahaja semasa gagasan pemikiran yang dicetuskan oleh Presiden PBS, Datu Joseph Pairan Kitingan ketika menyampaikan amanat penting semasa ucapan dasarnya dalam majlis perasmian Mesyuarat agung parti itu,melahirkan atau mezahirkan gagasan pemikiran yang mengandungi hasrat dan harapan daripada pendokong dan penyokong parti itu sendiri.Beberapa perkara penting yang dianggap keperluan mendesak bagi rakyat sabah telah dihujah dan dipohon oleh Presiden Parti PBS itu untuk pengetahuan dan pertimbangan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Keperluan mendesak yang dimaksudkan ini menyetuh perkara kearah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Memperkasakan prasarana luar Bandar dan kawasan pendalaman iaitu kemudahan asas seperti bekalan air bersih,jalanraya dan elektrik.Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan pembasmian kemiskin tegar juga penyediaan perumahan kos rendah.Kerajaan juga diminta prihatin kearah mengurangkan kadar jenayah yang berkait rapat kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PATI)

Permasalahan isu pendatang tanpa izin merupakan barah dalam daging bagi rakyat Sabah telah sekian lama diperbincangkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan namun hingga kehari ini masalah itu gagal diatasi.Di manakah silap dan apa faktor utama meghalang usaha tersebut? Isu PTI di Sabah bertambah kronik apabila isu ini dipolitikan dan ada pihak tertentu membantu PTI ini mendapatkan dokumen Maykad dengan cara yang salah dan bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

Parti kompenan BN di negeri Sabah disarankan agar sentiasa peka dan bersatu dalam menangani isu demi masa depan warga bumiputera tulen negeri ini terus terbela, terkawal dan terpelihara. Jesteru itu Presiden UPKO Tan Sri Benard Giluk Dompok dalam Konvensyen Nasional 2009 mengulangi syor menubuhkan Suruhanjaya Diraja tangani PTI . Benard menyifatkan masalah PTI adalah isu utama di Sabah yang tidak pernah selasai dan perlu komitmen kerajaan untuk menyelasaikan masalah berlarutan.Masalah PTI perlu datasi secara tuntas kerana para pengundi sentiasa melihat dan menilai sejauhmana masalah ini diberi perhatian dan ditangani bersungguh-sungguh, bukan secara’body snatching’ atau tidak ditangani secara segera dan sewajarnya.

Parti UPKO juga mengetengahkan isu-isu lain yang boleh mengundang krisis nilai dan kepercayaan rakyat untuk terus memberi sokongan kepada BN iaitu isu istilah “Allah” dalam kitab Injil penganut Kristian dan isu merobohkan kuil Hindu yang diperjuangkan oleh Hindraf harus diberi perhatian utama kerajaan untuk menyelasaikan dengan penuh bijaksana,teloransi dan bertindak segera agar pihak pembangkang tidak mengeksploitasi situasi tersebut sebagai bahan isu siasah mereka.

Cabaran dan rintang Datuk Seri Najib dalam usahanya melayani kehendak dan gagasan pemikiran yang dilontarkan oleh setiap parti komponen BN di Sabah ini menuntut kebijaksanaan dan ketelitian. Lain parti lainlah pula kehendak dan kemahuannya dan disinilah kita melihat kecekapan dan kebijksanaan seorang ketua pemimpin Negara mengalas apa sahaja amanah disandarkan oleh rayat kepadanya untuk menerajui dan memacu Negara kearah kemajuan,cemerlang dan gemilang.Pemimpin Parti Liberal Demkratik (LDP) di pimpin Datuk Liew Vui Kong dalam ucapan pada perhimpunan Agung LDP ke 20 menuntut pihak kerajaan agar member perhatian , layanan yang saksama , peka kepada kemahuan dan apirasi rakyat terutama sekali dari masyarakat keturun Cina di Sabah.Terdengar juga pandangan berani oleh Pegerakan Pemuda Parti LDP Chin Su Ying yang mencadangakan untuk menghadkan tempoh masa Ketua Menteri dan Menteri Kabinet negeri Sabah kepada tiga penggal sahaja atau maksimum 12 tahun sahaja. Rasional pandangannya ini ialah dengan alasan untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam sistem pentadbiran kerajaan. Walaupun pendapat ini dianggap sebagai satu cadangan sahaja, namun ianya patut dilihat dalam persepektif lebih luas dan kehadapan kerana meyentuh tentang kredibiliti dan maruh seseorang pemimpin.

Demikianlah rentetan idea dan cadangan yang lahir dari gagasan pemikiran penuh makna, penuh harapan daripada para pemimpin politik komponen Barisan Nasional di negeri Sabah semuanya ini dilakukan menyahut desakan, permintaan,keinginan dan kemahuan seluruh rakyat Sabah tanpa mengira perbezaan fahaman siasah,bangsa, budaya dan agama .Permintaan rakyat yang disalurkan dan disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang dipilih menerusi sistem pilihanraya itu,bukanlah satu perkara mudah direalisasikan,ditunaikan dan dilaksanakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh yakin dan bersemangat memberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan proses pembanguan di Sabah dan Sarawak selari dengan pembangunan yang ada di semanjung Malaysia.Beliau juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet sebagai platform perbincangan berkaitan dengan isu masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.Datuk Najib juga berharap semoga apa yang dirancangkan ini akan mencapai kejayaan dan menghasilkan idea bernas sebagai garispanduan ke arah mencari penyelesaian bagi mengintegrasi masyarakat peribumi dalam usaha meperkukuhkan perpaduan dan pembangunan Negara.

Read more...

Pekan Kota Belud 1927

Sunday, November 15, 2009

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP