Kebakaran: Hikmah Disebaliknya

Friday, July 30, 2010





Tidak sesiapapun menginginkan sesuatu musibah, namun mungkin itulah takdir Ilahi yang berlaku keatas diri Jolibitin Doni apabila rumah kediamannya di kampong Pinolobu telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran pada 21 Julai 2010, di sini baru-baru ini.

Kampung Pinolobu merupakan sebuah kampong yang agak jauh dan terpencil . Jarak kampung ini dari pekan Kota Belud kira-kira 16 kilometer dan dihubungi oleh jalan raya yang masih grable, berlubang-lubang, berbongol-bongol, becak dan berlumpur ketika musim hujan.

Sekitar 9.00 pagi, saya dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Awadnir Matanggal dan anak saudaranya telah sampai di kampung tersebut . Kami telah disambut oleh beberapa orang kampung termasuklah Ketua Kampung ,Sibin Kendagong dan Pegerusi JKKK , Suliah Bakiah.

Oleh kerana, jalan raya yang menghubung ke rumah mangsa kebakaran itu tidak boleh dilalui kenderaan maka kami terpaksalah berjalan kaki dengan mendaki sebuah bukit yang agak tinggi iaitu sejauh 300 meter. Perjalan agak meletihkan, tetapi oleh kerana menunaikan tanggungjawab semua cabaran harus dihadapi.YB. Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengarah Pegawai Parlimen Kadamaian Awadnir Matanggal menyampaikan ucapan simpati dan sedikit sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran.

“Demi perjuang parti UMNO dan tanggungjawab sosial pemimpin kepada masyarakat kampung harus tabah menhadapi apa sahaja masalah terpaksa dihadapi,” kata Awadnir ketika berhenti seketika di bawah sepohon pokok durian yang banyak buahnya.

Ada mesej penting kata-kata Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud ini dijadikan pengajaran kepada pemimpin politik supaya berkerja keras dan turun padang menemuai rakyat.

“ Untuk menjadi seorang pemimpin politik bukan mudah, lihat sahaja apa yang saya lakukan hari ini. Apa yang saya lakukan ini kerana parti UMNO. Membuat kerja kemasyarakatan di mana-mana saja adalah lumrah kalau nak jadi orang politik,”jelasnnya dengan suara terputus-putus keletihan.

Setiba diperkarang rumah terbakar, kami disambut oleh Jolbitin Doni dan ahli-ahli keluarganya dengan wajah masih diselebungi kesedihan,namun mereka menyambut kami dengan senyuman mesra sebagai tanda terima kasih keatas lawatan kami.

Menurut penjelasan Ketua Kampung, petaka ini berlaku kira-kira jam 9.45 malam. Kebakaran ini telah memusnahkan semua struktur rumah, dokemen-dokumen dan harta benda lain yang dianggarkan kerugian oleh pihak polis sebanyak RM 50,000.

Saya sempat meninjau disekitar kebakaran itu. Cuma yang tinggal tunggul-tunggul tiang rumah jadi arang, kepingan zing-zing,serpihan kaca,tong gas dan sebagainya berselerakan disana-sini. Melihat keadaan seperti inilahir rasa keinsafan bahawa apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya yang perlu dihurai oleh akal fikiran masing-masing.

Sebagai kemuncak lawatan kami, Awadnir telah menyampaikan sumbangan derma Ahli Parlimen Kota Belud kepada ketua keluarga mangsa kebakaran dengan harapan hidup ini perlu diteruskan, berusaha lebih gigih untuk masa depan lebih cemerlang.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP