TANAMKAN SIFAT JUJUR: KATA DATUK MUSBAH

Sunday, January 9, 2011

Kota Belud: “Kita hendaklah menanamkan sifat-sifat jujur kepada diri sendiri dan juga kepada jiwa anak-anak kita kerana ianya merupakan asas kepada pembentukan akhlak yang baik kepada genarasi akan datang.

“Perkara ini harus diberi perhatian yang sewajarnya oleh ibu bapa kerana ianya akan menjadi contoh tauladan yang sangat baik kepada perkembangan sasiah anak-anak kita akan datang. Sikap sedemikian juga boleh membantu mereka berdepan berbagai-bagai cabaran yang dilalui dalam proses peremajaan.

“ Kejujuran amat wajar disemai dalam jiwa dengan sebaik mungkin kerana sikap mulia ini bukan sekadar bersikap jujur kepada kedua orang tua, rakan-rakan dan saudara mara sahaja, malah pergertian kejujuran ini mencakupi bidang yang lebih luas iaitu misalnya kejujuran kepada majikan, kejujuran kepada ketua organisasi dan yang paling penting ialah kejujuran dan ketaatan kepada pemimpin negara,” katanya.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Hj. Jamli berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis perasmian program bekalan Air Paip Griviti dan Tandas Curah di kampung Sarang Dudar, di daerah Kota Belud, di sini baru-baru ini.

Datuk Musbah juga ADUN N6 Tempasuk,menjelaskan bertapa pentingnya sikap jujur dalam setiap bidang yang diceburi. Beliau mengambil contoh ke atas pengalamannya sendiri semasa mula-mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“ Kehidupan saya, sama seperti orang lain yang hidup dihempit kesusahan dan serba kekurangan. Oleh sebab itulah saya belajar percaya kepada kebolehan diri sendiri.Saya bertekad berkerja keras semata-mata mahu melepaskan diri dari belenggu kesusahan. Lalu saya memulakan perniagaan dengan berbekalkan modal dua puluh lima ribu sahaja untuk membuka sebuah kilang papan di kampung.

“Mungkin saudara tertanya-tanya di mana saya memperolehi modal sebanyak ini? Sebagai pengetahuan saudara saudari sekalian, bahawa saya perolehinya dengan membuat permohonan pinjaman dari pihak Bank dengan menggunakan cagaran geran tanah.

“ Disekitar tahun tujuh puluhan, bukan senang membuat pinjaman di bank. Ini adalah disebabkan kerenah peminjam yang tidak membayar pinjaman mereka dengan baik. Pada ketika itu, sebut sahaja pemohon berasal dari Kota Belud,pihak bank akan menolak permohan mereka dengan alasan bahawa rekod menunjukkan bahawa daripada sepuluh orang peminjam,cuma satu orang sahaja yang jujur membayar hutang pinjamannya dengan baik.

“ Lalu saya berkata kepada pengurus bank itu bahawa saya bukanlah jenis orang seperti itu dan saya berjanji akan menjadi seorang peminjam yang jujur dan bertanggungjawab. Saya juga akan sedaya upaya untuk melunas segala pinjaman yang diluluskan.

" Saya merayu bersungguh-sungguh dalam permohonan tersebut dan menunjukan kertas kerja berkaitan dengan perniagaan yang akan saya lakukan.Saya juga menerangkan bagaimana cara saya mendapat keuntungan dari perniagaan tersebut. Dari kentungan itu, saya gunakan untuk membayar semula pinjaman secara ansuran kepada bank.Dengan penjelasan ini, maka akhirnya pengurus bank itu bersetuju meluluskan pinjaman.

"Bermula dari sini, saya menunjukkan kejujuran untuk membayar semula hutang-hutang itu lebih awal daripada masa yang ditetapkan oleh pihak bank. Dengan berbekalkan rekod baik dan kejujuran, pihak pengurus bank telah menaruh keyakinan yang sangat tinggi kepada potensi perniagaan saya.Pihak bank juga mengkagumi kebolehan saya mengandalikan perniagaan denagan cekap. Akhirnya bank terebut, membuka peluang lebih luas dengan menawarkan pinjaman sebanyak lima puluh ribu ringgit kepada saya tanpa cagaran lagi .”katanya.

Sebagai wakil rakyat, beliau mengingatkan semua lapisan masyarakat tidak mengira kaun Dusun, Irranun dan Bajau yang menetap di kampung Sarang Dudar, agar sentiasa bersikap jujur dalam apa juga bidang pekerjaan yang diceburi. Sikap jujur ini sudah terbukti menimbul rasa hormat dan kepercayaan orang lain. Sifat jujur ini juga memang teruji bahawa sesiapapun yang mengamalkannya akan menempah kejayaan dalam hidupnya disuatu masa nanti.

“ Saya tidak akan berjaya dalam kerjaya perniagaan jika saya tidak mengamalkan sikap jujur kepada orang lain.

“ Rakyat tidak akan memilih saya sebagai wakil rakyat jika saya seorang perompak, seorang penipu, seorang penjenayah dan seorang yang tidak jujur,” jelasnya lagi.

Datuk Musbah juga mengajak semua penduduk kampung Sarang Dudar agar menghayati erti kejujuran dan mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka.

"Saya menyeru kepada penduduk kampung Sarang Dudar sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Jika dia seorang nelayan, hendaklah ia bersikap jujur untuk membantu dirinya sendiri dengan berkerja keras dan berkerja bersungguh-sungguh bagi mencapai setiap matlamat yang dirancang dalam kehidupan.

"Jangan amalkan budaya yang suka meminta-minta projek kepada pemimpin. Kikiskan sikap suka bergantung hidup kepada Yang Berhormat.

" Kita harus faham, bahawa tugas wakil rakyat ialah membantu rakyat menyalurkan segala masalah yang dihadapi oleh rakyat kepada pengetahuan kerajaan. Penyaluran maklumat seperti ini amat mustahak bagi memudahkan pihak kerajaan merancang peruntukan untuk sesuatu projek pembangunan. Dengan berpandukan maklumat dari pada wakil rakyat, pihak kerajaan akan menilai dan seterusnya memberi pertimbangan kelulusan peruntukan bagi melaksanakannya.

“Tetapi saya sungguh terkilan, kerana ada segelintir orang tidak faham akan tugas dan peranan wakil rakyat itu. Bagi mereka YB itu tugasnya memberi projek yang banyak dan memberi wang sesuka hati kepada rakyat untuk menyelasaikan masalah peribadi individu.

“Dalam perkara ini, seseorang itu hendaklah percaya dengan kebolehannya sebagai seorang nelayan dan cuba berusaha mencari ikhtiar lain secara jujur supaya dapat meningkatkan lagi hasil tangkapan dengan mengunakan kaedah lain.

“ Dalam soal ini, dia mestilah bijak mengeksploitasikan lesen JKKK yang mereka miliki itu untuk berusaha berurusan secara langsung untuk mendapat khidmat nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan seperti jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan aktiviti perikanan”tambahnya lagi.

Beliau juga mengingatkan pemimpin akar umbi seperti Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung sentiasa bersikap jujur dan amanah sepanjang menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan kepada mereka dengan berkata;

“ Saya juga suka mengingatkan semua pemimpin JKKK dikawasan N 6 Tempasuk ini supaya berkerja secara proaktif untuk mengenal pasti permasalahan orang kampung di bawah jagaannya. Perkara ini amat penting, supaya apa juga masalah dapat pembelaan dengan sewajarnya dari pihak kerajaan.

“ Setiap JKKK atau Ketua Kampung khasnya di Kampung Sarang Dudar ini hendaklah sentiasa bersikap jujur kepada golongan miskin tegar tanpa mengira apa suku kaumnya dan juga apa juga fahaman politik mereka”, ujarnya.

Pembantu Menteri itu juga mengajak semua penduduk kampung di Sarang Dudar supaya sentiasa menjaga perpaduan dan memelihara semangat saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Seluruh penduduk kampung haruslah mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang kita warisi dan amalkan sekian lama di sini.

“Kita haruslah memupuk semangat saling percaya mempercayai dan sentiasa bersikap jujur kepada pemimpin akar umbi seperti JKKK dan Ketua Kampung.

“Tanpa persefahaman dan sikap jujur sudah pasti akan menyukarkan kampung ini mendapat pelbagai bantuan kebajikan dan projek pembangunan daripada pihak kerajaan.

“Oleh sebab itu, apa sahaja saranan daripada JKKK dan pandangan dari Ketua Kampung haruslah disokong oleh semua orang kampung agar mereka ini dapat menjalankan tugas dengan baik dan lancar.

“ Tetapi andai kata, orang kampung tidak bersatu hati menyokong tindakan, ketua mereka, sudah pasti JKKK atau Ketua Kampung, akan menghadapi halangan dan gangguan berfikir kearah kemajuan. Situasi seperti ini juga akan mencetuskan rasa kurang senang dalam jiwa mereka dan merasakan jasa dan pengorbanan mereka tidak di hargai.

" Keadaan begini, sudah tentu akan melemahkan semangat mereka untuk terus berkhidmat untuk masyarakat dengan penuh tanggungjawap dan penuh kejujuran.

" Saya meminta kepada semua JKKK di kampung ini dan juga JKKK seluruh kawasan N6 Tempasuk agar mengikis sikap suka mementingkan diri sendiri dengan mencari projek untuk dirinya sendiri dan mengenepikan kepentingan orang kampungnya.

“ Di sinilah kita dapat menilai samada seseorang JKKK itu bersikap jujur atau tidak. Jika ini berlaku juga, sudah pasti orang kampung akan menjadi marah dan mencetus tindakan membaikot setiap program dirancang di kampung berkenaan.

“Jika situasi seperti ini terjadi maka sudah tentu maklumat tentang permasalahan dan kekurangan pembangunan di kampung berkenaan tidak dapat disampaikan kepada pengetahuan pihak kerajaan secara berkesan”, tegasnya.

Sebagai ADUN Tempasuk, beliau berpendapat adalah lebih mustahak memberi keutamaan kepada projek pembangunan menaiktarafkan jalan raya.Projek jalan raya dalam pembinaan yang bermula dari kampung Timbang, Dudar, Sarang, Taburan hingga ke Kampung Mendawang.

"Jalan raya ini amat penting kepada semua penduduk kampung yang terlibat. Dengan siapnya projek jalan raya berkenaan akan memberi kesan baik dari segi sistem pengangkutan. Jalan raya ini akan membantu mepercepatkan pemasaran hasil-hasil pertanian,hasil tangkapan nelayan, memudahkan anak-anak ke sekolah, memberi keselesaan kepada penduduk kampung ke hospital, melancarkan urusan resmi ke pejabat kerajaan dan sebagainya.

“ Saya berpendapat projek jalan raya ini perlu di beri keutamaan oleh pihak kerajaan kerana semua lapisan rakyat sangat memerlukan kemudahan asas ini.

“ Setahu saya, permohonan naik taraf jalan raya ini telah melalui tiga zaman pemerintahan iaitu bermula dari pemerintahan Berjaya, PBS dan UMNO. Nampaknya baru sekarang pembinaan infrastruktur ini berjaya dilaksanakan dan menjadi kenyataan.

“Ini membuktikan bahawa kerjaan UMNO/BN telah bersikap jujur kepada rakyat khasnya di kawasan Tempasuk ini”, terangnya.

Datuk Musbah juga begitu yakin, bahawa kerjaan BN akan terus diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya akan datang. Untuk menjamin kejayaan ini maka pihak kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat, khasnya di kampung Sarang Dudar.

“ Oleh sebab itulah, kerajaan BN sentiasa peka kepada masalah orang kampung di Sarang Dudar . Sebagi contohnya projek bekalan air paip graviti yang dirasmikan hari ini adalah diharapkan agar penduduk kampung dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan rasa syukur.

‘Demikian juga Jabatan Kesihatan Malaysia Sabah di Kota Belud, telah berkerja keras membekal dan memasang tandas curah disetiap buah rumah. Semua bantuan pihak kerajaan ini dibuat secara jujur dan atas dasar tanggungjawab kepada rakyat, sajajar dengan saranan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendahulukan rakyat pencapaian diutamakan, ”katanya lagi.

Majlis ini dimeriahkan dengan majlis makan tengah hari di tepi pantai Sarang Dudar yang terkenal dengan keindahan semulajadinya.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP